perekacerita


KALI KEDUA (TV9)
Mula Tayangan: 8 September 2011
Episode: 13 episod
Hari Tayangan: Khamis,
Masa Tayangan: 8.30 malam
Pelakon: Anne Ngasri, Ridzuan Hashim, Dian P.Ramlee , Hana Harun, Faralyna dan Nas-T
MENGGANTIKAN DRAMA : IMPIAN RAYA EMELYN (1 - 6 tamat)

DOWNLOAD DRAMA KALI KEDUA (TV9)
Kali Kedua Episod 1 = DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 2 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 3 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 4 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 5 = DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 6 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 7 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 8 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 9 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 10 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 11 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 12 = DOWNLOAD

Kali Kedua Episod 13 =
DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


SINOPSIS DRAMA KALI KEDUA (TV9)
Tiada apa yang dapat memisahkan hubungan cinta Faralyna dan Nas-T. Namun, godaan daripada wanita sepejabat Nas-T telah membuatkan dia mengkhianati cinta Faralyna. Keadaan ini membuatkan Faralyna berada dalam keadaan trauma kerana amat menyayangi Nas-T, namun akhirnya dia redha.

Faralyna yang memegang watak sebagai Qaseh merupakan kekasih kepada Reza, lakonan Nas-T. Perpisahan mereka adalah disebabkan oleh orang ketiga. Qaseh amat kecewa namun lama-kelamaan kehadiran Zarin iaitu abang kepada sahabat baiknya Rina sedikit sebanyak mengubati kekecewaan Qaseh. Zarin banyak memberi peransang kepada Qaseh dan sentiasa membantu Qaseh mendekatkan diri kepada Allah.

Akhirnya Qaseh dan Zarin menjadi pasangan kekasih. Namun, suatu hari Zarin amat terkejut apabila melihat kemunculan Reza dalam keadaan yang tidak terurus. Reza baru sedar yang dia telah memilih pasangan yang salah kerana Amira yang menjadi orang ketiga itu merupakan seorang yang suka berfoya-foya. Reza menagih cinta Qaseh semula namun dihalang oleh Zarin. Ini membuatkan Qaseh berada di dalam keadaan dilemma kerana kasihnya terhadap Reza masih menebal. Zarin tidak mahu menghalang Qaseh untuk menerima cinta Reza untuk kali kedua kerana tidak sanggup melihat Qaseh kecewa dan serba salah.

Demi kasih dan sayangnya pada Qaseh, Zarin sanggup mengorbankan cintanya dan melupakan Qaseh. Qaseh akhirnya membawa Reza bertemu dengan ibu dan bapanya namun kebetulan pula Reza tidak sempat bertemu dengan bapa Qaseh kerana ada urusan penting. Kemudian Reza pula membawa Qaseh bertemu dengan ibu dan bapanya. Ibu Reza amat menyukai Qaseh sehinggalah tiba-tiba bapa Reza menjerit nama Qaseh. Seisi rumah yang tadinya penuh dengan gelak tawa tiba-tiba senyap dan terpaku mendengar bapa Reza menjerit memanggil Qaseh. Bagaimana bapa Reza mengenali Qaseh dan apakah hubungan mereka berdua? Segala persoalan pasti terjawab apabila anda menonton dari awal hinggalah ke episod ke-13 drama ‘Kali Kedua’ menerusi slot Aurora ini pada setiapKhamis, jam 8.30 malam bermula 8 September ini.

BEDAH TONG GAS
TARIKH: 30 November 2011,
MASA: 8.30 malam
Lakonan: Norkhiriah Ahmad Shapie (Pelakon Wanita Terbaik Drama ASK 2010) Shanie dan Bell Ngasri

.

DOWNLOAD BEDAH TONG GAS
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar

SINOPSIS BEDAH TONG GAS

bermula dengan Bedah berusia 27 tahun. Dia menjalankan perniagaan menjual tong gas di kampungnya. Selain membuka kedai, dia turut mempromosikan tong gasnya menerusi laman blog www.bedahtonggas.blogspot.com serta facebook, menggunakan nama ‘Bedah Cun’.

Bedah sering diganggu oleh pemuda-pemuda yang menjadi rakan facebooknya. Dia akan membuang nama-nama pemuda yang sering mengganggunya menerusi facebook. Malahan Bedah pernah mogok menutup kedainya selama seminggu dan membuatkan penduduk kampung yang kehabisan gas terpaksa masak menggunakan kayu api.

Pemuda yang sering mengganggu bedah termasuklah Zamri, anak Lebai Kulop, dan Ucop. Mereka pernah menyamar menjadi pemuda kaya dan berkenalan dengan Bedah dalam facebook. Bukan itu sahaja, mereka sanggup menelefon Bedah tengah malam dan memberitahu kedainya meletup! Tanpa diketahui orang, Bedah telah jatuh cinta dengan bapa Zamri, iaitu Lebai Kulop menerusi facebook. Suatu hari Lebai Kulop memberitahu hasratnya untuk mengahwini Bedah. Ini mebuatkan Zamri berasa amat terkejut. Adakah Zamri juga menaruh harapan terhadap Bedah, dan sebab itulah dia sering mengusik Bedah?

DRIVER YB (TV1)
TARIKH: 22 November ,
HARI: setiap Isnin hingga Rabu,
MASA: 3.05 petang.
PELAKON: Abby Abadi, Aman Shah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Enot, Iqram Dinzly, Raja Farah dan Sabrina Ali,
EPISOD: 13 episod



SINOPSIS DRIVER YB (TV1)
berkongsi babak-babak kehidupan dilalui YB Datuk Shukran yang berdepan dengan konflik yang ditimbulkan isterinya, Datin Arisya yang terkenal dengan keangkuhannya. Di situ juga muncul watak pemuda bernama Ismail yang atas bantuan sahabatnya, Rogayah yang juga pegawai peribadi Datin Arisya berjaya mendapatkan kerja sebagai pemandu peribadi kepada Datuk Shukran.

Meskipun pada mulanya Ismail bersangka buruk terhadap majikan barunya itu namun segalanya berubah bila saban hari dia bersama dengan Datuk Shukran. Dia mula memahami dilema yang dirasai Datuk Shukran akibat perangai isterinya yang suka mengongkong dan memaksa dia melakukan sesuatu yang tidak disukai. Lagi pula Datin Arisya terlalu cemburu hinggakan sikapnya itu mengganggu Datuk Shukran melakukan tugasnya mendekati dan mendengar masalah rakyat tidak kira lelaki atau perempuan.

Satu hari dengan bantuan Ismail secara senyap-senyap Datuk Shukran pulang ke kampung yang sudah sekian lama tidak dijejakinya. Di situ dia bertemu semula dengan teman lamanya Yusof dan Pak Daud. Namun musuhnya Majid tidak ketinggalan sama hadir mahu memburuk-burukkan namanya walau dengan apa cara sekalipun. Dendamnya apabila cintanya terhadap janda bernama Zaleha tidak berbalas masih ada meskipun sedar wanita yang dicintainya itu tidak pernah menjalinkan hubungan dengan Datuk Shukran yang berniat baik mahu membantunya atas dasar tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat.

Ketika itu juga, Ismail diburu oleh Nelly, teman kepada Rogayah yang jatuh hati terhadapnya. Situasi bertambah genting apabila Nelly cuba sedaya upaya mencuri hati Ismail namun sebaliknya Ismail lebih menyenangi Rogayah.

Sementara itu Datuk Shukran yang pulang ke kampung ingin membantu orang kampung dengan membuka perniagaan ternakan arnab namun hasratnya itu dalam diam tidak direstui Datuk Mokhtar, seterunya yang sejak dahulu mendendaminya. Apatahlagi Datuk Mokhtar mendapat bantuan Doktor Wahab yang tersepit antara ugutan dengan hubungan persahabatan.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Datuk Shukran menjalankan tugas-tugasnya sebagai wakil rakyat dan pada masa sama menyedarkan isterinya supaya tidak cemburu buta? Bagaimana pula dengan Ismail yang tersepit dengan keadaan apabila diugut oleh Datin Arisya?

Saksikan kesudahannya dalam Driver YB hanya di TV1.


Setitis Hidayah
TARIKH: 28 November
HARI: Isnin
MASA: 10.00malam
PELAKON: Hafizuddin Fazil, Kartina Aziz, Zahiril Adzim dan Wan Sharmila

DOWNLOAD SETITIS HIDAYAH (TV3)
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


SINOPSIS SETITIS HIDAYAH (TV3)
Pak Hamid mempunyai kemahiran membina dan membaiki rumah-rumah kampung. Walaupun Pak Hamid sangat mahir, rumahnya sendiri tidaklah sempurna dan dia tinggal bersama isteri, Mak Ton dan anak bongsunya, Samad.

Pak Hamid masih ada sifat rasa tak berpuas hati dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang lebih bernasib baik darinya.

Pak Hamid telah dipengaruhi oleh Othman yang kononnya mahu menolongnya mengusahakan perniagaan berasakan industri kampung di tanah milik Pak Hamid.

Pada masa yang sama, ketua kampung juga meminta Pak Hamid membina sebuah rumah batu baru. Namun Pak Hamid mula rasa malas. Setelah dipujuk, akhirnya Pak Hamid mengalah seterusnya rumah tersebut dibina secara sambil lewa.

Beberapa hari kemudian, Pak Hamid terkejut bila jentolak masuk dan bersiap sedia nak merobohkan rumahnya. Pak Hamid menjadi cemas bila mengetahui rumahnya akan diroboh untuk dijadikan kilang. Apakah yang terjadi kepada Pak Hamid dan keluarganya?




Satu perkhidmatan TV berbayar akan memasuki pasaran yang kini di’monopoli oleh Astro ini seawal enam bulan pertama tahun 2012.

Perkhidmataan baru ini akan di’kenali sebagai Asian Broadcasting Network (ABN) yang telah mensasarkan 3 juta pelanggan dalam masa lima tahun operasi berjalan.

ABN adalah merupakan idea & projek utama Nilamas Corporation yang di’pengerusikan oleh Sreedhar Subramaniam — berkata kepada media yang ABN tidak berniat untuk mencabar penyedia servis sama yang sedia ada.

Malah matlamat utama ABN adalah untuk menyediakan perkhidmatan baru & alternatif kepada lebih 4 juta rakyat Malaysia yang tidak memiliki sebarang perkhidmatan TV berbayar hari ini.

Teknologi yang di’miliki ABN juga di’katakan mampu menyediakan hampir 1,000 saluran buat pelanggan mereka nanti & turut menjanjikan kualiti penerimaan yang jauh lebih baik.

Yang lebih penting, ABN di’khabarkan akan menawarkan kadar yuran langganan yang lebih murah dari penyedia kini dan mensasarkan 500,000 pengguna awal selepas setahun beroperasi.



SEBELUM LIMA PERKARA (TV3)
TARIKH: 26 November 2011
MASA: 10 malam di TV3
PELAKON: Fauzi Nawawi, Sherlie Merlis, Izzue Islam, Ana Dahlia,Ustaz Dini, Diana Johor

DOWNLOAD CEREKARAMA SEBELUM 5 PERKARA
HOTFILE = DOWNLOAD
Kreadit: kepalabergetar


SINOPSIS SEBELUM LIMA PERKARA (TV3)
Mengisahkan tentang Alyah yang mempunyai segala-galanya iaitu suami, anak-anak dan kemewahan.

Lebih beruntung, Alyah diberikan keimanan dan ketakwaan yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Maha Pencipta. Anak-anak juga mempunyai akhlak yang baik serta tidak pernah lupa suruhan Allah, hasil didikan dan peringatan Alyah.



Namun, suaminya Badri yang leka dengan kemewahan menyebabkannya menjadi sombong, angkuh, kedekut dan membenci orang miskin.

Walaupun Alyah sering mengingatkan Badri tentang tanggungjawabnya sebagai seorang Islam, namun tidak diendahkannya.

Kesombongan Badri memuncak apabila dia menghalau Alyah dan anak-anak setelah Alyah mengajaknya mengubah cara hidup yang baru sempena Maal Hijrah. Apakah yang akan berlaku seterusnya?



NIAT HAWA (TV1)
MASA: 9.00 Malam
TARIKH: 26 November 2011,
PELAKON: Almy Nadia, Ezany Nizariff, Safura Yaacob dan Farah Nadia.
SUMBER: Budiey.com



SINOPSIS NIAT HAWA (TV1)
telemovie Niat Hawa yang sarat pengajaran terhadap orang yang melengah-lengahkan hasrat murni untuk menutup aurat

Ia mengisahkan Hawa telah berniat akan memakai tudung jika permohonan kerjanya diterima. Tetapi setelah mendapat pekerjaan, Hawa telah melupakan niatnya dan terus leka bersama teman lelakinya bernama Zudin. Apatahlagi Zudin lebih suka Hawa tidak bertudung dan berfesyen mengikut gaya terkini
.

Satu hari Hawa terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkannya lumpuh seluruh badan. Sejak itu Hawa mula teringatkan niatnya untuk memakai tudung namun telah diabaikannya. Rasa berdosa mula menebal dalam dirinya.

Masih adakah ruang untuk mereka berhijrah ke arah kebaikan?



TIHANY (TV9)
Slot: Ratu TV9
Hari Tayangan: setiap Isnin dan Selasa,
Masa Tayangan: 8.30 malam
Mula Tayangan: 10 OCTOBER 2011.
PELAKON : Nabila Huda, Emelda Rosmila, Mustafa Kamal, Ungku Ismail, Riz Amin. Director: Bahri Umar


DOWNLOAD TIHANY (TV9)
Tihany Episod 01 = DOWNLOAD
Tihany Episod 02 = DOWNLOAD
Tihany Episod 03 = DOWNLOAD
Tihany Episod 04 = DOWNLOAD
Tihany Episod 05 = DOWNLOAD
Tihany Episod 06 = DOWNLOAD
Tihany Episod 07 = DOWNLOAD
Tihany Episod 08 = DOWNLOAD
Tihany Episod 09 = DOWNLOAD
Tihany Episod 10 = DOWNLOAD
Tihany Episod 11 = DOWNLOAD
Tihany Episod 12 = DOWNLOAD
Tihany Episod 13 = DOWNLOAD
Tihany Episod 14 = DOWNLOAD
Kredit: Kepalabergetar



SINOPSIS TIHANY (TV9)
Tihany merupakan seorang gadis yang biasa dan sederhana. Namun disebalik kesederhanaan beliau, dia mempunyai budi pekerti dan adap sopan yang amat tinggi. Walaupun dia adalah anak tunggal seorang tokoh usahawan yang berjaya, dia tetap dengan caranya yang sederhana dan gembira menguruskan kedai bunga yang kecil. Tihany mempunyai seorang ibu tiri yang sangat rapat dengannya yang dianggap seperti ibu sendiri. Tihany juga sudah bertunang dengan Azman selaku setiausaha di syarikat ayahnya. Azman adalah seorang yang sederhana dan dia sering merasakan rendah diri kerana berkawan dengan anak tokoh usahawan.

Tragedi berlaku sutu hari sebelum pernikahan mereka apabila Tan Sri Abu Bakar diserang sakit jantung dan Azman tidak muncul pada hari pernikahan. Tihany panik dengan keadaan ayahnya dan demi menjaga kesihatan ayahnya dia perlu juga berkahwin. Soraya (ibu tiri) mencadangkan beliau berkahwin dengan Imran, seorang kenalannya. Pelbagai konfik timbul kerana sikap tamak Soraya dan Azman kerana ingin membolot harta Tan Sri Abu bakar dan anaknya, Tihany.

Bidadari Dari Raudhah
TARIKH: 25 November 2011,
MASA: 10.30 pagi
HARI : Jumaat
PELAKON: Ady Putra, Elly Mazlein, Dato’ Jalaluddin Hassan, Roy Azman, Othman Basri dan Ezany Nizariff



SINOPSIS BIDADARI DARI RAUDHAH (TV1)
Kisah Khir, manusia kaya tetapi sombong hingga sanggup menghalalkan apa saja yang haram dan menganggap dosa bagaikan pahala melatari drama Bidadari Dari Raudhah yang mengisi slot Nurani. Jalan ceritanya berkembang sekitar watak Khir di mana memang ramai yang sudah menjadi mangsanya. Maka tidak hairanlah dia dibenci dan dicemuh seisi keluarga.

Satu hari Khir rebah akibat serangan jantung dan dalam keadaan yang lemah itu tiba-tiba Khir dihampiri seorang wanita berbaju putih. Khir yang semakin lemah mula merasakan ajalnya semakin dekat.

Siapakah wanita putih itu??
Apakah yang terjadi pada khir??
Saksikan kesudahan telefilem ini esok pagi...



Spongebob Squarepants The Movie
TARIKH: 23 November
SLOT: Cinema On 2
MASA: 10.00 malam




SINOPSIS SPONGEBOB SQUAREPANTS THE MOVIE
Kisahnya bermula apabila terdapat masalah baru berlaku di Bikini Bottom. Seseorang dipercayai telah mencuri mahkota Raja Neptune yang disahkan hilang. Hanya seorang sahaja yang disyaki mencuri dan melarikan mahkota itu iaitu majikan kepada SpongeBob, Encik Krab.

Begitu pun Spongebob percaya Encik Krab tidak akan melakukan kesalahan tersebut kerana seburuk mana pun layanan majikannya itu terhadapnya, Encik Krab miliki sebab yang tersendiri. Encik Krab mahu melihat dirinya lebih maju daripada sebelumnya.



