perekacerita
Promosi perodua myvi

Spontan


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita




Ya tuan-tuan da puan-puan, mari dekat, mari dekat, hari ini saya bukan nak jual minyak atar, minyak lintah, mahupun minyak sapi, tapi saya bla bla bla...

Dan dari ayat yang telah di lemparkan itu itu, aku tahu aku perlu cerita apa? Cuba teka wahai kalian-kalian sekalian yang bijak pandai. Oh tak tahu? Kurang bijak laaa. Mesti tak layan Spontan nie? Eh perlu ke Layan? Kenapa tanya saya? Saya tanya awak ke? Habistu awak tanye sape? Kenapa awak perasan saya tanye awak? Awak nampak saye perasan ke? Tak lah. Itu jawapan ke?hahaha. Klinggg. Klinggg(bunyi loceng ye bukan nak tulis keling botol tu) Aku dah agak dah mesti aku yang menang. Aku kan hebat.Haha. Alaahhh setakat main sorang-sorang tak mencabar langsong.

Kalau sapa yang layan spontan mesti tahu game apa tadi yang i siaran langsung kan terus dari blog Si Merah. Kan? Kan? Game Soal Menyoal. Setiap soalan perlu di jawab dengan soalan dan jika anda menjawab ayat yang bukan soalan jugak, anda dikira Kalah! Terus pergi berambus, dan orang lain akan ganti tempat anda!

Eh lupa pulak nak cerita.Spontan nie bukan cerita-cerita macam Nur Kasih tu tau.Nie Game. Dia tak dak belakon-belakon, semua skrip, semua lawak memang spontan. Tidak ada bantuan sesiapa, tidak ada iringan muzik, atau pun tidak ada apaaa-apaaaa sahajaa. Fuhh. Ini dah kira celop skrip Syarifah Sahira. Ape? Kenapa dengan Syarifah Sahira? Owhh. Dia la host rancangan tu.


Cerita nie terdapat sangat banyak game. Game dia semua sangat bengong-bengong belaka. Lagi menjadikan dia lebih bengong dan bangan bila peserta yang join tu adalah terdiri dari mereka-mereka yang biul-biul belaka.

Setiap episod akan ada 4 game. Last game mesti nyanyi-nyanyi(Nama Game: Lagu Untukmu). Time nie peserta akan melingkopkan lagu sehabis yang mungkin mengikut kreativiti mereka masing-masing. Kadang-kadang, host akan bagi satu tajuk contoh Cukai, so pandai-pandai la buat lirik lagu cukai.

Game dia sangat banyak. Tiap-tiap minggu game lain-lain. Penterjemahan la, Alih suara la, Sketsa 2 ayat la, dan lain-lain yang i tak ingat nak senarai kan sebab banyak sangat.


Nie muka-muka peserta yang join. Setiap minggu ada sorang peserta jemputan. So akan menjadikan mereka semua 5 orang la.


Sapa yang tak tengok Spontan pergi la download cepat. Serius aku cakap best sampai boleh mampos. Haha. Mampos la sebab gelak banyak sangat silap-silap tekeluar bijik halqum, anak tekat pun boleh tecabut jugak.

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA