perekacerita
Promosi perodua myvi


Tolong.. aku dah gila nak tengok drama ni… dalam sharing aku ada samapi beberapa episode jer… so klu sesapa yg baik hati tolong la upload kan cite ni dlm sharing aku… ni aku bg synopsis untuk citer LIAR GAME SEASON 1 & SEASON 2

SINOPSIS SEASON 1

Liar Game mengisahkan seorang awek jujur iaitu Kanzaki Nao (Toda Erika) dan seorang pemuda yg memiliki iq yg tinggi dan digelar genius iaitu Akiyama Shinichi (Matsuda Shota).. Akiyama Shinichi berbakat bekerjasama dalam pertandingan bercorak penipuan Liar Game yang menawarkan hadiah 100 000 juta Yen kepada pemenangnya. Mereka boleh melakukan apa sahaja melainkan kekerasan. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencari siapakah pakar penipu yang paling hebat. Akiyama Shinichi, yang membantu Kanzaki Nao keluar daripada pertandingan ini merupakan pelajar psikologi yang dipenjarakan tiga tahun kerana menjahamkan syarikat MLM yang menyebabkan kematian ibunya—juga jujur sejujur-jujurnya.

SINOPSIS SEASON 2

Aku teruja giler dapat tau season 2 dah kuar... Kanzaki Nao kembali menyertai liar game dangan hasrat untuk menyelamatkan peserta lain.. kanzaki noa turut menyertai kerana untuk mencari penganjur sebenar pertandingan ini.. pertanding semakin mencabar dan setiap peserta mamang xleh dipercayai.. aku cadangkan korang tengok sendiri.. kompem rasa can nak abiskan drama ni dlm 1hari jer..





Kata hikmah yg terdapay dalam drama ini

human are willing to betray others in order to survive
therefore, what’s wrong with deceiving other from the start or living faithfully for your desires?
that’s being “human”
stepping over others
and pushing others into despair”
:
“sadness, rage and hate
all negetive emotions are the opposite of desire
if you can’t get rid of your desire
human aren’t able to trust in others”


Other Information
• Title: ライアーゲーム
• Title (English): LIAR GAME
• Format: Renzoku
• Genre: Psychological thriller
• Broadcast network: Fuji TV
• Episodes: 11
• Broadcast period: 2009-Nov-10 start

Ni korang leh tengok info lengkap drama ni dari season 1, season 2 & filem yang akan ditayangkan
http://liargame.jp/index.html






MNIK berkisar tentang perjalanan hidup seorang lelaki bernama Rizwan Khan lakonan SRK yang mempunyai sindrom lembab. Rizwan menganut agama Islam dan kelakuannya agak pelik dari orang lain tetapi mempunyai akal yang bijak.
Kehidupan Rizwan tidak sama seperti orang lain di mana hidupnya tidak pernah kenal erti gembira atau pun sedih.

Rizwan mempunyai seorang adik lelaki lakonan Jimmy Shergill yang cemburu dengan Rizwan yang mendapat layanan istimewa dari ibunya yang dilakonkan Zarina Wahab. Akibat cemburu, adiknya meninggalkan Rizwan dan ibunya dengan bekerja di Amerika Syarikat.

Selepas ibunya meninggal dunia, Rizwan nekad untuk menetap di Amerika Syarikat dan berjanji kepada arwah ibunya bahawa dia juga boleh berjaya seperti adiknya yang mengemudi sebuah syarikat produk India yang dikenali.

Setibanya di Amerika Syarikat, adik ipar Rizwan mendapati Rizwan mempunyai penyakit yang takut kepada warna kuning dan bunyi bising. Namun, Rizwan bertuah kerana mendapat rawatan pakar atas bantuan adik iparnya yang bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah universiti terkenal di Amerika Syarikat.

Sambil menjalani rawatan, Rizwan bertugas sebagai juru jual produk kecantikan syarikat adiknya. Suatu hari, Rizwan berjumpa Mandiha lakonan Kajol dan menyedari perasaan berlainan setiap kali berjumpa Mandiha.

Mandiha adalah seorang ibu tunggal dan bekerja di sebuah salon. Mandiha mempunyai seorang anak bernama Sameer yang tidak pernah tahu siapakah ayahnya kerana ibu dan anak ini sudah terpisah sejak Mandiha berumur 22 tahun.
Kehidupan Rizwan berubah selepas berkahwin dengan Mandiha. Pun begitu, kehidupan Rizwan lebih berat setelah Sameer meninggal dunia atas dasar masalah perkauman yang dihadapi mereka.

Kemurungan yang dihadapi Mandiha membuatkan Rizwan gusar. Dengan perasaan marah, Mandiha menghalau dan mengarahkan Rizwan keluar dari rumah serta mencari presiden Amerika untuk memberitahu bahawa anaknya bukanlah anak kepada seorang pengganas. Dalam kemarahan itu, Mandiha menyesal dengan perkahwinannya bersama Rizwan yang menganut agama Islam.

Di sini bermulalah destinasi perjuangan Rizwan sebagai bapa yang amat cintakan isteri dan anaknya. Dalam pencarian untuk berjumpa presiden, pelbagai cabaran yang dihadapinya sehinggakan dia menjadi terkenal. Pun begitu, Rizwan ditikam bunuh sebelum dapat berjumpa presiden.


Penuh kontroversi

MNIK bukan karya komersial Hindustan yang biasa. Selain cinta dan kegembiraan, sebaliknya MNIK dilihat sebagai pendekatan lain yang menyentuh aspek politik dan agama. Percubaan Karan juga dilihat terlalu kebaratan seperti membikin sebuah filem yang berwajah Hollywood.

Tapi setidak-tidak filem edaran Fox Star Entertainment ini mencatat sejarah tersendiri apabila diundang menyertai Festival Filem Berlin yang diadakan sejak 11 hingga 21 Februari ini. Bagaimanapun, di beberapa lokasi di India, SRK turut menimbulkan kemarahan pengikut parti pelampau Hindu, Shiv Sena berhubung kenyataannya mengenai Liga Kriket Perdana India (IPL).

Pelakon itu yang mempunyai pasukan IPL, Kolkata Knight Riders dikecam oleh parti itu kerana memuji pemain Pakistan. Selama ini parti berkenaan tidak boleh bertolak ansur dengan sesiapa yang memuji kehebatan rakyat Pakistan dan mereka cuba menghalang tayangan filem lakonan Shah Rukh itu di Mumbai sebagai tanda protes.

Kemarahan mereka nyata meluap luap apabila ada yang mengoyak poster filem itu. Malahan protes ini turut menyaksikan campur tangan aktivis India Muslim di sana. Aktivis ini mendakwa aktor Bollywood yang berakhir dengan nama Khan seperti Aamir Khan, Salman Khan dan Shah Rukh Khan sendiri sebagai anti nasionalis.


Pushing Daisies (Musim Ke-2)
Kombinasi nama besar di sebalik Pushing Daisies Bryan Fuller, merupakan calon Anugerah Emmy® (yang juga mengarahkan drama bersiri “Heroes”) dan pemenang di Anugerah Emmy® - Barry Sonnenfeld (”Men in Black”), menghidangkan penonton dengan cerita dongeng yang berlatarkan forensik. Pushing Daisies ini dibintangi oleh Lee Pace sebagai Ned seorang lelaki yang mempunya kuasa ajaib yang merupakan calon Anugerah Emmy® dan Golden Globe® . Selain dari Lee Pace, siri ini dibintangi oleh calon Golden Globe® Anna Friel, Chi McBride, Ellen Greene, Jim Dale, Swoosie Kurtz dan Kristin Chenoweth.
“Kerana respons penonton yang memberangsangkan, kami dengan bangganya membawa Pushing Daisies musim kedua”, kata Pengurus Besar 8TV Lam Swee Kim.
“Saya menyukai siri ini kerana ia unik dan menarik”, komen Kim.
Di musim pertama siri ini mengisahkan mengenai penceritaan kehidupan Ned di zaman kecil (dilakonkan oleh Cate) dan dicerita oleh watak Dale. Ned mempunyai kuasa luar biasa yang boleh menghidupkan orang mati dengan hanya satu sentuhan.Akan tetapi dia mendapat tahu bahawa setiap sentuhannya itu ada balasannya. Ned mempelajari selok- belok sebagai budak ajaib bagi mengelakkan perkara buruk dari berlaku.
Dengan sentuhan pertama,ia dapat menghidupkan seseorang, sentuhan kedua menamatkan riwayat seseorang dan peraturan terakhir ialah sesuatu perlu mati sekiranya seseorang itu hidup melebihi seminit.
Apabila dewasa, Ned bekerja sebagai pembuat pai. Beliau juga menggunakan kuasa ajaibnya kearah yang betul dengan menolong penyiasat peribadi yang bernama Emerson Cod (lakonan McBride) bagi menyelesaikan masalah pembunuhan.
Di musim kedua pula, Pushing Daisies memaparkan kesinambungan hubungan Ned dan Chuck (lakonan Anna Friel) yang mula berubah kerana Chuck berpindah keluar dari pangsapuri Ned bagi membolehkan dia belajar berdikari .
Olive Snook (lakonan Chenoweth), pelayan di Ned’s Pie Hole menyimpan 1001 rahsia. Olive semakin merasa tertekan kerana menyimpan rahsia Chuck. Manakala Makcik Lily yang merupakan seorang kaki minum, mengambil keputusan untuk tinggal di konvenant.
Vivian (lakonan Greene), makcik kepada Chuck, menumbuhkan pasukan Darling Mermaid Darlings bagi memberi semangat kepada Lily. Kehilangan Dwight Dixon seorang rakan lama kepada ayah Ned dan Chuck. secara tiba-tiba akan menimbulkan masalah kepada semua . Apakah kesudahan musim kedua ini?
Jadi jangan lepaskan peluang anda menonton Pushing Daisies bermula dari 15
September 2009 pukul 9.30 malam hanya di 8TV .
Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 Astro anda! Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!



Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA