THE DETECTIVE 2



FILEM: The Detective 2
ARAHAN: Oxide Pang Chun
PELAKON: Aaron Kwok, Patrick Tam dan Beibi Gong
GENRE: Drama suspens
TAYANGAN: 5 Mei 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashar (Harian metro)



SINOPSIS THE DETECTIVE 2
Aaron Kwok sebagai penyiasat persendirian bernama Tam berjaya ‘memberi’ beberapa elemen perasaan kepada penonton secara bersahaja. Elemen serius, komedi dan drama yang bermain di dalam jiwa Tam jelas terpancar dalam setiap lagak Aaron.


Malah Aaron berjaya mengekalkan elemen suspens thriller seperti di dalam The Detective (2007). Cuma kelebihan plot kali ini, ia lebih realistik tanpa unsur tahyul berbanding sekuel awal. Misterinya walaupun berselirat, ia kemas dan teratur untuk difahami secara logik akal. Beberapa kes bunuh yang berlaku mengelirukan polis disebabkan setiap kes tidak meninggalkan bukti. Malah polis juga gagal mencari persamaan setiap kes bunuh dan menyifatkan ia kes biasa.


Namun, lama-kelamaan kes bunuh semakin bersiri dan Tam muncul untuk membantu menyelesaikannya. Pun begitu, kehadiran Tam tidak disenangi ketua penyiasat baru, lakonan Patrick Tam, yang tidak suka dicabar.

Semakin Tam merungkai misteri dan motif pembunuhan, pembunuh sebenar mula menampakkan bayangan. Pada masa sama, Tam turut diugut ketua penyiasat supaya melepaskan kes itu.

PELANCONG

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails