perekacerita
Premium Beauty Fariza
mydownload2u
PINJAMAN PERIBADI MBSB
teddyBearMini
promosi perodua myvi

Jangan Pandang Belakang


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita


Sinopsis:

Kisah misteri yang cukup menyeramkan ini mengisahkan seorang pemuda bernama Darma (Pierre Andre) yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya, Rose (Intan Ladyana). Rose telah didapati mati tanpa diketahui punca sebenar. Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri (juga lakonan Intan Ladyana) yang cukup mengenali keperibadian Rose cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali adalah seorang yang periang dan ceria.

Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana Darma telah menemui sebiji botol. Darma mengambilnya dan membawa pulang botol tersebut. Darma dan Seri mengesyaki sesuatu perkara yang pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Ramalan mereka dikukuhkan dengan beberapa perkara yang berlaku dan ditemui termasuk imej pada kamera digital Rose yang mereka temui.

Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia diganggu oleh 'sesuatu' dengan gangguan yang amat dahsyat. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma. Hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan menjejaskan prestasi kerjanya.

Mendengar nasihat Da'im (Jalaluddin Hassan) iaitu bos di tempat kerjanya, Darma mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan jiwanya. Peluang itu digunakan oleh Darma untuk berubat di kampung. Di sana, Darma meminta pertolongan ibu saudaranya iaitu Mak Lang (Khatijah Tan). Mak Lang tinggal di kampung bersama anaknya, Lin (Rio Elani) dan ibunya yang juga Opah kepada Darma (Rusminah Sidek) yang sudah nyanyok.

Di kampung, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh akalnya mahu pun Seri. Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma keluar dari belengu yang menganggu hidupnya setiap hari?

Segalanya akan terjawab dalam filem ini. Kepada anda semua, walau apapun yang terjadi, sesekali pun JANGAN PANDANG BELAKANG kerana apabila yang mati bertemu yang hidup, segala kemungkinan pasti berlaku!

KLIK WAJIB TAHU - TUTORIAL CARA DOWNLOAD MOVIE DAN CANTUMKAN PART MOVIE !"

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA