perekacerita


Pengeran Penggoda mengisahkan mengenai seorang remaja wanita yang bernama Bulan (lakonan Chelsea Olivia Wijaya) seorang gadis cantik yang baik hati jatuh cinta pada Alan (Glen Alinskie) yang belajar di kolej yang sama namun tidak berani meluahkan isi hatinya. Ditambah dengan sikap Alan yang serius membuat Bulan takut untuk mendekati Alan. Atas sokongan Liana (Jesyca Parera) dan Viny (Risti Tagor) yang merupakan rakan baik Bulan, beliau memberanikan diri menulis surat cinta untuk Alan.

Malangnya surat tersebut jatuh ke tangan Tora (Mischa Chandrawinata) seorang pemuda yang nakal dan ditakuti ramai. Tora mengancam akan menyebarkan surat cinta itu kepada semua teman-teman di kolej jika Bulan tidak mahu menjadi anak buahnya. Bulan terpaksa akur dan beliau harus menurut perintah Tora bermula dari menyiapkan kesemua kerja-kerja sekolah Tora sehingga terpaksa membelikan makanan untuk Tora.
Bulan yang tidak tahan dengan sikap Tora akhirnya memberanikan diri untuk meluahkan perasaannya kepada Alan. Ternyata Alan juga menyukai Bulan dan mereka akhirnya menjadi sepasang kekasih. Bulan kemudiaannya berusaha untuk keluar dari kumpulan Tora dengan sokongan dari Alan.
Sementara itu ibu Bulan; Ana (Maudy Wilhelmina) yang sudah lama menjanda dilamar oleh seorang lelaki kaya. Ana terpaksa ke luar kota atas urusan kerja dan telah menghantar Bulan ke rumah bakal suaminya sebagai penjaga sementara. Bulan amat terkejut apabila mendapati bakal suami ibunya adalah bapa kepada Tora. Dengan berat hati Bulan terpaksa tinggal serumah dengan Tora. Tora yang terkenal dengan sikap nakalnya kerap mengganggu Bulan dan dari situlah timbul bibit-bibit mesra di antara mereka.

Berita tentang Bulan dan Tora yang tinggal serumah kini menjadi berita hangat di kampus dan hal itu membuatkan Alan cemburu. Hubungan Alan dan Bulan semakin renggang kerana mereka sering bertengkar dengan perkara yang remeh temeh.
Hubungan Bulan dan Tora semakin akrab namun sering mendapat halangan dari Wina (Chacha Frederica) yang merupakan teman baik Tora. Ternyata halangannya tidak berakhir di situ apabila nenek Tora – Eva juga kurang senang dengan hubungan yang terjalin di antara Tora dan Bulan. Eva kemudiannya merancang untuk menjodohkan Tora dan Tiara.

Di tengah-tengah kemelut cinta mereka, kekasih pertama Bulan – Angga muncul dan telah mendaftar di kolej yang sama dengan Bulan.
Bulan dan Tora berada di dalam dilema. Adakah mereka akan bersama sebagai kekasih atau bersatu sebagai saudara dan memilih pasangan masing-masing?
Apakah keputusan yang bakal dibuat oleh Bulan dan Tora? Semuanya terjawab dalam drama bersiri Pangeran Pennggoda yang sedang bersiaran di saluran hip anda, 8TV setiap Sabtu dan Ahad jam 10.30 pagi.
8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro anda.
Kini anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda melalui telefon bimbit anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my.






Bagi peminat Reaper, siri ini kembali lagi untuk musim kedua. Menemui anda setiap Rabu jam 10.00 malam bermula 9 September 2009 di saluran hip 8TV. Bersedia menonton gelagat-gelagat Sam dan rakan-rakannya menangkap roh-roh jahat untuk dihantar ke neraka bagi menjalani hukuman.

Musim baru ini, Sam dan rakan-rakannya telah dipecat dan mendapat tahu berita itu setelah pulang dari pengembaraan mereka. Mereka juga telah dihalau keluar dari pangasapuri tempat mereka tinggal. Andi pula masih berkeras dan enggan berbaik-baik dengan Sam. Sementara itu Raja Syaitan kembali menghantui hidup Sam dengan misi baru yang menjadikan kehidupan Sam menjadi porak peranda.

Sam perlu menangkap 20 roh-roh jahat dan seperti biasa Raja Syaitan sengaja memberi maklumat yang salah kepada Sam. Akhirnya Sam terpaksa menangkap 40 roh-roh jahat yang cukup ganas.

Sock dan rakan-rakannya pula terpaksa berpindah ke rumah ibunya setelah dihalau keluar dari pangsapuri mereka. Sock kemudian menyedari yang dia telah jatuh hati dengan adik tirinya yang menjaga ibunya.

Kata Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim,

“Atas sambutan hangat, kami dengan bangganya membawakan Reaper (Musim Ke-2) khas untuk tontonan anda. Saya menyukai drama bersiri ini kerana ia unik dan menarik.”

Sebanyak 13 episod akan disiarkan sepanjang musim ini. Sam menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan penuh kepada pekerjaannya kerana beliau sibuk memikirkan bagaimana Alan berjaya melepaskan diri dari kontrak yang dibuat dengan Raja Syaitan. Walau bagaimanapun, Alan lesap ketika mereka berdua diserang oleh makhluk jahat.

Sam akhirnya bekerja di sebuah syarikat di bawah pengurusan Raja Syaitan. Mr. Oliver menghubungi Sam dari Neraka dan memberitahu yang dia mempunyai maklumat yang Sam perlukan bagi membatalkan kontrak dengan Raja Syaitan. Sam dan rakan-rakannya membuat keputusan untuk menggunakan portal syarikat untuk mendapatkan maklumat dari Nina.

Adakah Sam berjaya untuk mendapatkan maklumat dari Nina? Mampukah Sam melepaskan diri dari Raja Syaitan?

Untuk mengetahui kesudahan siri ini, jangan lepaskan peluang untuk menonton Reaper (Musim Ke-2) bermula 9 September 2009 jam 10.00 malam hanya di 8TV. Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 Astro anda! Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!


8TV dengan bangganya memperkenalkan drama bersiri terbaru berjudul ‘The Adjusters’. Drama bersiri ini akan mula menemui penonton setiap hari Ahad jam 8.30 malam bermula 25 Oktober 2009.

Drama bersiri 13 episod ini membariskan pelakon-pelakon hebat tempatan antaranya Rynn Lim, Chris Tong, Aric dan Chan Fong.

Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim berkata, “Ini merupakan sebuah drama bersiri yang hebat yang telah diterbitkan oleh produksi tempatan yang tidak asing lagi iaitu Double Vision. ‘The Adjusters’ tampil dengan plot yang cukup unik yang penuh dengan teka-teki. Anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang mengikuti perjalanan drama bersiri ini.”

‘The Adjusters’ memaparkan kisah mengenai Andy Wong yang merupakan seorang ketua di sebuah firma Penyelaras Insurans yang dikenali ramai. Andy mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pengurus beliau – Pakcik Ming dan pembantunya Annie. Andy juga cukup dikenali ramai kerana telah banyak menyelesaikan kes-kes penipuan.

Manakala Wilson Wong pula merupakan seorang Inspektor Polis yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Annie namun Annie pula menjalinkan hubungan cinta dalam diam dengan Andy. Etika pekerjaan mereka tidak membenarkan pekerja menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja dan mereka berdua terpaksa merahsiakan perhubungan mereka.

Pakcik Ming yang merupakan mentor kepada Andy pula merupakan seorang penyelaras insurans yang paling berpengalaman. Pakcik Ming juga merupakan rakai karib Andy dan menganggap Andy seperti adik kandung beliau. Perhubungan mereka cukup akrab namun setelah isteri Pakcik Ming terlibat dalam kemalangan dan koma, Pakcik Ming berubah menjadi seorang yang pendiam.

Tidak lama kemudian, Pakcik Ming berhenti dan bekerja dengan sebuah firma sekuriti lain sebagai Pengurus. Suatu rompakan terlah berlaku di pejabat baru Pakcik Ming dan suspek yang disyaki ialah pekerja baru yang dipilih sendiri oleh Pakcik Ming. Andy telah dipilih untuk menjalankan siasatan ke atas kes rompakan tersebut.

Atas rasa bersalah dengan kejadian yang berlaku, Pakcik Ming menghantar surat perletakan jawatan dan suspek tersebut berjaya melarikan diri. Syarikat terbabit membuat tuntutan insurans yang besar dan Andy dan agensi tempat beliau bekerja dipilih untuk mengendalikan kes tersebut.

Setelah melakukan beberapa penyiasatan Andy dan Annie mendapati ada beberapa kemusykilan yang berlaku dalam kes itu dan segala maklumat berbalik kepada Pakcik Ming.

Mampukan Andy menyelesaikan kes yang berkaitan dengan mentor beliau? Adakah Andy mampu menyelesaikan kes itu secara professional dan melupakan persahabatan yang terjalin? Berjayakah Andy dan Annie merahsiakan perhubungan cinta mereka dengan tekanan kerja yang mereka lalui?

Jangan ketinggalan untuk mengikuti misteri yang berlaku di sebalik drama bersiri ‘The Adjusters’ yang akan menemui anda setiap Ahad jam 8.30 malam bermula 25 Oktober 2009 hanya di saluran 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro 708.

Kini anda boleh menonton rancangan-rancangan 8TV kegemaran anda menerusi telefon bimbit anda di mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!


Cinta Balqis yang mengisi slot Akasia pula mengisahkan percintaan tiga segi yang cukup tragis. Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia kerana dia tahu cuma itu sahaja cara cintanya terhadap Balqis tidak dihalang. Selepas bernikah, Ezani membawa pulang Balqis ke rumah dengan harapan keluarganya akan merestui perkahwinan itu. Akan tetapi, pergaduhan besar telah berlaku kerana Tuan Baharom tidak setuju dan dia telah menghalau Ezani keluar dari rumah.
Bermula dari itu, Ezani telah membawa Balqis pergi dari situ bagi memulakan hidup baru. Malang menimpa apabila mereka ditimpa kemalangan dan Ezani telah menemui maut. Episod hidup Balqis pula penuh dengan duka semenjak kejadian itu.
Siri yang akan menemui penonton pada Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dibintangi oleh Eira Syazira, Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Memey Suhaiza, Mak Engku, Aripah Damanhuri dan ramai lagi.




Drama bersiri MOMO Love ini dibintangi oleh barisan pelakon handalan dan popular Taiwan seperti pelakon dan juga penyanyi Cyndi Wang yang melakonkan watak remaja perempuan yang bernama Tao Hua; pelakon, penyanyi dan juga model terkemuka Jiro Wang sebagai kekasih Toa Hua bernama Shi Lang. Manakala pelakon-pelakon lain yang turut tampil dalam drama ini yang memegang watak abang-abang Tao Hua ialah Ken Chu. Abe Lan, Sphinx Ding, Godfrey Kao dan Jing
Walaupun Toa Hua amat mahir dalam sukan judo, namun itu tidak menjadi alasan kepada abang-abangnya untuk tidak memperhatikan tindak tanduk lelaki-lelaki yang cuba mendekati adiknya. Rasa tanggungjawab yang besar dan tidak mempercayai orang disekeliling menjadikan Tao Hua di kawal ketat oleh lima orang abang-abangnya.

Empat dari lima abang-abang Tao Hua digelar Romeo kerana keempat-empat mereka ini berperawakkan menarik, tampan, berbakat dan aktif bersukan. Manakala abang Toa Hua yang bungsu pula tidak mempunyai kualiti-kualiti yang boleh menarik perhatian gadis2 namun itu tidak menjadi halangan bagi beliau menjadi abang yang paling tegas malah beliau sanggup menggadaikan pelajarannya semata-mata untuk menjaga adik perempuan kesayangannya.
Kecantikkan sebagai seorang gadis yang meningkat dewasa dimiliki oleh Toa Hua. Disebabkan kecantikkan beliau maka ramai jejaka cuba mendekati Toa Hua namun telah di halang oleh kelima-lima abangnya dan diberi kata dua agar mencermin diri sendiri dahulu. Alasan yang diberikan oleh abang-abangnya ialah, jika ada lelaki yang ingin cuba mendekati adik mereka, lelaki tersebut perlulah mempunyai kualiti-kualiti yang ada pada abang-abang Toa Hua. Keegoan lima abang-abang Toa Hua akhirnya tercabar dengan kehadiran kekasih Toa Hua yang terbaru iaitu Shi Lang yang mempunyai kualiti-kualiti yang melebihi mereka.

“Momo Love merupakan sebuah drama komedi romantik mengenai percintaan remaja dan perhubungan antara adik-beradik yang menarik untuk ditonton. Penonton pastinya akan terpaku dan tidak sabar-sabar untuk mengetahui kisah lanjut dan pengakhiran percintaan Toa Hua. Kami pasti Momo Love dapat mencuri hati penonton setia 8TV,” kata Pengurus besar 8TV, Cik Lam See Kim.

Dapatkah Toa Hua meneruskan percintaannya dengan Shi Lang? Adakah percintaan Toa Hua dan Shi Lang akhirnya direstui oleh abang-abangnya? Jangan lupa menyaksikan kehebatan drama terbaru Taiwan ini di 8TV, setiap hari Sabtu bermula 24 Oktober ini jam 6.30petang.
8TV juga boleh ditonton menerusi Astro di saluran 708.


Tirana ialah seorang gadis remaja dari Singapura yang bercinta dengan penyanyi pop terkenal di Singapura, Ash. Hubungan cinta mereka terputus disebabkan pengurus Ash, Vee yang mahukan Ash menumpukan perhatian pada kerjaya dan juga kerana ayah Tirana, Tajudin, mahukan Tirana mempunyai masa depan yang cemerlang dengan menjadi seorang peguam sepertinya. Percintaan mereka terputus membuatkan Tirana kecewa lalu membawa diri dan tidak mahu pergi ke London sebagaimana permintaan ayahnya.

Tajudin mempunyai agenda lain dengan menghantar Tirana ke London. Tajudin sebenarnya mahu jodohkan Tirana dengan Ryan. Tetapi tanpa pengetahuan Tajudin, Tirana telah berlaku jujur dengan Ryan dan menceritakan segalanya. Ryan yang bersimpati dengan konflik yang dihadapi Tirana membantunya termasuklah menguruskan urusan Tirana ke Kuala Lumpur, yang pastinya tidak diketahui langsung oleh Tajudin.

Tirana tinggal dengan datuknya Haji Mohsen, yang sudah lama tidak ditemui dan sejak itu episod baru kehidupan Tirana pun bermula. Tirana mendaftarkan dirinya di Universiti Lim Kok Wing dan semasa di sana bersama rakan karibnya, Tirana menyedari bahawa dia meminati tarian. Dia menyertai kumpulan tarian dan begitu teruja untuk menyertai kumpulan tarian yang diketuai oleh Chika yang akan memasuki pertandingan Tarian.
Malangnya, Chika tidak begitu sukakan Tirana dan memastikan Tirana tersingkir dengan cara terhormat. Mereka yang mengetahui niat buruk Chika sangat marah tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Sebenarnya Chika kurang senang dengan Tirana kerana merasakan Tirana mampu menyainginya dalam tarian dan kerana kekasih Chika, Neo kelihatan mesra bersama Tirana. Sebagai gadis yang kuat semangat, Tirana masih tidak mengalah dan menubuhkan kumpulan tarian sendiri untuk sertai pertandingan tersebut. Pada masa yang sama, hubungan Chika dan Neo

yang semakin dingin, menyebabkan Neo menghampiri Tirana. Gadis ini terus diuji sehinggalah ke hari pertandingan akhir tarian, Tirana tewas ke tangan Chika. Ketika hari pertandingan tersebut Tirana mendapat tahu mengenai satu perkara yang menyentap perasaanya.
Walaupun Tirana tewas, tetapi kumpulannya mendapat perhatian paling banyak dari pihak luar. Ash pula bila mengetahui Tirana masih ada di rantau ini, berhasrat mahu menebus kembali kesalahan yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Tirana kemudian terbabit dalam hubungan cinta tiga segi di antara dia, Ash dan juga Neo. Siapa yang bakal Tirana pilih sebagai teman lelakinya? Chika pula tidak akan berdiam diri. Ryan pula sebenarnya memang mempunyai hati kepada Tirana. Bagaimanakah kesudahan kisah kehidupan Tirana ini? Mampukah dia mencipta nama sebagai penari dan apakah yang terjadi setelah bapanya mengetahui perkara sebenar? Sama-sama kita saksikan kesudahan Tari Tirana!






Sinopsis


Darwin (Mandala Abadi Shoji), Asti (Imelda Therine), Herman (Reza Pahlevi) dan Petra (Laura Antoinetta) pergi ke kampung Ujung Sedo untuk mencari dua orang rakan mereka yang hilang iaitu Stella dan tunangannya, Rimson.

Ketika dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang gadis bernama Samantha (Julie Estelle) yang turut dalam perjalanan ke Ujung Sedo untuk menyelesaikan misi peribadi yang misteri.


Ketika mengharungi hutan, kabut dan gua, seorang demi seorang telah hilang menjadi mangsa Kuntilanak berkuku panjang, berpakaian putih dengan wajah menggerunkan. Kuntilanak itu sebenarnya ada kaitan dengan seorang dukun tua yang juga mempunyai kuasa aneh.

SINOPSIS 2


pembukaan Kuntilanak 3, penonton sudah mula dihidangkan babak mengejutkan.

Ternyata, cubaan untuk menakutkan penonton berjaya dibangkitkan sehingga sesekali buat penonton meremang bulu roma tatkala cuba menoleh. Pengarah, Rizal Mantovani, seumpama sudah masak dengan selok belok dan bahan utama yang diperlukan filem seram memandangkan sentuhan sebelumnya pada filem Jelangkung dikatakan cukup berjaya.
Bagaimanapun, ada kalanya watak utama seperti Julie, Ida dan Reza seolah-olah hilang fokus dek jalan cerita yang agak longgar.
Kuntilanak 3 mengisahkan Darwin (Mandala Abadi Shoji) Asti (Imelda Therine), Herman (Reza Pahlevi) dan Petra (Laura Antoinetta) pergi ke Desa Ujung Sedo untuk mencari dua rakan mereka yang hilang, iaitu Stella (Laudya Cynthya Bella) dan tunangnya. Dalam perjalanan, mereka bertemu seorang gadis Samantha (Julie Estelle) yang punya misi peribadi dan misteri di Ujung Sedo.

Lima anak muda ini mengembara menembusi hutan, kabut dan gua di mana banyak kejadian menyeramkan dan aneh menghantui mereka. Semuanya ada kaitan dengan misi peribadi Samantha yang memiliki sumpahan untuk memanggil Kuntilanak. Ibu Samantha, Mega (Ida Iasha), menyuruh Samantha mencari seorang dukun tua di Ujung Sedo yang boleh mencabut wangsit itu. Namun, dukun tua itu ada rancangan jahat lain.



Ryan (Chris Evans) telah menerima satu panggilan telefon daripada seseorang yang tidak dikenalinya. Wanita misteri itu bernama Jessica Martin (Kim Basinger) yang merupakan seorang guru sains yang telah diculik oleh Greer (Jason Statham). Greer telah membawa Jessica ke sebuah rumah usang dan mengurungnya di situ. Greer turut memecahkan telefon dan kemudiannya meninggalkan Jessica seorang diri. Beberapa jam kemudian, Jessica berjaya memasang semula telefon yang dipecahkan Greer dan cuba membuat panggilan keluar dan Ryan merupakan orang yang menjawab panggilan Jessica. Pada awalnya, Ryan menyangkakan panggilan itu adalah satu jenaka namun Ryan mula berubah fikiran apabila Jessica memberitahu Greer juga mempunyai rancangan untuk membunuh suami Ryan dan anak lelakinya.

Starring: Kim Basinger & Chris Evans





Drama bersiri versi terbaru yang mengisahkan kehidupan remaja ini bersiaran pada setiap hari Rabu pukul 10.00 malam.
Masih ingatkah anda lagi dengan drama bersiri remaja yang pernah meledakkan hiburan tv di awal tahun 90-an - “Beverly Hills, 90210”?
Kini, versi terbaru “90210”, mula menghangatkan malam Rabu anda hanya di saluran hip 8TV.

“90210”, ialah sebuah drama yang menarik dalam versi moden tanpa menenggelamkan kisah asalnya ini telah mula bersiaran di kaca TV anda. Menampilkan barisan pelakon baru, “90210” versi baru ini telah mendapat sambutan hangat dari penonton di Amerika. Keberkesanan jalan cerita dan barisan para pelakon-pelakon baru yang hebat telah meningkatkan penonton setia rancangan ini sejak mula drama ini bersiaran.
Sekiranya anda ingin merasakan sendiri keghairahan liku-liku kehidupan di bawah kehangatan mentari California, rasakan pengalaman ini dengan menonton siri terbaru ini di 8TV jam 10.00malam setiap Rabu.

Drama bersiri remaja ini berkisarkan tentang persahabatan, ikatan kekeluargaan, tipu muslihat dan juga pengkhianatan.
“90210″ mengisahkan tentang dua beradik iaitu Annie Wilson (Shenae Grimes) dan juga Dixon (Tristan Wilds), yang baru pertama kali berada di West Beverly Hills High School yang sangat berlainan dari tempat asal mereka di Kansas.
Keluarga Wilson, iaitu ayahnya Harry (Rob Estes) dan ibunya Debbie (Lori Loughlin), telah berpindah ke Beverly Hills untuk menjaga nenek mereka Tabitha (Jessica Walter), seorang pelakon terkenal satu ketika dulu.
Satu perubahan yang amat ketara bagi Annie dan Dixon apabila menjadi orang baru di Beverly Hills, tambahan pula ayah mereka menjadi Guru Besar di sekolah baru mereka itu. Kehadiran mereka juga dapat dirasai oleh sekolah itu kerana Annie adalah seorang anak gadis yang berjiwa besar dalam bidang pementasan manakala Dixon pula seorang bintang olahragawan. Dixon adalah seorang anak angkat dalam keluarga Wilson.

Hubungan Annie dan Dixon sebagai adik beradik sangat rapat dan mereka telah berjumpa kawan-kawan baru termasuklah Naomi (AnnaLynne McCord dari pelakon “Nip/Tuck”), seorang rupawan dari keluarga berada, Ethan (Dustin Milligan), seorang olahragawan yang standing dengan Dixon, Navid (Michael Steger), seorang yang bercita-cita ingin menjadi seorang wartawan dan telah menerajui surat khabar sekolah mereka dan Silver (Jessica Stroup dari pelakon “Prom Night”), seorang yang suka menghasilkan dan membintangi video realitinya sendiri di You Tube.

Selain dari itu, keadaan West Beverly Hills High School sangat berbeza dari sekolah yang lain, kemudahan dan persekitarannya amat canggih. Manakala guru-guru mereka juga berbeza termasuklah Ryan Matthews (Ryan Eggold) seorang guru yang sangat pintar dan kelakar dan juga seorang kaunselor mereka yang sangat anggun Kelly Taylor (Jennie Garth, pelakon asal “Beverly Hills, 90210”). Banyak perubahan yang akan berlaku dalam keluarga Wilson sejak mereka berpindah ke Beverly Hills.
Menurut Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim. “Seperti yang sedia maklum ‘90210’ akan mencipta sejarah baru dalam rancangan televisyen di Malaysia. Kami amat teruja untuk menyiarkan rancangan bersiri terbaru ini dan kami pasti penonton juga ternanti-nanti akan kemunculan drama ini sejak pertama kali kami memaklumkannya. ‘90210’ ialah sebuah drama versi terbaru yang menyerikan lagi barisan-barisan drama kontemporari yang lain.”
Pastikan anda menjadi penonton setia 90210 yang bersiaran di 8TV pada setiap hari Rabu jam 10.00 malam. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro 708.

SUMBER : BUDIES.COM


Sinopsis Awan Dania:

Awan Dania adalah sebuah kisah tentang perjalanan hidup seorang gadis yang bernama Dania (Scha al-Yahya) yang ingin menjadi seorang pramugari, sesuatu yang tidak pernah masuk akal bagi seorang gadis lasak sepertinya.

Dania ialah seorang gadis lasak dan cekal yang membantu bapa dan abangnya bekerja mengendalikan bagasi-bagasi.

Dia sering memikirkan tentang masa hadapannya dan cemburu apabila melihat orang-orang di sekelilingnya terus berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Perkara ini berlarutan sehinggalah dia terdetik untuk menjadi seorang pramugari dan menjadi bahan ketawa oleh abang-abangnya. Mereka tidak pernah memberi semangat malah memperkecilkan keinginan Dania yang ingin bekerja di langit biru.

Nasib ternyata menyebelahi Dania apabila dia terpilih dan dikehendaki untuk mendaftarkan diri di akademi latihan. Kisahnya bersambung...

AWAN DANIA 2
http://ceritadimataku.blogspot.com/2009/12/awan-dania-2.html





Sinopsis:
filem aksi cemas dan ganas iaitu "16 Blocks" yang mengisahkan tentang Jack Mosley, lakonan Bruce Willis seorg pegawai polis yang hampir bersara ditugaskan menemani Eddie Bunker lakonan Mos Def, seorang saksi satu kes jenayah daripada tahanan polis ke mahkamah yang sejauh 16 blok, terma yg biasa digunakan di Amerika Syarikat.

Nak dijadikan cerita, ada pihak-pihak tertentu yang cuba menghalang untuk memastikan saksi tersebut tidak sampai ke mahkamah. Siapakah mereka dan mengapa mereka berbuat demikian menjadi isu utama filem ini.

Jalan ceritanya bermula dengan perlahan saja, sambil watak-watak utama diperkenalkan. Adegan-adegannya semakin cemas dan rancak apabila nyawa saksi tersebut mula terancam.

Walaupun watak Jack Mosley yang lemah lesu kerana sudah berumur dan kaki minum berbanding dengan Bruce Willis yang macho sepert yang kita kenal dalam filem Die Hard (dan juga agak menyampah dengan watak Eddie yang tak henti-henti bercakap pok-pek, pok-pek, plotnya tetap menarik terutama ketika satu kejutan atau 'twist' yang didedahkan.




Drama bersiri ini mengisahkan tentang Dira (Puteri Fateen) dan Nina (Sherry Ibrahim) adalah dua sahabat baik yang telah membesar bersama kerana keakraban keluarga mereka berdua. Kisah bermula apabila mereka telah dilahirkan pada hari yang sama.
Nama Dira diilhamkan dari nama Sudirman Hj. Arshad kerana ibunya peminat penghibur itu. Nama Nina pula berasal dari ribut La Nina kerana dia dilahirkan ketika ribut melanda. Walaupun perwatakan mereka berdua berbeza, mereka berkawan kerana keluarga mereka yang sememangnya rapat.

Dira seorang gadis yang sangat lurus bendul dan selalau mensalah tafsirkan maksud orang. Dia bagaikan Pak Pandir di kampungnya disebabkan sifatnya yang lurus bendul. Nina lebih bijak dari Dira tetapi perangainya yang kuat berangan selalu mengakibatkannya berada dalam situasi yang kelakar dan memalukan. Angan-angannya selalu datang pada masa yang paling teruk bagai Mat Jenin di atas pokok kelapa. Mereka berdua membesar dan hidup di kampung bersama keluarga masing-masing.

Kisah dua gadis ini bermula apabila seorang jejaka baru pindah ke dalam kampung mereka. Maka bermulalah misi Nina untuk mengetahui siapakah jejaka tampan itu. Dira seperti biasa menurut saja idea dan angan-angan si Nina. Nina pula sudah asyik membayangkan bermacam-macam situasi demi mengenali hero baru kampung.
Berjayakah mereka mengenali jejaka yang heboh diperkatakan oleh orang kampung mereka? Apa pula gelagat mereka dalam mengenali hero kampung itu ? Sama-sama kita ikuti kisah mereka dalam Cik Ah Cik Nin pada setiap hari Selasa


My Family, My Love, 200 episod drama bersiri Hokkien yang mengisahkan tentang kesusahan seorang wakil rakyat yang dihormati, yang mendapati dirinya mempunyai seorang anak luar nikah dan bergelut untuk menyatukan kembali keluarganya. Drama ini akan menemui anda hanya di 8TV mulai 30 Disember 2009 dan ke udara bermula pada hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.00 petang.

Drama yang sarat dengan mesej ini membawa anda menyelami erti sebuah keluarga dan kehidupan mereka yang penuh dengan dugaan dan penderitaan. My Family, My Love pastinya menyentuh perasaan anda dengan jalan cerita yang cukup menarik.

Drama ini menceritakan kemuliaan seorang wakil rakyat yang diugut untuk meletakkan jawatannya demi menyembunyikan kewujudan anak gadisnya yang dilahirkan secara tidak sah suatu ketika dahulu.
Setelah beliau meletak jawatan, wujud perebutan kuasa di antara ahli keluarganya. Bekas wakil rakyat itu sedar bahawa dirinya harus bertanggungjawab untuk menyatukan kembali perbalahan yang telah berlaku antara ahli keluarganya dan pada masa yang sama beliau sentiasa berperang dengan perasaan tentang anak gadisnya itu. Namun begitu,bagaimana caranya untuk beliau menyimpan kisah hitam masa silamnya?
“My Family, My Love ialah sebuah epik yang akan menjadi tontonan anda semua. Tentunya ia adalah sebuah lagi drama Hokkien yang semestinya akan menemani anda setelah anda penat pulang dari bekerja.” kata Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.
Drama bersiri ini dibintangi oleh Liao Jun, Fang Wen Lin, Liu Zhi Han and Chen Guan Lin.
Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro 708.
Kini, anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi telefon bimbit di mobile.8tv.com.my. Selamat mononton!

SUMBER : Budiey.com


Berita baik untuk semua peminat NCIS di luar sana! Musim terbaru NCIS kini kembali menemui anda! NCIS (Musim ke – 6) telah memulakan siarannya pada setiap Isnin bermula 7 Disember 2009 jam 9.30 malam dan anda dapat menontonnya secara PERCUMA di saluran hip 8TV!

Berikutan kematian Jenny Shepard pada musim yang lepas, tempat beliau kemudiannya digantikan oleh Leon Vance manakala Agen Leroy Jethro Gibbs mempunyai ahli kumpulan baru iaitu Agen Michelle Lee, Daniel Keating dan Agent Brent Langer dari FBI.

Kesemua ahli-ahli baru menyertai anggota-anggota lama iaitu Anthony DiNozzo, Ziva David dan Timothy McGee dan pada episode kedua anda bakal menyaksikan bagaimana kesemua mereka bergabung kepakaran masing-masing untuk menyelesaikan kes-kes jenayah.

NCIS mengikuti perjalanan sekumpulan agen dari Naval Criminal Investigative Service (NCIS) yang diketuai oleh Agen Khas Leroy Jethro Gibbs (Mark Harmon).

“NCIS bukan hanya sebuah drama penyiasatan yang biasa. Plot dan jalan cerita yang menarik sememangnya menjadi elemen penting mengapa drama bersiri ini mendapat sambutan ramai. Semoga anda semua terhibur!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Jangan ketinggalan menyaksikan NCIS musim ke-6 yang menemui anda setiap Isnin jam 9.30 malam secara PERCUMA hanya di 8TV!

Anda juga dapat menonton siaran 8TV di saluran 708 Astro anda!

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!




Sinopsis

Segalanya bermula apabila Nita memulakan hidup baru dengan sepupunya Kay (Ida Nerina), selepas melalui satu kejadian buruk iaitu dirogol. Gara-gara peristiwa itu, Nita pernah terasa seperti hidup ini bagai tidak bererti lagi.

Kay pula seorang model berjaya malah dianggap wanita paling cantik di Malaysia. Hidupnya berada di puncak dan dia ingin terus mempertahankan status glamornya itu.

Kemudian, di rumah mereka, Nita mula mengalami perkara aneh apabila sering terlihat kelibat budak dalam lingkungan usia 5 tahun dengan keadaan cukup menakutkan, merayau-rayau sehingga terbawa-bawa dalam tidur. Masalahnya, hanya Nita yang mampu melihatnya dan tidak Kay.


Apabila Nita memberitahu perkara itu kepada Kay, dia enggan mempercayainya dengan berkata itu hanyalah mainan trauma Nita. Kay turut menasihati Nita agar bertemu dengan pakar sakit jiwa. Begitupun jauh di sudut hati, Kay sebenarnya turut ketakutan kerana trauma yang dialami Nita itu ada kaitan dengan dirinya sendiri.


Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA