perekacerita

CITA DAN CINTA (1 - 13 TAMAT)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita

Cita & Cinta (Slot Aurora) di TV9.
Mula Tayangan: 21 April 2011
Episode: 13 episod
Hari Tayangan: Khamis,
Masa Tayangan: 8.30 malam
Pelakon: Sharifah Amani, Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Kefli Idir, Izzue Islam, Chomel Fana dan Sherie Merlis.
Sumber: budiey.com



DOWNLOAD DRAMA CITA DAN CINTA
Cita dan Cinta Episode 1 = DOWNLOAD
Cita dan Cinta Episode 2 = DOWNLOAD
Cita dan Cinta Episode 3 = DOWNLOAD
Cita dan Cinta Episode 4 = DOWNLOAD
Cita dan Cinta Episode 5 = DOWNLOAD
Cita dan Cinta Episode 6 = DOWNLOAD
Cita dan Cinta Episode 7 = DOWNLOAD
Cita dan Cinta Episode 8 = DOWNLOAD
Cita dan Cinta Episode 9 = DOWNLOAD
Cita dan Cinta Episode 10 = DOWNLOAD
Cita dan Cinta Episode 11 = DOWNLOAD
Cita dan Cinta Episode 12 = DOWNLOAD
Cita dan Cinta Episode 13 (TAMAT) = DOWNLOAD
Kredit: jiwang

SINOPSIS CITA DAN CINTA (TV9)

Cita dan Cinta mengupas isu terkini remaja yang melibatkan percintaan, kasih sayang antara keluarga dan persahabatan. Dalam usia remaja sebegini, mereka kini sentiasa dilanda masalah antara melayani cinta dihadapan mereka ataupun cita-cita yang boleh melibatkan masa hadapan mereka. Sudah semestinya dikala usia muda ini, mereka tidak terlepas daripada mempunyai perasaan jatuh cinta, disayangi dan menyayangi, namun pada masa yang sama mereka juga ingin mengejar cita-cita mereka.

Bermula dengan pertemuan Azlan lakonan Izzue Islam berasa tertekan kerana penyanyi utama kumpulannya iaitu Indah (Chomel Fana) telah menarik diri dan sekaligus memutuskan hubungan dengan Azlan. Azlan pula bercita-cita untuk mempunyai kumpulan muzik terkenal suatu hari kelak. Ini membuatkan Azlan berada di dalam situasi yang sangat tertekan. Apatah lagi Azlan sememangnya mempunyai sikap baran telah memarahi sesiapa sahaja yang berada dekat dengannya termasuklah sahabat baiknya iaitu Fiq (lakonan Beto Khusyairi). Sharifah Amani yang melakonkan watak kembar kepada Azlan iaitu Zalia berasa amat rimas dengan kelakuan Azlan.

Fiq amat memahami sikap Azlan, apatah lagi masalah keluarga yang dihadapi oleh Azlan dan Zalia. Pada masa yang sama, Zalia pula telah lama menaruh hati kepada Fiq tetapi hanya memendamkan sahaja hasrat tersebut. Suatu hari, muncul Diya anak saudara kepada pemilik café dan bekerja di situ. Diya yang dilakonkan oleh Nadia Aqilah, mempunyai sikap yang pendiam dan suka membawa diri. Fiq pula sering melihat Diya menangis seorang diri dan ini menimbulkan perasaan kasihan terhadap Diya. Fiq cuba merapatkan diri dengan Diya dan kebetulan pula Diya amat menyenangi Fiq yang senitasa mengambil berat tentang dirinya.

Azlan pula masih kebingungan mencari penyanyi bagi kumpulannya. Tanpa disangka, Diya mempunyai kebolehan menyanyi dan mempunyai cita-cita untuk menjadi penyanyi terkenal suatu hari nanti. Diya mula menyanyi lagu-lagu yang digubah oleh Azlan sementara lirik pula ditulis sendiri oleh Fiq. Diya amat menyukai lirik-lirik yang dihasilkan oleh Fiq. Ini membuatkan mereka semakin akrab. Keadan ini tidak disenangi oleh Zalia yang menaruh hati terhadap Fiq dan berasakan dia hanya bertepuk sebelah tangan. Kini Zalia lebih rapat dengan Jimmy (lakonan Keifli Idir ) yang sentiasa menjadi sahabat setia untuk meluahkan masalah.

Suatu hari berlaku pertelingkahan antara Azlan dan Diya. Tanpa disangka, Azlan juga turut menaruh hati kepada Diya. Fiq terpaksa memberi laluan kepada Azlan kerana Azlan merupakan sahabat baiknya, Diya pula aterpaksa berterus-terang dengan semua sahabat barunya yang dia baru sahaja bercerai dan kini sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya.

Ketika mereka sedang bertelagah itu, Zalia tiba-tiba menerpa mereka dan memberitahu yang Jimmy telah dimasukkan ke hospital. Jimmy sebenarnya menghidapi penyakit kronik dan tidak pernah berkongsi dengan sesiapa masalah penyakitnya. Apatah lagi Jimmy menghadapi masalah kewangan kerana tidak dapat menampung perbelanjaan pembedahannya.

Apakah kesudahan hubungan cinta tiga segi Azlan, Diya dan Fiq? Berjayakah Azlan memujuk Diya untuk menjadi penyanyi utama kumpulannya? Bagaimana pula dengan Zalia yang menaruh hati dan perasaan terhadap Fiq dan perasaan kasihannya terhadap Jimmy yang kini terlantar sakit?

Nantikan jawapannya menerusi slot Aurora : Cita dan Cinta yang disiarkan pada setiap Khamis, 8.30 malam bermula 21 April 2011.

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA