perekacerita
Promosi perodua myvi

CINTA SETEGUH KINABALU (TV2)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita



drama Cinta Seteguh Kinabalu
mulai 21 Jun,
HARI: setiap Isnin dan Selasa,
MASA: 12.30 tengah hari.
EPOSODE: 13 episod
pelakon Wilton Hamdih Gudol, Ilbertus M.John, Alfred Ujin, Soley Maubil, Lydia Anthony Lijua, April Nelly Lisius dan Ridah Malanjang.
SUMBER: Budiey.com


SINOPSIS CINTA SETEGUH KINABALU (TV2)

Babak pertamanya bermula dengan memperkenalkan watak tiga sahabat baik iaitu Jeffrey, Iyot dan Arli yang telah menghabiskan pengajian semester akhir di UiTM, Shah Alam. Iyot dan Arli telah mengajak Jeffrey pulang ke Sabah untuk jumpa bapanya iaitu Stephens. Jeffrey sudah lama tidak berjumpa bapanya kerana orang tuanya telah bercerai. Jeffrey tinggal di Kuala Lumpur bersama ibunya Stella dan bapa tirinya Dr. Longis.

Stella tidak membenarkan Jeffrey balik ke Sabah kerana takut Jeffrey terikut perangai dan sikap Stephens yang buruk. Jeffrey merajuk tetapi setelah Dr. Longis berjaya memujuk Stella, Stella akur dan membenarkan Jeffrey bertemu bapanya.

Apabila Jeffrey sampai di Sabah, Jeffrey kagum dengan bapanya kerana Stephens memiliki sebuah banglo yang besar di atas bukit. Stephens telah berkahwin dengan penyanyi kelab malam berbangsa Filipino bernama Carol. Stephens mempunyai 4 orang gaji di banglo iaitu Duraman, Olon, Bibiana dan Makcik Helena.

Makcik Helena terpaksa balik ke Indonesia kerana suaminya sakit kuat dan menyuruh anak perempuannya iaitu Sephia menggantikan tempatnya sementara waktu. Stephens tertawan dengan keayuan Sephia dan jatuh cinta pandang pertama. Walaupun Stephens sudah beristeri muda tetapi masih ada niat untuk berkahwin lagi dengan Sephia.

Apabila Jeffrey melihat Sephia buat pertama kali, Jeffrey rasa benci dan menyimpan dendam terhadap Sephia. Jeffrey tidak pernah lupa punca penceraian antara kedua ibubapanya kerana Jelita, orang Indonesia seperti Sephia. Jeffrey selalu mendera, membuli dan memarahi Sephia. Duraman, Olon dan Bibiana kasihan dengan Sephia.

Akhirnya, Jeffrey sedar dan tidak dapat membohongi diri sendiri bahawa dia telah jatuh cinta dengan Sephia. Pada waktu yang sama Stephens telah bercerai dengan Carol dan mahu mengambil Sephia sebagai pengganti. Stephens mahu menjodohkan Jeffrey dengan anak perempuan Datuk Jinu iaitu Sally.

Saksikanlah kesudahan percintaan Jeffrey dan Sephia sepanjang 13 episod siarannya hanya di TV2. Satu-satunya drama bersiri pertama dalam bahasa Kadazan, Dusun, Murut dan Bajau

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA