perekacerita

Dunia Baru The Movie


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita


Filem ini bermula apabila Opie mendapat kejutan - surat dari Anizah menyatakan hasrat temannya itu untuk ke Thailand dan kahwin lari dengan fazley. Mengikut surat itu, Anizah begitu nekad hingga sanggup melepaskan tawaran melanjutkan pelajarannya dalam bidang nanotechnology di United Kingdom. Ini menggusarkan teman rapatnya iaitu Opie, Madihah, Suzanna, Adif dan Tajol dan mereka berpakat untuk mengejar Anizah dan mengubah fikirannya.

Apa yang mereka tidak tahu adalah perkara sebenar. Fazley sebenarnya mengalami masalah mental kerana kecewa dalam percintaannya dan menculik Anizah untuk memaksa gadis itu bernikah dengannya di selatan Thailand.

Dari sini, bermulalah sebuah kembara jalanan yang akan mengubah hidup mereka buat selama-lamanya. Kumpulan sekawan ini berhimpit dalam kereta mini merentas negara menuju ke sempadan Malaysia-Thailand, mencari Anizah sebelum terlewat.

Mereka akan bertemu pelbagai halangan yang melucukan seperti sesat di rumah berhantu dan juga kejadian yang membahayakan; malahan terbabit secara tidak sengaja dengan kegiatan satu geng perompak bersenjata bergelar 'Geng Citrawarna' yang mengakibatkan mereka ditahan reman dalam lokap.

Kembara mencari Anizah ini disertai bersama oleh Darius dan Erika; satu perjalanan yang semakin lama semakin kecoh, membuat penonton teruja, terutama pengikut setia siri Dunia baru - kisah geng kolej paling popular di Malaysia.

Biarpun jalan ceritanya agak ringan namun nilai persahabatan, kerjasama dan tidak mementingkan diri sendiri ditekankan dan diolah dalam bentuk komedi.

Penonton juga akan terhibur dengan adegan spontan pelakon, biarpun dialog yang diucapkan pelakon agak keras namun mampu membuat penonton tergelak dengan kelucuan mereka.

Filem ini mengekalkan hampir semua pelakon Dunia Baru seperti Elyana, Pierre Andre,Wan Ellyas Wan Abdullah, Ngasriah Ngasri, Anita Baharom, Iqram Dinzly, Almy Nadia, Hafiz Nafiah dan Baizura Kahar

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA