perekacerita
promosi perodua murah

CINTA TABIR SENJA (TV2)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita

Cinta Tabir Senja
mulai: 3 November 2011,
Hari: setiap Khamis,
Masa: 9.00 malam
slot: Selekta Prima On 2
Episod: 13 episod
Pelakon: Aida Khalida sebagai Suria, Elly Mazlein (Zalika), Ngasriah Ngasri (Zalia), Afzan Abdul Rahman (Zarul), Syed Aiman (Asri) dan Zaefrul Nadzarine (Rosdi).



SINOPSIS CINTA TABIR SENJA (TV2)

kisah berlaku dalam kehidupan Suria, ibu tiga anak yang akan bersara daripada kariernya sebagai penterjemah. Sisa hidup yang tinggal diharungi Suria keseorangan berikutan anak-anak membiarkannya dan dia tidak dipedulikan.

Sedih dan kecewa dengan keadaan dirinya, Suria berhijrah ke kampung. Ia bagi mendapatkan pengalaman baru selepas terbiasa dengan kehidupan kota. Di kampung, Suria berhadapan pelbagai dugaan dan fitnah apabila dirinya dianggap pengacau.

Ini kerana, di sebalik usianya dia masih cantik, berdisiplin dan sangat dihormati lelaki di kampung itu terutama golongan lelaki pencen. Namun, berkawan baik dengan Mariam menyebabkan Suria semakin gembira dan berasa masanya. Apatah lagi, Suria dibawa berkunjung ke rumah insan istimewa. Tanpa diduga, Suria bertemu dengan ahli fisioterapi, Rosdi yang berusia 40 tahun. Sudah berkahwin tetapi bercerai, Rosdi cukup selesa menjalin hubungan rapat dengan Suria.

Bahkan, Rosdi sangat menyanjung tinggi keperibadian Suria yang sanggup hidup sebagai ibu tunggal lebih 20 tahun dan membesarkan anak-anaknya sendirian selepas bercerai. Malah, Suria juga masih berkawan baik dengan bekas suaminya, Zaman.


Apapun, kehadiran Rosdi disenangi Zalia, anak Suria yang rapat dengannya. Begitu juga dengan anak lelakinya, Zarul yang bersikap terbuka. Cuma, Zalika saja yang kurang senang dengan hubungan ibunya dengan Rosdi. Justeru, apakah kesudahannya?

Mampukah Suria dan Rosdi mengharungi kesusahan bersama? Bagaimana pula, persepsi Zalika terhadap hubungan itu. Malah, siapakah Jasmin yang tiba-tiba muncul di tengah-tengah kebahagiaan Suria dan Rosdi? Jawapannya ada dalam drama Cinta Tabir Senja.

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA