perekacerita

Drama Fringe (ntv7)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita




salam.. harini aku nak share 1 sinopsis drama english yang akan bermula malam ni.. korang boleh layan citer ni kat website ntv7. malah korang boleh download guna idm. tapi kalau nak tengok kat website ntv7, korang kena register la dulu.


Sinopsis Drama Fringe (budiey)

Pengalaman luarbiasa pasukan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bahagian “Fringe” yang dianggotai Olivia Dunham, saintis Walter Bishop, dan anak lelakinya Peter Bishop, sewaktu menjalankan tugas kembali keudara di ntv7 untuk musim kedua.

Penyakit pelik, cimera, mutan, keupayaan psikik, teleportasi adalah antara kejadian luarbiasa yang disiasat mereka bertiga. Drama berunsur cereka sains ini berjaya menarik minat penonton Malaysia, meraih jumlah keseluruhan 5.5 juta penonton sepanjang musim pertamanya. Peminat tentunya tidak ingin terlepas Fringe musim kedua, bersiaran di ntv7, setiap Ahad, 8.30 malam bermula 18hb Julai selama 22 episod.

Dalam finale mengejutkan musim pertama, Olivia menjangka dirinya akan diperkenalkan kepada bekas rakan kongsi Walter Bishop dan pengasas Massive Dynamic bernama William Bell (bintang undangan LEONARD NIMOY). Sebaliknya dia didedahkan kepada kewujudan alam semesta selari dan keupayaan memasuki dua alam berlainan. Alam semesta baru ini mempunyai sejarah misteri serta rahsia tersendiri, yang terbukti apabila Walter melihat perkuburan anak lelakinya sendiri.

Tirai musim kedua ini dibuka dengan adegan kepulangan Olivia secara mengejut kepada realiti alternat yang mengelirukan. Sementara itu Peter, dalam usahanya yang sibuk mengejar maklumat tentang lawatan Olivia, tidak menyedari akan ancaman kuasa jahat yang bakal menimpa mereka semua. Walter pula kembali ke makmal untuk mencari penyelesaian melalu ilmu sains sambil terus berusaha memperbaiki perhubungannya dengan Peter.

Olivia, Walter dan Peter disertai agen Phillip Broyles (LANCE REDDICK) yang memberi panduan kepada mereka sambil disokong oleh agen Charlie Francis (KIRK ACEVEDO) yang setia menurut peraturan dan agen junior Astrid Farnsworth (JASIKA NICOLE). Eksekutif Massive Dynamic Nina Sharp (BLAIR BROWN) yang berperwatakan sukar difahami pula turut mengukuhkan lagi plot misteri dan kekal dengan pendiriannya bahawa kemajuan teknologi mengubah dunia sains, dan sebaliknya, sains dunia.

Jalan cerita menarik yang memperlihatkan penemuan asal usul kejadian luarbiasa, ujian kesetiaan, misteri yang berterusan serta penampilan pelakon undangan Leonard Nimoy sebagai watak penting dalam musim kedua ini jelas akan menambat hati penonton. Jangan terlepas Fringe musim kedua di ntv7 pada setiap Ahad, pukul 8.30 malam, bermula 18hb Julai. Untuk maklumat lanjut, layarilah laman web www.ntv7.com.my

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA