perekacerita

Bila Musang Berjanggut


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita




akhirnya abis juga aku tengok cerita drama boys over flower. lama kot sampai 25 episode. nanti aku share sinopsis drama boy over flower kat korang. hard dish 1tera aku penuh dengah drama dan movie jer.. bekalan time cuti ni.. hahaha.... aku tak suka tengok drama yang masih ditayangkan. tu pasal drama adamaya, asmaradana dan sayang cendana aku tak layan.. sem depan aku letak la drama sayang cendana dalam SHARING UMP. drama sayang cendana tamat baru la aku tengok. hohoho...

ni aku nak share drama melayu yang yang dah tamat dan mungkin aku tengok time cuti semesta ni. drama bila musang berjanggut. baca sinopsis kat internet macam best je. layan....



Sinopsis Drama Bila Musang Berjanggut (www.budiey.com)

Hikayat mengisahkan tentang Orang Kaya Jamil (Shahrulnizam) berasal dari keluarga yang berada dan berstatus tinggi. Ayahnya, Tuan Termasyur (Datuk Jalaluddin Hassan) berpura-pura sakit tenat supaya Jamil pulang ke Malaysia dan berkahwin dengan gadis pilihannya.


Tanpa disangka, Tuan Termasyur mengahwinkan Jamil dengan 3 wanita berlainan kaum iaitu Melayu, Cina dan India serentak. Walaupun begitu, mereka tidak dikurniakan anak kerana Jamil disahkan mandul.

Waris amat penting bagi Jamil kerana dia bakal mewarisi harta keluarga Tuan Termasyur bernilai berbillion ringgit. Jika tidak, sepupu Jamil iaitu Mamat Trump berhak mendapat harta tersebut. Pelbagai kaedah perubatan dan cara alternatif telah dicuba, akhirnya mereka membuat keputusan untuk mengambil anak angkat.

Faridah aka Ferra (Sheila Rusly) muncul dalam kehidupan mereka dan berjaya mendapatkan seorang anak yang menepati kriteria Jamil iaitu Ashraff. Ashraff ditatang bagai minyak penuh dan diberikan pendidikan terbaik termasuk adat dan budaya ketiga-tiga ibunya. Oleh itu, Ashraff boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil tanpa masalah. Namun, sejak usia 13 tahun, pelbagai ugutan muncul dalam keluarga mereka. Oleh kerana bimbang akan keselamatan Ashraff, Jamil menghantar Ashraff dan sepupunya Romeo sambung belajar ke luar negara.


Kembalinya Ashraff ke tanah air, Jamil mula khuatir jika Ashraff (Fizo Omar) tidak akan berkahwin dan harta keluarga Tuan Termasyur akan jatuh ke tangan Mamat Trump (Mahmud Ali Bashah) dan anaknya Romeo. Lalu dia meminta pertolongan Faridah aka Ferra untuk mencarikan calon isteri buat Ashraff.

Namun tiada seorang pun yang memikat hati anaknya. Ashraff mahu membuktikan kepada keluarganya bahawa dia akan menemui ‘wanita sejati’ yang mencintai dirinya dan bukan kerana harta kekayaan.

Ashraff bertemu dan terpikat kepada Cempaka (Nur Fathia), satu-satunya wanita yang berjaya melepasi segala ujian yang diberikan. Mereka disatukan sebagai suami isteri. Namun, kehadiran Cempaka di dalam keluarga Ashraff menimbulkan pelbagai gelagat lucu. Apakah yang terjadi selanjutnya?


VIDEO TRAILER : http://www.youtube.com/watch?v=e32_Ad6w4QI



banner 150×150
award sebagai penghargaan kepada follower copy (tekan ctrl + c) code di bawah & masukkan dalam text blog korang

<center><a href="http://ceritadimataku.blogspot.com/" target="_blank" title="AWARD PEREKA CERITA"><img style="cursor:pointer; cursor:hand;width: 150px; height: 160px;" src="http://4.bp.blogspot.com/_hH08FYORP2g/S-Kq41G8j3I/AAAAAAAABFQ/sVe4JihYu0o/s1600/award+pereka+cerita.jpg"/></a></center>



Share/Bookmark

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA