SEKERING JIWA ENTE (TV9)


SEKERING JIWA ENTE
PELAKON: Bell Ngasri, Syed Ali, Along Eyzendy, Ramona Zamzam dan Ainina Ahmad B
SUMBER: Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. (http://www.spostenterprise.blogspot.com/)
HARI: hari raya ke-3 pukul
MASA: 6.30ptg

SINOPSIS SEKERING JIWA ENTE (TV9)
mengisahkan Hamzah (Bell Ngasri) yang bekerja sebagai despatch cuba berlagak alim sebagai ustaz propa bila tiba bulan puasa semata-mata untuk mengorat jirannya, Ain (Ramona). Propanya berlebih-lebih sehinggakan berperwatakan seperti pak arab dengan menggunakan ganti nama 'ente' dan 'ana' dalam percakapan agar kelihatan lebih alim dan baik. Housemate dia Abe (Syed Ali) dan Ajis (Along Eyzendy) yang setiap hari terpaksa mendengar dan melihat kepropaannya semakin tidak tahan dengannya malah ada yang di'kena'kan oleh Hamzah yang suka melihat housemate-housematenya susah.

Namun, setiap perbuatan jahat pasti akan dibalas oleh Allah dan begitu juga lah dengan Hamzah yang dibalas dengan pelbagai dugaan untuk balik berhari raya di kampung. Apakah balasan yang diterima oleh Hamzah? Dapatkah Hamzah beraya di kampung bersama keluarga? saksikan telatah Hamzah dalam telemovie komedi raya SEKERING JIWA ENTE di TV9 pada hari raya ke-3 pukul 6.30ptg...

PELANCONG

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails