perekacerita

Pun Pun (TV2)
Tarikh Tayangan : 31 Oktober 2010
Hari Tayangan : Ahad,
Masa Tayangan : 10 malam
Pelakon: Fahrin Ahmad, Remy Ishak, Marsha Londoh, Jalaluddin Hassan, Rosnah Mat Aris
Sumber : Budiey.com

drama melayu
Sinopsis Pun Pun (TV2)

Plot kisahnya bermula dengan watak Hafiz yang lebih dikenali dengan nama gelaran ‘Pun Pun’ oleh penduduk kampungnya kerana hobinya mencari umpun -umpun untuk dijadikan umpan pancing.

Hafiz tinggal dengan datuknya yang sudah tua dan hidup bergantung pada hasil jualan ikan untuk menampung kehidupan mereka berdua. Ibu Hafiz, Hamidah mencari duit hanya untuk kepuasan dirinya sendiri dan tidak mempedulikan bapanya, Karim dan Hafiz. Bapa Hafiz telah meninggalkannya sewaktu Hafiz masih kecil.

Hafiz seorang pelajar yang lembab tetapi dia tidak pernah meninggalkan persekolahannya. Hanya Farid sahaja yang ingin berkawan dengannya itupun hanya dengan niat dan demi kepentingan dirinya sahaja. Hafiz tidak kisah dibuli dan diambil kesempatan oleh Farid. Ini berlanjutan sehinggalah mereka dewasa dan Farid ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya ke pusat pengajian tinggi.

Daripada hobi, Hafiz semakin serius menjadikan umpun-umpun sebagai sumber rezeki mereka. Kini Hafiz bukan sahaja mencari umpun-umpun tetapi dia juga membelinya daripada orang lain. Hafiz juga mendirikan sebuah pondok kecil ditepi jalan untuk memasarkan umpun-umpun kepada pemancing yang sering melalui jalan tersebut untuk ke laut. Dalam erti kata lain, Hafiz kini bergelar penjual dan pengedar umpun-umpun.
Marsha Londoh seksi
Antara pelanggan tetap hafiz ialah Tuan Roslan. Setiap minggu Tuan Roslan akan membeli umpun-umpun darinya. Dari hari ke hari, pendapatan Hafiz semakin bertambah. Hasil jualan umpun-umpun mampu menyara kehidupan dia dan datuknya, malah boleh juga disimpan untuk kegunaan masa depan mereka.

Kemunculan anak gadis Tuan Roslan, Diana telah membuatkan Hafiz dilambung bara cinta walaupun Diana hanya menganggap dirinya sebagai kawan biasa sahaja. Hafiz kemudiannya dikecewakan oleh kawannya sendiri apabila Farid mula menjalinkan hubungan dengan Diana sehingga Farid mengambil keputusan untuk melamar dan bertunang dengan Diana.
Marsha Londoh seksi
Hafiz kemudiannya sedar siapa Farid yang sebenarnya. Farid juga yang telah meminjam wang Hafiz untuk memulakan perniagaan telah menipu dan perkara ini telah diketahui oleh Diana dan hubungan mereka telah putus. Farid menyalahkan Hafiz dan menuduh Hafiz cemburu. Dia memulangkan wang Hafiz.

Ketika itu Hafiz berazam untuk menukar cara hidupnya dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke bandar dan mencari kerja baru. Dia tinggal dengan ibunya. Tetapi sekali lagi dia kecewa apabila dia mengetahui pekerjaan sebenar ibunya. Dia pulang semula ke kampung dan membina semula perniagaan umpun-umpun. Namun adakah dia benar-benar mampu meyakinkan diri sendiri dan bangkit daripada kegagalan yang pernah berlaku dalam hidupnya?

Bagaikan Sumayyah (TV3)
Tarikh Tayangan : 31.10.10,
Hari Tayangan : Ahad,
Pelakon: Fasha Sandha, Dato’ Rahim Razali, Yalal Chin, Wan Maimunah, Jue Aziz, Normah Damanhuri, Ako Mustapha, Fauzi Nawawi
Sumber : budiey.com

Fasha Sandha bertudung

Sinopsis Bagaikan Sumayyah (TV3)

Shamsiah merupakan mangsa kerakusan nafsu jahat Tuan Razak cuba bangkit untuk mencari keadilan dan menyedarkan masyarakat sekeliling siapa sebenarnya Tuan Razak. Tuan Razak memang tidak dinafikan merupakan seorang dermawan dan orang berada di kampung dan banyak membantu mereka-mereka yang susah serta amat berpengarauh. Dalam keadaan itu, Tuan Razak mengambil kesempatan untuk menodai setiap gadis-gadis yang bekerja dengannya. Walaupun berhadapan dengan dugaan dan tentangan beberapa pihak termasuk ibu bapanya sendiri yang tidak mempercayai Tuan Razak akan bertindak sedemikian, Shamsiah terus tabah dan meneruskan hidupnya dengan berkahwin dengan pilihan keluarga iaitu Johan. Namun rumah tangga Shamsiah tidak berpanjangan kerana Johan telah termakan fitnah masyarakat mengenai Shamsiah yang dikatakan tidak suci lagi. Oleh sebab itu, rumah tangga mereka berkecai.

Shamsiah masih terus bersabar dengan masyarakat sekeliling yang masih memandang serong terhadapnya hinggalah pada suatu hari, Zura iaitu seorang rakannya pula menjadi mangsa Tuan Razak. Kali ini Shamsiah tidak mahu berdiam diri lagi. Zura dinasihatinya untuk dia mencari bukti bagi mengheret Tuan Razak ke muka pengadilan.Tuan Razak yang mengetahui tindak-tanduk Shamsiah yang cuba untuk mendakwanya, telah menyuruh Murad untuk memberi suapan kepada beberapa keluaga mangsanya bagi menutup mulut dan seterusnya membuatkan Shamsiah kalah dalam dakwaanya dan menangkap Shamsiah bagi menyelasaikan masalah itu dengan memberi Shamsiah beberapa tawaran lumayan. Shamsiah menolaknya dan membuatkan Tuah Razak menjadi marah sebelum menyuruh Murad mengurung Shamsiah dengan tidak diberi makan dan minum. Melihat keberanian dan semangat Shamsiah yang kebal itu, Murad merasa bersalah. Timbul keinsafan dan kesedaran pada dirinya untuk membantu Shamsiah. Murad telah memberitahu keluarga Shamsiah dan menyedarkan orang kampung tentang Tuan Razak.

Orang-orang kampung berkumpul untuk pergi ke rumah Tuan Razak bagi membebaskan Shamsiah. Tuan Razak dan Azman telah ditangkap.Namun Shamsiah sekali lagi berhadpan dengan satu masalah apabila tidak seorang pun mangsa Tuan Razak yang berani tampil untuk membuat aduan bagi mencukupkan bukti dakwaannya Tuan Razak telah dibebaskan dan bercadang untuk keluar dari kampung itu. Namun segalanya musnah apabila pihak polis tiba untuk menangkap Tuan Razak kerana Zura dan semua gadis yang pernah menjadi mangsa Tuan Razak telah tampil untuik bersama-sama Shamsiah yang dilihatnya begitu cekal dan tabah dan menganggap Shamsiah sorang wanita yang berani bagaikan Sumayyah.


Fasha Sandha bertudung

Download Bagaikan Sumayyah (TV3)
part 1-http://www.mediafire.com/?dgjmbnydzym
part 2-
http://www.mediafire.com/?mnm2oykhnz2
part 3-
http://www.mediafire.com/?j2jgmwfwzcu

Filem Apokalips
Filem Apokalips
Tarikh Tayangan : 2011
Pelakon: Farid Kamil, Sri Gala (Peter Davis), Kala (Jehan Miskin), Kulat (Zoey Tan), Aman Chai (Adam AF), Qi Qi (Myra), Razor (Iqram Dinzly), Lipan (Pekin Ibrahim).
Sumber : BERITA HARIAN

Filem Apokalips
Sinopsis Apokalips

SEJAK mentari terbit dari barat, pertempuran hebat berlaku di seluruh pangea. Jasad bergelimpangan dan udara di seluruh pangea berbaur hemoglobin, selain bintang berguguran. Homo sapian yang mewakili puak-puak yang menguasai empat sumber utama kini bertempur untuk memonopoli, menjadi keadaan anarki. Tiada lagi undang-undang, hanya mereka berpegang pada janji.
Filem Apokalips
Pendita telah memberi perintah, supaya menjemput semua ‘Pengutus Pesanan’ untuk hadir ke satu taklimat berkaitan apa terjadi di Ground Zero, Apokalips dan penerangan mengenai kejadian letupan nuklear yang telah menyebabkan mentari terbit dari Barat hampir 23 hari lepas. Letupan nuklear yang telah menghamburkan partikel CK (Cyanogen Chloride) ke udara dan membunuh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Keadaan cukup kritikal.
Filem Apokalips
Wahai ‘Pengutus Pesanan’ sekalian, hanya kamu yang mampu menyelamatkan seluruh pangea itu, moga Maha Pencipta merahmati kamu. Dari itu, kamu sekalian ‘Pengutus Pesanan’ dijemput ke sesi maklumat yang akan dihadiri seluruh ketua klan dan pengikut seperti, X lakonan Farid Kamil, Sri Gala (Peter Davis), Kala (Jehan Miskin), Kulat (Zoey Tan), Aman Chai (Adam AF), Qi Qi (Myra), Razor (Iqram Dinzly), Lipan (Pekin Ibrahim).
Filem Apokalips Filem Apokalips
Filem Apokalips
Filem Apokalips

Apokalips

Dokumentari 6 episod sepanjang satu jam setiap satu akan mula disiarkan pada 25 Oktober 2010 hingga 29 Oktober 2010, iaitu Isnin hingga Jumaat (5 episod). Manakala satu lagi episod akan disiarkan pada 26 November 2010 bersamaan hari Jumaat. Kesemua 6 episod tersebut akan ke udara menerusi TV1 setiap jam 9.00 malam kecuali episod ke-5 akan disiarkan pada jam 11.00 malam.

Penerbitan dokumentari ini bertujuan memapar usaha membangunkan ummah di negara ini. Jika umat Islam dapat mengukuhkan ekonomi, sudah pasti taraf hidup mereka akan meningkat dan mereka akan menjadi suatu umat yang dihormati. Umat Islam yang hidup daif sudah pasti akan dihina dan diperlekeh.
Lambaian Kaabah
Malah penguasaan ilmu dan kekuatan ekonomi akan memudahkan ibadah dilakukan dengan sempurna.

Dokumentari ini turut memaparkan tentang sejarah perjuangan Nabi Muhammad, pembesaran dan permodenan kota Mekah, peranan usahawan Malaysia terlibat dalam program pembangunan di Tanah Suci dan pengalaman anak Melayu yang bermastautin di Mekah dan Madinah.

Enam tajuk telah dipilih untuk dimuatkan dalam 6 episod “Lambaian Kaabah” iaitu “Menjana Umat Berjaya” (siaran 25.10.2010), “Rahmat Di Tanah Suci” (siaran 26.10.2010), “Membina Tamadun Gemilang” (siaran 27.10.2010), “Menyahut Panggilan Suci” (siaran 28.10.2010), “Kelana Anak Melayu” (siaran 29.10.2010) dan “Ya Allah…Ampunilah Dosa Kami…” (siaran 26.11.2010).

Penyiaran dokumentari ini yang dipenuhi dengan maklumat terkini dan motivasi pasti akan meningkatkan usaha umat Islam di Malaysia untuk terus memandang ke hadapan bagi memajukan diri dan bersikap positif. Lambaian Kaabah bermakna seruan kepada penyatuan hati, meningkatkan keimanan, berusaha gigih untuk mencapai tujuan murni dan sikap bertoleransi.
Lambaian Kaabah
Kota Suci Mekah bukan hanya tempat untuk melakukan ibadah haji dan umrah, Kota Suci Mekah adalah destinasi yang turut membuka ruang dan peluang kepada umat Islam untuk memajukan diri. Ini termasuk untuk menerokai bidang keusahawanan, menceburi bidang profesional dan melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang.

Pastikan anda meluangkan masa menyaksikan “Lambaian Kaabah” yang akan mula disiarkan pada 25 Oktober 2010 hingga 29 Oktober 2010 (5 episod) dan satu lagi episod pada 26 November 2010. Kesemua 6 episod tersebut akan ke udara menerusi TV1 setiap jam 9.00 malam kecuali episod ke-5 akan disiarkan pada jam 11.00 malam

sumber : budiey.com

drama style korean drama
STYLE
Hari siaran: Isnin – Jumaat
Masa siaran: 8.30pm – 9.30pm
Tarikh siaran: 15 Oktober 2010 – 15 November 2010
Bahasa: Mandarin
Jumlah episod: 22 x 60 minit
Sumber :Budiey.com

Sinopsis Style (NTV8)

Berita baik untuk semua peminat drama Korea! Pada bulan Oktober ini, 8TV akan menayangkan drama siri terbaru di dalam slot Best of the East berjudul STYLE, bermula 15 Oktober 2010.

Menceritakan tentang pengalaman hebat Lee Seo Jung (Lee Ji Ah) yang baru menyertai sebuah syarikat majalah fesyen bernama STYLE, dan bekerja dibawah penyeliaan Editor Park (Kim Hye Soo), yang garang, bergaya dan tidak mempunyai belas kasihan. Sementara Seo Jung berusaha menaikkan dirinya di dalam syarikat, dia mendapati dunia fesyen itu tidak indah seperti yang dijangka.
drama style korean drama
Plot cerita bermula dengan Seo Jung yang bersusah payah menyelamatkan kerjayanya daripada hancur apabila dia menyesal kerana menghantar surat perletakkan jawatan kepada ketuanya, selepas merasa bosan dengan kerjanya yang teruk pada malam sebelumnya. Setelah terlihat sebuah beg mahal di jendela kedai keesokan paginya, dia memberitahu begnya itu supaya menunggu dirinya, dan bergegas ke tempat kerja, dengan harapan agar dia dapat mengambil semula surat perletakkan jawatannya.

Malangnya sudah terlambat, kerana Editor Park telahpun melihat surat tersebut. Selepas puas merayu untuk mendapatkan peluang kedua, Editor Park menerimanya semula, tanpa pengetahuannya bahawa ketuanya itu akan membuatkan hidupnya tidak ubah seperti neraka. Dia ditugaskan untuk membuat kerja-kerja peringkat bawahan, membuat temujanji penggambaran dengan Perdana Menteri wanita, dan melakukan temubual bersama seorang chef handalan Korea, Soo Woo Jin (Ryu Shi Won), yang baru sahaja tiba di Korea dan menolak sebarang temubual.

Saksikan bintang pelakon STYLE, Ryu Shi Won, Lee Ji Ah, Kim Hye Soo dan Lee Yong Woo, membawa anda ke dunia fesyen yang penuh ketawa, tangisan, kisah percintaan, dan muslihat licik. Adakah Seo Jung akan berjaya menghadapi ranjau yang terdapat di dalam dunia fesyen?

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri ini secara eksklusif di 8TV, bermula 15 Oktober 2010, pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 malam. 8TV juga terdapat di saluran Astro 708. Kini anda boleh menonton semula program-program ini menerusi ‘Catch Up’ www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau layari mobile.8tv.com.my untuk menonton program-program menarik di telefon bimbit anda

The Four (TV8)
Slot Best of TVB
Hari/Masa siaran: Isnin – Jumaat, 7pm – 8pm
Tarikh siaran: 8 Oktober 2010 – 11 November 2010
Bahasa: Kantonis
Jumlah episod: 25 x 60 minit
Pelakon: Raymond Lam, Ron Ng, Ma Kwok Ming, Sammul Chan, Lam Ka Wah, Kate Tsui, Lee Sze Wan, Chan Shan Chung
Sumber : Budiey.com


Sinopsis The Four (TV8)

Siri ini diadaptasikan daripada novel seni mempertahankan diri yang popular karya Wen Ruian, The Four Great Constables. Menceritakan tentang empat konstabel hebat – “Heartless”, “Iron Fist”, “Chaser” dan “Cold Blood”. Mereka bekerjasama dalam menyelesaikan kes-kes dan juga cubaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Dinasti Song yang tercemar.

Seorang yang dingin dan bijak, Mo Ching (Raymond Lam) sememangnya lumpuh sejak kecil. Dia bernasib baik kerana bertemu Ketua Biro Syerif, Chu Kot Ching Ngo (Lam Ka Wah), yang mengajarnya untuk menggunakan senjata rahsia. Chu yang sebelum ini pernah menolong Maharaja Song mendapatkan semula risalah berharga yang hilang, telah diberi ganjaran dengan pembukaan semula Jabatan Konstabel yang berstatus tinggi. Dia kemudian merekrut Zui Mang (Sammul Chan), penipu licik, Tit Sau (Ma Kwok Ming), lelaki jujur, dan pembunuh kejam Lang Huyt (Ron Ng), bersama mereka digelar sebagai THE FOUR.

Plot semakin mendalam apabila Mo Ching belajar menjadi seorang yang kurang bersifat bongkak, dan mendapati dirinya jatuh cinta dengan tabib herba, Song Chi Yin (Kate Tsui), tanpa diketahuinya Chi Yin mempunyai agenda untuk memecah-belahkan THE FOUR dan mengeruhkan hubungan antara Mo Ching dan Tit Sau. Menteri yang penuh kepura-puraan, Choi King mempunyai rancangan untuk melakukan pemberontakan kepada Dinasti Song. Chu berkorban demi menggagalkan rancangan mereka, tetapi dia juga turut membuatkan hubungannya dalam THE FOUR ke ambang kemusnahan.

Tajuk program : Soal Asyraf
Produksi : Astro Oasis
Genre : Bual Bicara
Durasi : 30 minit
Episod : 13 episode
Tarikh Siaran : Bermula 26 Oktober 2010
Hari Siaran : Setiap Selasa,
Masa Siaran : 7.30 malam
Saluran : Astro OASIS (Saluran 106)
Sumber: Budiey.com

asyraf imam muda

Sinopsis Soal Asyraf (Astro Oasis)

Program Soal Asyraf ini merupakan penampilan sulung Asyraf sebagai pengacara sejak dinobatkan sebagai juara Imam Muda, Malah program bual bicara ilmiah yang unik ini semamangnya diterbitkan khas untuk dirinya. Dengan demikian, program ini diharapkan akan dapat diikuti oleh peminat Ashraf khasnya dan penonton Imam Muda amnya.

Asyraf akan memberikan jawapan yang jujur dan meyakinkan berdasarkan pemahaman melalui pengalaman, ilmu dan pendidikan yang diperoleh selama ini. Dia akan menjadi dirinya sendiri dan berinteraksi sebagai seorang sahabat untuk memberikan penjelasan kepada secara santai terhadap isu yang dibincangkan.
asyraf imam muda
Jawapan dan penjelasan itu nanti akan dikukuhkan dengan sumber ayat al-quran Al Quran dan Hadis yang Sahih

Soal Asyraf akan membincangkan isu yang lebih universal. Untuk menarik minat golongan muda, Asyraf akan membincangkan pelbagai isu penting serta kaitannya dengan Islam merangkumi aspek sains teknologi, populariti laman sosial termasuklah hiburan dan sukan.

Pendekatan secara interaktif digunakan Asraf untuk menggalakkan penonton menyalurkan soalan dan pandangan. Mereka boleh menghantar terus ke laman Facebook, Twitter, sidang video Skype serta tidak dilupakan kiriman surat
asyraf imam muda
Turut menjadi kekuatan program ini adalah kelengkapan studio untuk rakaman program ini yang menggunakan kesan teknologi tinggi dan kecanggihan ‘sentuhan multi paparan virtual’ seperti yang dapat kita lihat dalam pelbagai program popular seperti CSI dan Tech TV.

Suntikan teknologi ini diharap dapat menarik golongan muda untuk menonton program bual bicara ilmiah keagamaan ini.




Sebanyak 12 kategori anugerah cipta yang dipertandingkan telah pun diumumkan di Majlis Pelancaran FFM23 pada 20 Oktober 2010 yang lalu di mana menyaksikan filem Magika telah menang 5 anugerah dari 12 anugerah pada malam itu.


Keputusan Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia Ke-23

1. Anugerah Poster Terbaik
Filem Belukar

2. Anugerah Kostum/Busana Terbaik
Hasnan Yaakub dari Filem Magika (KRU Studios)

3. Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik
Edry Abdul Halim (Filem Magika)

4. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik
Brian Ng (V3 Samseng Jalanan)

5. Anugerah Penataan Seni Terbaik
Anuar Paharudin & Johan Lucas (Filem Magika)

6. Anugerah Pelakon Harapan Lelaki
Shashi Taran (Filem Estet)

7. Anugerah Pelakon Harapan Wanita
Daphne Iking (Filem Belukar)

8. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Fimie Don (Filem Magika)

9. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Yana Shamsudin (Filem Adnan Sempit)

10. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Shaheizy Sam (Filem Evolusi KL Drift 2)

11. Anugerah Pengarah Harapan
Edry Abdul Halim (Filem Magika)

12. Anugerah Filem Komedi Terbaik
My Spy (Kru Studios)

13. Anugerah Lakon Layar Terbaik
Jumaatun Azmi (Filem Haq)

14. Anugerah Cerita Asal Terbaik
Ahadiat Akashah (Lagenda Budak Setan)

15. Anugerah Sinematografi Terbaik
Raja Mukhriz (Filem Niyang Rapik)
16. Anugerah Penyunting Terbaik
Hisyam Jupri & Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)
17. Anugerah Skor Muzikal Asal Terbaik
Edry Abdul Halim (Magika)
18. Anugerah Filem Animasi Terbaik
Buas

19. Anugerah Dokumentari Terbaik
Suatu Ketika Laskar Senoi (Astro Entertaiment)

20. Anugerah Filem Pendek Terbaik
Project

21. Anugerah Pelakon Veteren Lelaki FFM23
Seniman Tamam Idris
22. Filem Boxoffice FFM23
Filem Adnan Sempit

23. Anugerah Pelakon Veteren Wanita FMM23
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad

24. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir FFM23
Johari Ibrahim

25. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
Bront Palarae (Filem Belukar)

26. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)

27. Anugerah Pengarah Filem Terbaik
Shamsul Yusof (Skop Productions)

28. Anugerah Filem Terbaik FFM23
Filem Magika

29. Anugerah Khas Juri FFM23:
- Filem Cinta Ais Kacang – Asia Tropical Film
- Filem Woohoo – Astro Shaw
- Filem Estet – Naga VSX
- Filem Muallaf – NZX Film

30. Pakaian Terbaik Lelaki FFM23
Shahz Jaszle

31. Pakaian Terbaik Wanita
Vanida Imran.

Taubat Nasuha (TV3)
TELEFILEM ANUGERAH SKRIN 2010
Tarikh Tayangan : 24.10.10,
Hari Tayangan : Ahad,
Pelakon: Sheila Rusly, Fauzi Nawawi, Dato’ Jalaluddin Hassan, Sheila mambo, Naim Daniel, Haikal Raihan, Aliff Ikqmal
Sumber : budiey.com



Sinopsis Taubat Nasuha (TV3)

Hasil perkahwinan Syamizi dan Laila mereka dikurniakan 3 cahayamata iaitu Aimin 11 tahun, Aiman 8 tahun dan Amirul 4 tahun. Laila sekarang sedang mengandung anak empat dan usia kandungannya 4 bulan. Ketiga-tiga anak Syamizi begitu nakal pada pandangan Syamizi. Ini kerana Syamizi adalah seorang ayah yang cepat panas baran akibat tuntutan dan didikan hidup dari arwah ayahnya yang merupakan seorang tentera.

Akibat dari itu, cara dia menegur dan mendidik anak-anaknya sama seperti arwah ayahnya yang garang dan bengis serta berdisplin. Pantang sahaja sedikit silap anak, mesti rotan atau sepakan singgah di muka anak itu. Laila sudah puas mengingatkan dan menasihatkan suaminya, namun tidak diendahkan oleh Syamizi, malah ada kalanya Laila juga menjadi sasaran baran Syamizi.

Bagi anak-anak pula setiap kali kemunculan ayahnya di rumah membuatkan mereka sedikit gementar namun tidak menghalang mereka bergurau senda dan bermain bersama. Keriuhan sebegini menjadi satu gangguan kepada Syamizi. Kesabaran Laila cukup tinggi memandangkan sebagai seorang isteri, dia sedar syurga itu di telapak kaki suami. Apa yang berlaku di dalam keluarga Syamizi itu disedari oleh mertuanya Haji Osman, yang tidak suka mencampuri urusan rumahtangga anak menantunya. Namun setiap kali kalau anak menantu dan cucunya pulang ke kampung pasti akan dinasihati atau paling tidak akan diberikan buku panduan rumahtangga atau kitab-kitab untuk rujukan mereka sekeluarga. Masa terus berlalu.

Kandungan Laila juga semakin hari semakin membesar. Begitu juga dengan Syamizi semakin menjadi-jadi barannya. Syamizi lebih selesa dan seronok bila dia bersama kawan-kawannya di pejabat tapi sebaik sahaja dia menjejak kaki di halaman rumah, sikapnya mula berubah. Tawa ria kini berganti maki hamun. Anak-anak pula semakin nakal. Disinilah kemarahan Syamizi memuncak bila dia menghantukkan kepala anak-anak itu. Sehingga pagi itu menjadi suram dalam keceriaan anak-anaknya untuk ke sekolah. Bukan itu sahaja, Laila juga sudah putus harap melihat tingkah laku suaminya.

Satu hari, Laila pulang selepas menjemput anak-anak balik dari sekolah. Ketika masuk ke dalam rumah, 3 lelaki telah merompak mereka. Perompak-perompak itu telah membunuh kesemua anak-anak dan Laila. Bermula pagi itu juga Syamizi mengalami kesalan yang panjang sehingga mengganggu emosi dan jiwanya, kehidupan dan kerjayanya. Dia lebih banyak termenung dan mengimbas keceriaan anak-anaknya. Tiada hilai ketawa dan senda gurau anak-anak. Yang tinggal hanya kenangan. Sesungguhnya jauh di sudut hati Syamizi amat kesal dengan sikapnya dan menyedari semua itu selepas mereka yang tersayang pergi buat selama-lamanya.


Download Taubat Nasuha (TV3):
http://www.mediafire.com/?sharekey=5a9117c4037b6e574c17ca8801618ef7bf4cd1c0fcbd35a3a4648785df63f216

CSI New York Season 4 (TV8)
Tarikh siaran: 16 OKTOBER 2010, SABTU
Masa: 10.30PM
Episod: 21 EPISOD
Bahasa: Inggeris

CSI New York Season 4

Sinopsis CSI New York Season 4 (TV8)

Kematian sememangnya menarik perhatian ramai. Pelik, tetapi itulah hakikatnya lumrah manusia yang sentiasa penuh dengan perasaan ingin tahu. Oktober ini 8TV bakal menyiarkan siri forensik terhebat CSI: New York (Musim ke-4). Saksikan bagaimana agen-agen CSI yang diketuai oleh Mac Tylor menyelesaikan kes-kes jenayah yang rumit di kota New York.

Detektif Mack “Mac” Taylor merupakan bekas Marin yang telah kematian isteri sewaktu bencana World Trade Centre. Mac percaya kes-kes jenayah yang berlaku berkait rapat dengan ibu pejabat Las Vegas dan Miami dan Mac percaya hanya bukti yang dapat membawa penjenayah-penjenayah ini ke muka pengadilan.
CSI New York Season 4
Kisah penulis siri forensik CSI ini bagaikan sebuah kisah ‘Cinderella’. 7 tahun lalu, Anthony Zuiker hanyalah seorang pemandu di Mirage, Las Vegas yang berusaha keras untuk menempa nama di sebuah Kasino. Namun rezeki Zuiker terletak pada bakat penulisan beliau yang telah dicungkil oleh seorang Agen ketika Zuiker memberikan ucapan ringkas sewaktu belasan tahun. Beberapa bulan kemudian Zuiker telah berada di Hollywood menulis siri TV popular CSI.

Untuk musim terbaru CSI: NY ini, kes bermula apabila pegawai forensik menemui darah di Statue of Liberty. Mac dan pasukannya dalam misi menyelamatkan seorang pemuzik daripada pembunuh professional
CSI New York Season 4
Musim terbaru lebih mendebarkan apabila Mac dan rakan pasukannya Detektif Stella Bonasera menjadi sasaran pembunuh apabila rumah Stella terbakar. Kes menjadi lebih rumit apabila pasukan forensik mereka menjumpai mayat di dalam rumah Stella ketika menjalankan siasatan setelah api dipadamkan.

Pasukan CSI kali ini terpaksa berdepan penjenayah professional ala James Bond yang cukup bijak dalam bidang Sains dan tekbologi menjadikan kes ini bertambah rumit dan agar sukar untuk diselesaikan.

“Saksikan bagaimana Agen Mac dan pasukannya menyiasat dan menyelesaikan kes-kes rumit dan terpaksa berhadapan dengan penjenayah-penjenayah professional. Anda mahukan lebih drama dan aksi? 8TV membawakan CSI: NY (Musim ke-4) yang pasti membuat anda tidak mahu berganjak dari tempat duduk anda,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Tandakan calendar anda kerana musim terbaru CSI: New York akan menemui anda setiap Sabtu bermula 16 Oktober 2010 jam 10.30 malam hanya di saluran hip 8TV! Anda juga boleh menonton 8TV menerusi saluran 708 Astro. Jika anda terlepas menonton program kegemaran anda, layari laman sesawang www.tonton.com.my atau mobile.8tv.com.my untuk menonton program 8TV menerusi telefon bimbit anda!

Kerana Cucu (TV1)
Tarikh Tayangan : 22 Oktober 2010,
Masa Tayangan : 10.30 pagi
Pelakon: Kartina Aziz,Omar Abdullah, Firdaus Abdul Rahman, Bea Rameshan, Zulkarnain Ramly, Nur Fureena Ezlin dan Aliza Abdullah
Sumber : sinemamalaysia

Sinopsis Kerana Cucu (TV1)

Drama yang menggandingkan pelakon Omar Abdullah dan Kartina Aziz sebagai watak utama ini menceritakan tentang kisah sepasang suami isteri Datuk Kamal dan Datin Hana yang belum bersedia menjadi datuk dan nenek kerana merasakan mereka masih muda. Mereka mempunyai pesepsi ‘Cucu’ hanya di punyai oleh orang yang telah tua dan bersara yang tidak produktif dan selalu ‘ejek’ mereka yang sudah bercucu.

Pada usia perkahwinan yang sudah menjangkau 22 tahun, perhubungan Datuk Kamal dan Datin Hana sudah ‘suam’. Datuk Kamal, seorang tokoh korporat, yang mempunyai ramai teman wanita. Datin Hana, seorang yang penyabar. Datin Hana banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Yang mengikat perkahwinan mereka adalah kasih sayang mereka berdua pada anak tunggal mereka Asila yang sekarang sedang belajar di London.
Bea Rameshan
Asila memberitahu Datuk Kamal dan Datin Hana, supaya menerima peminangan dari Azmir pilihan hatinya yang sama-sama dengannya menuntut di London. Datuk Kamal dan Datin Hana marah dan kecewa dan mereka saling cari kesalahan antara satu sama lain kenapa Asila tidak berbincang langsung dengan mereka.

Ada kawan-kawan yang nasihat supaya direstukan saja perkahwinan Asila. Maka, mereka ‘terpaksa’ memberi restu dengan syarat Asila tidak mendapat anak sehingga habis belajar. Berkali-kali Datuk Kamal dan Datin Hana beritahu Asila, mereka belum mahu menjadi ‘atuk’ dan ‘nenek’.

Asila dan Azmir pulang ke Malaysia selepas melahirkan Raina. Walaupun Azmir tidak setuju, Asila meminta Datuk Kamal dan Datin Hana menjaga Raina sehingga dia habis belajar. Sekali lagi Datuk Kamal dan Datin Hana terpaksa ikut kehendak Asila. Dengan berat hati Datin Hana menjaga Raina. Di sebabkan pembantu berhenti kerja, Datuk Kamal terpaksa menolong Datin Hana menjaga cucu.
Bea Rameshan
Maka bermulalah perubahan pada Datuk Kamal dan Datin Hana. Mereka mulai menyayangi Raina. Segala perjumpaan Datuk Kamal dengan teman wanita makin berkurangan. Datin Hana juga sudah berubah. Raina membuatkan mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama. Datuk Kamal dan Datin Hana seperti pasangan muda yang baru dapat anak pertama. Kemana saja pergi bertiga.

Selepas beberapa tahun, Asila dan Azmir pulang. Mereka nak membawa Raina ke London disebabkan Azmir berjaya melanjutkan pelajaran. Datuk Kamal dan Datin Hana tak izinkan sebab Raina masih kecil untuk di jaga oleh Asila yang tiada pengalaman. Walaupun Azmir tidak setuju tetapi dia akur nasihat Datuk Kamal.

Kehidupan Datuk Kamal, Datin Hana dan Raina makin bahagia. Raina telah mengeratkan kembali kasih sayang dan hubungan Datuk Kamal dan Datin Hana. Datuk Kamal makin fokus dengan kerja kerana dia ingin memberi satu kehidupan yang lebih ‘’mewah’ kepada Raina.

Satu hari demam panas. Walaupun telah diberi suntikan dan ubat, badan Raina masih panas. Mereka menjaga Raina dengan sebaik-baiknya. Mereka juga baru sedar jauhnya mereka dari Allah. Mereka berdua berazam untuk belajar balik Al Quran sebelum semua ayat-ayat Allah itu mereka lupa semuanya.

Pada masa yang sama Asila dan Azmir pulang. Mereka ingin mengambil Raina kembali. Azmir sudah bekerja di London. Datuk Kamal dan Datin Hana begitu sedih dan kecewa keputusan anak dan menantunya, namun mereka terpaksa melepaskan cucu kesayangan kepada ibu bapanya.

Apakah yang berlaku seterusnya selepas pemergian Raina mengikut ibu dan bapanya menetap di London? Adakah datuk dan neneknya itu berubah kembali dengan kehidupan lama mereka? Drama menarik ini turut dibintangi oleh Firdaus Abdul Rahman, Bea Rameshan, Zulkarnain Ramly, Nur Fureena Ezlin dan Aliza Abdullah.

FILEM: Buried
ARAHAN: Rodrigo Cortes
PELAKON: Ryan Reynolds
GENRE: Triller
TAYANGAN: 14 Oktober 2010
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (mymetro)

Buried

Sinopsis Buried

FILEM - Bernafas dalam keranda. TIADA kata yang dapat dirungkaikan tatkala menonton sisi serius Ryan Reynolds yang sebelum ini sinonim dengan watak komedi (The Proposal, Adventureland atau Just Friends).

Hampir 10 minit pada awal plot, penonton disajikan dengan suasana gelap dan bunyi nafas merengus kencang sehingga hampir mengundang kebosanan. Penulis sendiri pada mulanya agak skeptikal dengan babak seterusnya tetapi apabila masa semakin kencang berlalu, setiap babak yang digarap makin mendebarkan.

Suasana suram yang wujud dengan hanya berbekalkan lampu picit yang rosak dan cahaya daripada pemetik api menjadi pelengkap kisah lelaki yang diculik lalu disumbat ke dalam keranda dan ditanam di padang pasir di lokasi yang tidak diketahui.

Buried
Begitulah betapa bijaknya pengarah kelahiran Sepanyol, Rodrigo Cortes, bermain dengan debaran dan jiwa kecamuk seorang lelaki bernama Paul Conroy tanpa perlu keluar dari keranda. Sekali imbas, filem ini tidak memerlukan kos tinggi mahupun kesan khas untuk menaikkan ‘mood’ penonton.
Buried
Pengucapan dialog Paul hanya sekitar apa yang berlaku dengannya bersama beberapa individu melalui perbualan telefon. Tanpa perlu menunjukkan wajah si pemanggil, penonton sekali gus dapat mengagak perasaan cemas yang dilontarkan pihak lain malah kita akan turut terbuai dengan perasaan itu.

Malahan perasaan geram, kecewa, harapan, marah dan kesedihan digarap penuh emosi serta berhati-hati oleh Rodrigo dan dipersembahkan dengan baik sekali oleh Ryan.

Sebagai penambah perisa, elemen aksi diselit dengan penonjolan seekor ular berbisa yang menyelinap masuk ke dalam kerandanya lantas memaksa Paul untuk bertarung menyelamatkan diri dalam tempat yang begitu sempit.

Selain itu, Paul turut dihimpit masalah birokrasi yang wujud di antara pihak agensi tempatnya bekerja, Jabatan Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS) dan Pusat Kecemasan 911 tatkala berhubung dengan mereka bagi meminta bantuan.

Mendengar perbualan itu, penonton tidak dapat tidak mengiyakan wujudnya masalah itu dan sekali gus bagai satu suis yang menghidupkan minda kita untuk mencari kaedah mengatasi masalah berkenaan, terutamanya apabila berdepan dengan situasi kecemasan yang memerlukan bantuan segera.

Lebih sadis, dia turut menyaksikan rakaman visual rakan setugasnya yang dibunuh kejam penculik yang turut menculik seorang wanita melalui rakaman video yang dihantar ke telefon bimbit dan wanita itu dibunuh susulan tuntutan wang tebusan AS$5 juta yang diminta pengganas terbabit tidak ditunaikan.
Buried
Tertekan dengan situasi itu, Paul terpaksa akur memenuhi permintaan penculik yang mahu dia merakam pengakuannya melalui telefon bimbit untuk disiarkan di laman Youtube dan memaksa AS membayar wang tebusan bagi membebaskannya.

Dalam debaran menanti sama ada Paul akan diselamatkan atau tidak, penonton pasti tersentak dan sebak seketika tatkala mendengar perbualan antara Paul bersama isteri dan ibunya saat dia hampir menghadapi maut. Sama ada dia berjaya diselamatkan atau tidak, adalah lebih baik anda saksikannya sendiri dan merasai sendiri debaran itu.

Paul, pemandu trak bekalan, bertugas menghantar bahan binaan untuk pembangunan semula Iraq. Ketika menghantar bekalan, pasukannya diserang hendap segerombolan pengganas lalu mengakibatkan dia kehilangan rakan-rakan setugas. Apabila sedar, dia mendapati dirinya terperangkap dalam keranda dan dari situlah bermula penceritaan kisah Paul, lakonan Ryan yang mendapat pujian jemaah juri Festival Sundance, Januari lalu.

Sekiranya anda pernah menyaksikan Ryan, pasti anda berfikir untuk kali kedua dan mengatakan inilah persembahan terbaiknya dalam bidang lakonan terutamanya kepelbagaian watak yang diberikan kepadanya berbanding watak lucu sebelum ini.
TIADA kata yang dapat dirungkaikan tatkala menonton sisi serius Ryan Reynolds yang sebelum ini sinonim dengan watak komedi (The Proposal, Adventureland atau Just Friends).

Buried
Hampir 10 minit pada awal plot, penonton disajikan dengan suasana gelap dan bunyi nafas merengus kencang sehingga hampir mengundang kebosanan. Penulis sendiri pada mulanya agak skeptikal dengan babak seterusnya tetapi apabila masa semakin kencang berlalu, setiap babak yang digarap makin mendebarkan.

Suasana suram yang wujud dengan hanya berbekalkan lampu picit yang rosak dan cahaya daripada pemetik api menjadi pelengkap kisah lelaki yang diculik lalu disumbat ke dalam keranda dan ditanam di padang pasir di lokasi yang tidak diketahui.


Begitulah betapa bijaknya pengarah kelahiran Sepanyol, Rodrigo Cortes, bermain dengan debaran dan jiwa kecamuk seorang lelaki bernama Paul Conroy tanpa perlu keluar dari keranda. Sekali imbas, filem ini tidak memerlukan kos tinggi mahupun kesan khas untuk menaikkan ‘mood’ penonton.

Pengucapan dialog Paul hanya sekitar apa yang berlaku dengannya bersama beberapa individu melalui perbualan telefon. Tanpa perlu menunjukkan wajah si pemanggil, penonton sekali gus dapat mengagak perasaan cemas yang dilontarkan pihak lain malah kita akan turut terbuai dengan perasaan itu.

Malahan perasaan geram, kecewa, harapan, marah dan kesedihan digarap penuh emosi serta berhati-hati oleh Rodrigo dan dipersembahkan dengan baik sekali oleh Ryan.

Sebagai penambah perisa, elemen aksi diselit dengan penonjolan seekor ular berbisa yang menyelinap masuk ke dalam kerandanya lantas memaksa Paul untuk bertarung menyelamatkan diri dalam tempat yang begitu sempit.

Selain itu, Paul turut dihimpit masalah birokrasi yang wujud di antara pihak agensi tempatnya bekerja, Jabatan Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS) dan Pusat Kecemasan 911 tatkala berhubung dengan mereka bagi meminta bantuan.

Mendengar perbualan itu, penonton tidak dapat tidak mengiyakan wujudnya masalah itu dan sekali gus bagai satu suis yang menghidupkan minda kita untuk mencari kaedah mengatasi masalah berkenaan, terutamanya apabila berdepan dengan situasi kecemasan yang memerlukan bantuan segera.

Lebih sadis, dia turut menyaksikan rakaman visual rakan setugasnya yang dibunuh kejam penculik yang turut menculik seorang wanita melalui rakaman video yang dihantar ke telefon bimbit dan wanita itu dibunuh susulan tuntutan wang tebusan AS$5 juta yang diminta pengganas terbabit tidak ditunaikan.

Tertekan dengan situasi itu, Paul terpaksa akur memenuhi permintaan penculik yang mahu dia merakam pengakuannya melalui telefon bimbit untuk disiarkan di laman Youtube dan memaksa AS membayar wang tebusan bagi membebaskannya.

Dalam debaran menanti sama ada Paul akan diselamatkan atau tidak, penonton pasti tersentak dan sebak seketika tatkala mendengar perbualan antara Paul bersama isteri dan ibunya saat dia hampir menghadapi maut. Sama ada dia berjaya diselamatkan atau tidak, adalah lebih baik anda saksikannya sendiri dan merasai sendiri debaran itu.

Paul, pemandu trak bekalan, bertugas menghantar bahan binaan untuk pembangunan semula Iraq. Ketika menghantar bekalan, pasukannya diserang hendap segerombolan pengganas lalu mengakibatkan dia kehilangan rakan-rakan setugas. Apabila sedar, dia mendapati dirinya terperangkap dalam keranda dan dari situlah bermula penceritaan kisah Paul, lakonan Ryan yang mendapat pujian jemaah juri Festival Sundance, Januari lalu.

Sekiranya anda pernah menyaksikan Ryan, pasti anda berfikir untuk kali kedua dan mengatakan inilah persembahan terbaiknya dalam bidang lakonan terutamanya kepelbagaian watak yang diberikan kepadanya berbanding watak lucu sebelum ini.

Khabar Haji (Astro Oasis)

Tajuk program : Khabar Haji
Produksi : Astro Oasis bersama Layar Consult Sdn. Bhd.
Genre : Siaran Langsung
Durasi : 30 minit
Episod : 15 episod
Tarikh : Bermula 7 Nov 2010 hingga 21 Nov 2010
Masa Siaran : 10.00 malam
Hari Siaran: Setiap Hari
Episod Istimewa : Hari Wukuf dan Hari Melontar Jamrah
Siaran secara langsung dari Arafah dan Mina selama sejam setiap hari sempena kemuncak kepada ibadah Haji bermula 16 Nov 2010 hingga 19 Nov 2010
Liputan Siaran : Melalui kerjasama dengan Iqraa TV, program Khabar Haji boleh ditonton di Arab Saudi dan juga sebahagian Amerika Syarikat, Eropah dan Asia yang mendapat capaian satelit Iqraa TV
Saluran : Astro OASIS (Saluran 106)

Khabar Haji (Astro Oasis)
Sinopsis Khabar Haji (Astro Oasis)

Program berita dan hal ehwal semasa sempena musim haji 1431 Hijrah bersiaran untuk musim yang kedua. Untuk kali ini, Khabar haji menjanjikan liputan lebih terperinci bersama dua pengacara hebat yang dilahirkan daripada program Imam Muda, Aran dan Azhar dengan penampilan khas Imam Muda Asyraf. Bukan sekadar sebuah program berita, program ini turut mendekatkan penonton dengan segala yang berkaitan dengan Rukun Islam yang kelima ini.
Khabar Haji (Astro Oasis)
Bermula 7 hingga 21 Nov 2010, Khabar Haji akan ditayangkan setiap hari jam 10 malam dari Arab Saudi untuk memberi gambaran visual perjalanan haji pada tahun ini. Bukan sekadar sebuah program berita, penonton akan dibawa untuk lebih memahami perjalanan Rukun Islam yang kelima ini. Manakala sempena kemuncak kepada ibadah haji bermula 9 hingga 11 Zulhijjah*, siaran secara langsung selama sejam akan dibawakan dari Arafah.
Khabar Haji (Astro Oasis)
Khabar Haji musim yang kedua menjanjikan liputan lebih terperinci menerusi beberapa segmen baru yang diperkenalkan. Antaranya sidang telefon jemaah haji di Tanah Suci dengan kaum keluarga yang ditanggalkan di Tanahair, menerokai aktiviti masyarakat setempat termasuk yang berasal daripada Malaysia dan ziarah ke lokasi menarik seperti Kompleks Percetakan Quran Raja Fahd, kebun kurma Madinah dan banyak lagi.

Program berita dalam Bahasa Malaysia ini juga akan disiarkan ke seluruh dunia hasil kerjasama Astro Oasis dan Iqraa TV, Arab Saudi. Malah, Khabar Haji juga boleh ditonton di Arab Saudi menerusi saluran Iqraa TV juga sebahagian Amerika Syarikat, Eropah dan Asia yang mendapat capaian satelit Iqraa TV.

Khabar Haji (Astro Oasis)

SEGMEN SINOPSIS

1. Berita Segmen pertama ini memaparkan berita terkini dan laporan harian dari Tanah Suci termasuklah peristiwa setempat Arab Saudi yang berkenaan dengan ibadah haji. Perkembangan dari Tabung Haji dan agensi kerajaan yang terlibat dengan pengurusan haji juga akan dilaporkan dari masa ke semasa.
Khabar Haji (Astro Oasis)
2. Bingkisan Segmen kedua ini lebih bersifat perkongsian cerita dan pengalaman serta pendapat. Turut memaparkan sidang telefon jemaah haji di Tanah Suci dengan kaum keluarga yang ditanggalkan di Tanahair. Penonton akan dibawa untuk melihat sendiri perjalanan aktiviti haji serta peristiwa dan suasana ziarah
Khabar Haji (Astro Oasis)
3. Laporan Khas Segmen terakhir ini akan melaporkan beberapa perkara yang menarik untuk diketahui. Laporan lebih mendalam seperti lokasi – lokasi menarik ziarah, pencapaian pengurusan haji Malaysia, aktiviti harian penduduk setempat dan sebagainya.
Khabar Haji (Astro Oasis)

FILEM: Reign of Assassins
ARAHAN: Su Chao-Pin dan John Woo
PELAKON: Michelle Yeoh, Barbie Hsu, Jung Woo-Sung, Kelly Lin dan Shawn Yue
GENRE: Aksi Romantik
TAYANGAN: 14 Oktober 2010
ULASAN: Murshid Eunos (hymetro)

Reign of Assassins

Sinopsis Reign of Assassins

FILEM - Cinta si pembunuh upahan. MELIHAT barisan pelakonnya, filem Reign of Assassins yang diarah Su Chao-pin dengan pemantauan pengarah tersohor, John Woo disangka sebuah naskhah yang padat dengan aksi dan babak pertarungan tanpa henti.


Reign of Assassins mengisahkan seorang pembunuh upahan wanita yang hebat dengan teknik membunuhnya terpaksa berdepan satu tugas yang melangkaui imaginasinya. Mana tidaknya, Drizzle terpaksa mendapatkan semula sebahagian mayat seorang sami, Bodhi yang dipercayai mempunyai satu kuasa hebat. Drizzle yang patuh pada kumpulannya, The Black Stone akur dengan perintah itu.
Reign of Assassins
Namun selepas mengetahui agenda di sebalik yang bertentangan dengan prinsipnya, Drizzle melarikan diri daripada kumpulannya. Drizzle mengubah penampilan dan wajahnya serta menggunakan pengenalan baru sebagai Zeng Jing bagi memulakan kehidupan baru.


Kemudian dia jatuh cinta dengan Jiang Ahsheng. Tidak lama selepas mengahwininya, baru dia sedar rupa-rupanya suaminya adalah anak kepada lelaki yang pernah dibunuhnya. Perkahwinan itu dirancang kerana Jiang Ahsheng turut menyimpan agenda bagi membalas dendam atas perbuatan Zeng Jing membunuh ayahnya.
Reign of Assassins
Kemelut itu berlarutan hingga menyebabkan pertarungan tiga penjuru. Zeng Jing terpaksa berdepan kumpulannya yang tidak henti-henti memburu serta suaminya yang ingin membunuhnya.

Namun menariknya filem ini adalah episod drama romantik yang diselit selari. Lakonan Michelle Yeoh tidak perlu disangkal tatkala mengatur langkah aksi seni pertahankan diri. Malah ekspresi wajahnya dalam melakonkan babak romantik dan permainan emosi wajar dipuji.
Reign of Assassins
Debaran tetap ada kerana pengarahnya bijak memancing perhatian penonton, terutama detik cemas selepas segala rahsia terbongkar. Malah pengarahnya juga bijak mengundang rasa sedih dan sayu apabila perasaan bersalah, rasa sayang dan kekeliruan Zeng Jing diterjemah dengan kemas.

Pendek kata, Reign of Assassins adalah naskhah yang patut ditonton untuk melihat sisi lain dalam sebuah filem bercorak aksi romantik. Bukan saja pada plot ceritanya menarik dan punya kekuatan, malah lakonan setiap barisan pelakonnya menghidupkan lagi keindahan keseluruhan plot ceritanya.

Reign of Assassins

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA