
FACEBOOK --> http://www.facebook.com/likeperekacerita
BLOG KU --> http://www.perekacerita.com/
TWITTER KU --> https://twitter.com/#!/perekacerita

BICARA HATI (ASTRO PRIMA)
HARI: setiap Selasa,
MASA: 9.00 malam
MULAI: 3 Januari 2012
EPISOD: 26 episod
PELAKON: Cris Cempaka sebagai Zahlia, Sharnaaz Ahmad sebagai Tengku Shahran, Marsha Milan Londoh dan Mislina Mustafa.
MENGGANTIKAN DRAMA: SURIA DI CORDOBA (1 - 26 TAMAT)
DOWNLOAD DRAMA BICARA HATI (ASTRO PRIMA)
Bicara Hati Episod 01 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 02 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 03 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 04 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 05 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 06 = PART1, - PART2
Bicara Hati Episod 07 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 08 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 09 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 10 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 11 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 12 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 13 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 14 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 15 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 16 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 17 = PART1, - PART2
Bicara Hati Episod 18 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 19 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 20 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 21 = PART1 - PART2
Bicara Hati Episod 22 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 23 =
Bicara Hati Episod 24 =
Kredit: jiwang
SINOPSIS BICARA HATI (NOVEL)
DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai. Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.
Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.
FILEM: Man Sewel Datang KL
GENRE: Komedi
ARAHAN: Abdul Rahman Adam
PELAKON: Shuib Sepahtu, Julia Ziegler, Razali Hussain, Siti Sarah Raisuddin, Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rosli Rahman dan Rafidah Ibrahim
TAYANGAN: 31 Mei 2012.
SINOPSIS MAN SEWEL DATANG KL
Osman/Man...pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang yang diberikan ibunya Maimon hasil peninggalan harta arwah bapanya. Di Kuala Lumpur, Man tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model.
Sekian lama berkenalan, Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan. Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur. Man yang sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kerja terpaksa memikirkan cara untuk menampung perbelanjaan kehidupannya di ibu kota. Bermacam-macam pekerjaan dilakukan Man, sehinggakan Man sanggup mengeluarkan modal berniaga ayam. Namun malangnya dia ditipu.
Man kemudian pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu. Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu. Suatu hari Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur.
Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah. Man kemudiannya menyedari Salim dan Nadia sememangnya terbabit dalam kegiatan jenayah. Man juga sedar dia sebenarnya terjerat dalam perangkap cinta Nadia angkara Salim.
Hasil bantuan Leman dan Pak Din, seorang tukang urut tradisional yang pernah menjadi mangsa Salim, kegiatan jenayah Salim dan Nadia akhirnya berjaya ditumpaskan pihak polis. Hubungan Man dan Salbiah pula makin erat dan mesra sehingga membuahkan bibit-bibit cinta. Man semakin matang dan tidak lagi bersikap gila-gila. Cintanya kini hanya pada Salbiah.
SEINDAH SAKURA (TV3)
MULAI: 7 Mei 2012
MASA: 7 Malam
HARI: Setiap isnin - khamis
EPISOD: 24 Episod
PELAKON: Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato' Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Mak Mah, Zul Huzaimy dan ramai lagi
DOWNLOAD DRAMA SEINDAH SAKURA (TV3)
Seindah Sakura Episod 01 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 02 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 03 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 04 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 05 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 06 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 07 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 08 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 09 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 10 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 11 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 12 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 13 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 14 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 15 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 16 =
Seindah Sakura Episod 17 =
Seindah Sakura Episod 18 =
Seindah Sakura Episod 19 =
Seindah Sakura Episod 20 =
Seindah Sakura Episod 21 =
Seindah Sakura Episod 22 =
Seindah Sakura Episod 23 =
Seindah Sakura Episod 24 (TAMAT) =
KREDIT: Kepalabergetar, jiwang
SINOPSIS DRAMA SEINDAH SAKURA (TV3)
Drama ini membuktikan hakikat sebuah kehidupan di dunia yang sementara ini sememangnya penuh dengan ranjau berduri. Kegagalan dan kekecewaan bagaikan sudah sebati dalam tubuh gadis yang bernama Shakira. Namun hatinya terus berpesan agar tidak terus kecundang dalam melayari perjalanan kehidupan yang singkat. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, Rohani namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah. Sesungguhnya Shakira amat merindui ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya terus hilang tanpa khabar berita.
Roda terus berputar dan tanpa disedari Shakira kini sudahpun menjangkau usia remaja dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dengan baju yang bertampal sana sini, kasut yang koyak rabak, rambut tidak terurus dengan penampilan yang selekeh, Shakira sering kali diejek oleh rakan-rakan sekelas yang lain. Kadang kala, Shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan Nek Kiah yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima kehadiran Airil, seorang cikgu baru yang tampan dan cukup berdedikasi demi mendidik para pelajar agar menjadi insan yang berguna.
Sikap Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas telah mendapat perhatian Airil. Tanpa soal selidik, Airil terus mendenda Shakira agar gadis itu sedar atas kesilapannya, namun Shakira langsung tidak mengendahkan teguran Airil kerana baginya orang seperti Airil tidak akan memahami situasi orang miskin sepertinya. Ini membuatkan guru baru itu bertambah geram dengan Shakira dan sering mencari kesalahan Shakira. Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil sendiri pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek Shakira yang telah dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering tidak hadir ke sekolah. Saat itu, perasaan bersalah bertalu-talu menghimpit diri Airil. Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman Shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.
Datuk Malik, bapa saudara kepada Airil merupakan seorang pengusaha yang kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah Shakira. Datuk Malik melayan Shakira seperti anaknya sendiri dan Shakira pula bersyukur dengan perhatian dan bantuan yang diberikan Datuk Malik. Shakira tidak pernah menunjukkan perasaan sukanya pada Airil tetapi dia sering dilihat seperti tertunggu dengan kedatangan cikgu yang ternyata berbeza dengan tanggapan pertamanya dulu. Sekarang Shakira dapat menumpukan perhatian pada pelajaran.
Baru beberapa hari dia mengecapi saat gembira bersama neneknya, Rosnah muncul di rumah mereka dalam keadaan yang berkudis di seluruh tubuhnya serta tak bermaya. Shakira begitu gembira dengan kepulangan Rosnah akan tetapi neneknya seperti tidak selesa dengan kepulangannya kerana merasakan Rosnah akan membebankan Shakira. Telahan nenek Kiah ternyata tepat. Keadaan Rosnah mengakibatkan Shakira kelam kabut untuk menjaga nenek dan ibunya. Apabila nak ke sekolah saja, Rosnah akan memanggil meminta pertolongan untuk membuang air. Malah ada juga beberapa kali Shakira tak sempat memapah Rosnah ke bilik air, dan najisnya tercicir di lantai. Shakira pada mulanya agak tertekan dengan situasi baru yang melanda dirinya tetapi nasihat Airil sentiasa menyejukkannya.
Orang kampung begitu membenci dengan kepulangan Rosnah yang membawa penyakit AIDS. Malah Shakira dan nenek Kiah juga terkena tempias menjadi mangsa kebencian penduduk kampung apabila mereka dipulaukan oleh penduduk kampung. Akhirnya penderitaan Rosnah berakhir setelah beliau meninggal dunia. Kemudian Datuk Malik telah mempelawa Shakira dan neneknya untuk berpindah di rumahnya. Jika sebelum ini Airil jarang ke rumah Datuk Malik tetapi kini dia sering balik setiap hujung minggu untuk menemui Shakira. Airil makin terpikat dengan sifat Shakira yang sopan, sabar, selamba. Akan tetapi Airil berasa terperangkap dengan janjinya bersama arwah isteri Datuk Malik untuk berkahwin dengan anak mereka iaitu Anida.
Sejak kehadiran Shakira di rumah Datuk Malik, Anida adalah orang yang paling tidak menyukainya kerana beranggapan Shakira gadis miskin dan kotor yang telah merampas perhatian ayah dan Airil daripada dirinya. Shakira selalu dikutuk dan dihina oleh Anida. Tiap kali Anida nampak Airil mesra dan bergurau senda dengan Shakira, setiap kali itu jugalah Anida akan membalas semula dengan perbuatan yang menyakitkan Shakira. Anida memainkan peranannya untuk mempengaruhi Airil tentang keburukan Shakira yang diciptanya sendiri. Suatu hari Ainida telah memfitnah Shakira dengan memerangkap Shakira di dalam bilik Airil. Airil yang terkejut melihat Shakira yang hanya memakai sehelai tuala terus percaya dengan fitnah Anida yang Shakira adalah gadis tak bermoral kerana sanggup menggodanya. Kejadian itu telah menyebabkan Airil menghantar Shakira ke rumah perlindungan gadis, Rumah Bakti Kasih tanpa berbincang dengan Datuk Malik yang ketika itu berada di luar daerah. Airil yang kecewa dengan apa telah terjadi, dengan hati yang berat dia telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.
Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Datuk Malik membawa Shakira pulang ke rumah. Shakira berasa hairan melihat Datuk Malik yang seperti resah dan punya masalah. Apabila ditanya, Datuk Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut dan tak menyangka Datuk Malik yang selama ini dianggap ikhlas rupanya punya niat lain dan mahukan balasan. Namun apakah akan terjadi seterusnya? Adakah Shakira akan memperjudikan nasibnya dengan berkahwin bersama Datuk Malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya itu? Ataupun Shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu Airil? Antara Airil dan Datuk Malik, siapakah menjadi pilihan Shakira? Siapakah pula Putera Haziq dalam hidup Shakira? Apakah tindakan jahat yang akan dilakukan oleh Anida untuk menyekat Shakira mengecapi kebahagian? Mampukah Shakira menikmati kebahagian tanpa pengorbanan?
Nongkrong
Pengarah : Ismail Bob Hashim
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi, Ngeri
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 10 Mei 2012
Durasi : 89 min
DOWNLOAD FILEM NONGKRONG
HOTFILE = DOWNLOAD
KREDIT: ??
SINOPSIS NONGKRONG
Mengisahkan tiga orang pemuda, Aman (Angah Raja Lawak), Bada (Shaheizy Sam) dan Cumi (Epy Raja Lawak) yang cuba mencari kekayaan dengan menggunakan jalan tidak sepatutnya iaitu meminta nombor ekor. Cumi yang terdesak ingin meminang kekasihnya, Lin (Nuremy Ramli) manakal Bada dan Aman yang mahu mengubah nasib keluarga tekad menemui bomoh bagi melaksanakan hasrat mereka.
Segala-galanya bermula apabila seorang bomoh handal menjalankan upacara memanggil Puteri Laut (Mon Ryanti) untuk membantu mereka. Puteri bersetuju dengan syarat, salah seorang dari mereka perlu berkahwin dengannya. Melihatkan kejelitaan Puteri, Bada tanpa bertangguh terus bersetuju. Usai sahaja upacara perkhawinan, Puteri bertukar rupa menjadi hantu yang menakutkan menyebabkan kesemua mereka terus lari lintang pukang. Bomoh pula telah dibunuh oleh hantu Puteri.
Hidup mereka berubah apabila hantu Puteri terus mengejar dan menghantu kehidupan mereka termasuklah menggangu Zura, isteri Aman yang sedang hamil dan Haryani, anak perempuan Bada yang masih kecil.
Pelbagai peristiwa yang ngeri campur lucu berlaku sehinggalah mereka mendapatkan bantuan daripada Azan iaitu abang kepada Aman. Azan yang bijak pandai, terus nampak dengan jelas apa yang diinginkan oleh hantu Puteri tersebut dan membuat keputusan untuk membantu mereka.
Dapatkan Azan menyelamatkan mereka ? Adakah akhirnya mereka akan sedar kesalahan sendiri dan berubah ? Semuanya akan terjawab dalam filem seram komedi terhebat ini, Nongkrong.

INDERA JONED (TV3)
TARIKH: 21 Mei 2012,
HARI: setiap hari Isnin
MASA: 9.00 malam.
PELAKON: Aiman Hakim Redza, Anzalna Nasir, Puteri Sarah, Hairul Azreen, Syazwan Zulkifly, Qushairi Razali (Qi) dan ramai lagi.
DOWNLOAD INDERA JONED
Indera Joned Episod 01 = DOWNLOAD
Indera Joned Episod 02 = DOWNLOAD
Indera Joned Episod 03 =
Indera Joned Episod 04 =
Indera Joned Episod 05 =
Indera Joned Episod 06 =
Indera Joned Episod 07 =
Indera Joned Episod 08 =
Indera Joned Episod 09 =
Indera Joned Episod 10 =
Kredit: kepalabergetar
SINOPSIS INDERA JONED (TV3)
Berkonsepkan drama komedi, ‘Indera Joned’ mengisahkan Indera Joned yang dianggap sebagai seorang lagenda di Bukit Bunuh. Beliau amat dikenali sebagai pejuang yang sentiasa mempertahankan harta pusaka daripada dirampas oleh kumpulan Bintara Hitam.
Setelah bertahun lamanya, kini Bukit Bunuh terkenal dengan kewujudan pelbagai bahan artifak yang amat berharga. Sekumpulan anak muda bersama Prof. Dr. Azli telah tiba di Bukit Bunuh bagi melakukan aktiviti ekskavasi dengan bantuan pertolongan Epul. Namun pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa mereka tempuhi. Berjayakah mereka menjumpai artifak berharga? Apakah kaitan pengembaraan ini dengan mitos Indera Joned?
DRAMA MAHABBAH (TV3)
MULAI: 27 Mac 2012
MENGGANTIKAN: Pelangi Kasih.
HARI: Setiap Selasa dan Rabu 10.30 malam @ Khamis jam 9.30 malam.
PELAKON:Nur Fathia, Azlee Khairi, Dato Jalaluddin Hasan, Aida Aris, Fazlina Ahmad Daud dan Aiman Hakim Redza
SLOT: Samarinda TV3
SINOPSIS DRAMA MAHABBAH (TV3)
Mahabbah membuktikan setiap insan mempunyai persepsi tersendiri mengenai cinta. Tan Sri Sabri (Dato’ Jalaludin Hassan) menganggap sebuah perkahwinan itu tidak seharusnya berlandaskan cinta semata-mata, malah harus berlandaskan legasi perniagaan. Tan Sri Sabri menganggap Sabila (Nur Fathia Latiff) tidak layak untuk menjadi menantunya, malah merasakan Sabila adalah pesaingnya yang akan mempengaruhi hidup Iskandar. Dia merasakan hubungan itu perlu dihalang dan memaksa Iskandar (Azlee Khairi) untuk membuat pilihan, samada keluarga atau Sabila.
Walau apapun rintangan yang datang menguji, cinta Iskandar terhadap Sabila melebihi dari segalanya. Iskandar tetap dengan pendiriannya untuk berkawin dengan Sabila. Sesungguhnya, takdir menyebelahi Iskandar dan hajat untuk berumahtangga bersama Sabila menjadi kenyataan. Selepas berkahwin, mereka dianugerahkan cahaya mata yang bernama Asyraf. Meskipun kehidupan Iskandar bahagia di samping keluarga tersayang, namun di sebalik kebahagian itu dia terpaksa menanggung derita akibat daripada penyakit kanser yang dihadapinya.
Iskandar cuba menyembunyikan penyakit kanser yang dialaminya dari pengetahuan Sabila. Namun begitu penyakitnya itu bertambah teruk sehingga menyebabkan dia pengsan. Iskandar dikehendaki untuk menjalani pembedahan dan ini memaksa meminta pertolongan dari bapa mertuanya. Tan Sri Sabri bersetuju untuk menghulurkan bantuan tetapi mengenakan syarat supaya Sabila meninggalkan Iskandar dan Asyraf.
Sabila bersetuju untuk menuruti syarat bapa mertuanya itu dan meninggalkan Iskandar sejurus pembedahan dilakukan. Berbulan lamanya Iskandar menanti kepulangan Sabila. Namun penantian itu berakhir dengan kehadiran surat cerai daripada Sabila. Sabila terpaksa menipu dengan memberi alasan bahawa dia ingin kembali ke pangkuan bekas kekasihnya. Tan Sri Sabri berusaha untuk menjodohkan Iskandar dengan pilahannya, Kartina (Anzalna Nasir). Selepas beberapa tahun, Iskandar menjumpai Sabila menerusi majalah sebagai pereka fasyen yang berjaya.
Asyraf disahkan mempunyai masalah lemah jantung dan memerlukan penderma. Sejurus Sabila mengetahui mengenai penyakit yang dialami oleh Asyraf, dia terus datang untuk menghulurkan bantuan. Pada masa yang sama, Iskandar ingin mengetahui kebenaran daripada Sabila. Berjayakah Iskandar mendapat kebenaran yang bertahun lamanya disembunyi oleh Sabila? Adakah kepulangan Sabila akan mengubah segala-galanya? Berjayakah Iskandar dan Sabila mengecapi kebahagian yang pernah punah sebelum ini? Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya?
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Mahabbah menerusi slot Samarinda, setiap hari Selasa dan Rabu jam 10.30 malam manakala pada hari Khamis jam 9.30 malam di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikannya boleh menonton melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini mengenai drama MAHABBAH.
DOWNLOAD DRAMA MAHABBAH (TV3)
Mahabbah Episod 01 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 02 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 03 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 04 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 05 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 06 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 07 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 08 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 09 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 10 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 11 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 12 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 13 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 14 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 15 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 16 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 17 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 18 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 19 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 20 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 21 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 22 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 23 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 24 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 25 (TAMAT) = DOWNLOAD
KREDIT: Kepalabergetar
BUNGA BUNGA SYURGA (TV3)
EPISOD: 13 EPISOD
PELAKON: Johan As’ari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Rozita Che Wan, Bea Rameshan, Eyka Farhana, Eira Hazali, Daniel Hakim, Dato’ Eizlan Yusof
SLOT: Zehra,
HARI: Jumaat,
MASA: 9.00-10.00 malam TV3
MULAI: 9 March 2012.
MENGGANTIKAN DRAMA : DINGIN LAVENDA (1 - 13 TAMAT)
DOWNLOAD DRAMA BUNGA BUNGA SYURGA
Bunga Bunga Syurga Episod 01 = DOWNLOAD
Bunga Bunga Syurga Episod 02 = DOWNLOAD
Bunga Bunga Syurga Episod 03 = DOWNLOAD
Bunga Bunga Syurga Episod 04 = DOWNLOAD
Bunga Bunga Syurga Episod 05 = DOWNLOAD
Bunga Bunga Syurga Episod 06 = DOWNLOAD
Bunga Bunga Syurga Episod 07 = DOWNLOAD
Bunga Bunga Syurga Episod 08 = DOWNLOAD
Bunga Bunga Syurga Episod 09 = DOWNLOAD
Bunga Bunga Syurga Episod 10 = DOWNLOAD
Bunga Bunga Syurga Episod 11 = PART1 - PART2
Bunga Bunga Syurga Episod 12 =
Bunga Bunga Syurga Episod 13 =
Kredit: jiwang, KEPALABERGETAR
SINOPSIS BUNGA BUNGA SYURGA (TV3)
Mengisahkan tentang perjuangan seorang pemuda dalam memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas ibubapa mereka mati dibunuh. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada bapa saudara mereka, Azmin (Hilal Azman), selepas ibubapa mereka, Imran dan Mira mati dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun kes sudah bertahun berlalu.
Bapa saudara mereka, Azmin sanggup menerima amanah untuk memelihara anak-anak saudaranya tetapi isterinya, Baidah (Rozita Che Wan) berasa terpaksa. Apabila Baidah mengetahui Emilia, Nadia dan Haziq mewarisi harta jutaan ringgit, barulah dia tersenyum untuk menerima kedatangan mereka. Bagaimanapun Azmin mengkhianati amanah tersebut apabila memakan sebahagian daripada harta anak-anak yatim itu kerana hasutan Baidah. Baidah tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya, dia memaksa Azmin mengambil lagi walaupun Azmin tidak berani kerana peguam mula mengesyaki pengeluaran wang yang berlebihan.
Dalam satu pertengkaran, Azmin ditembak oleh Baidah menyebabkan dia lumpuh. Sewaktu lumpuh, Azmin sering bermimpi perkara-perkara buruk seperti dibakar dalam api neraka, meminum darah busuk dan banyak lagi. Ini membuatkan Azmin mula insaf akan perbuatannya dan kembali ke jalan Allah s.w.t. Dia juga enggan menandatangani borang pengeluaran wang yang diminta oleh Baidah. Baidah yang marah pada waktu itu telah menolak kerusi roda Azmin menyebabkan Azmin terjatuh.
Namun kepulangan anak kedua Azmin, Aiman (Johan As’ari) selepas tamat pengajian di Australia memberi sinar harapan buat Emilia, Nadia dan Haziq. Aiman pulang ketika Baidah dan kakak Aiman, Zila (Bea Rameshan) sedang menyeksa mereka bertiga. Aiman bertindak membawa ketiga-tiga anak ini keluar dari rumah tersebut. Walaupun menuntut dalam bidang perakaunan, Aiman banyak menimba ilmu agama di madrasah pengajian Islam di Australia. Aiman mula mengadakan kelas tuisyen dan menghafaz al-Quran bagi pelajar yang berhampiran dengan rumahnya.
Atas bantuan Haji Halim (Dato’ Eizlan Yusof), Aiman pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tauliah dari Jabatan Agama bagi meneruskan kelas hafazannya. Haji Halim banyak menceritakan tentang anaknya, Shaffiyah yang terpaksa bekerja di bandar untuk membantu membiayai pusat pengajiannya. Haji Halim menceritakan sahsiah Shaffiyah sebagai gadis baik dan pandai mengaji. Bagaimanapun, apabila melihat gambar Shaffiyah, Aiman terkejut kerana Shaffiyah adalah Sofia (Wawa Zainal), perempuan simpanan bapanya, Azmin.
Sofia enggan pulang ke kampung kerana malu dan dihantui rasa bersalah dengan bapanya. Oleh kerana dendam yang menebal, Zila bertindak mencederakan Sofia sehingga Sofia terpaksa menerima rawatan selama sebulan di hospital. Haji Halim membawa Sofia pulang walaupun masih lemah dan memerlukan masa untuk Sofia sembuh sepenuhnya. Pertemuan di surau mengejutkan Sofia kerana Aiman tidak pernah membangkitkan tentang hubungan Sofia dengan bapanya. Akhirnya, Sofia sendiri menceritakan kepada Aiman bagaimana hubungan sulit itu terjadi.
Aiman mahu Sofia berterus-terang tentang perkara sebenar kepada bapanya walaupun Sofia cuba untuk terus merahsiakannya. Apakah yang berlaku seterusnya setelah Haji Halim mengetahui hal sebenar? Apa pula yang bakal dilakukan oleh Baidah dan Zila untuk menuntut ‘hak’ mereka?
Puteri Pulau Tuba
TARIKH: 29 Mei 2012
SLOT: Citra,
HARI: Selasa,
MASA: 10.00 malam
PELAKON: Juliana Evans, Amin Abu Bakar, Faizal Husein, Enka Farhana, Ruminah Sidek dan Finie Don.
SINOPSIS PUTERI PULAU TUBA (TV2)
Puteri Pulau Tuba pula mengisahkan enam orang sahabat yang menyertai aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh sekolah ketika musim cuti persekolahan. Perkhemahan ini diadakan di Pulau Tuba.
Mereka sememangnya menyimpan impian untuk ke Pulau tersebut yang kaya dengan sejarah dan keindahannya. Tetapi berlaku kejadian yang tidak diingini apabila Ari tiba-tiba hilang. Apakah yang berlaku pada Ari? Adakah impian untuk bertemu Puteri Pulau Tuba menjadi kenyataan? Drama ini lakonan Juliana Evans, Amin Abu Bakar, Faizal Husein, Enka Farhana, Ruminah Sidek dan Finie Don.

MEMBERKU HAWA
HARI: Ahad di TV3
MULAI: 15 April
MASA: 7.30 malam.
PELAKON: Faezah Elai, Sharnaaz Ahmad, Nad Zainal, Lash Mokhtar, Dazrin Kamarudin dan Christina Suzanne.
DOWNLOAD MEMBERKU HAWA
Memberku Hawa Episod 01 = DOWNLOAD
Memberku Hawa Episod 02 = DOWNLOAD
Memberku Hawa Episod 03 = DOWNLOAD
Memberku Hawa Episod 04 = DOWNLOAD
Memberku Hawa Episod 05 = DOWNLOAD
Memberku Hawa Episod 06 = DOWNLOAD
Memberku Hawa Episod 07 = DOWNLOAD
Memberku Hawa Episod 08 =
Memberku Hawa Episod 09 =
Memberku Hawa Episod 10 =
Memberku Hawa Episod 11 =
Memberku Hawa Episod 12 =
Memberku Hawa Episod 13 =
Kredit: kepalabergetar
SINOPSIS MEMBERKU HAWA
Siri drama Memberku Hawa bakal membawa para penonton menyelami sebuah perjalanan yang mengusik jiwa lagi ekspresif melalui kehidupan dua protagonis dan berlatarbelakangkan gaya hidup masa kini yang pesat serta serba kompetitif.
mengisahkan dua sahabat baik Kay(Nad Zainal) dan Hawa (Faezah Elai) yang sedang mencari pekerjaan yang sesuai, salah seorang dari mereka telah mendapat peluang pekerjaan yang baik. Manakala seorang lagi masih berusaha lagi mencari yang terbaik.

EDISI KHAS MUSIM 2 (TV3)
Mulai: 7 Jun 2011,
Hari: Selasa
Masa:10.00malam.
Pelakon: Johan, Saiful Apek, Almy Nadia, Ropie Cecupak, Along Champ, Sharifah Shahira, Azlee Senario dan Achong
DOWNLOAD EDISI KHAS MUSIM 2
Edisi Khas Episode 1 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 2 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 3 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 4 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 5 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 6 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 7 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 8 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 9 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 10 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 11 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 12 =
Edisi Khas Episode 13 =
Edisi Khas Episode 14 =
Edisi Khas Episode 15 =
Edisi Khas Episode 16 =
Edisi Khas Episode 17 =
Edisi Khas Episode 18 =
Edisi Khas Episode 19 =
Edisi Khas Episode 20 =
Edisi Khas Episode 21 =
Edisi Khas Episode 22 =
Edisi Khas Episode 23 =
Edisi Khas Episode 24 =
KREDIT: JIWANG, KEPALABERGETAR
EDISI KHAS MUSIM 2(TV3)
Edisi Khas telah mencuri perhatian para penonton dengan genre ‘spoof news’ di mana Johan, Saiful Apek, Almy Nadia, Ropie Cecupak, Along Champ, Sharifah Shahira, Azlee Senario dan Achong akan ‘membincangkan’ isu semasa dengan penuh drama. Episod pertama telah ditayangkan pada 7 Jun 2011, hari Selasa jam 10.00malam.
Johan memainkan peranan sebagai pengacara yang bergelar “Fifi Fairuz Fuyoo” yang akan memperkenalkan 3 segmen lakonan dalam setiap episod. Antara topik yang akan dipersembahkan melalui sketsa yang mencuit hati termasuk isu kad kredit di mana dua pasangan kekasih yang berbelanja sakan dengan kad kredit semata-mata untuk mengambil hati kekasihnya; Along pula berlakon sebagai individu yang melarikan diri daripada along (lintah darah) dan juga isu ‘kenapa wanita tempatan lebih tertarik kepada lelaki warga asing’. Selain itu, isu-isu yang dipaparkan dalam Edisi Khas termasuk “rasuah”, “peminta sedekah” , “mat rempit”, “pengurus wanita yang bersikap bossy”, ‘haruan makan anak” , “kepercayaan tahyul”, “sikap pentingkan diri di kalangan jiran”, “tak puasa dalam bulan Ramadan”, “remaja suka menjadi artis” dan lain-lain.
PAAN PAIZ (TV3)
MULAI: 11 April 2012
HARI: setiap hari Rabu
MASA: 10 malam
EPISOD: 13 episod
PELAKON: Zahiril Adzim, Zalif Sidek, Sari Yanti, Norhayati Taib dan Razak Ahmad.
DOWNLOAD PAAN PAIZ (TV3)
Paan Paiz Episod 01 = DOWNLOAD
Paan Paiz Episod 02 = DOWNLOAD
Paan Paiz Episod 03 = DOWNLOAD
Paan Paiz Episod 04 = DOWNLOAD
Paan Paiz Episod 05 = DOWNLOAD
Paan Paiz Episod 06 = DOWNLOAD
Paan Paiz Episod 07 = DOWNLOAD
Paan Paiz Episod 08 =
Paan Paiz Episod 09 =
Paan Paiz Episod 10 =
Paan Paiz Episod 11 =
Paan Paiz Episod 12 =
Paan Paiz Episod 13 (TAMAT) =
KREDIT: Kepalabergetar
SINOPSIS PAAN PAIZ (TV3)
mengisahkan 2 sahabat karib yang berkawan rapat sejak zaman kanak-kanak. Paan (Zalif Sidek) seorang yang malas, loyar buruk dan suka menjawab manakala Paiz (Zahiril Adzim) seorang yang kacak, bergaya dan rajin. Paiz memulakan kerjayanya sebagai seorang arkitek tetapi Paan masih tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Mereka tinggal bersama dan sering melakukan aktiviti bersama pada waktu lapang. Paan terkejut apabila Paiz bercadang untuk kahwin.
Paan mula menyiasat. Satu kejutan demi satu kejutan berlaku dan kejutan akhir adalah yang paling mengejutkan Paan! Dia tidak menyangka bahawa wanita yang akan ‘merampas’ kawan baiknya ialah adik perempuannya sendiri, Dira (Sari Yanti).
Bimbang akan kehilangan kawan karibnya selepas Paiz berumah tangga, Paan sengaja menimbulkan pelbagai masalah walaupun Paiz bakal memperisterikan adiknya. Namun, kerisauan Paan tidak berpanjangan kerana Paiz tidak bercadang untuk berpindah keluar daripada rumah tersebut selepas kahwin.
Dira mula rimas dengan abangnya yang asyik memerap di rumah tanpa membuat apa-apa. Paiz asyik bersama Paan dengan aktiviti harian mereka dan jarang meluangkan masa untuk Dira. Bagi mendapatkan kembali suaminya, Dira telah mengikut nasihat Kak Leha (Norhayati Taib) untuk mencari jodoh untuk Paan dengan harapan Paan cepat kahwin dan pindah dari sana. Apakah rancangan Dira akan berhasil?
Aku Ada Kau Ada
Pengarah : Laila Rahila
Syarikat Penerbit : Pensil Pictures Sdn. Bhd. , Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi, Cinta
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 24 Mei 2012
Durasi : 90 min
SINOPSIS AKU ADA KAU ADA?
Nordin Ahmad (20) adalah pelajar tahun kedua yang teringin untuk dipandang “cool”. Masalahnya, setiap kali Nordin menjadi tumpuan, dia akan panik, mula batuk dan akhirnya muntah. Aziz pula, seorang pelajar poyo yang perasan popular, selalu menyakat Nordin. Aziz sangat sakit hati bila Nordin mendapat perhatian dari pelajar perempuan.
Tina (20) adalah pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin untuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas baran yang ditawarkan oleh Dr. Zida, kaunselor kolej. Tina tidak merasakan dia bermasalah walaupun dia sebenarnya adalah seorang panas baran tahap kronik. Namun bila mereka bertemu semula setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan sakit marah Tina menjadi makin menjadi.
Masalah menjadi lebih besar bila mereka disatukan dalam persembahan berkumpulan untuk kelas teater. Yang jelas, mereka saling membenci. Aziz suka Tina kerana dia melihat sendiri kebencian Tina pada Nordin. Makin lama mereka bertengkar, Tina tersedar yang dia sukakan Nordin, seperti 15 tahun dulu. Tina rasa dengan luahkan perasaan pada Nordin, dia akan dapat mengatasi sikap panas barannya tapi hanya jika Nordin menerima cintanya. Nordin pula kurang pasti jika dia betul-betul sukakan Tina jadi sebelum sempat Tina luahkan perasaannya pada Nordin, Nordin laksanakan “teknik istimewa”nya ke atas Tina.
Melalui “teknik istimewa”nya, Nordin yakin dia sukakan Tina tapi malangnya, teknik Nordin itu buat Tina yakin Nordin bencikan dia. Tina buat keputusan keluar dari kumpulan. Namun Nordin sedar yang ianya masih tidak dapat menyelesaikan masalahnya selagi dia tidak berterus terang dengan Tina.
Namum pada hari persembahan, kumpulan Nordin mengalami masalah bila apa yang dirancang tidak menjadi. Bila keadaan mula terdesak, Tina muncul dan buat persembahan bersama Nordin. Mereka pamerkan sebuah persembahan yang mantap.