Spongebob kemudiannya nekad mahu membongkar siapakah pelaku yang bertanggungjawab mencuri mahkota yang amat berharga itu. Lalu bersama-sama teman baiknya Patrick, dia melaksanakan mencari musuh yang melakukan khianat kepada Shell City itu dan mendapatkan semula mahkota serta maruah majikannya yang telah tercalar.

TONGKAH ARUS DOSA
TARIKH: 23 November 2011,
MALAM: 8.30 malam
Lakonan: Syed Hussien dan Fathia Latiff



DOWNLOAD TONGKAH ARUS DOSA (TV9)
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: Kepalabergetar

SINOPSIS TONGKAH ARUS DOSA

mengisahkan tentang seorang ustaz muda yang disegani iaitu Ustaz Faris, Ustaz Faris amat menyanjungi Tok Imam Amin, yang mengendalikan Rumah Qaseh yang merupakan sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan mereka yang pernah melakukan kesilapan. Di situ, Ustaz Faris berkenalan dengan Fathia. Fathia merupakan seorang bekas GRO yang pernah ditipu dan kini telah bertaubat dan pulang ke pangkal jalan. Keikhlasan Fathia untuk menuju ke jalan keinsafan membuatkan Ustaz Faris berusaha membimbingnya.


Suatu hari, Fathia bertanya kepada Ustaz Faris samada dia sanggup menerima dirinya sebagai isteri? Ustaz Faris terdiam dengan soalan itu dan ini membuatkan Fathia berasa malu dan enggan bertemu dengan Ustaz Faris selepas itu. Ustaz Faris pula berasakan dirinya tidak lengkap bila tidak berjumpa dengan Fathia. Akhirnya Ustaz Faris mengambil keputusan untuk mengahwini Fathia. Namun, keputusannya tidak dipersetujui oleh penduduk kampung terutamanya keluarga Ustaz Faris sendiri. Pelbagai tohmahan diterima oleh Ustaz Faris. Bagaimana kesudahannya? Apa pula terjadi kepada Fathia?


SUTERA CINTA (TV1)
EPISOD: 13 episod
SLOT: Bidadari
HARI: setiap Isnin hingga Khamis,
MASA: 11.05 pagi
MULAI: 17 November 2011
SUMBER: Budiey

SINOPSIS SUTERA CINTA (TV1)

Episod pengenalannya membawakan penonton menghayati babak di mana Zaki dimarahi oleh Dato Bahari kerana sering berfoya-foya. Zaki diberi kata dua oleh Dato Bahari, jika sikapnya tidak berubah, dia tidak akan mewarisi perniagaan ayahnya. Sebaliknya Dato Bahari bercadang untuk menyerahkan perniagaan itu kepada yayasan atau kebajikan.

Dato Zakuan sebagai teman menganjurkan Zaki bekerja di syarikatnya. Mungkin di bawah pengawasan orang lain, Zaki boleh berubah. Zaki menentang idea itu, dia tidak mahu bekerja di bawah orang lain. Namun setelah melihat Qistina, anak Dato Zakuan, dia berubah fikiran.


Semenjak itu Zaki berubah sikap, rajin dan berdisiplin. Ini membuatkan Dato Zakuan jatuh hati padanya. Dia ingin berbesan dengan Dato Bahari. Mereka seperti saudara angkat. Dato Zakuan banyak terhutang budi dengan Dato Bahari. Bisnes yang dimilikinya adalah atas bantuan Dato Bahari.

Sebenarnya Zaki tidak ikhlas berubah. Dia hanya mahukan Qistina dan juga harta ayah serta bakal mertuanya. Namun Qistina tidak tahu. Zaki pandai memikat dan mereka akhirnya bercinta, walau pun Zaki banyak berahsia. Setelah pelbagai dugaan bercinta, mereka akhirnya mencapai kata sepakat.

Saat hampir mereka ditunangkan, telahan rakan Qistina, Natasha tentang sifat sebenar Zaki terserlah. Dia tertangkap sedang berfoya foya dengan gadis lain. Kali ini Zaki tidak dapat lari lagi. Zaki bersumpah untuk berubah dan meminta peluang kedua di depan Dato Bahari dan Dato Zakuan. Semuanya terserah pada Qistina. Qistina memerlukan waktu untuk membuat keputusan.

Qistina membawa diri bersama Natasha dan Sem bercuti di sebuah Resort Felda. Dia ingin melapangkan fikiran dan bertenang. Ketika di sana, Qistina hampir lemas ketika mandi di sungai. Dia diselamatkan oleh Kumar yang bertugas sebagai pemandu pelancong ketika mereka merentas hutan. Qistina dibawa ke rumah Kumar untuk mendapatkan rawatan kerana ibunya, Manisha pandai mengurut orang.

Di situ Qistina banyak belajar tentang kehidupan orang India dengan lebih dekat dia merasa selesa dan meminta izin untuk tinggal lebih lama di rumah Manisha. Kumar tiada halangan kerana dia boleh tinggal di asrama pekerja resort. Qistina selesa tinggal dengan Manisha kerana sifat keterbukaannya.

Dalam masa yang sama, jiran Manisha terpaksa menerima anak saudara mereka yang menjadi yatim piatu kerana kehilangan ayah dan ibunya dalam kemalangan jalan raya. Adam, pendiam dan enggan respon dengan ibu dan bapa saudaranya. Lijah dan Nazman terpaksa merotan Adam untuk mengajarnya. Namun semakin Adam diajar dengan cara itu, dia semakin liar. Lijah dan Nazman akhirnya mencadangkan Adam dihantar ke rumah anak anak yatim sahaja.

Namun Qistina yang melihat situasi itu, mencadangkan agar Lijah dan Nazman menggunakan pendekatan psikologi kerana menganggap Adam anak istimewa. Dengan susah payah akhirnya mereka bersetuju mendidik Adam secara psikologi.

Kumar dan Qistina semakin rapat, Qistina menggalakkan Kumar untuk melanjutkan pelajarannya, namun Kumar bimbang ibunya. Kemesraan Kumar dan Qistina rupa rupanya dibenci oleh Lechu meminati Kumar sedangkan Kumar hanya menganggapnya sebagai kawan.

Setelah Qistina pulang ke Kuala Lumpur, dia masih tidak memberikan jawapan tentang masa depan hubungannya dengan Zaki. Dia kini mencintai Kumar, begitu juga Kumar. Namun faktor bangsa dan agama membuatkan mereka lebih berhati hati.

Namun bagaimanakah kesudahannya? Saksikan drama yang turut dibintangi Farabie Mohd, Shaharudin Thamby, Wan Nor Azlin, Zulkifli Zain dan Kenchana Dewi ini hanya di TV1.



FILEM: Night Shark
GENRE: Thriller/Seram
PENGARAH: David R Ellis
PELAKON: Sara Paxton, Dustin Milligan, Chris Carmack, Courtney Hope, Sinqua Walls dan Katharine McPhee
TAYANGAN: 3 November 2011
ULASAN: Shakilawati Abd Rahman (HARIAN METRO)




DOWNLOAD NIGHT SHARK 2011 TS READNFO XViD – REVELATiON
MEDIAFIRE =
PART1 - PART2
Kreadit: mediafiremovie


SINOPSIS NIGHT SHARK
Filem ini mengisahkan bagaimana sekumpulan pelajar kolej berusaha melepaskan diri daripada jerung yang menghuni tasik berkenaan.

Kisah bermula dengan keterujaan Sara dan sahabatnya bercuti di kabin keluarganya yang terletak di Tasik Louisiana. Sebaik tiba di kabin itu, masing-masing tidak sabar berenang sambil menikmati keindahan kawasan tasik itu.

Kegembiraan itu bagaimanapun bertukar cemas apabila seorang daripada mereka cedera parah. Menyangka ia berpunca daripada kemalangan, mereka segera membawa mangsa ke hospital yang terletak di seberang tasik dengan menaiki bot laju.

Dalam perjalanan merentasi tasik itu, mereka mula menyedari bahaya yang menanti apabila tasik itu rupa-rupanya penuh dengan jerung.


FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 24
TEMPAT: Putrajaya
TARIKH: 20/11/2011
MASA: 9.00 Malam
HARI: Ahad
SALURAN : Astro Prima


DOWNLOAD FILEM FILEM YANG BERTANDING

  1. Mantra = DOWNLOAD
  2. Senario Asam Garam = DOWNLOAD
  3. 4 Madu = DOWNLOAD
  4. Magika = DOWNLOAD
  5. Jangan Pandang Belakang Congkak 2 = DOWNLOAD
  6. Cuti-Cuti Cinta = DOWNLOAD
  7. Estet = DOWNLOAD
  8. Ngangkung = DOWNLOAD
  9. Aku Tak Bodoh = DOWNLOAD
  10. Hantu Kak Limah Balik Rumah = DOWNLOAD
  11. Aku Masih Dara = DOWNLOAD
  12. Janin = DOWNLOAD
  13. Damping Malam = DOWNLOAD
  14. Khurafat = DOWNLOAD
  15. Sini Ada Hantu = DOWNLOAD
  16. Kembar Siang = DOWNLOAD
  17. Hikayat Merong Mahawangsa = DOWNLOAD
  18. Ratu The Movie = DOWNLOAD
  19. Cun = DOWNLOAD
  20. Di Larang Masuk = DOWNLOAD
  21. Penunggu Istana = DOWNLOAD
  22. Seru = DOWNLOAD
  23. Momok Jangan Panggil Aku = DOWNLOAD
  24. Kongsi = DOWNLOAD
  25. Nur Kasih The Movie = DOWNLOAD
  26. Karak = DOWNLOAD
  27. Kl Gangster = DOWNLOAD
  28. 321 Cinta = DOWNLOAD
  29. Sekali Lagi = DOWNLOAD
DOWNLOAD FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 24
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


KEPUTUSAN PENUH FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 24

Filem Box Office
KL Gangster – Skop Productions

Anugerah Gemilang Perdana Khas Juri
Pertama – Sidik Hussein
Kedua – Filem Libas
Ketiga – Allahyarham Zami Ismail
Keempat – Filem Janin

Skor Muzik Asal Terbaik
Edry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)

Pereka Kostum Terbaik
Rosada Abdul Hamid (Hikayat Merong Mahawangsa)

Penyunting Terbaik
Syamsul Yusof/Hisham Jupri (KL Gangster)

Penataan Bunyi Terbaik
Hisham Jupri/Rizal Ashreff (KL Gangster)

Cerita Asal Terbaik
Martias Mohd Ali (Libas)

Lakon Layar Terbaik
Syamsul Yusof (KL Gangster)

Sinematografi Terbaik
Mohd Noor Mohd Kassim (Hikayat Merong Mahawangsa)

Penataan Seni Terbaik
Anuar Paharudin/Kek Ting Lim (Hikayat Merong Mahawangsa)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Faezah Elai (CUN)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Shofi Jikan (KL Gangster)

Anugerah Khas Pencapaian Gemilang
Dato’ Michelle Yeoh

Filem Pilihan Penonton ASTRO
Kongsi (Metrowealth Pictures)

Pelakon Wanita Terbaik
Siti Shahreza a.k.a Eja (Janin)


Pelakon Lelaki Terbaik
Shaheizy Sam (Kongsi)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Tan Sri Dato’ Dr Jins Shamsuddin

Pengarah Terbaik
Syamsul Yusof (KL Gangster)

Filem Terbaik
Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)



PAYUNG EMAS (TV3)
PELAKON: Farahdhiya, Remy Ishak, Juliana Evans, Rosnah Johari.
TARIKH: 19 November:
MASA: 10 Malam



DOWNLOAD PAYUNG EMAS (TV3)
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


SINOPSIS PAYUNG EMAS

Payung Emas mengisahkan Nur Ain bahagia berkahwin dengan Muhammad Hidayat, kekasih yang dicintainya. Dia berazam untuk menjadi isteri yang solehah. Hari-hari yang mendatang Ain lalui dengan penuh kesyukuran. Hidayat ternyata suami yang baik dan penyabar. Walaupun ada kalanya Ain mudah merajuk apabila Hidayat sibuk di tempat kerja tetapi Hidayat penuh mesra memujuk Ain. Ain dan Hidayat semakin bahagia apabila Ain disahkan hamil. Ibu Hidayat, Zakiah tidak sabar-sabar ingin menimang cucu pertama dari anak tunggalnya itu.

Namun segalanya bagai diragut apabila suatu hari setelah tujuh bulan menjaga kandungannya dengan baik, Ain mengalami kesakitan yang teramat di abdomennya. Pembedahan terpaksa dilakukan demi menyelamatkan kandungannya namun takdir penentu segalanya. Benih kasih Ain dan Hidayat telah meninggal dalam kandungan. Doktor juga menjelaskan bahawa Ain mungkin tidak boleh mengandung lagi kerana ovarinya telah rosak.


Meskipun terluka, Ain sendiri meminang Khatijah buat Hidayat. Namun kebahagiaan yang diharap tidak berpanjangan setelah Hidayat kemalangan dan Khatijah pula mengalami tumpah darah. Keadaan semakin tegang apabila Sarah, sepupunya menghasut Ain untuk meninggalkan Hidayat.

Dapatkah Ain melalui perkahwinan yang bahagia dan diredhai seperti diimpikan?

Alamak Toyol
Pengarah : Ismail bob Hashim
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi, Seram
Tarikh Tayangan : 03 November 2011
Durasi : 85 min
Format : 35mm
PELAKON : Angah Raja Lawak, Along Cham, Hamid Gurkha



DOWNLOAD FILEM ALAMAK TOYOL
FILESONIC = PART1 | PART2 | PART3
WUPLOAD = DOWNLOAD
MEDIAFIRE = PART1 - PART2 - PART3
Kredit: jieazzmovie, jiwang

TENGOK FULL MOVIE ONLINE ALAMAK TOYOL
= YOUTUBE FULL MOVIE


SINOPSIS ALAMAK TOYOL
Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.

Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.



TITLE: Cinderella's Sister/ Cinderella Unni / Cinderella's Stepsister / Cinderella’s Like in Fate / A Modern Story of Revenge
MULAI: 17 November
EPISOD : 30 episod (TV2), 20 Episod (Original korean drama)
PELAKON: Moon Geun Young, Seo Woo, Chun Jung Mying, Tae Cyeon, Lee Mi Sook, Kim Gab Soo dan Kang Sung Jin
HARI: Isnin hingga Jumaat,
MASA: 5.00 petang
SALURAN : TV2.



DOWNLOAD CINDERELLA STEPSISTER (1 - 20 TAMAT)
Kredit: gblog85.blogspot.com

ENGLISH SUBTITLE BY WITHS2
>>> HERE <<<

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
EPISODE 01-19 - >>> HERE <<<
EPISODE 20 END -> [ MF ]
Please join the files with:




SINOPSIS CINDERELLA STEPSISTER (TV2)
Kisah ini bermula apabila Eun Jo yang telah kehilangan bapa dan ibunya menemui cinta baru dengan seorang lelaki yang juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Hyo Sun. Eun Jo berpindah apabila ibunya berkahwin dengan lelaki tersebut.



Di rumah tersebut, Eun Jo cuba untuk menyesuaikan diri namun dia tidak dapat menipu diri sendiri. Dia berasa tidak selesa lebih-lebih lagi dengan kehadiran adik tirinya, Hyu Sun. Hyu Sun disenangi oleh bapa dan ibu tirinya dan situasi itu menjadikan Eun Jo tidak berpuas hati.


Bagi Eun Jo, dia berpegang kuat dengan kenyataan bahawa Cinderella tidak akan disayangi oleh ibu tiri dan Hyo Sun telah memecahkan tradisi tersebut apabila disayangi oleh semua. Lalu terlintas di fikiran Eun Jo untuk melakukan sesuatu tetapi apakah yang patut dilakukan oleh Eun Jo terhadap Hyo Sun?

SI TUDUNG TWEET
TARIKH: 16 November 2011,
MASA: 8.30 malam
PELAKON: : Liyana Jasmay, Izzue Islam, Natasha Hudson, Juliana Evans, Afiq Muiz




DOWNLOAD SI TUDUNG TWEET
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar

SINOPSIS SI TUDUNG TWEET
Telefilem menarik arahan Ghaz Abu Bakar ini mengisahkan tentang kehidupan pelajar di kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah merupakan seorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. Liyana Jasmay yang memegang watak Zubaidah, berasa iri hati terhadap Marissa, lakonan Juliana Evans, yang dianggap saingannya. Marissa merupakan bukan sahaja bijak dari segi komunikasi dan penampilan, malahan ramai gadis di kolej ingin menjadi sepertinya dan menganggapnya sebagai idola.

Situasi ini membuatkan Zubaidah bertambah iri hati dan bertindak mencetuskan spekulasi di laman sosial terhadap Marissa. Apatah lagi ramai jejaka yang ingin menjadi teman Marissa. Pelbagai perubahan dilakukan oleh Zubaidah untuk menyaingi Marissa sehinggalah suatu hari, Zubaidah melakukan sesuatu yang tidak diduga semasa menghadiri kuliah pengajian Islam dan mendapat perhatian ramai! Telefilem mesti tonton ini pastinya menghiburkan anda seisi keluarga.

UNGUNYA CINTA
SALURAN: ASTRO RIA
PELAKON: Leez AF dan Shaarnaaz Ahmad, Didie Alias, Sharifah Shahira, tetamu istimewa, Adibah Noor dan Fatimah Ahmad



DOWNLOAD UNGUNYA CINTA
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


SINOPSIS UNGUNYA CINTA
Ungunya Cinta mengisahkan Ungu, gadis yang meminati bidang nyanyian dan bercita-cita menjadi penyanyi terkenal. Waktu sama, Ungu yang baru saja menuntut tahun pertama di universiti, bekerja sebagai guru tuisyen sewaktu cuti semester bagi mencari wang saku. Cerita bermula apabila Ungu terpaksa mengajar Andi, anak Datin Moon yang juga sahabat ibunya, Rubiah. Andi mempunyai perangai 'anak orang kaya yang panas baran dan perengus' Ikuti bagaimana berakhirnya kisah cinta mereka.

Qaseh Marisa
MULAI:8 November 2011,
HARI: setiap Isnin hingga Khamis,
MASA:4.30 petang di TV1
slot: Cindai
Sumber: budiey
EPISOD: 13 episod
PELAKON: Aida Khalida, Shaharuddin Thamby, Kat dan Erry Putra.Misha Omar



SINOPSIS QASEH MARISA (TV1)
rama ini berkembang sekitar kisah berlaku dalam hidup gadis bernama Marisa. Kehidupan Marisa yang penuh liku sebelum ini berubah selepas dia bekerja dengan Datin Aida sebagai pembantu rumah.

Melihat tingkahlaku Marisa yang sopan, pandai melakukan kerja rumah menyebabkan Datin Aida tertarik untuk menjadikan Marisa sebagai madunya. Apatahlagi Marisa pandai mengambil hati serta rajin dalam melakukan tugasnya sehariannya.

Begitu pun malang mula menimpa dalam hidup Marisa apabila kehadirannya tidak disenangi oleh anak kepada majikannya yang sentiasa mencari kesalahannya semata-mata mahu Marisa dimarahi ayah dan ibunya. Hatinya puas apabila berjaya membuat Marisa terluka dan sakit hati.

Kemuncak konflik berlaku apabila dek termakan hasutan anaknya, Datin Aida mula curiga dan membenci Marisa yang sebelum ini diagung-agungkan peribadinya. Situasi menjadi tegang apabila tidak ada lagi suasana harmoni dalam rumah itu.

Kopi O
MULAI:13 November
HARI: Ahad,
MASA: 9.30
EPISOD: 13 episod
SUMBER: budiey
PELAKON :Danny X Factor, Siti Fazurina, Alex Raja Lawak, Amelia Chin, Prieya Kalpana, Ebi Cornelis dan Karim Rizs



SINOPSIS KOPI O (TV2)
Kopi O yang berlatarkan situasi berlaku dalam sebuah warung kopi milik seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Alex. Ia mengisahkan Alex yang membuka sebuah warung kopi di kawasan perumahannya. Di warungnya, Alex berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggannya. Pelbagai permasalahan berlaku namun Alex dan rakan-rakannya cuba mencari jalan penyelesaian. Dengan semangat kerjasama yang tinggi tanpa mengira agama dan bangsa segalanya cuba diatasi bersama. Antara kisah yang dipaparkan dalam drama bersiri ini termasuklah doktor palsu, barang tiruan, PATI, teknologi maklumat dan komunikasi, bayi, lawatan YB, nyamuk aedes dan banyak lagi.

Dalam edisi pengenalannya yang bermula 13 November kelak, Kopi O tampil dengan episod Doktor Palsu yang berkongsi situasi berlaku dalam warung Alex apabila dia didatangi oleh Doktor Sim (doktor palsu). Doktor Sim mendapati Langgong dan Cikgu Nik Man disahkan mendapat penyakit ketumbuhan disebabkan kekerapan mereka berdua minum kopi O di warung Alex. Azizah cuba membantu mententeramkan mereka berdua. Akhirnya, Doktor Sim rupa-rupanya seorang pesakit mental yang terlepas dari hospital mental.

Seterusnya antara episod lain yang turut mencuit hati termasuklah Barang Tiruan yang berkongsi kekecohan berlaku apabila Alex terpengaruh dengan pelanggan-pelanggannya yang menggunakan barang tiruan. Alex tanpa berfikir panjang telah menggunakan kopi tiruan hingga membuatkan pelanggannya sakit perut dan cirit-birit.

Saksikan juga episod mencuit hati apabila Alex sebagai pemilik kedai terpaksa berdepan dengan kerenah pelanggannya yang mengambil kesempatan menggunakan wifi di warungnya hingga mengakibatkan dia terpaksa lewat menutup kedai setiap hari. Begitu juga pengajaran di selitkan dalam tajuk Bayi apabila Kavitha menemui bayi dalam bas mini dan keadaan menjadi kecoh apabila bayi tersebut di bawa ke warung Alex dan masing-masing memperkatakan kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Usah ketinggalan untuk berhibur dan bergelak ketawa dengan sitkom Kopi O hanya di TV2.

(
FILEM KLIP 3GP
Pengarah : Aidil Fitri
Syarikat Penerbit : Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Seram, Misteri
Tarikh Tayangan : 13 Oktober 2011
Durasi : 80 min
Audio : Stereo
Format : 35mm



DOWNLOAD FILEM KLIP 3GP
HOTFILE = DOWNLOAD



SINOPSIS FILEM KLIP 3GP
Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.

Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur.

Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.

Lebih dari itu, Sandra satu hari telahdiperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.


Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18)
TEMA: “Bergermelapan dan Glamor”
TEMPAT: Stadium Putra,
TARIKH: 12hb November,
SALURAN TV:Astro Ria
MASA: 8.30 ( Karpet Biru), 9.00 malam (Siaran Langsung AIM18),
HOS PENGACARA: Zizan Razak dan AC Mizal.



PERSEMBAHAN : Yuna, Nashrin, Jaclyn Victor dan Shila Amzah hinggalah ke Ella, AXL, Mega, 6ixth Sense, Azlan aand the Typewriter, dan Meet Uncle Hussein bersama Hazama Najwa Latiff, dan Greyson Chance dan ramai lagi

PENYAMPAI ANUGERAH: Dato M. Nasir, Zainal Abidin, Search, Nora, Sarimah, Tony Eusoff, Ziana Zain, Fauziah Latiff, Remy Ishak, Ramlah Ram, Adi, Reza dan Dina


DOWNLOAD ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 18 (AIM18)
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


KEPUTUSAN PENUH PEMENANG ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 18 (AIM18)

  1. PEMENANG KATEGORI ARTIS BARU TERBAIK – Najwa
  2. PEMENANG KATEGORI LAGU POP TERBAIK – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
  3. PEMENANG KATEGORI LAGU NASYID TERBAIK – Pedoman (Nora Feat V.O.U)
  4. PEMENANG KATEGORI LAGU POP ETNIK TERBAIK – Joget Tak Senag Hati (Adibah Nor)
  5. PEMENANG KATEGORI LAGU INGGERIS TERBAIK – Got To Go (Najwa)
  6. PEMENANG KATEGORI PERSEMBAHAN VOKAL B’KUMPULAN TERBAIK – Beribu Sesalan (Jac,Ning,Shila Hamzah)
  7. PEMENANG KATEGORI LAGU ROCK TERBAIK – Pelita (A.P.I)
  8. PEMENANG KATEGORI VIDEO MUZIK TERBAIK – Susun Silang Kata (Aizat)
  9. PEMENANG KATEGORI LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA – Ku Menunggu (Rossa)
  10. PEMENANG KATEGORI KHAS ARTIS MOBILE CELCOM TERBAIK – 6ixth Sense
  11. PEMENANG KEMBARA – Yuna
  12. ANUGERAH SRI WIRAMA – Beh Suat Pheng
  13. PEMENANG PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI) – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
  14. PEMENANG PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA) – Penakut (Yuna)
  15. PEMENANG KATEGORI ALBUM TERBAIK AIM 18 – The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid (Sheila Majid)
  16. PEMENANG LAGU TERBAIK AIM 18 – Penakut (Yuna)

Bahasa Biar Betul
MULAI: 5 November
HARI: setiap Sabtu,
MASA: 5.00 petang TV2.
EPISOD: 13 episod
SUMBER: Budiey
PELAKON: Zaibo (Iqbal), Dilla Ahmad (Rose), Darling Ngasri (Lin Sofea), Mandy Chong (Irene Law), Shashi Taran (Prakash), Ngasrizal Ngasri (Upi) Sofian Bujang (Kay) dan Kazarudin Saisi (Zaman)



SINOPSIS BAHASA BIAR BETUL (TV2)

menyampaikan usaha memperbaiki bahasa pertuturan secara santai dalam dialog yang digunakan pelakonnya di samping mengetengahkan tajuk dan topik yang berbeza dalam setiap episod siarannya.
Menerusi episod pengenalannya, Bahasa Biar Betul mengetengahkan tajuk Hari Pertama di mana plot cerita lebih kepada memperkenalkan watak dan perwatakan setiap orang dalam siri ini. Setiap pelajar memiliki sebab tersendiri kenapa mereka mengikuti program kelas bahasa. Masing-masing menceritakan peristiwa yang telah mereka lalui hingga membawa mereka ke kelas bahasa ini. Pembelajaran kelas bahasa bermula dengan pembetulan salah bahasa yang digunakan setiap orang semasa menceritakan latar belakang mereka. Mereka mempunyai kelemahan penggunaan bahasa yang berbeza mengikut perwatakan masing-masing.

Pembelajaran di kelas semakin berkembang menerusi episod Hari Jadi Pengetua yang membawa situasi Cikgu Rose meminta setiap orang menyediakan satu catatan mengenai sesuatu peristiwa yang dialami oleh mereka pada hujung minggu ini dan membawa catatan tersebut pada hari Isnin nanti. Hari Isnin itu juga merupakan hari jadi Encik Iqbal, jadi dia berpakat dengan Zaman supaya Zaman menghebohkan tarikh hari jadinya supaya semua orang tahu dan orang akan membuat kejutan parti hari jadinya.


Pada hari Isnin itu semua orang termasuk Zaman sendiri lupa pasal hari jadi Encik Iqbal kerana sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Rose. Encik Iqbal kecewa kerana semua orang tidak pedulikannya. Rupanya itulah kejutan kepada En. Iqbal, apabila dia rasa semua orang tidak mempedulikan dia, semua orang muncul dengan kejutan hari jadi.

Saksikan juga episod Buat Bisnes apabila kelas digemparkan dengan watak Kay yang menjual barang terpakai di internet. Dia membeli barang terpakai daripada kenalannya dengan harga murah kemudian menjual dengan harga mahal di laman sesawangnya. Di dalam kelas Kay menjadi sibuk, telefonnya selalu berdering dan dia akan keluar untuk menghantar barang.

Melihat Kay berjaya dengan bisnes laman sesawangnya, Zaman meminta Kay memasukkan barang terpakai miliknya untuk dijual dengan cara sama. Lin Sofea datang ke kelas dengan menunjuk pakaian serta aksesori berjenama yang kononnya dibeli dengan harga mahal dari luar negara. Dia memperlekehkan barang orang lain. Pengetua memanggil Kay kerana masalah Kay yang selalu ponteng kelas. Pengetua mengugut, jika Kay tidak berubah dia akan memberitahu orang tua Kay. Kay memberi satu barang jualannya kepada pengetua sebagai ganjaran Pengetua tidak memberitahu orang tuanya.

Satu hari Lin membawa beg tangan yang dikatakan dibeli dengan harga mahal dari luar negara. Rupanya beg tangan itu milik isteri Zaman. Lin membeli dari beg tangan itu daripada laman sesawang. Zaman datang meminta beg tangan itu kembali kerana isterinya mengamuk mahukan beg tangan itu semula. Pengetua pula dikejar oleh seorang lelaki kerana barang yang diberi oleh Kay ialah barang milik lelaki tersebut yang telah dicuri. Rupanya barang yang Kay beli daripada kenalannya untuk dijual di internet ialah barang-barang curi.

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA