perekacerita
promosi perodua murah


Menerusi 20 episod siarannya, drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd yang turut mengetengahkan lakonan Watie Sadali, Azhan Rani, Aliza Abdullah, Kapt (B) Mohd Noor Bon dan Liza Othman yang sememangnya cukup berpengalaman dalam bidang lakonan tanahair.
Menerusi Sanggar Cinta Raudhah juga penonton dapat menyelami kasih sayang yang cukup mendalam dalam diri seorang ibu meski pun masyarakat kita seringkali memandang serong seseorang yang bergelar ibu tiri. Sarat dengan pengajaran berguna, Sanggar Cinta Raudhah mengangkat martabat seorang wanita yang mampu dijadikan idola di kalangan wanita kerana berjaya berdepan pelbagai dugaan mencabar dalam hidup. Wanita bukanlah objek yang boleh diperlakukan sesuka hati sebaliknya wanita masa kini mampu memikul tanggungjawab sendiri terhadap keluarga.
Pastikan anda tidak lepaskan peluang menyaksikan drama Sanggar Cinta Raudhah setiap Khamis, jam 8.30 malam yang dapat menyuntik semangat jati diri di kalangan wanita ini menerusi saluran Dunia Ria, TV2.
Sebagai seorang wanita yang tabah dan cekal, dirinya begitu gigih mengambil alih syarikat peninggalan arwah suami dan meneruskan kehidupan sehariannya yang begitu mencabar. Mengendalikan syarikat yang mengalami masalah kewangan sememangnya menuntut sepenuh perhatian untuk memulihkannya kembali sekaligus menambahbaik prestasi syarikat. Begitu pun liku hidup yang terpaksa dijalani wanita bernama Raudhah tidaklah semudah disangka apabila dia turut berdepan konflik tentangan daripada dua anak tirinya, Mazli, Suzi dan Dahlia yang begitu memusuhi dirinya.

Takdir menentukan Raudhah bertemu jodoh dengan lelaki muda dikenali sebagai Izwan yang juga anak kepada teman rapatnya, Datin Maznah yang pada mulanya sekadar mahu membantu mengembalikan kegemilangan syarikat Halalink Corporation. Mereka sama-sama jatuh cinta lalu mendirikan rumahtangga meskipun mendapat halangan keluarga Izwan dan juga anak-anak tirinya. Raudhah pasrah dengan jodoh yang telah ditakdirkan untuknya itu.
Dugaan berganda mula menghantui kehidupannya apabila dua anak tirinya, Suzi dan Dahlia jatuh cinta dengan ketampanan Izwan yang seusia mereka. Lalu pelbagai usaha dan helah dilakukan mereka untuk merebut hati lelaki bergelar ayah tiri mereka itu meskipun menyedari cinta Izwan begitu teguh untuk Raudhah seorang. Pada masa sama kedua-duanya dengan bantuan Mazli, abang mereka cuba menjalankan komplot untuk merebut hak ke atas syarikat Halalink Corporation.
Dijayakan wataknya oleh pelakon berpengalaman Aida Radzwill yang bergandingan dengan Zizan Nin yang menghidupkan watak Izwan, plot-plot menarik ini boleh diikuti menerusi drama bersiri Sanggar Cinta Raudhah yang mula bersiaran pada 3 Disember 2009, setiap Khamis, jam 8.30 malam di TV2.




Perhatian buat peminat-peminat drama bersiri penyiasatan! Musim ke-4 drama penyiasatan jenayah popular US Criminal Minds bakal kembali menjengah ruang televisyen anda bermula 23 November 2009 ini dengan menjanjikan lebih banyak tumpuan kepada episod-episod pembunuhan yang lebih misteri dan sukar dirungkai. Peminat-peminat drama ini boleh menikmati aksi-aksi hebat pelakon-pelakon handalan drama siri ini pada setiap hari Isnin jam 10.30malam, hanya di stesen hip 8TV.

Criminal Minds merupakan sebuah drama Amerika yang berkonsepkan jenayah dan dihasilkan oleh The Mark Gordon Company bersekutu dengan ABC Studios dan Rangkaian Televisyen CBS Paramount.

Criminal Minds musim ke-4 ini sekali lagi berkisar di sekeliling sekumpulan elit FBI - Unit Analisis Kelakuan atau lebih dikenali sebagai unit BAU yang mempunyai kepakaran menganalisis pemikiran penjenayah-penjenayah yang paling kejam di negara mereka dengan memfokuskan akan tindakkan yang akan dilakukan oleh penjenayah tersebut sebelum mereka bertindak sekali lagi.

Keprihatinan dan kesabaran pihak BAU memerangi jenayah ini dapat dilihat di dalam salah satu episod yang bakal ditayangkan yang mana sebuah kereta SUV yang membawa anggota unit BAU di bandar New York telah dibom oleh pihak pengganas. Ketidak jangkaan perilaku penjenayah yang telah mengebom pasukan unit BAU ini membuatkan Pusat Ibu Pejabat BAU menghantar kumpulan pakarnya menyiasat akan kejadian tersebut. Siasatan terhadap gerak laku pengganas dilakukan dengan sangat terperinci dan penonton ikut sama dapat merasa debaran adegan yang mungkin akan di lakukan sekali lagi oleh pihak pengganas.

Selain dari itu, Criminal Minds musim ke-4 juga membongkar kes tipu muslihat pembunuhan bersiri penjenayah yang cuba menyembunyikan agenda pembunuhan mereka. Pembunuh cuba membuat beberapa tindakan untuk menggaburi mata pihak polis seperti kematian itu berlaku akibat kemalangan kereta atau sebagainya. Ada diantara mangsa pembunuhan juga dikatakan telah dirasuk oleh kuasa jahat dan pembunuh yang licik ini memberi alasan bahawa beliau telah diberi mandat oleh pihak paderi.Kristian untuk membanteras kuasa jahat itu.
Namun, kepakaran unit BAU dapat mengatasai segala helah yang diberi malah dapat membaca gerak hati penjenayah sebelum lebih banyak lagi kes bunuh berlaku.

Penonton juga akan dibawa menghayati dengan lebih mendalam terhadap watak-watak karektor utama drama bersiri ini. Watak Reid membawa anda menyelami keadaan dejavu yang dialami oleh beliau yang mana kes-kes yang disiasat telah mengembalikan ingatan beliau kepada beberapa kes silam yang pernah beliau tangani. Bagaimanakah Reid menangani emosi beliau?

“Criminal Minds pernah menjadi sebuah drama siri popular urban di 8TV dan kami gembira untuk menyiarkan musim terbarunya.. Kali ini unit pasukan BAU di cabar dengan lebih banyak jenayah-jenayah yang sukar untuk ditelusi. Penonton 8TV pasti akan terhibur dan rasa ingin tahu lebih meluap-luap dengan dengan plot-plot dan jalan cerita yang lebih menarik di musim baru ini.” Kata Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

“Criminal Minds yang lalu telah mendapat sambutan yang hangat dari penonton-penonton 8TV dan saya rasa musim ke-4 ini pasti akan terus menghiburkan penonton-penonton kami,” tambahnya.

Criminal Minds di bintangi oleh Paget Brewster, Matthew Gray Gubler, AJ Cook, Thomas Gibson, Joe Mantegna, Shemar Moore dan Kirsten Vangsness. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, jangan lupa untuk menonton 8TV dan menyaksikan Criminal Minds (musim ke-4) setiap Isnin, mulai 23 November 2009 jam 10.30malam. Anda juga boleh menonton 8TV menerusi Astro di saluran 708.

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!


Sinopsis

Mengisahkan kisah seram luar biasa. Dibintangi Lucy Liu sebagaiSadie, wartawan yang menyiasat kegiatan rahsia yang menarik golongan mudamenganggotainya untuk menjadi ahlinya. Ketika melakukan siasatan secara terperinci, tanpa disedari Sadiemenjadi mangsa kepada dalang bagi kes pembunuhan ngeri tanpa menyedari iadidalangi sekumpulan pontianak jadian.Bermula daripada situ, ceritanyamenjadi menarik untuk ditontoni. Penonton turut dihidangkan dengan babaksuspens yang pasti mendebarkan mereka.

Sadie yang terjaga kemudian mendapati tubuhnya di bilik mayat danpaling mengejutkan,dia tidak lagi berrnyawa. Bersama penyiasat iaitu Rawlins (lakonan Michael Chiklis),Sadiebangkit dan ingin membalas dendam terhadap kumpulan berkenaan yang menjadi punca kematiannya.




Olivia mengisahkan tentang Olivia, seorang gadis muda yang memiliki segala-galanya. Olivia mempunyai seorang abang kembar bernama Ruben. Olivia meminati bola sepak, manakala Ruben pula meminati muzik.

Ruben telah meninggalkan rumahnya secara rahsia untuk menghadiri sesi ujibakat. Demi membantu Ruben, Olivia telah menyamar sebagai lelaki dan dengan kesempatan itu, dia cuba menyertai pasukan bola sepak di sekolahnya.

Olivia terpaksa mengubah penampilan dan gayanya sebagai seorang lelaki. Olivia terpaksa menghadapi banyak kesulitan ketika menyamar sebagai Ruben di sekolah. Tetapi, dia dapat menghadapinya dengan bantuan rakan-rakannya. Sikap Olivia yang aneh di sekolah telah menyebabkan Justin mencurigainya.

Oleh itu, dia cuba merapatkan hubungan Justin dan Chelsea demi menyembunyikan penyamarannya. Chelsea sebenarnya menyukai Olivia, dan Olivia mula menyukai Justin.

Kepulangan Ruben akhirnya telah membongkarkan segala-galanya dan menimbulkan kekecohan di antara mereka. Pertandingan bola sepak juga hampir dibatalkan setelah mereka mengetahui status sebenar Olivia.

Namun, jurulatih telah membantu Olivia dan pertandingan bola sepak diteruskan semula. Dan akhirnya, Olivia telah menyumbangkan kemenangan untuk pasukannya. Justin tetap bersikap dingin terhadap Olivia. Ketika ibu Olivia ingin memperkenalkan Olivia kepada Faizal, Justin datang untuk menyatakan cintanya terhadap Olivia.

Untuk mengetahui siapakah jejaka yang menjadi pilihan Olivia, jangan ketinggalan janji temu anda menyaksikan Olivia mengisi slot Asean Delight, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang menerusi RTM2 yang dijamin mampu menghidupkan situasi petang anda sekeluarga.


Hero movie ni Raizo lakonan Rain (Korea) adalah salah satu pembunuh paling kejam di dunia. Dia diambil dari jalanan sebagai anak angkat dan dilatih serta diubah untuk menjadi pembunuh terlatih oleh Klan Ozunu iaitu sebuah kumpulan rahsia yang dianggap sebagai mitos. Setelah meningkat dewasa Raizo tidak dapat menerima pegangan yang dipegang kuat oleh Klannya sehingga pada suatu hari temannya dibunuh kerana cuba melarikan diri daripada klan tersebut. Dia cuba bangkit namun ditewaskan tetapi berjaya melarikan diri dan akan membalas dendam suatu hari nanti.

Di Berlin, agen Europol Mika Coretti (Naomie Harris) telah menemui sebuah jejak wang yang menghubungkan beberapa pembunuhan politik ke rangkaian bawah tanah yang tidak boleh mengesan pembunuh dari Timur Jauh. Menentang perintah atasannya, Ryan Maslow (Ben Miles), Mika cuba membongkar fail agen rahsia untuk mengetahui kebenaran di sebalik pembunuhan. Siasatannya membuahkan hasil, dan Klan Ozunu menghantar pasukan pembunuh untuk menghapuskan Mika yang dipimpin oleh Takeshi (Rick Yune). Raizo menyelamatkan Mika tetapi dia tahu bahawa klan Ozunu tidak akan berehat sehingga mereka berdua dihapuskan. Raizo dan Mika harus mempercayai satu sama lain jika mereka ingin bertahan untuk terushidup dan sekaligus untuk menumbangkan klan Ozunu yang sukar difahami.

aku rasa xperlu kot nak kena g panggung tuk ngok cite ni... juz download jer kat dlm sharing site aku.. hoho..


Sinopsis:
Sebuah kisah tentang tiga pemuda, Taufik, Jeffri dan Sam, yang membuat keputusan untuk bercuti di sebuah pulau yang terkenal di Malaysia, Pulau Langkawi. Taufik, seorang pemuda yang konservatif dan Jeffri terkenal dengan sifat playboy manakala Sam pula seorang yang suka melawak. Ketiga-tiganya memiliki keperibadian berbeza namun tidak menghalang ikatan persahabatan mereka. Percutian mereka dirancang dengan begitu sempurna dan segalanya berjalan dengan lancar. Namun kesempurnaan percutian mereka berakhir, apabila takdir menemukan mereka dengan tiga gadis iaitu Lina, Amy dan Sofea. Bukan hanya setakat percutian, malah pertemuan mereka turut mengubah takdir kehidupan mereka selamanya. Satu persatu konflik timbul antara mereka dan persoalan demi persoalan merungkai kepada pelbagai rahsia yang tidak pernah Sam, Taufik dan Jeffri bayangkan akan terjadi dalam hidup mereka. Mampukah mereka menghadapi takdir mereka dan mencari jalan keluar? Atau takdir apakah yang seterusnya menanti mereka di pulau tersebut?





AVATAR mengisahkan tentang Jake Sully, seorang bekas Tentera Laut yang lumpuh pada bahagian kaki hingga ke bawah telah diminta bagi menggantikan abang kembarnya yang telah mati terbunuh dalam suatu kejadian., abang kembar Jake Sully terlibat dalam program 'AVATAR' yang mana suatu jasad makhluk asing (Puak Na'vi) yang dipanggil AVATAR telah direka menggunakan kombinasi DNA manusia dan makhluk asing. Avatar tersebut seterusnya digunakan bagi menggantikan manusia untuk berhubung dan memasuki Dunia Puak Na'vi di Planet Pandora.

latar filem ini, iaitu pada abad ke-22, manusia telah meneroka ke Planet Pandora ini untuk mendapatkan sumber mentah bernama Unobtainium yang sangat mahal dan bernilai. Jake Sully telah dijanjikan 'kaki yang baru' jika berjaya menyelesaikan misinya di Pandora. Misi Jake Sully ialah untuk memujuk puak Na'vi keluar dan berpindah dari tempat tinggal mereka sekarang, kerana manusia dari Bumi mendapati di bawah tempat tinggal puak Na'vi terletaknya sumber Unobtainium yang sangat banyak. Namun, Jake akhirnya jatuh cinta dengan Neytiri, seorang puteri puak Na'vi. Adakah Puak Na'vi akan beredar dari tempat tinggal mereka? Atau akan bermula nya peperangan antara manusia dari Bumi dan Puak Na'vi dari Pandora? Siapakah yang akan disebelahi oleh Jake Sully? Untuk mengetahuinya, sila download movie ni dalam sharing site aku…






Mungkin ramai yang meminati filem berkonsepkan pencarian harta karun kerana ia mempunyai banyak babak dan plot yang menarik dan penuh dengan elemen pengembaraan.


Malah Fool's Gold boleh dikatakan lebih daripada itu apabila pengarahnya, Andy Tennant (pengarah Anna and the King) cerdik dalam memikat hati penonton. Jalan cerita filem ini memang menarik dan dia turut mengetengahkan babak babak-babak lucu tanpa mengetepikan kisah percintaan antara Tess Finnega dan Ben 'Finn' Finnega.


Pemilihan pelakon Kate Hudson pula, yang membawa watak Tess berganding bersama Finn lakonan Matthew McConaughey sangat istimewa apabila mereka dilihat begitu secocok dan berjaya melakonkan watak yang diberikan.


Tidak keterlaluan dikatakan Matthew sebenarnya sangat sesuai melakonkan watak jenis ini (lucu).

Tidak rugi menonton Fool's Gold kerana jalan cerita yang di ketengahkan mampu menghiburkan hati, timbul rasa cemas serta tidak kering gusi walaupun mata hanya melihat lautan biru (babaknya hanya di laut).


Warner Bros dan Andy Tennant pada mulanya bercadang untuk menjadikan kepulauan Caribbean sebagai lokasi, tetapi mereka membuat keputusan menghala kompas ke Queensland, Australia kerana kepulauan Caribbean ketika itu sedang dilanda melalui musim ribut. Kira-kira RM219 juta dilaburkan untuk mnghasilkan Fool's Gold.


Malah, mereka banyak menghabiskan wang apabila melalui proses penggambaran di banyak lokasi menarik dunia seperti Brisbane, Gold Coast, Hamilton Island, Lizard Island, Airlie Beach dan Hervey Bay. Krew dan para pelakon juga disediakan rumah penginapan mewah di setiap lokasi.


Untuk pengetahuan anda, kapal mewah The Precious Gem dalam filem itu adalah kepunyaan Lee Group Charters.



Sipnosis


Ben 'Finn' Finnegan (Matthew McConaughey) tidak pernah putus asa dalam mencari 40 bekas kotak simpanan harta karun tinggalan 1715 yang dipanggil Queens' Dowry. Isteri Finn, Tess mula putus asa dan mula muak dengan sikap Finn yang tidak pernah serik kerana banyak menghabiskan wang dan turut berhutang semata-mata untuk mengejar harta Queens' Dowry. Tess yang memutuskan untuk bercerai telah memulakan hidup baru, bekerja sebagai pelayan di atas kapal mewah yang dimiliki oleh Nigel Honeycutt (Donald Sutherland).


Sikap Finn yang rela melakukan apa saja untuk menyempurnakan niat mencari harta karun itu telah mendapat klu untuk berbaik-baik dengan Nigel agar dapat menggunakan segala kelengkapan dan peralatan dalam kapal Precious Gem. Dia berjaya bertemu Nigel setelah dia menyelamatkan Gemma (Alexis Dziena), anak kesayangan Nigel. Kebetulan Tess yang bekerja di atas kapal itu malah Finn pula mampu mempengaruhi mereka semua, membuatkan niat untuk memulakan pencarian Queens' Dowry itu berjaya.


Bagaimanapun, bukan senang untuk menjumpai Queens' Dowry apabila mereka perlu berhadapan dengan gangster tempatan yang bergelar Bigg Bunny (Kevin Hart) yang juga berminat untuk memilikinya Queens' Dowry. Tetapi hanya Finn dan Tess sahaja yang tahu jalannya setelah banyak mempelajajari tentang Queens' Dowry.


Saat cemas sering muncul dalam proses pencarian harta tersebut di tambah pula harta itu berada di tempat yang benar-benar bahaya.


Perlumbaan kedua-dua pasukan itu akhirnya memihak kepada kumpulan Finn. Pada saat itulah cinta Finn dan Tess mula kembali setelah lama berpisah.



Ghost House mengisahkan suatu kejadian pada suatu malam.

Penduduk sebuah kediaman memberitahu polis mereka terdengar jeritan seorang budak perempuan. Namun sebaik polis tiba, mereka mendapati rumah itu didiami wanita berusia 30 tahun dan anak perempuan berusia 7 tahun.

Kanak-kanak kecil itu seolah mengalami masalah mental dalam masa yang sama terdapat kesan kecederaan di tubuhnya. Bagaimanapun, ibunya enggan membawa anaknya untuk rawatan sakit jiwa namun akhirnya dia akur atas arahan. Inilah pertama kalinya, Krit bertemu Ing-On dan Phrae, kanak-kanak dengan masalah jiwa itu.
Sepanjang rawatan, Ing-On memberitahu tandatanda halusinasi dan paranoid yang dialami anaknya, namun Phrae memberitahu Krit yang dia sering diserang dan dicederakan roh jahat seorang budak lelaki. Krit bersimpati dengan Phrae memandangkan usianya sebaya dengan anaknya sendiri.
Bagaimanapun semakin dekat Krit dengan keluarga Ing-On semakin banyak perkara pelik yang disedarinya. Ini termasuklah cara pelik Ing-On membesarkan anaknya





BLACK Water adalah filem berbajet rendah yang mengeksploitasi kisah benar bagaimana dua remaja perempuan menggunakan kemahiran survival mereka. Dua gadis itu berusaha menyelamatkan diri di hutan paya bakau yang dibanjiri air selepas seorang daripada rakan mereka dibaham sang bedal.

Mungkin kedengaran seperti cerita serangan buaya yang memang biasa berlaku di kawasan paya bakau Australia Utara, tapi percayalah ada antara kejadian benar itu yang cukup mengerikan. Tidak perlu ramai, pengarah Andrew Traucki dan David Nerlich hanya memerlukan tiga pelakon utama saja untuk melunaskan tanggungjawab dalam Black Water.
Walaupun hanya bertiga, tugas yang dipikul Diana (Gracie), Maeve (Lee) dan Andy (Adam) tidak mudah. Bukan setakat perlu meyakinkan penonton dari segi lakonan yang cukup spontan tetapi juga sehingga mampu membangkitkan persoalan di minda penonton, kalaulah aku berada dalam keadaan itu apa yang perlu aku buat, atau bagaimana untuk melalui saat-saat nyawa seperti telur di hujung tanduk.


Walaupun dilabelkan sebagai filem murah, Black Water harus diberi pujian atas ketelitian dan penekanan yang diberikan sutradara dalam hal mengeksploitasi tabiat, kelakuan dan pergerakan buaya air masin menerusi penggunaan kesan khas imej janaan komputer (CGI) yang cukup realistik pada babak tertentu terutama ketika buaya mengganas.

Selain itu, kesan khas bunyi dan shot banyak membantu membangkitkan mood seram, kejutan dan situasi panik dalam filem ini. Seperkara yang cukup menarik, filem ini tidak perlukan suasana gelap untuk membangkitkan rasa ngeri. Hakikat bahawa perkara yang kita tidak nampak itu sebenarnya boleh membunuh sudah cukup bagi menguatkan jalan ceritanya.

Jadi, tidak semestinya untuk berasa takut, perlu dimuatkan elemen watak hantu pada setiap ketika, begitu juga dengan amalan dalam Black Water, kemunculan sang bedal nyata lebih baik.

Bagi yang meminati kisah reptilia ganas ini, Black Water mengisahkan bagaimana Gracie, teman lelakinya, Adam dan adik Gracie iaitu Lee menghabiskan masa bercuti di Australia Utara. Selepas melawat ladang ternakan buaya, Adam mencadangkan mereka memancing di sebuah hutan paya bakau.

Ketika memancing, Jim pemandu pelancong mereka tiba-tiba hilang. Namun selepas mayatnya timbul, barulah mereka sedari yang mereka diserang buaya air masin. Untuk menyelamatkan diri, Adam membawa Gracie dan Lee berlindung di atas pokok bakau memandangkan bot yang membawa mereka terbalik dan tersangkut dalam paya.




KCB mengisahkan masalah mencari cinta sejati dengan cara Islam. Dalam filem ini, sentuhan fizikal antara lelaki dan perempuan dilarang sama sekali. Watak utama, Khairul Azzam dilakonkan M Cholidi Asadil Alam, seorang pelajar Universiti al-Azhar di Kaherah.

Khairul berasal daripada sebuah keluarga sederhana terpaksa bekerja untuk menyara ibu dan adik-adik perempuannya di Yogyakarta. Beliau juga adalah seorang aktivis dan mengamalkan Islam dalam hidupnya dan kegigihannya itu memikat Eliana yang dilakonkan Alice Sofie Norin, anak duta Indonesia.

Khairul bagaimanapun menolak cinta Eliana dan memilih Anna Althafunnisa yang belum pernah dikenalinya. Watak Anna dilakonkan oleh Oki Setiana Dewi. Anna akhirnya bersetuju mengahwini Khairul tapi dengan syarat beliau berjanji tidak akan berpoligami dan menguatkan hujahnya dengan hadis Rasulullah. Pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Meyda Sefira dan Andi Arsyil Rahman Putra.

Filem ini bagaimanapun turut menimbulkan persoalan mengenai kaitan antara nilai ajaran Islam dan industri perfileman, Seperti filem lain sebelum ini, Ayat-Ayat Cinta, Kun Fayakun, Mengaku Rasul dan Syahadat Cinta, KCB dihasilkan hasil gabungan antara idealisme dan nilai komersil.

Akibatnya, sesetengah pengkritik menganggap tindakan itu menyebabkan terhasilnya filem yang tidak bermutu tinggi. Namun ada juga pengkritik, seperti ahli sejarah filem, Salim Said yang menganggapnya sebagai ilustrasi generasi lama yang cuba mengumpul keuntungan dengan menghasilkan filem bermutu yang memberi manafaat kepada masyarakat.

Rumusan pengarah filem, Deddy Mizwar mungkin memberi jalan tengah untuk semua. Baginya, tidak semestinya suami dan isteri dalam filem berpelukan untuk tontonan umum. Dalam siri televisyen popular arahannya, Para Pencari Tuhan, seorang pelakon lelaki membuktikan cintanya dengan bersedia menyucikan diri dengan air mata isterinya untuk andai Islam membenarkannya.

sinopsis 2
Cinta merupakan motif utama. Islam merupakan landasan yang dipegang dalam membina hubungan cinta dan kehidupan harian. Watak utama Khairul Azzam (Azzam) dan Anna Althafunnisa (Anna) memberikan kesan dalam jalan cerita filem ini. Permulaan cerita lebih menjurus kepada masalah hubungan dan kehidupan teman rapat Azzam. Percintaan teman-temannya juga banyak diceritakan dan Azzam bertindak sebagai penasihat bagi mereka juga. Disebabkan terlalu memikirkan akan orang lain dirinya sendiri diabaikan. Mempunyai perasaan kepada penuntut perempuan yang bernama Anna walaupun tidak pernah berjumpa ataupun melihat rupanya, tetapi bila telah ditakdirkan bertemu walaupun dari jauh rupanya wanita itu pernah dijumpainya ketika adegan menyelamatkan harta Anna dan temannya yang tertinggal di dalam bas.

Azzam telah menghabiskan masa selama 9 tahun di Cairo, akhirnya dia lulus juga. Sepanjang kehidupannya di perantauan dia mencari rezeki dengan membuat tempe dan menyediakan masakan asli Indonesia di majlis-majlis keramaian yang mana tenaganya diperlukan. Begitu rapat dengan pelakon sinetron bernama Eliana, sehingga segala majlis keramaian yang dijalankan olehnya mesti menggunakan khidmat Azzam untuk penyediaan makanan. Dalam diam Eliana ada menyimpan perasaan kepada Azzam dan banyak kali juga mereka berseloroh berkaitan perasaan suka terhadap masing-masing. Bagi Azzam dia tidak minat dengan perempuan seperti Eliana kerana dia mahukan muslimah seperti Anna.

Anna telah dipinang oleh Furqan iaitu teman dan kenalan kepada Azzam. Furqan merupakan seorang anak orang kaya dan sering menunjukkan kekayaannya dengan hidup mewah tinggal di pangsapuri dan hotel mewah walaupun ketika masih belajar. Walaupun suka menunjuk dari segi kebendaan tapi dia tidak sombong dan angkuh malah disenangi teman dan kawan. Sehingga satu peristiwa dia diperas ugut oleh seorang wanita arab yang terlibat dalam kumpulan pemerasan. Furqan telah dirogol oleh wanita tersebut, dan gambar bogel mereka telah dirakamkan oleh wanita tersebut. Disebabkan Furqan tidak sedar ketika perkara itu dilakukan maka keesokan paginya dia mendapat email yang menyatakan perkara buruk itu telah berlaku. Tidak cukup dengan itu, Furqan disahkan menghidap HIV AIDS selepas peristiwa hitam itu. Wanita arab tersebut telah berjaya ditangkap. Furqan dinasihatkan meninggalkan tanah arab bagi menjaga nama baik dirinya dan keluarga. Namun begitu, rahsia yang dipendamnya itu hanya diketahui oleh dirinya sahaja sehingga menjadi beban yang amat berat.

Walaupun Furqan menghidap HIV namun dia tetap meneruskan niatnya untuk memperisterikan Anna. Sungguh tidak disangka peristiwa selepas mereka berkahwin akan lebih menarik berdasarkan paparan awal sambungannya dalam Ketika Cinta Bertasbih 2.

Azzam juga akan menghadapai dilema yang amat menarik di dalam sambungan tersebut. Dilemanya ialah:-

- tidak mempunyai pekerjaan selepas balik ke Indonesia.

- dilema cinta antara dia dan wanita yang mencintai dan menyayanginya.

Aku tidak sabar menunggu sambungan Ketika Cinta Bertasbih 2.




Gratisan Musik




zettai kareshi (Absolute Boyfriend )

Drama ni mengisahkan tentang robot manusia yang dicipta oleh syarikat heaven kronos. Robot ni dicipta sebagai robot kekasih. Untuk percubaan, Izawa telah dipilih untuk mencubanya. Sebabnya Izawa masih belum memiliki teman lelaki. Izawa boleh memilih ciri-ciri teman lelaki yang di impikannya dan semua data-data yang telah diprogramkan seperti yang diingini Izawa.

Pada permulaan Izawa macam rimas dengan kewujudan robot kekasih ni yang diberi nama Tenjo Night dalam kehidupannya. Night asyik mengekorinya sehinggakan sanggup bekerja sama syarikat dengan Izawa. Ini yang menyebabkan Izawa naik rimas, nak2 lagi Night asyik meluahkan perasaan cintanya.

Namun begitu, Izawa mula syok pula kat ketuanya, Asamoto Soshi. Soshi ni mula2 kaki perempuan. Kerja pon x serius sehinggakan mendatangkan kemarahan abangnya, Asamoto Masashi. Soshi mula syok kat Izawa selepas makan kek yang Izawa masak. Sebab perasa kek tu same dengan kek yang dibuat oleh datuknye. Selepas tu Soshi mula rapat dengan Izawa dan cuba untuk menunaikan impian Izawa untuk menjadi tukang masak makanan ringan.

Disebabkan hubungan yang makin intim, Night mula rasa cemburu. Namun tingkah laku aneh Night menyebabkan syarikat Heaven Kronos nak mengambilnya semula dan menghapuskannya. Ini disebabkan Night mungkin berbahaya kepada manusia kerana perasaan cinta dan cemburunya seakan-akan seperti manusia yang sebenar.



sky of love atau name jepunye koizora.cerita ni merupakan kisah cinta yang menyentuh hati. citer nih mengisahkan seorg high school girl yg fall in love kat pakwe dier melalui telefon. actually pakwe dier tuh schoolmate dier gak tp dier xnak reveal identiti dier. at first girl tuh mmg x kenal and xtau langsung saper guy yg slalu call dier tuh tp disebabkan laki tuh mcm baek and gentleman gler dier pun fall in love kat laki tuh. then lpas diorang dh saling kenal-mengenali, diorang pun couple.. Pakwe dier tuh mmg baek. dier slalu ade bile girl tuh perlukan dier, and time girl tuh bgtau yg dier pregnant that guy trus g blikan present utk dier (sooo sweet..) and dier sanggup berenti blaja dan cari keje sbb nak sara anak & bakal bini dier tuh. dorang siap dh promise nak kawen lg time abis skolah, parents pun dh setuju ngan relationship dorang. malangnyer girl tuh keguguran gara-gara ex-girlfriend pakwe dier

one day laki tuh tetibe berubah dan mintak break-up. puas la ppuan tuh pujuk cakap xnak break-up tp laki tuh x layan. then, 3 thn lpas tuh, ppuan tuh dpt tau yg laki tuh sbnrnya ader penyakit and dh nk mati (tulah sbb dier break-up dulu), so ppuan tuh mintak couple balik and dier sanggup berenti blaja sbb nk jaga pakwe dier kat hospital. time dier sakit tuh, pakwe dier slalu cakap yg dier nak jadi sky sbb leh tgk girl tuh kat maner2 pun, so bila pakwe dier mati girl tuh pun 'bercinta' la plak dgn sky a.k.a pakwe dier tuh.. sbb tuh la tajuk dier 'sky of love'..


Mengisahkan tentang seorang imigran sederhana dari Cina yang berperang melawan salah satu organisasi kejahatan yang sangat kuat di planet ini, Yakuza. Film ini dilakonkan oleh Derek Yee (One Night in Mongkok) dan dibintangi oleh Jackie Chan, Daniel Wu, dan Masaya Kato. Di Jepang, imigran asing selalu dihindari oleh sebagain besar masyarakat. Mereka selalu hidup dalam ketakutan, takut jika tertangkap dan dipulangkan. Kemudian Steelhead (Chan), seorang mekanik traktor yang rendah hati pergi ke Tokyo dalam rangka mencari pacarnya yang hilang, Xiu Xiu (Xu Jinglei). Xiu Xiu hilang sesaat setelah sampai di Tokyo. Tidak lama berselang, Steelhead sudah dihadapkan kepada semua hal kesukaran yang dialami oleh pendatang Cina di Jepang. Dia mencoba untuk bertahan dari tangan penjahat dan sindikat penjahat kelas dunia, yang kemudian membawanya ke suatu informasi bahwa Xiu Xiu telahh merubah identitasnya menjadi warga Jepang dan menikah dengan seoarang calon pemimpin Yakuza, Eguichi (Masaya Kato). Akhirnya Steelhead bekerjasama dengan Eguichi.

Steelhead bekerjasama dengan sesama pendatang Cina lainnya untuk mendirikan tempat berkumpul bagi mereka. Rupanya keberuntungan sedang berpihak kepada Steelhead, karena sesudah menolong Eguichi melawan saingannya yang sangat kuat, dia diberi kontrol penuh atas Shinjuku, tempat hiburan malam yang paling populer. Tidak terbiasa dengan gaya hidup yang pebuh dengan kejahatan, Steelhead menemukan cintanya yang baru dan membuka perusahaan reparasi traktor tepat di luar kota. Ketika Equichi mulai menggunakan orang imigran cina sebagai penjual narkotika bagi yakuza, dia datang kembali ke kota untuk meminta keadilan yang sesungguhnya, meskipun dia tau bahwa tindakannya ini berarti menghancurkan masa depan wanita yang pernah dia pernah cintai.



Adnan Saladin seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (libas), sehingga dia digelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand), lebih-lebih lagi Ak Nangkhon, “killer” pasukan mereka. Di perlawanan libas yang lalu, Ak Nangkhon secara kotor telah mencederakan kaki raja libas, menyebabkan kehebatannya merosot. Bukan itu sahaja, kecederaan itu juga telah mengakibatkan tekong malaysia (Dali) parah apabila libas gagal menampan libasan kuat Ak Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Malah jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan ratna anaknya.

Kebimbangan Raja Libas memuncak bila Mr. Wilson seorang lelaki Inggeris sanggup menaja perlawanan Libas pada tahun ini, lebih awal dari selalunya. masa yang suntuk dan kecederaan kaki yang belum pulih sepenuhnya menjadi masalah yang besar kepada Raja Libas. Malah kebimbangannya menjadi bertambah kerana pertaruhan perlawanan kali ini adalah bola warisan, simbol keagungan permainan sepak raga yang diwarisi oleh orang Melayu sejak 500 tahun dahulu. Seandainya kemenangan memihak kepasa pasukan Thailand, bermakna bola warisan menjadi milik mereka untuk selama-lamanya dan Malaysia akan kehilangan bukti bahawa permainan sepak takraw adalah berasal dari Tanah Melayu dan merupakan permainan tradisi orang-orang melayu. Dan Raja Libas adalah waris penyimpan bola itu.

Tanpa diketahui oleh Raja Libas, bola warisan itu kini menjadi buruan oleh pengumpul barang-barang antik yang mengetahui bahawa bola warisan itu memiliki nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran terbaru untuk bola itu adalah sebanyak USD 15 juta dan tanpa diketahui oleh Raja Libas juga, Mr. Wilson telah bersekongkol dengan pasukan Thailand demi mendapatkan bola itu.

Raja Libas tertekan bila jurulatih mendesaknya mencari pemain baru bagi berhadapan dengan pasukan Thailand. Bagi Raja Libas, agak mustahil dalam masa yang singkat dia dapat mengumpul pemain bagi menubuhkan pasukan yang baru. Namun, demi mempertahankan maruah, tradisi dan keagungan adat, Raja Libas berusaha mencari pemain. Lebih dari itu, Raja Libas sebenarnya mencari pewaris kepada bola warisan itu, yang menurut jurulatih, pewaris itu haruslah seorang yang sebangsa dengan Raja Libas, seagama dan mempunyai akhlak yang tinggi. Dan bola itu hanya boleh dipegang oleh pewarisnya sahaja.

Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Baginya dia masih boleh bergantung harap pada Megat, walaupun Megat masih membenci libas kerana kekalahan yang lalu. Tanpa diketahui oleh Raja Libas, Megat sudah pun menjadi duri dalam daging bila dia setuju belot setelah dirasuah oleh Ak Nangkhon. malah sudah menghasut jurulatih untuk menjual permainan kepada Thailand dan memberitahu Ratna bahawa pertunangan libas dengannya sudah diputuskan oleh ayahnya. Ratna marah dan menuduh Raja Libas mementingkan bola warisan lebih daripadanya.

Sewaktu memandu melewati KLCC, Raja Libas telah terlihat kehebatan seorang remaja (Hamadi) menimang bola futsal, yang dengan kehebatannya itu dapat mempertahankan diri dari serangan 3 remaja yang lain dengan hanya menggunakan sebiji bola dan Raja Libas menawarkannya untuk bermain libas. Dan Raja Libas fikir mungkin dialah pewaris bola itu. Namun Hamadi itu menolak tawaran libas kerana baginya permainan sepak raga adalah permainan yang ketinggalan zaman. Namun Raja Libas telah mempamerkan kehebatannya melibas apabila dia menyelamatkan hamadi dari dipukul oleh tiga remaja tadi yang kembali membalas dendam.

Akhirnya Hamadi setuju untuk menyertai Libas selepas diberitahu bahawa dia harus mempertahankan maruah negara dalam permainan itu. Bagi Raja Libas dia harus mendapatkan pemain yang lain bagi mencukupkan satu regu. Sepengetahuan Libas Ratna juga mempunyai kehebatan menimang bola. Sewaktu dia ingin menemui Ratna untuk memujuknya menyertai pasukan, Libas terserempak dengan seorang remaja gemuk (Kumok) yang mempunyai kelebihan pada perutnya. Kumok dapat menyambut buah-buahan dan sayur-sayuran yang dilontarkan kepadanya, malah telur yang dilontar tidak pecah bila ditampan dengan perutnya.

Akhirnya Raja Libas dapat mengumpulkan regu pasukannya iaitu Megat, Hamadi dan Kumok. Raja Libas berusaha mengajar mereka dengan segala pengetahuan yang dia ada untuk permainan Libas. Libas sedar pasukannya tidak sehebat pasukan lawan. Namun dia masih mengharapkan Megat dapat mengepalai pasukan.

Di hari perlawanan, Megat tidak muncul, Raja Libas resah. dia terus memupuk semangat Hamadi dan Kumok. tanpa diduga, mereka berdua dapat mengalahkan pasukan dari China. semangat Raja Libas bertambah dan Ak Nangkhon cemas bila melihat potensi pasukan Malaysia. Ak Nangkhon merencana sabotaj kepada pasukan Malaysia yan menyebabkan Kumok dan Hamadi tercedera ketika di perlawanan separuh akhir dengan Iraq. Raja Libas sedar ada sesuatu yang dikehendaki oleh Ak Nangkhon bila Megat tiba-tiba muncul dalam keadaan parah selepas dibelasah Ak Nangkhon. Akhirnya Raja Libas mengeluarkan bola warisan dari tempat simpanan rahsianya dan mempertaruhkan bola itu untuk perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand.

Di perlawanan akhir pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Jurulatih mula kelihatan tidak yakin dan ketika Raja Libas melambung kain putih mengaku kalah, Ratna muncul menyelamatkan keadaan. Kelebihan Ratna dengan aura rambutnya menyelamatkan Malaysia dari kekalahan. Dan ketika pasukan Malaysia alpa meraikan kejayaan, bola warisan dicuri oleh Mr. Wilson. Namun jurulatih cepat sedar dan Raja Libas dengan Libasan luar biasanya dapat menghalang bola itu dari di bawa lari oleh Mr. Wilson dan lebih mengujakan bila juru latih dan Raja Libas melihat bola itu di pegang oleh seorang budak lelaki sambil melaung “Malaysia juara”. Raja Libas melihat pewaris kepada bola warisan.

TAMAT


Film yang bercerita tentang pertempuran antar geng sekolah besutan Takashi Miike dan menjadi box office di tahun 2007 dengan mendapat keuntungan sebesar 2,4 billion yen ini akhirnya dibuat sequelnya. Masih menampilkan tokoh utama dari film sebelumnya Genji Takiya yang diperankan oleh Oguri Shun, tetapi kali ini dia harus berhadapan dengan seorang bintang muda bersinar Miura Haruma.

Cerita mengambil setting waktu 8 bulan setelah film pertama dimana Genji Takiya akan lulus dan keluar dari Suzuran High School. Namun, ternyata ada beberapa hal yang masih perlu dia selesaikan dengan sekolah lain yang menjadi rival Suzuran High School..Adalah Housen Gakuen yang dipimpin oleh Tatsuya Mito (Miura Haruma) yang menjadi rival sekolah Suzuran. Dengan didampingi oleh Narumi siswi kelas tiga Housen Gakuen. Pertarungan antar sekolah pun kembali tak bisa di hindarkan.


Ini adalah salah satu film sequel yang menurut pengamat film akan kembali menjadi hit, karena akan menampilkan perkelahian 500 orang anggota gang. Jumlah yang tidak sedikit, bahkan saat proses syuting akan dimulai, Takashi Miike membuka casting untuk pemuda berumur 18-35 tahun yang berkepala plontos untuk bermain sebagai anggota gang Housen Gakuen. Juga beberapa orang yang berbadan besar untuk menjadi bagian dari Serizawa Army, Genji's Perfect Succesion dan figuran khusus adegan perkelahian.



cerita ini lebih mengisahkan bagaimana TAKIYA GENJI ( Shun Oguri ) cuba menandingi percapaian ayahnya seorang ketua yakuza ketika muda dahulu, dengan mengetuai sekolah Suzuran (sekolah yang penuh dengan deliquent students). Bagaimana pun dia perlu melepasi halangan terbesarnya disana iaitu seorang student bernama TAMAO SERIZAWA.

Movie nih adalah antara J-Movie yang terbaik yang pernah aku tengok. Lakonan, ekspresi muka, arahan dan juga camera angle memang menawan minat aku. Memang totally brutal


Awan Dania 2 berkisar kepada kehidupan seorang gadis yang bernama Dania yang berjaya mencapai impiannya untuk menjadi pramugari di sebuah syarikat penerbangan sebelum ini.

Bagaimanapun, disebabkan menghormati persahabatan dengan rakannya, Dania mengambil keputusan untuk berhenti dari syarikat penerbangan lama dan menganggur untuk seketika.

Walaupun begitu, impian Dania untuk terbang di awan tidak pernah luntur dan akhirnya peluang tersebut datang apabila sebuah lagi syarikat penerbangan menawarkan peluang pekerjaan sebagai pramugari.


Dania pergi ke sesi temuduga dan bertemu dengan salah seorang dari pengurus kanan di situ, Safura. Dania telah mengembalikan kenangan pertama sewaktu dia bekerja dengan usia yang lebih mentah dan diterima bekerja di situ.

Episod baru dalam hidup Dania bermula sejurus memulakan tugasannya di tempat yang baru yang dikelilingi dengan rakan-rakan baru serta cabaran yang perlu ditempuhi termasuklah Benjy (lakonan Jehan Miskin) yang menagih cinta Dania.

So, jangan lupa tonton perjalanan hidup Dania dan rakan-rakannya yang penuh warna-warni menerusi drama hebat Awan Dania 2 yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin, bermula pada 28 September 2009, jam 9.00 malam, hanya di Astro Ria (saluran 104).



Kisah seorang gadis cantik, Dewi lakonan Bunga Citra Lestari yang pernah dikecewakan seorang lelaki yang menjadi pelanggan di hotel tempat dia bekerja. Suatu hari, Dewi bertemu dengan jejaka Malaysia, Fredo (Ashraf Sinclair) iaitu seorang pelanggan hotel yang cerewet dan sering menimbulkan masalah.

Bagaimanapun, Saus Kacang menarik apabila mempamerkan Bunga (Dewi) sebagai pekerja hotel yang sangat berpengaruh. Pun begitu, Dewi sering dihantui kisah silam cintanya bersama pelanggan yang pernah datang sebelum kedatangan Ashraf (Fredo) yang cerewet dan banyak menimbulkan masalah.

Watak Fredo mewakili pelancong dari Malaysia yang ingin mencari ketenangan selepas percintaannya bersama Mae (Marsha) menemui jalan perpisahan. Walaupun Ashraf warganegara Malaysia, penulis agak pelik apabila gaya dan bahasa yang digunakan Ashraf tidak menggambarkan dia orang Malaysia pun.

Cara percakapan Ashraf lebih kepada bahasa Indonesia. Mungkin 'karena' Ashraf sendiri memperisterikan wanita Indonesia. Pun begitu, penulis kagum dengan Marsha kerana dia tetap dengan bahasa Malaysia sesuai dengan wataknya itu.

Menyambung kisah cerita ini, tragedi balas dendam Dewi terhadap Fredo ditimpa musibah sehingga mereka didenda akibat melanggar pantang larang Hari Raya Nyepi. Perayaan ini juga membuatkan penulis ingin tahu budaya yang sungguh terkenal di Pulau Bali itu.

Menyentuh lakonan Bunga, dapat dirasakan ia ada peningkatan yang besar walaupun dia seolah-olah menjadi dirinya sendiri. Tidak pada Ashraf, sungguhpun ada sedikit peningkatan dari segi lakonan, ada beberapa babak dalam filem ini Ashraf agak over-acting yakni seperti dibuat-buat.

Ia dapat dilihat pada babak Ashraf menangis yang seakan seperti ketawa. Bagaimanapun, babak ciuman suami isteri ini banyak dipotong kerana dirasakan kurang sesuai untuk masyarakat tempatan.

Penulis kagum dengan Marsha yang menjadi Mea iaitu bekas tunang Fredo. Lakonannya menjadi tetapi ada setengah babak meninggalkan tanda tanya. Motif kemunculan Mea tidak diketahui dan ia seperti tergantung.

Selain Marsha, Saus Kacang juga menampilkan vokalis Samsons, Bams yang menjadi suami kawan baik Dewi. Malah, penonton juga boleh menyaksikan persembahan secara live kumpulan Samsons ketika babak romantis Ashraf dan Bunga di atas kapal.




Public Enemies ini adalah mengisahkan kehidupan seorang perompak yang paling digeruni oleh kerajaan Amerika. Mereka telah merompak hampir keseluruhan bank-bank yang berada di area Los Angeles. Tapi yang paling macho dalam cerita ini adalah mengenai peribadi Johnny Deep yang sangat romantik dan tidak suka menyakiti masyarakat sekeliling. Walaupun dia sedang merompak, sebaik-baiknya dia akan hindar dari memukul atau menembak mereka yang berdegil. Klau dah terpaksa baru dia buat. Masa untuk dia merompak dan melincinkan segal duit yang ada di bank adalah 1 minit dan 40 saat. Sangat cepat dan ligat pada ketika itu. Kira dia ni adalah perompak yang paling canggih dan effisyen la.

So, macam biasalah cerita ini di selangi dengan babak-babak cinta di mana Johnny Deep bertemu dengan kekasihnya di sebuah restoran makanan mewah. Dia adalah sangat power mengayat perempuan tersebut. Terus terang kepada kekasihnya menyatakan dia adalah seorang perompak bank yang sangat dikehendakai oleh Kerajaan Amerika. Dia cakap kat awek tu, dia tidak akan tinggalkan walau apa pun yang tejadi, by hook or by crook. Masalahnya, dia cakap ayat-ayat ceni mase 1st time jumpa. Kalau dah bercouple boleh terima akal lagi la kan. So, gurl tu pun kira tertawan lah dengan Johnny Deep yang pada masa itu memang berprofil orang kaya dan sangat smart. Pada hal, girl tersebut hanyalah seorang penjaga beg dan barang-barang di sebuah hotel.

Nak dijadikan cerita, karier Johnny Deep ni tamat di penghujung umurnya lingkungan awal 40an setelah ramai rakan-rakan karibnya terbunuh dik operasi besar-besaran oleh NYPD.



Gelap dan membosankan. Mungkin agak keterlaluan untuk mengklasifikasikan siri filem terbaru Harry Potter ini Tapi itulah hakikatnya yang harus diterima oleh peminat filem sekuel ini. Kerana judulnya sendiri yang meminjamkan nama The Half-Blood Prince juga tidak nampak relevennya kerana terlalu kecil untuk diketengahkan sebagai judul filem.

Gelap yang saya maksudkan di sini kerana olahannya terlalu kejam sehingga menyebabkan salah satu watak utama di dalam filem ini mati kerana dendam kesumat kuasa jahat konco-konco Dark Lord termasuk Bellatrix Lestrange yang telah bekerjasama dengan seseorang yang awalnya nampak baik iaitu Professor Severus Snape.

Wujud juga watak baru iaitu Professor Horace Slughorn yang pada awalnya boleh berubah menjadi kerusi sofa yang tiba-tiba mengingatkan saya perubahan transformasi di dalam Transformers. Watak Slughorn sebenarnya diwujudkan kerana dia mampu memberikan klue tertentu kepada misi Harry.

Perjalanan olahan cerita yang terlalu meleret adakalanya boleh menyebab ada penonton terlelap seketika. Jarang bagi saya dalam sejarah pembikinan filem Harry Potter penonton boleh terlena, melainkan tidak cukup tidur semalaman. Itulah yang saya ertikan dengan maksud membosankan.

Berbeza daripada karya terdahulu, fokus kali ini lebih diberikan kepada kisah cinta berbanding aksi. Bagaimanapun garapan cinta antara Potter dan Ginny Weasley (adik Ron Weasly) bukanlah adegan menarik apabila kedua-duanya nampak macam tidak selesa.

Mujur kelemahan itu berjaya ditutup dengan lakonan berkesan Emma Watson sebagai Hermione Granger yang kecewa apabila cinta terhadap Ron Weasly tidak berbalas. Aksi teruja Weasly apabila seorang pelajar wanita tergila-gilakannya turut menjadi penyeri jalan cerita.

Namun bagi pengikut setia Harry Potter, episod kali ini mungkin boleh merungkaikan beberapa jawapan yang mungkin wujudnya kesinambungan filem box-office pada masa akan datang. Bagaimanapun, kesan visual dan kesan khas filem ini mempesonakan.

Tapi apa yang boleh saya katakan di sini, jangan harapkan terlalu banyak magik yang akan berlaku menerusi sekuel Harry Potter kali ini. Kayu sakti mereka tidak digunakan sepenuhnya sebaliknya dibayangi kewujudan sebuah almari ajaib yang mampu perantara hubungan antara 2 lokasi.

Melihat almari itu pula, teringat saya pada filem The Chronicles of Narnia: The Lion, The Witch and the Wardrobe. Mungkin filem ini lebih memberikan kepuasan kepada penggemar novel Harry Potter.


Sinopsis

Half-Blood Prince mengisahkan cabaran Harry Potter yang memulakan tahun ke-6nya di Hogwarts. Tekanan untuk menewaskan kuasa jahat Dark Lord semakin membuak-buak dalam diri ahli sihir muda ini.

Dengan menggunakan sebuah buku sihir yang pernah dimiliki oleh Half-Blood Prince, Harry dia berjaya menjadi murid kesayangan Slughorn kerana mampu menyelesaikan banyak tugasan.

Pada masa sama, Harry membantu Dumbledore yang berusaha membongkar rahsia Voldermort mencari kehidupan abadi (Horcruxes). Di sini perlunya Slughorn. Pencarian Horcruxes itu berakhir dengan kejadian cukup tragik di Hogwarts.



Fighting’ adalah sebuah cerita heroik berkisarkan Sean, seorang jurujual jalanan yang menjaja barangan cetak rompak di bandaraya New York. Dengan kematian anak bini serta seorang ayah yang tidak mahu menerimanya, tidak banyak yang tinggal dalam hidup Sean untuk dijadikan motivasi. Tetapi perselisihan dengan guru veteran ‘street-fighting’, Harvey Boarden (Terrence Howard), membuka hidup Sean ke satu karier yang baru.


2012 mengisahkan kejadian penghujung dunia seperti yang diramalkan dalam kalendar kaum Mayan. Kisahnya bermula apabila pada tahun 2009 seorang ahli geologi telah ditunjukkan oleh rakannya di India tentang perkembangan kajian lapisan bawah bumi yang menjadi sangat panas sehinggakan bahan galian menjadi cair.

Beliau kemudian memaklumkan kepada Presiden Amerika tentang itu dan ramalan bencana besar kesan daripada kepanasan melampau dalam bumi pada tahun 2012. Atas perbincangan secara rahsia dengan beberapa pemimpin dunia, mereka memulakan satu projek membina sebuah kapal gergasi yang berpusat di bumbung Dunia Tibet China.Hanya beberapa kerat orang-orang kaya dan yang terpilih di dunia sahaja dimaklumkan tentang itu, selain daripada beberapa khazanah berharga dan binatang2 tersenarai untuk menaiki kapal itu kelak.

Seorang penulis terkenal bercuti bersama 2 orang anaknya di Taman Negara YellowStone. Di situ dia berjumpa dengan seorang yang kurang siuman. Lelaki itu kemudian bercerita kepadanya mengenai ramalan Hari Kiamat kaum Mayan yang yang akan berlaku pada 21/12/2012. Namun dia tidak mempercayainya walaupun lelaki itu menyentuh tentang pembinaan kapal gergasi secara rahsia.

Tetapi pada tarikh tersebut, apabila dia diberitahu oleh seorang anak hartawan yang mereka sekeluarga akan menaiki sebuah kapal sementara dia yang tinggal di situ akan mati, membawa kembali ingatannya kepada kata-kata orang kurang siuman di Yellowstone itu. Dengan pantas dia memandu menuju ke rumah bekas isterinya bagi menyelamatkan keluarganya itu.

Pelbagai usaha dijalankan untuk membawa keluarganya ke tempat kapal itu dibina iaitu di Tibet China berbekalkan peta yang diberitahu oleh orang kurang siuman itu, walaupun diancam oleh bencana alam seperti gempa bumi yang sangat dahsyat dan percikan2 api kesan daripada ketidakstabilan dari dalam bumi. Namun mereka bernasib baik apabila akhirnya tiba di situ. Malangnya mereka kemudian dihalang daripada memasukinya kerana bukan terdiri daripada orang-orang yang terpilih itu.

Sementara ahli geologi itu terperanjat apabila mengetahui hanya orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan memasuki kapal itu. Atas prinsip kemanusiaan dia berani menyuarakan sikap tidak bertamadun apabila hanya melihat sahaja ramai lagi orang-orang yang berada di sekeliling kapal itu mati kerana tidak dibenarkan memasukinya. Mendapat sokongan daripada yang lain, pelepasan terpaksa ditangguhkan bagi membenarkan orang-orang yang dilarang tadi menaiki kapal itu. Tindakan yang terlewat itu menyebabkan kapal tenggelam oleh tsunami besar dan air panas. Namun akhirnya masalah itu dapat diatasi.

Selepas kejadian 'Hari Kiamat' itu, tarikh Masihi telah dikira semula. Dan selepas beberapa hidup dalam kapal itu akhirnya mereka yang terselamat itu dapat melihat muka bumi sama sekali berubah, dipenuhi laut dan wujud satu sahaja benua besar.


Filem District 9 mengisahkan kehadiran sebuah kapal angkasa makhluk asing di Johannesburg, Afrika Selatan. Kapal angkasa itu terapung di langit selama beberapa hari, sehinggalah manusia cuba membongkar misteri di sebalik kapal angkasa itu.

Didapati, terdapat beribu-ribu makhluk asing yang kelaparan, keliru dan putus harapan di dalam kapal angkasa tersebut. Persatuan manusia yang baik hati, memutuskan untuk menyelamatkan makhluk-makhluk asing yang juga dipanggil sebagai 'orang udang' atau 'prawn' itu dengan memberi sumbangan makanan dan tempat perlindungan.

Daerah yang memuatkan beribu-ribu makhluk asing itu dikenali sebagai District 9 atau Daerah 9. Bilangan makhluk asing ini meningkat hingga ke angka juta dan mereka juga banyak menimbulkan masalah sosial kepada masyarakat setempat. Makhluk-makhluk asing ini mencuri, menculik manusia dan melakukan banyak kerosakan dan vandalisme. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk setempat.

Makhluk-makhluk asing yang juga dipanggil 'Prawn' oleh penduduk setempat kerana rupanya seperti udang ini sebenarnya adalah makhluk yang setiakawan dan jujur. Mereka juga pandai mencipta senjata-senjata bioteknologi yang canggih dan menukarnya dengan makanan kucing di dalam tin.

Contohnya, satu suit robotik berharga 100 tin makanan kucing. Suit robotik itu dijual kepada kumpulan-kumpulan gelap yang dianggotai oleh warga Afrika. Sayang sekali, kesemua senjata makhluk asing itu tidak dapat digunakan oleh manusia. Ini kerana kesemua senjata canggih ciptaan makhluk asing itu memerlukan pengguna yang memiliki DNA makhluk asing sahaja. Namun, ketaksuban kumpulan-kumpulan gelap terhadap senjata makhluk asing yang dianggap sebagai misteri, ajaib dan keramat menyebabkan mereka tetap mahu menyimpan senjata-senjata makhluk asing ini.

Kumpulan gelap ini sering menipu makhluk-makhluk asing ini. Mereka percaya dengan memakan jantung makhluk asing ini, mereka akan kebal dari pelbagai jenis penyakit termasuklah diabetes. Manakala ketua kumpulan gelap Afrika pula percaya, dengan memakan tangan makhluk asing, akan dapat memberikannya tenaga dan kuasa makhluk asing.

Watak utama dalam filem ini ialah seorang ejen MNU (Multi-Nation United) bernama Wikus van der Merwe (lakonan Sharlto Copley). Wikus sangat menjaga kebajikan makhluk asing ini, tetapi sayangnya dia sering diancam oleh makhluk asing semasa menjalankan tugas.

Memandangkan masyarakat setempat tidak lagi mampu bersabar dengan kebiadaban yang dipamerkan oleh makhluk asing, pihak MNU bercadang untuk memindahkan kesemua makhluk asing ke satu tempat yang tidak ada manusia, iaitu kira-kira 200 kilometer daripada District 9. Tempat baru ini akan dikenali sebagai District 10. Kesemua makhluk asing akan diminta untuk menandatangan satu borang persetujuan untuk berpindah.

Pada suatu hari, ketika Wikus mengunjungi sebuah rumah makhluk asing yang bernama Christopher, Wikus telah menemui satu silinder perak yang mengandungi cecair hitam. Semasa memeriksa silinder perak tersebut, Wikus telah terkena percikan cecair hitam yang menyebabkan mutasi makhluk asing berlaku ke atas Wikus.

Wikus kini mempunyai DNA makhluk asing dan perlahan-lahan berubah menjadi makhluk asing. Hal ini berjaya dikesan oleh pihak MNU di pusat perubatan semasa Wikus menerima rawatan. Jangkitan DNA makhluk asing ke atas Wikus ini sebenarnya telah membuka niat sebenar MNU melindungi makhluk asing.

Pihak MNU sebenarnya telah lama tertarik dengan senjata-senjata canggih ciptaan makhluk asing ini. Oleh itu, kebolehan Wikus untuk menggunakan kesemua peralatan dan senjata bioteknologi ciptaan makhluk asing telah menarik perhatian pihak MNU. Mereka menilai Wikus dengan harga berbilion Dolar. Wikus merupakan manusia paling bernilai di dunia. Pihak MNU mahu mengekstrak keluar DNA makhluk asing dari badan Wikus dan ini bermakna kesemua sel dan tisu badan Wikus perlu digunakan. Ini juga bermakna Wikus akan terkorban kerana ketamakan pihak MNU mahu merampas teknologi makhluk asing.

Menyedari agenda rahsia MNU, Wikus melarikan diri dan menjejaki Christopher. Christopher memberitahu Wikus bahawa makhluk asing memiliki teknologi perubatan untuk menyembuhkan kembali Wikus supaya menjadi manusia normal tetapi teknologi tersebut tidak ada di District 9. Teknologi tersebut berada di planet makhluk asing. Christopher juga berjanji akan kembali ke bumi selepas 3 tahun, untuk menolong menyembuhkan Wikus, tetapi Wikus tidak dapat bersabar memandangkan Wikus kini telah menjadi buruan pihak MNU yang mahukan DNA makhluk asing yang terdapat di badannya.

Pada mulanya Wikus menyalahkan Christopher, namun kemudian, Wikus mula menyedari keikhlasan Christopher. Ini kerana semasa Christopher dan Wikus berjaya memecah masuk ke makmal rahsia MNU, Christopher berasa sangat sedih melihat kaumnya telah dijadikan eksperimen perubatan. Oleh itu Christopher terpaksa melengahkan janjinya kepada Wikus selama tiga tahun kerana mahu menumpukan terhadap usaha menyelamatkan kaum sejenisnya.

Sementara itu, Wikus telah dianggap sebagai pelarian dan pada masa yang sama sebagai penjenayah yang dikehendaki. Wikus telah difitnah mengadakan hubungan seks dengan makhluk asing dan kerana itu beliau telah dijangkiti penyakit makhluk asing yang boleh berjangkit. Ini menyukarkan Wikus untuk menonjolkan diri di khalayak ramai. Mujurlah isteri Wikus masih mempercayai Wikus.

Babak-babak terakhir filem ini berakhir dengan aksi peperangan antara Wikus, makhluk asing dengan pihak MNU. Wikus menggunakan peralatan canggih makhluk asing untuk menyerang balas serangan pihak MNU dan pada masa yang sama untuk melindungi Christopher naik ke kapal angkasa makhluk asing.

Anak lelaki Christopher yang sudah tentunya seekor makhluk asing yang pintar telah berjaya mengaktifkan kapal angkasa makhluk asing secara kawalan jauh dan menyedut kapal angkasa kecil makhluk asing masuk ke kapal angkasa besar.

Adakah misi Wikus untuk membolehkan Christopher pulang ke planetnya berjaya? Bagaimana dengan cinta sejati isteri Wikus yang menunggu kepulangan Wikus biarpun ramai pihak menganggap Wikus telah terkorban? Apakah yang telah berlaku ke atas Wikus? Adakah Christopher akan menunaikan janjinya? Segala panduan jawapan untuk persoalan-persoalan ini akan menyerbu minda selepas menonton cerita ini.


Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA