perekacerita
promosi perodua murah

DRAMA AHMAD ALBOB YANG PUNYA (TV3)
Manggantikan drama: “Mata Ayer”
Slot: Lagenda,
Mula Tayangan: 16 Mei 2011
Masa Tayangan: 4.00 petang
Hari Tayangan: setiap hari Isnin hingga Khamis.
Pelakon: Danny X Factor, Allana Amir, Norshuhaida (Dottie), Hanez Suraya, Sheera Iskandar, Ezzendy, Ropie Cecupak, Liza Abdullah dan ramai lagi.
Sumber: budiey.com




DOWNLOAD AHMAD ALBOB YANG PUNYA (TV3)
kredit: zealotdownload

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 01
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 02
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 03
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 04
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 05
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 06
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 07
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 08
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 09
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 10
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 11
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 12
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 13
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 14
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 15
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 16
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 17
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 18
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 19
FileSonic - Oron - FileServe

Download Ahmad Albob Yang Punya - Episod 20 [Akhir]
FileSonic - Oron - FileServe



SINOPSIS AHMAD ALBOB YANG PUNYA (TV3)

Ahmad Albob (Danny X Factor), anak kepada jutawan Tuan Syawal (Ropie Cecupak) dan Puan Mastura (Liza Abdullah) rajin menolong ayahnya menguruskan penternakan lembu dan kambing serta ladang pisang montel. Walaupun Ahmad Albob bakal mewarisi harta Tuan Syawal, dia tetap merendah diri dan tidak pandai bergaya. Malah, sikapnya yang lurus bendul dan selekeh menjadikannya seorang yang tidak popular di kolej. Ahmad Albob hanya mempunyai Hussin (Ezzendy), pekerja di ladang ayahnya sebagai kawan.

Tuan Syawal bercadang mencari calon isteri untuk Ahmad Albob. Mastura mencadangkan kepada suaminya supaya memilih salah seorang anak saudara mereka iaitu Siti Zulhijjah atau Siti Zulkaedah. Safar (Roy Azman) dan Muharram (Asrul Raja Lawak) mula berangan-angan untuk hidup senang-lenang sekiranya anak mereka dipilih untuk menjadi isteri Ahmad Albob.

Siti Zulhijjah (Hanez Suraya) dan Siti Zulkaedah (Sheera Iskandar) pula tidak menyukai Ahmad Albob yang tidak pandai bergaya. Mereka hanya berminat dengan kekayaannya. Siti Zulhijjah dan Siti Zulkaedah selalu membuli Ayu Raihana (Allana Amir) dan mahu mempergunakannya untuk mencari kesempatan ke atas Ahmad Albob. Tanpa dijangka Ahmad Albob tertarik dengan Ayu Raihana walaupun dia seorang gadis biasa yang tidak pandai bergaya. Ayu Raihana juga menyenangi sikap Ahmad Albob yang tidak memandang rendah kepadanya tanpa mengetahui latar belakang keluarga Ahmad yang kaya raya.

Puteri Jun Jun Atun (Dottie) yang merindui Ahmad Albob telah turun ke bumi untuk mencarinya namun dia terpaksa akur dengan syarat ayahnya bahawa manusia dengan jin tidak boleh bersatu. Maka, Puteri Jun Jun Atun mahu memastikan Ahmad Albob mendapat calon isteri yang benar-benar ikhlas mencintainya dan bukan hanya mahukan harta bendanya.

Dengan bantuan Puteri Jun Jun Atun, Ahmad Albob telah bertukar menjadi seorang usahawan yang tampan dan berkarisma. Siti Zulhijjah dan Siti Zulkaedah mula menyesal kerana pernah menolak lamaran Ahmad Albob. Kini, mereka berlumba-lumba untuk memenangi hati Ahmad Albob dan menganggap Ayu Raihani sebagai penghalang. Ahmad Albob pula mengenakan syarat kepada sepupunya bahawa mereka perlu bermadu sekiranya bersetuju untuk mengahwininya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Siapakah pilihan hati Ahmad Albob? Jangan ketinggalan untuk mengikuti siri drama “Ahmad Albob Yang Punya” yang mencuit hati di slot Lagenda, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00petang mulai 16 Mei 2011

BIAR RINDU BERLALU (TV2)
EPISODE: 26 episod
HARI: setiap Rabu,
MASA: 9.00 malam.
PELAKON: Nanu Baharudin, Mahmud Ali Basha, Wan Elyas Wan Abdullah, Jasmin Hamid, Erin Malek, Maimon Talib dan Linda Hashim
SUMBER: BUDIEY.COM



SINOPSIS BIAR RINDU BERLALU (TV2)
Plot kisahnya bermula dengan watak Samirah mengambil alih perniagaan selepas kematian suaminya Taufik, dalam kemalangan udara sejak lima belas tahun yang lalu. Samirah berjaya mengembangkan perniagaan sehingga menjadi salah sebuah syarikat pembinaan yang disegani. Samirah terpaksa berdepan dengan ujian apabila pekerja lama di syarikatnya, Helmi mengkhianatinya. Helmi kecewa dan marah kerana Samirah tidak membalas cintanya. Kemarahan Helmi memuncak apabila Samirah bercinta dengan Khalil, kawan lama arwah Taufik suaminya. Samirah dengan Khalil merancang untuk berkahwin.

Rancangan itu ditentang anak Samirah, Nasrul yang menganggap Khalil hanya mahu merampas harta keluarganya. Samirah pula dalam meniti usia senja masih perlukan cinta dan kasih sayang seorang lelaki yang dapat memberi perlindungan untuknya. Helmi turut mengapi-apikan penentangan Nasrul.

Melalui Fatiha, Nasrul memberi amaran kepada Khalil supaya tidak menghampiri ibunya. Fatiha, yang pada mulanya menerima Samirah, tiba-tiba sahaja membenci dan tidak menyetujui perkahwinan bapanya dengan Samirah. Fatiha dengan Nasrul selalu berjumpa dan bergaduh kerana percintaan kedua ibubapa mereka. Hinaan Nasrul terhadap Khalil, membuatkan Fatiha membenci dan memusuhi Nasrul dan Samirah sekali. Sebolehnya, Nasrul mahu perkahwinan itu dihalang.

Bagaimanapun Fatiha mahu menyakitkan hati Nasrul dengan memujuk Samirah dan Khalil berkahwin. Perkahwinan kedua-duanya merupakan kekalahan bagi Nasrul

Bekas mentua Khalil, Tok Wan pula membawa dua anak Khalil Iwan dengan Dina ke kampung, sebagai protes terhadap rancangan Khalil. Khalil berusaha mengambil semula anak-anaknya tetapi Tok Wan sentiasa melarikan anak-anak Khalil ke tempat-tempat lain.

Samirah berasa kecewa dengan apa yang berlaku dan pernah mencadangkan supaya perkahwinan dibatalkan. Khalil bertegas dengan keputusan mereka. Samirah dengan Nasrul selalu berselisih pendapat. Nasrul akhirnya meninggalkan rumah ibunya Samirah.

Nasrul tidak suka Samirah memberi kontrak membekal kepada Khalil. Khalil menolak tawaran Samirah walaupun mereka sudah lama bekerjasama. Nasrul juga tidak mahu Khalil terlibat dalam perniagaan mereka.

Samirah sedih kerana keluarganya seakan berpecah dan anak Khalil dengan anaknya pula bermusuhan. Khalil dengan Samirah nekad untuk menyatukan keluarga dan anak-anak mereka. Dalam masa yang sama Samirah berdepan masalah perniagaan gara-gara perbuatan Helmi. Pendapatan syarikat mulai merosot kerana banyak projek tertangguh kerana masalah kerja dan pembinaan. Dana yang dipohon Samirah, tiba-tiba sahaja dibatalkan kerana Helmi bertindak menulis surat membatalkan penerimaan dana berkenaan tanpa pengetahuan Samirah. Samirah menyiasat dan membuat laporan polis sehingga Helmi diberkas.



FAIRY TALE UNDER STARLIGHT
slot Golden Pheonix
episode: 22 episod
mulai: 20 Jun,
HARI: setiap Isnin hingga Khamis,
MASA: 6.00 Petang
Pelakon: Baron Chen, Megan Lai, Lego Li, Tanaka Chie, Luo Bei An, Jatfei Wong, Wang Cai Hua dan Bai Yun
SUMBER: budiey.com



SINOPSIS FAIRY TALE UNDER STARLIGHT

mengisahkan babak menarik di mana demi menyelamatkan perniagaan karaoke keluarga “Tian Mi Mi” yang telah mengalami masalah kewangan, seorang jurusolek pengantin, Yu You Tong terpaksa menanggung hutang-hutang kad kredit.

Dalam diam dia juga telah jatuh cinta kepada seorang bintang pujaan, Fang Zi Hao. Dalam usaha untuk mendapatkan Zi Hao, You Tong telah melakukan perkara-perkara yang lucu sehingga mengakibatkan Sun Fan, seorang pelagak ngeri filem yang bermimpi menjadi seorang bintang filem pada satu hari bernasib malang.

Sun Fan menyangka Zi Hao berniat untuk merebut teman wanitanya, seorang model yang bernama Xing Ye Zhen, yang ingin menceburi bidang hiburan. Disebabkan itu, Sun Fan memukul Fang Zi Hao.

Yu You Tong ingin menggunakan kuasa netizens (internet) untuk menghukum Sun Fan yang berani menggunakan keganasan terhadap idolanya. Bagaimanapun, keputusan di luar jangkaan: Netizens dan para media berasa kagum terhadap seni mempertahan diri yang dimiliki Sun Fan. Ini telah mengharumkan nama Sun Fan dan mengancam status Zi Hao.

Pada ketika ini, Fang Zi Hao cuba untuk mendapatkan Xing Ye Zhen. Ye Zhen pula ingin menggunakan skandal ini sebagai jalan pintasnya ke dalam bidang lakonan. Sun Fan seperti seekor udang yang bertempur dengan seekor ikan paus, bertungkus lumus mencuba untuk melindungi cintanya. You Tong pula berhasrat untuk mempertahankan idolanya, Fang Zi Hao, sehingga ke akhir hayat.



drama Cinta Seteguh Kinabalu
mulai 21 Jun,
HARI: setiap Isnin dan Selasa,
MASA: 12.30 tengah hari.
EPOSODE: 13 episod
pelakon Wilton Hamdih Gudol, Ilbertus M.John, Alfred Ujin, Soley Maubil, Lydia Anthony Lijua, April Nelly Lisius dan Ridah Malanjang.
SUMBER: Budiey.com


SINOPSIS CINTA SETEGUH KINABALU (TV2)

Babak pertamanya bermula dengan memperkenalkan watak tiga sahabat baik iaitu Jeffrey, Iyot dan Arli yang telah menghabiskan pengajian semester akhir di UiTM, Shah Alam. Iyot dan Arli telah mengajak Jeffrey pulang ke Sabah untuk jumpa bapanya iaitu Stephens. Jeffrey sudah lama tidak berjumpa bapanya kerana orang tuanya telah bercerai. Jeffrey tinggal di Kuala Lumpur bersama ibunya Stella dan bapa tirinya Dr. Longis.

Stella tidak membenarkan Jeffrey balik ke Sabah kerana takut Jeffrey terikut perangai dan sikap Stephens yang buruk. Jeffrey merajuk tetapi setelah Dr. Longis berjaya memujuk Stella, Stella akur dan membenarkan Jeffrey bertemu bapanya.

Apabila Jeffrey sampai di Sabah, Jeffrey kagum dengan bapanya kerana Stephens memiliki sebuah banglo yang besar di atas bukit. Stephens telah berkahwin dengan penyanyi kelab malam berbangsa Filipino bernama Carol. Stephens mempunyai 4 orang gaji di banglo iaitu Duraman, Olon, Bibiana dan Makcik Helena.

Makcik Helena terpaksa balik ke Indonesia kerana suaminya sakit kuat dan menyuruh anak perempuannya iaitu Sephia menggantikan tempatnya sementara waktu. Stephens tertawan dengan keayuan Sephia dan jatuh cinta pandang pertama. Walaupun Stephens sudah beristeri muda tetapi masih ada niat untuk berkahwin lagi dengan Sephia.

Apabila Jeffrey melihat Sephia buat pertama kali, Jeffrey rasa benci dan menyimpan dendam terhadap Sephia. Jeffrey tidak pernah lupa punca penceraian antara kedua ibubapanya kerana Jelita, orang Indonesia seperti Sephia. Jeffrey selalu mendera, membuli dan memarahi Sephia. Duraman, Olon dan Bibiana kasihan dengan Sephia.

Akhirnya, Jeffrey sedar dan tidak dapat membohongi diri sendiri bahawa dia telah jatuh cinta dengan Sephia. Pada waktu yang sama Stephens telah bercerai dengan Carol dan mahu mengambil Sephia sebagai pengganti. Stephens mahu menjodohkan Jeffrey dengan anak perempuan Datuk Jinu iaitu Sally.

Saksikanlah kesudahan percintaan Jeffrey dan Sephia sepanjang 13 episod siarannya hanya di TV2. Satu-satunya drama bersiri pertama dalam bahasa Kadazan, Dusun, Murut dan Bajau

program Malar Segar
mulai: 20 Jun 2011,
Hari: setiap Isnin,
Masa: 10.00 malam di TV1
Episode: 13 episode
Sumber : budiey.com



SINOPSIS MALAR SEGAR (TV1)
mampu mengubat kerinduan peminat terhadap artis-artis popular lama yang sebahagian besarnya sudah lama menyepi daripada muncul membuat persembahan selain pendekatan mengundang artis baru bagi menarik penonton terutama golongan remaja meminati lagu-lagu malar segar.

Dirakamkan di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur, program Malar Segar diterbitkan sepanjang 13 episod siarannya ini pastinya mengundang suasana ceria kerana rancangan mingguan bersiri terbitan Unit Hiburan TV ini diacarakan oleh pengacara sensasi, Ifa Raziah.

Sepanjang sejam siarannya, program ini menampilkan kemunculan artis-artis undangan popular lama dan baru selain turut dimeriahkan dengan kehadiran penonton yang hadir di Auditorium memberi sokongan kepada artis kesayangan mereka.

Rancangan ini diselangi nyanyian lagu-lagu malar segar popular mengikut zaman dengan iringan pemuzik secara langsung dan bual bicara. Menariknya program ini tampil dengan tema berlainan setiap minggu dalam menyuntik kelainan dan mencetuskan suasana ‘segar’ kepada penonton.

Menerusi edisi pengenalannya, program ini bertemakan Pop Yeh Yeh yang menggabungkan artis popular A.Halim, Roziah Latif, Mila AF dan Umar (TLTB). Peminat penyanyi kecil molek, Mila pastinya teruja apabila mendengarkan 3 buah lagu 60-an dinyanyikannya iaitu Oh teruna, Jelingan Manja dan Muda Remaja.

Kemudiannya menyusul episod yang mengangkat tema Rock Klasik di mana mengundang Ali Terra Rossa, Elly AXL’S, Amir Ukays, Lan Kristal dan Zarina (Bintang Klasik Nasional) membuat persembahan masing-masing.

Episod seterusnya pula bertemakan Filem dan Lagu yang menampilkan penyanyi Nassier Wahab, Salamiah Hassan, Seniwati Mariani, Ernie (Bintang RTM) dan Awis (TLTB). Tidak ketinggalan episod kemudiannya yang membariskan nama-nama terkenal Rose Iskandar, Latif Ibrahim, Uji Rashid, Rozita Rohaizad dan Halil Chik menyanyikan lagu-lagu pilihan dengan tema Pujaan 70an.

Menerusi persembahan bertemakan Gelek Dangdut pula RTM memilih mengetengahkan persembahan Salleh Yaacob, Zaleha Hamid, Haiza dan Izwan Pilus yang pastinya mengundang keseronokan berterusan menyaksikan program ini setiap minggu.

Kepada peminat artis lama dan baru yang ingin menyaksikan artis kesayangan mereka beraksi, pastikan anda meluangkan masa menyaksikan program Malar Segar yang disiarkan mulai 20 Jun 2011, setiap Isnin, jam 10.00 malam di TV1.

THE RING MISSION (8TV)
Tarikh siaran: 5 Jun – 28 Ogos 2011
Hari: Ahad
Masa: 7.00 – 8.00 malam
Episod: 13 x 60 minit
Bahasa: Mandarin
Genre: Realiti
Sumber: budiey.com




SINOPSIS THE RING MISSION (8TV)

Buat pertama kalinya dalam sejarah penerbitan Malaysia, rancangan realiti mencari perancang perkahwinan terbaik diterbitkan bagi memberi pengiktirafan dan platform kepada mereka yang bekerja keras merealisasikan impian ramai pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan masing-masing.

Sertai hos Gary Yap dan Belinda Chee bersama-sama dengan dua puluh (20) perancang perkahwinan dalam misi untuk merealisasikan impian perkahwinan pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Adakah impian perkahwinan mereka akan terlaksana atau bertukar menjadi mimpi ngeri? Saksikan THE RING MISSION untuk mengetahui kesudahan program ini.

Semua orang mempunyai impian perkahwinan masing-masing. Ada yang mengimpikan perkahwinan yang besar dan mewah, ada juga yang mengimpikan perkahwinan secara kecil-kecilan yang ditemani sahabat handai dan keluarga terdekat tidak kurang juga yang mempunyai impian perkahwinan di tepi pantai.

Walaupun setiap manusia mempunyai pelbagai versi tentang sebuah majlis perkahwinan, namun satu persamaan yang nyata ialah masing-masing pastinya mengimpikan satu perkahwinan yang sempurna!

Untuk sebuah perkahwinan yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah. Perancangan yang teliti sangat penting untuk merealisasikan impian pengantin yang mahukan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna tanpa sebarang cacat-cela. Maka perancang perkahwinan merupakan individu penting dalam sesebuah majlis perkahwinan.

Merancang sebuah majlis perkahwinan yang sempurna bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah. Dari kek perkahwinan, perhiasan, gaun pengantin, khidmat pengangkutan, kad jemputan, hidangan untuk para tetamu, dewan, muzik – semuanya perlu diuruskan oleh perancang perkahwinan. Atas dasar itu, 8TV akan membawakan sebuah rancangan realiti untuk mencari perancang perkahwinan terbaik dalam THE RING MISSION.



Ada Apa Dengan Durian?
TARIKH: 25 Jun (Sabtu),
Masa: 9.00 malam di TV1.
Pelakon: Azhar Sulaiman, Memey Suhaiza, Aznah Hamid, Azza AF, Wan Raja dan Fizo Omar
Sumber: budiey.com


SINOPSIS ADA APA DENGAN DURIAN (TV1)
drama mengisi slot mengisi slot Panggung Seri ini mengetengahkan watak utama Farid dan Deanna sedang menunggu hari untuk menyambut kelahiran cahayamata pertama mereka. Farid yang begitu teruja untuk menjadi bapa dan segala permintaan dan keinginan Deanna akan ditunaikan.

Seminggu lagi Deanna dijangka a kan melahirkan mereka, Deanna memberitahu Farid yang dia teringin untuk makan durian sebelum dia melahirkan anak. Farid termanggu seketika. Musim durian masih belum tiba. Agak sukar untuk dia mencari durian pada ketika ini. Namun begitu, Farid berjanji yang dia akan cuba mencari durian seperti yang diinginkan.

Pagi Ahad itu, Farid bersiap untuk pergi mencari durian yang diidamkan oleh isterinya. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pintu rumahnya, Farid tergelincir lalu jatuh akibat lantai yang licin. Deanna yang melihat kejadian itu merasa tidak sedap hati. Dia menghalang Farid dari pergi. Namun begitu Farid tetap berkeras. Permintaan isteri kesayangannya itu mesti ditunaikan. Dengan senyuman di dalam kesakitan, Farid meneruskan ‘Misi Duriannya’.

Farid memandu laju menuju ke dearah Pontian. Menurut teman sepejabatnya, mungkin Farid akan menemui durian di dearah itu kerana ada penduduk di situ yang membuat durian belerang iaitu durian yang disimpan selepas musim durian. Tidak berapa lama kemudian, Farid menerima panggilan telefon dari pejabatnya. Pada waktu itu juga dia perperasaan yang telefon bimbit isterinya tertinggal di dalam keretanya. Farid kelihatan agak tertekan kerana panggilan dari pejabatnya itu memerlukan dia berada di pejabat kerana ada urusan kecemasan yang penting berkenaan hal kerjanya.

Tiba-tiba berlaku kejadian yang mengheret Farid dalam situasi yang di luar jangkaan. Farid terjerat dengan insiden di mana dirinya kemudian di tuduh mencuri hingga di kejar orang kampung. Namun dia bernasib baik apabila Farah, gadis yang telah di rompak mengakui Farid bukanlah perompak dia yang sebenar.

Setelah itu Farid bertemu dengan pemuda baik hati bernama Kamal yang sanggup untuk membantunya mendapatkan durian seperti yang diinginkan. Farid gembira bertemu dengan Kamal yang dianggapnya sebagai penyelamat. Apatahlagi bila keretanya telah di curi dan dirinya tinggal sehelai sepinggang.

Namun rahsianya terbongkar apabila Farid mendapati Kamal adalah dalang penyeludup kereta curi setelah mendapati kereta miliknya yang hilang dalam simpanan lelaki itu. Farah yang baru mengetahui Kamal yang juga tunangannya seorang penjenayah bertindak mahu melarikan diri dan menjerat Kamal untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

Di penghujung babak drama ini dapatkah Farid mendapatkan durian seperti di inginkan isterinya? Lalu bagaimana pula dengan nasib Kamal? Pastikan anda menyaksikan kesudahannya dalam Ada Apa Dengan Durian? pada 25 Jun (Sabtu), jam 9.00 malam di TV1.



BILLU BARBER (TV3)
PANGGUNG SABTU
Hari Tayangan: Sabtu,
Masa Tayangan: 2petang
Tarikh Tayangan: 25 Jun 2011
Pelakon: Irrfan Khan, Shah Rukh Khan, Lara Dutta, Om Puri, Rajpal Yadav, Asrani, Kareena Kapoor, Deepika Padukone.
Sumber: budiey.com



SINOPSIS BILLU BARBER (TV3)

BILLU BARBER menceritakan tentang seorang tukar cukur miskin bernama Billu yang mempunyai isteri iaitu Bindiya dan dua orang anak, Gunja dan Ronak. Kerana hidup serba kekurangan, Billu tidak mampu membayar yuran persekolahan kedua-dua orang anaknya. Namun, segalanya seakan berubah apabila bintang Bollywood iaitu Sahir Khan membuat penampilan di dalam sebuah filem yang dirakam di kampung Billu sekeluarga tinggal. Billu mengaku mengenali Sahir secara peribadi dan selepas itu, perniagaannya meningkat maju kerana populariti Billu di seluruh Kampung. Sehingga suatu hari, Sahukaar Daamchand, ahli perniagaan terkenal datang bertemu Billu dan menyatakan hasratnya untuk berjumpa sendiri dengan Sahir. Dapatkah Billu menghubungi Sahir? Apakah selama ini Billu hanya menipu?





Devdas
TARIKH: 25 Jun 2011
MASA: 12.30 tengah hari
SLOT: Bollygood Time On 2
SUMBER: budiey.com



SINOPSIS DEVDAS

Devdas (Shahrukh Khan) dilahirkan dalam kemewahan lantaran ayahnya, Zamindar Narayan Mukherjee (Vijay Crishna) adalah ahli perniagaan yang kaya raya. Devdas membesar di sebuah desa dan menghabiskan masa kanak-kanaknya bersama Parvati (Aishwarya Rai) yang akrab dipanggil Paro.

Tanpa memikirkan latar belakang keluarga mereka yang berbeza, mereka membesar bersama. Namun mereka kemudiannya terpisah apabila Devdas dihantar melanjutkan pengajian di luar negara.

Setelah dewasa mereka bertemu kembali. Devdas mahu melamar Paro namun dibantah keras kedua ibu bapanya yang mementingkan status mereka orang berada. Ibu Paro yang rasa terhina memutuskan untuk mengahwinkan Paro dengan anak hartawan yang standing dengan kekayaan keluarga Devdas. Bagaimana kesudahan kisah cinta Devdas dan Paro ? Berbahagiakah Paro dalam perkawinannya padahal ia tetap sangat mencintai Devdas?

SINETRON KAWIN MASAL (ASTRO RIA)
Hari Tayangan: Isnin hingga Jumaat
Masa Tayangan: 6.30 petang
Tarikh Tayangan: 24 JUN 2011
EPISODE: 24 EPISOD
Menggantikan : SINETRON CINTA MELODY (1- 36 TAMAT)
Lagu tema Ost Kawin masal = "Godai Aku Lagi - Agnes Monica", "P.U.S.P.A - ST 12"
PELAKON:
Glenn Alinskie sebagai Rio
Agnes Monica sebagai Sachiko
Jonas Rivanno Wattimena sebagai Ben
Kimberly Ryder sebagai Riby
Yogi Tan sebagai Froz
Dina Lorenza sebagai Mediana
Yadi Timo sebagai Gulardi
Ivanka Suwandi sebagai Mama Ben
Alex Bintaro sebagai Papa Ben
Nunky Kusumastuti sebagai Hesti


SINOPSIS SINETRON KAWIN MASAL (ASTRO RIA)
Sinetron Kawin Massal menceritakan tentang SACHIKO (Agnes Monica) dan RIO (Glenn Alinskie) bersahabat sejak mereka masih di SMP. Selama itu pula diam-diam Rio memendam cinta pada Sachi tanpa berani mengukapkannya. Demi kebahagiaan Sachi, Rio bahkan rela mengorbankan perasaannya untuk menjadi ‘bumper’ hubungan backstreet antara Sachi dan BEN (Jonas Revanno), pacarnya Sachi untuk menghadapi papanya Sachi.

Sachi adalah gadis yang cantik, keren, pintar dan gaul. Ia sangat menyukai Ben karena Ben adalah tipe cowok ideal, gaul, ganteng, cool (dan sedikit badung), apalagi Ben jadi tampak keren karena mengendarai motor gede. Karena sama-sama menyukai tantangan dan hal-hal yang unik, Sachi dan Ben memutuskan untuk menikah dengan cara yang tidak biasa. Keduanya sepakat untuk mengikuti acara kawin masal.

Di hari penikahan mereka, Sachi resah gelisah karena Ben belum juga hadir padahal giliran mereka akan segera tiba. Ayah Sachi yang masih mengira bahwa Sachi akan menikahi Rio dari awal menyuruh Rio untuk ikut ngantri bersama Sachi. Rio nurut saja, padahal lagi-lagi Ben hanyalah sebagai ‘bumper’ sampai Ben muncul untuk menikahi Sachi.

Malangnya Sachi, sampai saat gilirannya tiba, Ben belum juga menampakkan batang hidungnya. Sachi yang dalam keadaan sedih dan terpukul itu pun akhirnya menikah dengan Rio karena terpaksa. Ia membiarkan semua ini terjadi sebagai pelampiasan kekecewaan dan kemarahannya pada Ben.

Itu adalah sebuah pernikahan yang tidak diinginkan Sachi, tapi sangat diimpikan Rio. Ternyata setelah prosesi akad nikah selesai, Ben muncul. Ben meminta maaf pada Sachi karena ia ketiduran setelah semalaman merayakan pesta masa lajangnya. Sachi sangat senang karena Ben ternyata tidak melupakan janjinya, tapi dia tidak bisa berbuat apa-apa, karena ia baru saja resmi menjadi istri Rio.

Rio yang sadar bahwa Sachi tidak mencintainya rela kalau Sachi meninggalkannya demi Ben. Ia bahkan bersedia membantu untuk segera mengurus surat perceraian mereka.

Tapi Sachi tidak ingin hal itu dilakukan buru-buru, karena mereka baru saja menikah, dan ia tidak sanggup menghadapi kemarahan orangtuanya. Selama menunggu masa cerai, Sachi tetap tinggal bersama Rio.

Selama itu pula Sachi tetap terus menjalani hubungan dengan Ben, tentu saja semua itu sepengetahuan Rio. Rio bahkan tidak pernah menyentuh Sachi demi menghormati perasaan Sachi. Semua yang Sachi lakukan tidak melunturkan cinta Rio pada Sachi.

Akankah Sachi akhirnya menyadari cinta kasih tulus Rio padanya? Atau apakah Sachi akan tetap memilih Ben cowok impiannya dan bercerai dengan Rio?



Sinopsis ringkas sambungan kisah sinetron Kawin Masal Episode 2

Ben terlambat datang di acara pernikahan massal tersebut. Akhirnya Sachi dinikahkan dengan Rio, atas permintaan bapaknya Sachi. Sachi pun kesal, karena ia tak ingin menikah dengan laki-laki yang tidak dicintainya. Ben marah besar dan menonjok Rio di taman karena cemburu saat ia tahu kalau Rio menikahi Sachi. Ben tahu hal itu ketika akan menemui Sachi di rumahnya.

Kemudian Rio menjelaskan tentang pernikahan mereka. Ben akhirnya mau mengerti. Rio berjanji pada Ben akan membujuk Sachi agar bersedia menerima Ben kembali, kemudian Rio akan menceraikan Sachi. Ternyata Sachi tidak mau bercerai dari Rio karena Ben sudah memukulnya sampai babak belur. Lagi pula Sachi kesal karena Ben terlambat datang di pernikahan mereka hanya gara-gara kesiangan karena malamnya baru saja berpesta lajang dengan teman-temannya

Sinopsis ringkas sambungan kisah sinetron Kawin Masal Episode 3

Sachi dan Rio menikmati bulan madu di Bali. Ben menyusul mereka untuk meminta maaf pada Sachi. Sachi yang masih marah karena Ben terlambat datang di pernikahan mereka, tidak menerima permintaan maaf Ben.

Ben merasa putus asa, dia menyerahkan sekuntum bunga sambil menyanyikan lagu “Bunga Terakhir” yang biasa dinyanyikan beby Romeo, sebagai tanda akhir dari semua kisah cinta mereka.

Sachi akhirnya luluh juga. Mereka pun berbaikan kembali. Giliran Rio yang sedih hingga menangis, karena bakal kehilangan Sachi.


Sinopsis ringkas sambungan kisah sinetron Kawin Masal Episode 4

Rio dan Sachi ingin menyelenggarakan resepsi pernikahan. Tetapi, mereka bertemu Ben yang membonceng Riby dengan motor gedenya. Mereka pun bertukar pasangan untuk mencari perlengkapan resepsi.

Dengan kesal Rio akhirnya mengizinkan Ben dan Sachi jalan. Gulardi juga sibuk mengurusi resepsi mereka. Sachi sendiri tak bisa membayangkan bagaimana jadinya kalau mereka bercerai dalam waktu dekat.

Eyang Rio sebenarnya tidak setuju dengan resepsi itu, karena ia ingin Rio dan Sachi bercerai. Rio berjanji akan menceraikan Sachi dalam waktu 6 bulan ke depan.

Sinopsis ringkas sambungan kisah sinetron Kawin Masal Episode 5

Sachi marah kepada Rio sampai-sampai mengancam untuk bercerai. Ini karena Sachi menerima rekaman video dari Riby, yang berisi pernyataan Rio yang merasa menyesal menikah dengan Sachi karena selalu dimanfaatkan.

Sementara Gulardi, Papa Sachi curiga melihat tingkah Sachi dan Rio yang saling cuek, padahal masih terhitung pengantin baru.

Rio akhirnya menantang Sachi kalau tetap marah dan membatalkan resepsi pernikahan, maka perahabatan mereka akan berakhir sat itu juga.


Episode 8

Sachi mendapat tugas dari perusahaan tempat dia bekerja untuk menemui klien mereka, yaitu Pak Benyamin. Ternyata Pak Benyamin tidak lain adalah Ben. Akhirnya mereka malah pergi kencan berdua dan sama sekali tidak menghiraukan tugas-tugas yang akan disampaikan ke perusahaan Ben. Pada akhirnya, Sachi terkena omelan Bapak Ben dan dewan direksi, saat presentasinya dimulai


Episode 9

Rio mendapat pekerjaan pemotretan di Anyer. Karena mendadak dan terburu-buru ia, tidak sempat berpamitan pada Sachi. Sachi akhirnya tahu Rio pergi melakukan pemotretan yang melibatkan Riby dari Ben. Riby adalah gadis yang sangat mencintai Rio. Sachi kesal pada Rio. Apakah ini pertanda kalau Sachi sudah mulai cemburu pada Rio? Bagaimana tanggapan Sachi ketika Pak Gulardi menagih cucu pada Sachi?


Episode 10

Rio bahagia karena Sachi cemburu ketika Rio dan Riby menjalani pemotretan. Rio berharap ini menjadi awal hubungannya dengan Sachi. Ben menyetujui rencana Riby yang ingin menunjukkan surat perjanjian kepada Gulardi, bahwa Rio dan Sachi akan cerai setelah 6 bulan.

Episode 11

Rio panik karena Sachi kini berada di rumahnya. Rio takut ketahuan Sachi kalau ia menyimpan foto-foto dan dekorasi kamarnya yang menggambarkan Rio adalah Sachiholic.

Riby memberitahu Ben kalau Rio sebenarnya mencintai Sachi. Ben marah karena menganggap Rio berkhianat. Tapi sewaktu Ben dating ke rumah Rio untuk membuktikan perkataan Riby, ternyata kamar Rio yang tadinya penuh dengan foto Sachi kini sudah bersih. Ben berbalik kesal pada Riby yang dinilainya sebagai pembohong.

Sachi cemburu melihat kedekatan Ben dengan Riby.

Rio akhirnya menantang Sachi kalau tetap marah dan membatalkan resepsi pernikahan, maka perahabatan mereka akan berakhir sat itu juga.


Episode 16

Rio menghalang-halangi Ben yang bersikeras untuk menemui Pak Gulardi, untuk memberitahu hal sebenarnya, tentang hamil pura-puranya Sachi. Rio akhirnya menonjok Ben. Walau dengan alasan tidak sengaja, Ben marah dan membalas tonjokan Rio. Tapi Rio sempat menghindar dan Bena malah mengenai pot bunga. Ben bertambah gusar.

Rio, Gulardi dan Sachi makan siang bersama ketika dokter memberitahu perihal tes kehamilan Sachi. Rio dan Sachi berusaha agar dokter tidak membicarakan hal itu, tetapi berhasilkah mereka?

Episode 17

Gulardi kecewa kepada Rio yang dinilainya telah membohonginya tentang kehamilan Sachi. Karena itu Gulardi bisa cepat menerima Ben. Rio yang mengintip keakraban Gulardi dengan Ben bertanya-tanya dalam hati, tetapi sialnya dia ketahuan. Gulardi mengusir Rio.

Tidak adanya Rio ternyata membuat Sachi kesepian. Sachi merindukan Rio walau kini Gulardi juga sudah merestui hubungannya dengan Ben.

Episode 18

Gulardi senang karena surat panggilan dari pengadilan akhirnya dating. Artinya sebentar lagi Sachi akan bercerai dari Rio, cowok yang menyakiti perasaan Sachi.

Ben pun senang karena keinginannya mendapatkan Sachi sebentar lagi akan terkabul. Riby tak mau ketinggalan, ia juga suka karena akan mendapatkan Rio.

Tidak demikian halnya dengan Sachi dan Rio. Walaupun di luar terkesan senang tapi dalam hati mereka hancur dan sedih. Bagaimana kelanjutannya ?

Episode 19

Sidang cerai Sachi – Rio berantakan. Masalahnya Rio datang terlambat karena mobil yang ditumpanginya mogok. Jelas saja Gulardi dan Ben marah-marah dan menuduh RioRio. sengaja datang terlambat agar perceraiannya ditunda. Sachi justru senang, karena jauh di dalam lubuk hatinya, Sachi masih berharap tetap menjadi istri

Riby yang kecewa karena tidak segera mendapatkan Rio sebenarnya sudah dari jauh hari mencarter mobil untuk mengganti mobil Rio yang sering mogok. Apa yang sebenarnya terjadi hingga mobil yang ditumpangi Rio mogok?

Episode 23

Sachi akhirnya kabur dari acara kawin masalnya dengan Ben, dan mengajak Rio. Ben sangat marah dan menumpahkannya pada Rio.

Ben menghajarnya sampai babak belur. Rio akhirnya menyatakan cintanya kepada Sachi. Sachi terkejut campur bahagia. Kisahnya bersambung...



ATTACK THE BLOCK
TayangAN mulai 23 Jun 2011.
SUMBER: Budiey.com


SYNOPSIS Attack the Block:
ATTACK THE BLOCK adalah sebuah filem aksi pertualangan dengan plot yang pantas, kelakar dan juga menggerunkan berkisar tentang sekumpulan remaja yang menentang misi makhluk-makhluk asing yang ganas untuk menakluk bumi. Ia mengubah persekitaran sebuah kawasan perumahan di London menjadi sebuah lapangan sains fiksyen. Sebuah menara jam dijadikan kubu pertahanan sementara remaja berpeleseran pula berubah menjadi wira. Ia kisah tentang sebuah bandar yang memerangi angkasa lepas.

Seorang Jururawat pelatih, Sam sedang melangkah pulang ke flat kediamannya di sebuah bangunan yang agak suram dan menyeramkan di Selatan London apabila secara tiba-tiba, dia telah dihampiri oleh sekumpulan lelaki bertopeng dan berhud yang kemudian bertindak menyamunnya.

Dia terselamat apabila perhatian kumpulan penyamun tersebut teralih ke arah satu cahaya tahi bintang terang benderang yang jatuh dari langit lalu menjunam dan menghentam sebuah kereta yang diparkir berdekatan. Sam mengambil peuang itu meloloskan diri sebelum kumpulan lelaki tersebut diserang oleh makhluk asing bersaiz kecil yang melompat keluar daripada serpihan bangkai kenderaan tersebut. Mereka mengejar makhluk asing tersebut dan membunuhnya, lalu mengheret bangkainya ke bumbung bangunan kediaman yang mereka jadikan markas.

Sementara Sam dan pihak polis menjejaki kumpulan tersebut, gelombang serangan tahi bintang kedua pula berlaku. Yakin beroleh kemenangan ke atas penceroboh-penceroboh tersebut, kumpulan tersebut terus mencapai senjata dan basikal masing-masing lalu bersiap sedia mempertahankan kawasan mereka. Namun kali ini, saiz makhluk-makhluk asing ini lebih besar.

Lebih besar daripada sebelumnya. Ganas, misteri dan bagai binatang, mereka menjejaki rakan-rakan mereka yang jatuh terhempas dan tentunya, tiada siapa yang dapat menghalang kemaraan mereka. Kawasan kejiranan ini bakal menjadi medan pertempuran yang dahsyat. Apa yang pasti, sekumpulan lelaki yang baru sahaja menyerang Sam tadi bakal menjadi satu-satunya harapan Sam dan seluruh kejiranan tersebut dalam menentang pencerobohan.



DOWNLOAD FILEM KARAK

HOTFILE = PART1, - PART2, - PART3
MEDIAFIRE = PART1, - PART2
Kredit: jiwang.org, mediafiremovie.org


KARAK
Pengarah : Yusry Abd Halim
Syarikat Penerbit : KRU Studios Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Ngeri
Tarikh Tayangan : 26 Mei 2011
Format : 35mm
perlakon: Shahir (AF), Along Eyzendy dan Kilafairy, Shera
Sumber: sinemamalaysia.com



SINOPSIS KARAK

Filem Karak ini mengisahkan sebuah cerita lagenda dan kisah seram di sepanjang lebuhraya Karak dan merupakan filem seram cubaan pertama terbitan KRU Studio yang diarah oleh Yusry Abdul Halim.

Empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.

Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.




salam.. arini aku nak share 1 sinopsis drama jepun yang pernah aku tengok.. aku nak share sinopsis drama Satorare. bagi aku drama satorare ni drama jepun yang paling kelakar yang pernah aku tengok.. aku juga pernah mencabar kawan kawan aku jika mampu tahan gelak melihat drama satorare episopde ini akan dibelanja KFC tetapi kesemuanya gagal. tapi sesiapa yang gelak tengok cerita drama ni boleh di kategorikan sebagai seorang yang jahat la coz mengetawakan kelemahan orang lain.. hehehe.... tapi serious korang confirm korang tak leh tahan gelak tengok drama ni.. drama ni pernah dikeluarkan dalam astro aec dulu. aku ambik sinopsis drama ni kat dalam forum.


DOWNLOAD DRAMA SATORARE ( 1 - 10 TAMAT)
Sumber: gblog85

+++++++++++++++++++++++++++++++

EPISODE 1

+++++++++++++++++++++++++++++++

EPISODE 2

+++++++++++++++++++++++++++++++

EPISODE 3

+++++++++++++++++++++++++++++++

EPISODE 4

+++++++++++++++++++++++++++++++

EPISODE 5

+++++++++++++++++++++++++++++++

EPISODE 6

+++++++++++++++++++++++++++++++

EPISODE 7

+++++++++++++++++++++++++++++++

EPISODE 8

+++++++++++++++++++++++++++++++

EPISODE 9

+++++++++++++++++++++++++++++++

EPISODE 10 END

+++++++++++++++++++++++++++++++
Password: gblog85.blogspot.com
Please join the files with:




SINOPSIS DRAMA SATORARE (forum)

Citer ni bermula dengan penerangan tentang manusia istimewa.... di mana di Jepun mereka memanggil orang2 ini Satorare! Satorare ni tidak boleh mempunyai rahsia kerana, segala fikiran mereka boleh didengar oleh orang di sekeliling... tp mereka tidak boleh bertindak balas atau menjawab selagi fikiran itu tidak diucapkan dari mulut satorare sendiri... disebabkan itu, tidak ramai orang suka berkawan dengan mereka kerana bimbang rahsia mereka akan diketahui oleh semua orang... Satorare adalah manusia genius dan merupakan khazanah negara, oleh itu demi menjaga satorare2 ini, terdapat pertubuhan khas ditubuhkan untuk memantau & membantu mereka... setiap satorare ini mempunyai pelindung yang berada di sisi mereka setiap masa yang diketahui oleh setiap orang tapi tidak satorare itu sendiri... identiti satorare tidak boleh didedahkan kerana bimbang mereka tidak dapat menerima hakikat dan cenderung melakukan perbuatan bodoh.

Baiklah, cerita ini mengenai seorang satorare bernama satomi... dia selalu gagal dalam percintaan kerana selalu ditolak oleh gadis. dia juga merasa gagal dalam kerjaya kerana tidak pernah diberi peluang melakukan pembedahan walaupun dia seorang yang bijak. dia selalu hanya disuruh melakukan tugas-tugas senang malah tidak dapat bergaul mesra dengan rakan2 sekerja serta pesakit2 di hospital tempat dia bekerja.

kehadiran seorang doktor baru mengubah segalanya. walaupun doktor itu pada mulanya tidak suka dengan satomi kerana banyak rahsianya terbongkar disebabkan oleh fikiran satomi yang boleh didengar, namun lama-kelamaan tanggapannya berubah. dia merasa kesian melihat satomi yang sering disisihkan dan semua rakan sekerja sering mencari jalan untuk menghalau satomi dari hospital itu. dia juga kasihan melihat ibu satomi yang terpaksa bekerja keras serta membuat kerja kebajikan demi menebus kesalahan satomi... semua berpendapat yang dia amat sesuai bergaul dengan satorare kerana dia pandai bertindak balas terhadap segala fikiran satomi....

bagaimana hubungan mereka? adakah satomi tau identiti sebenarnya? dapatkah dia menerimanya? adakah dia akan hidup bahagia atau sebaliknya? tgklah cd ni baru tahu...







Share/Bookmark

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA