perekacerita
Premium Beauty Fariza
mydownload2u
PINJAMAN PERIBADI MBSB
teddyBearMini
promosi perodua myvi

KENDURI SAKAN (TV1)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita

KENDURI SAKAN
TARIKH: 30 Oktober 2011,
SLOT:Panggung Ahad,
MASA: 10.00 pagi di TV1.
PELAKON: Atie AF, Tengku Frida, Rosnah Mat Aris, Fathil Dani, Zainur Razia, XY Zakari, Roslan Shah, Kismah Johar dan Rahim Omar



SINOPSIS KENDURI SAKAN
kisahnya bermula dengan watak Hashim dan Marina mempunyai anak perempuan tunggal bernama Shara. Shara kini telah meningkat dewasa dan menjadi idaman lelaki kampung mereka. Hashim seorang lelaki yang agak sederhana orangnya manakala Marina pula seorang wanita yang tegas dan selalu meninggi diri. Dia sentiasa bangga dengan kekayaan yang dimiliki dan suka menunjuk-nunjuk. Perangainya itu adakala mengundang rasa kurang senang kepada penduduk kampung.

Shara pula mengikut perangai ayahnya yang sederhana dan sering tidak bersetuju dengan sikap ibunya. Bagaimanapun kerana ibunya jenis perempuan yang garang menyebabkan Shara hanya mengikut telunjuk ibunya. Hashim yang malu dengan perangai isterinya itu cuba menasihati namun Marina tetap dengan kedegilannya.

Shara kemudiannya merancang bertunang dengan Zahid dan hasrat itu disuarakan kepada ibunya, Marina. Dengan perwatakan Zahid yang pandai mengambil hati orang tua, rancangan mereka berkahwin direstui keluarga masing-masing.

Bermula episod menunjuk-nunjuk dalam diri Marina apabila dia mengaturkan majlis pertunangan anaknya secara besar-besaran seolah-olah majlis perkahwinan. Meskipun kurang bersetuju dengan tindakan Marina, Hashim sebagai suami hanya mampu menasihati Marina supaya tidak membazir dalam berbelanja. Begitu juga keluarga Zahid yang kurang bersetuju dengan tindakan bakal besan mereka itu tetapi terpaksa mendiamkan diri.

Apabila menjelangnya majlis perkahwinan Shara dan Zahid, Marina sudah mengaturkan untuk mengadakannya secara besar-besaran. Malah Marina sudah menempah seorang perancang perkahwinan bernama Sharul yang hakikatnya seorang ‘kaki kapur’. Dia sanggup berhabis beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan khidmat Sharul dan pembantunya, Osman dalam menjayakan majlis perkahwinan Shara tanpa menyedari niat jahat Sharul.

Seluruh kampung dicanang oleh Marina untuk menempah hidangan tetamu yang lazat-lazat dan mahal. Malah dia juga merancang untuk menempah kereta kuda yang bakal digunakan bagi mengarak pengantin semasa hari persandingan. Orang kampung hanya tersenyum sinis dengan sikap Marina yang menunjuk-nunjuk.

Namun malang bagi Marina apabila mendapati wang yang bakal digunakan untuk majlis perkahwinan Shara telah didapati hilang daripada simpanan. Lalu bagaimanakah Marina menguruskan majlis tersebut? Adakah masih ada perasaan simpati di hati orang-orang kampung untuk bergotong-royong meneruskan majlis yang telah dirancang?

KLIK WAJIB TAHU - TUTORIAL CARA DOWNLOAD MOVIE DAN CANTUMKAN PART MOVIE !"

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA