perekacerita
Promosi perodua myvi

The Spiderwick Chronicles (TV2)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita

The Spiderwick Chronicles

The Spiderwick Chronicles (TV2)
Tarikh Tayangan : 8 Disember 2010,
Hari Tayangan : Rabu,
Masa Tayangan : jam 10.30 malam
Pelakon: Freddie Highmore, Mary-Louise Parker, Nick Nolte, Joan Plowright, David Strathairn, Seth Rogen dan Martin Short
Sumber : Budiey.com

The Spiderwick Chronicles di TV2

mengisahkan tentang Keluarga Grace – Jared, Simon, Mallory ibu mereka yang ingin memulakan satu babak baru di dalam kehidupan mereka dengan berpindah ke sebuah rumah lama dan besar yang dimiliki oleh bapa saudara mereka, Arthur Spiderwick.

Jared sedang menghadapi krisis disebabkan daripada perpindahan mereka dan juga perpisahan ibu bapanya. Jadi apabila sesuatu keadaan yang aneh mula berlaku disekitar rumah baru mereka, semua orang di dalam keluarga itu menyalahkan Jared.
The Spiderwick Chronicles
Jared telah melakukan siasatan berkaitan peristiwa-peristiwa yang aneh tesebut. Siasatannya itu telah membawanya ke sebuah buku lama yang dipercayai telah di tulis oleh Arthur. Jurnal itu mengandungi tentang penemuan-penemuannya mengenai satu dunia ghaib yang wujud sekitar mereka, walaupun mereka tidak boleh melihatnya.
The Spiderwick Chronicles
Tidak lama kemudian, Jared mendapati bahawa terdapat bahaya besar yang menyelubungi keluarganya di rumah baru mereka dan makhluk jahat itu akan membuat apa sahaja untuk mencapai tujuan memperoleh jurnal bapa saudaranya dan gunakan rahsia-rahsia di dalamnya untuk mengambil alih alam ghaib serta alam manusia. Pada mulanya, Jared menghadapi masalah untuk meyakinkan keluarganya mengenai makhluk-makhluk tersebut. Tetapi, tidak lama selepas itu, Simon dan Mallory mula untuk mempercayainya.
The Spiderwick Chronicles
Mereka perlu melindungi buku tersebut dari goblin dan makhluk-makhluk lain. Malahan ibu mereka juga terpaksa menyertainya apabila musuh mereka ingin melancarkan serangan terhadap keluarga Grace. Dengan adanya kerjasama di antara mereka, perhubungan mereka yang agak renggang dapatlah di baiki semula.
The Spiderwick Chronicles

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA