perekacerita
Promosi perodua myvi

THE RITE


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita

FILEM: The Rite
ARAHAN: Mikael Hafstrom
PELAKON: Anthony Hopkins, Colin O’Donoghue dan Marta Gastini
GENRE: Seram
TAYANGAN: 17 Februari 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (harian metro)

THE RITE
Sinopsis The Rite

Mengisahkan Michael yang dihantar ke Itali untuk belajar ilmu menghalau syaitan. Dia diajar mengenal jenis syaitan dan kaedah menghalau secara moden dengan menggunakan bantuan teknik grafik dan visual.

Bagaimanapun, bagi seorang yang belajar ilmu agama dan ghaib, dia lebih percaya kepada jawapan berlandaskan sains dan bukti kukuh. Sikap itu akhirnya berubah apabila dia bertemu Lucas, paderi tua dan pakar menghalau syaitan yang merasuk tubuh manusia.

The Rite bukan sekadar filem yang menampilkan unsur seram dengan elemen kejutan klise yang sengaja dibuat-buat untuk menakutkan penonton, tapi ia membawa satu objektif khusus iaitu kepercayaan kepada perkara ghaib.
THE RITE
Jika dilihat kembali kepada masyarakat kita kini, kepercayaan terhadap makhluk ghaib kian pudar dan dilupakan. Dalam The Rite, ia seolah-olah menjentik kembali kepercayaan orang muda mengenai kewujudan perkara itu dalam masyarakat.
THE RITE
Pertembungan kepercayaan terhadap agama dan budaya hidup yang cuba ditonjolkan menjadi perkara asas yang menolak perjalanan kisah paderi muda, Michael Kovak (Colin O’Donoghue) yang berfikiran moden berbanding budaya ortodoks Father Lucas.

Metafora suasana moden dan ortodoks ditonjolkan seolah-olah memanggil kita untuk melihat kembali sisi penting dalam meneruskan kepercayaan terhadap agama dianuti.
THE RITE
Antaranya, suasana moden teknik pengajaran ilmu menghalau syaitan yang menggunakan teknologi terkini berbanding gaya lama menghalau syaitan yang lebih dekat dengan budaya.

Secara jujur, filem ini bergerak pada skala perlahan sehingga motif utama babak kematian dan pengurusan jenazah yang dilakukan Michael sebagai kerjanya sejak turun temurun menjadi tanda tanya. Namun perlahan-lahan semuanya terjawab dan akhirnya dia berjaya membuka hati dan diri untuk percaya kepada apa dilakukannya.
THE RITE

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA