perekacerita
promosi perodua murah

Oh My Lady (TV8)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita

Oh My Lady

Oh! My Lady
TARIKH SIARAN: 16 NOVEMBER 2010 – 13 DISEMBER 2010
HARI SIARAN:SETIAP ISNIN – JUMAAT
MASA: 8.30 – 9.30 MALAM
SUMBER: BUDIEY.COM
PELAKON:
Chae Rim sebagai Yoon Gae Hwa
Choi Si Won sebagai Sung Min Woo
Lee Hyun Woo sebagai Yoo Shi Joon
Park Han Byul sebagai Hong Yoo Ra
Moon Jung Hee sebagai Han Jung Ah
Yoo Seo Jin sebagai Lee Bok Nim
Yoo Tae Woong sebagai Kim Byung Hak
Genre : Romance, comedy
Pengarah: Park Young Soo
Episodes: 16
Tengok Online Dan Download Drama Oh My Lady
1) http://www.mysoju.com/oh-my-lady/
2) http://www.dramacrazy.net/korean-drama/oh-my-lady/

Sinopsis Oh My Lady (TV8)
Mengisahkan hidup seorang pelakon yang sedang popular di Korea, Sung Min Woo yang menjadi huru-hara apabila dia didatangi oleh seorang janda beranak satu, Yoon Gae-hwa. Yoon Gae-hwa terpaksa tinggal bersama-sama di rumahnya kerana sejarah silam yang dilakukan oleh Sung Min Woo. Daripada dipanggil “Ahjumma” (makcik) oleh Sung Min Woo, akhirnya Yoon Gae-hwa menjadi buah hati yang dicintai oleh pelakon kacak itu.
Oh My Lady
Slot kegemaran ramai ‘Best of The East’ akan membawakan sebuah drama bersiri Korea Oh! My Lady. Drama bersiri ini dibintangi oleh pelakon-pelakon popular antaranya Sung Min Woo, Chae Rim, Lee Hyun Woo, Park Han Byul, Moon Jung Hee dan Yoo Seo Jin.

Pelbagai aksi lucu berlaku apabila Sung Min Woo mendapatkan khidmat Yoon Gae Hwa (Chae Rim) sebagai penjaga rumah beliau! Saksikan kemunculan debut Super Junior – Choi Si Won di dalam drama Oh! My Lady yang pasti membuat anda tidak kering gusi menyaksikan adegan-adegan lucu dalam drama ini!
Oh My Lady
Saksikan perjalanan hidup idola pop Sung Min Woo dan penjaganya Yoon Gae Hwa. Drama bermula apabila anak perempuan Gae Hwa telah diambil oleh bekas suaminya. Segalanya menjadi kelam kabut apabila Min Woo mendapati yang beliau sebenarnya mempunyai anak perempuan! Min Woo kemudiannya mendapatkan khidmat Gae Hwa sebagai penjaga anaknya.

Pelbagai drama dan aksi lucu dapat dilihat di dalam drama bersiri popular ini. Bagaimana kehidupan baru Min Woo bersama anak perempuan dan penjaganya? Adakah kedua-dua mereka bakal jatuh cinta? Oh! My Lady pastinya siri yang harus ditonton kerana bakal membuat anda tidak kering gusi!
Oh My Lady
“Siri ini membariskan bintang-bintang popular Korea dan penuh dengan aksi-aksi lucu dan drama yang disunting dan digarap dengan kemas. Elemen-elemen ini menjadikan Oh! My Lady sebuah siri yang harus ditonton oleh khalayak!” kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.
Oh My Lady
Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my 12 jam selepas program-program ini disiarkan di kaca TV.

Jika anda terlalu sibuk, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA