perekacerita
promosi perodua murah

Shutter Island


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita


aku dah lama tak share sinopsis filem dan drama english.. maybe pasal aku kurang minat dengan cerita dari barat kot... arini aku share sinopsis filem Filem Shutter Island. mana taw korang tengah bosan tapi tak taw nak tengok filem apa kan... aku dah upload filem shutter island ni dalam UMP SHARING.. enjoy


SINOPSIS FILEM SHUTTER ISLAND (bharian.com)


Filem: Shutter Island
Genre: Thriller Pengarah: Martin Scorsese Pelakon: Leonardo Di Caprio, Ben Kingsley, Michelle Williams, Mark Ruffalo
Tayangan: Mulai 15 April


Shutter Island bercerita mengenai dua Marsyal Amerika Syarikat, Teddy Daniels (Leonardo DiCaprio) dan Chuck Aule (Mark Ruffalo), yang diarahkan menyiasat kehilangan seorang pembunuh wanita, Rachel Solando, dari sebuah penjara yang juga pusat rawatan untuk penjenayah gila.

Di pusat rawatan yang terletak di sebuah pulau itu, Teddy dan Chuck bertemu dengan pengawal, doktor, serta pesakit lain yang membantunya menyelesaikan misteri kehilangan penjenayah berkenaan. Namun, semakin jauh dia cuba membongkar misteri terbabit, semakin banyak kebenaran menakutkan yang ditemui.
Dari babak pembukaan lagi, Shutter Island bagai menjanjikan sebuah kisah yang akan membuatkan penonton tekun mengikuti siasatan dua lelaki ini. Ia dipersembahkan dengan gaya filem thriller era lama, yang tidak berpaksikan nilai-nilai komersial.

Dihasilkan daripada novel tulisan Dennis Lehane, filem ini pada mulanya bagai mengajak penonton mengikuti siri siasatan Teddy dan Chuck, bagaimana seorang penjenayah boleh menghilangkan diri begitu saja daripada biliknya yang ketat terkawal. Begitupun, apabila detik demi detik berlalu, siasatan itu bukan hanya mengenai kehilangan penjenayah wanita berkenaan, sebaliknya lebih jauh daripada itu.

Pengakhiran ceritanya sama-sekali tidak seperti mana yang penonton jangkakan. Kebijaksanaan si sutradara menyimpan rahsia sehingga ke akhir cerita membolehkan penonton berteka-teki sendiri, apakah yang sebenarnya terjadi?

Pada ketika pembongkaran dilakukan Teddy, ketika itu juga dia diganggu pelbagai kenangan masa lalu. Dia terbayangkan bagaimana isterinya terbunuh dalam kebakaran yang dilakukan seorang lelaki, yang turut berada di pulau terbabit. Dia diganggu bayangan anak-anak Rachel yang kononnya mati dibunuh ibu mereka sendiri.



Share/Bookmark

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA