perekacerita
Promosi perodua myvi

Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita


Gelap dan membosankan. Mungkin agak keterlaluan untuk mengklasifikasikan siri filem terbaru Harry Potter ini Tapi itulah hakikatnya yang harus diterima oleh peminat filem sekuel ini. Kerana judulnya sendiri yang meminjamkan nama The Half-Blood Prince juga tidak nampak relevennya kerana terlalu kecil untuk diketengahkan sebagai judul filem.

Gelap yang saya maksudkan di sini kerana olahannya terlalu kejam sehingga menyebabkan salah satu watak utama di dalam filem ini mati kerana dendam kesumat kuasa jahat konco-konco Dark Lord termasuk Bellatrix Lestrange yang telah bekerjasama dengan seseorang yang awalnya nampak baik iaitu Professor Severus Snape.

Wujud juga watak baru iaitu Professor Horace Slughorn yang pada awalnya boleh berubah menjadi kerusi sofa yang tiba-tiba mengingatkan saya perubahan transformasi di dalam Transformers. Watak Slughorn sebenarnya diwujudkan kerana dia mampu memberikan klue tertentu kepada misi Harry.

Perjalanan olahan cerita yang terlalu meleret adakalanya boleh menyebab ada penonton terlelap seketika. Jarang bagi saya dalam sejarah pembikinan filem Harry Potter penonton boleh terlena, melainkan tidak cukup tidur semalaman. Itulah yang saya ertikan dengan maksud membosankan.

Berbeza daripada karya terdahulu, fokus kali ini lebih diberikan kepada kisah cinta berbanding aksi. Bagaimanapun garapan cinta antara Potter dan Ginny Weasley (adik Ron Weasly) bukanlah adegan menarik apabila kedua-duanya nampak macam tidak selesa.

Mujur kelemahan itu berjaya ditutup dengan lakonan berkesan Emma Watson sebagai Hermione Granger yang kecewa apabila cinta terhadap Ron Weasly tidak berbalas. Aksi teruja Weasly apabila seorang pelajar wanita tergila-gilakannya turut menjadi penyeri jalan cerita.

Namun bagi pengikut setia Harry Potter, episod kali ini mungkin boleh merungkaikan beberapa jawapan yang mungkin wujudnya kesinambungan filem box-office pada masa akan datang. Bagaimanapun, kesan visual dan kesan khas filem ini mempesonakan.

Tapi apa yang boleh saya katakan di sini, jangan harapkan terlalu banyak magik yang akan berlaku menerusi sekuel Harry Potter kali ini. Kayu sakti mereka tidak digunakan sepenuhnya sebaliknya dibayangi kewujudan sebuah almari ajaib yang mampu perantara hubungan antara 2 lokasi.

Melihat almari itu pula, teringat saya pada filem The Chronicles of Narnia: The Lion, The Witch and the Wardrobe. Mungkin filem ini lebih memberikan kepuasan kepada penggemar novel Harry Potter.


Sinopsis

Half-Blood Prince mengisahkan cabaran Harry Potter yang memulakan tahun ke-6nya di Hogwarts. Tekanan untuk menewaskan kuasa jahat Dark Lord semakin membuak-buak dalam diri ahli sihir muda ini.

Dengan menggunakan sebuah buku sihir yang pernah dimiliki oleh Half-Blood Prince, Harry dia berjaya menjadi murid kesayangan Slughorn kerana mampu menyelesaikan banyak tugasan.

Pada masa sama, Harry membantu Dumbledore yang berusaha membongkar rahsia Voldermort mencari kehidupan abadi (Horcruxes). Di sini perlunya Slughorn. Pencarian Horcruxes itu berakhir dengan kejadian cukup tragik di Hogwarts.


Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA