Drama 8 Bulan




Sinopsis Drama 8 Bulan (budiey.com)

Linda (lakonan Vanidah Imran) ialah seorang wanita berkerjaya yang bercita-cita tinggi manakala suaminya, Faizal (Rashidi Ishak) pula mempunyai personaliti yang berbeza dengannya. Mereka bekerja di sebuah agensi pengiklanan iaitu MoNaRKi Incopration.


Linda ialah seorang Pengurus Pemasaran manakala Faizal ialah Pereka Grafik di mana jawatan dan pendapatannya lebih rendah daripada isterinya. Faizal berasa selesa dengan kedudukannya di syarikat manakala Linda bekerja keras sehingga dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Kanan.

Selepas Linda mengandung, mereka sedar bahawa mereka belum bersedia dan gusar untuk melangkah ke fasa baru. Mereka berada dalam dilemma untuk menyampaikan berita baik kepada bos (Tony Eusoff) kerana beliau tidak gemar jika pengurusnya gagal memberikan komitmen sepenuhnya atas alasan mengandung. Selain itu, mereka perlukan perancangan kewangan bagi menampung kos kehidupan dari saat Linda mengandung sehingga melahirkan anak sulung mereka.

Di sini, HSBC Amanah Malaysia memainkan peranan penting dalam memaparkan segala penyelesaian kewangan kaedah Syariah yang bersesuaian dengan corak kehidupan seseorang di saat-saat penting seperti menanti kelahiran anak yang pertama. Bagaimanakah Linda dan Faizal mengubahsuaikan diri dan merancang kehidupan mereka dengan perkhidmatan kewangan daripada HSBC Amanah Malaysia dalam tempoh 8 bulan?

Jadi, jangan lupa ikuti kehidupan Linda dan Faizal yang penuh warna-warni dan gelak ketawa ini mulai 25 Julai 2010, setiap Ahad jam 10.30 malam di TV3.

PELANCONG

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails