perekacerita

CINTA DALAM HATI (TV1)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita

CINTA DALAM HATI
MASA: 7.00 malam,
HARI: setiap Sabtu dan Ahad
PELAKON: Fazreen Rafi, Azhan Rani, Fikhree Bakar, Tunku Norhanis, Azza Suhaimi, Kismah Johar dan Azlan Ayob. Remy Ishak dan Dira Abu Zahar
MULAI: 15 September
EPISOD: 13 episod



SINOPSIS CINTA DALAM HATI
Dino, seorang graduan lulusan Persembahan Kreatif dari UiTM telah menjalin hubungan cinta dengan Munira, gadis sekampung dengannya. Ibu Munira, Mariam menghidap penyakit buah pinggang. Tinggal jauh di pedalaman nyata menyukarkan Mariam dan penduduk setempat untuk menjalani hemodialisis. Lalu Dino dan Munira berhasrat untuk membeli mesin tersebut dengan bantuan Doktor Roslan.

Dalam merealisasikan hasrat tersebut, Dino berusaha menyiapkan skrip Filem Cinta Dalam Hati yang mengisahkan percintaan mereka berdua dan hasil bayaran skrip tersebut akan digunakan untuk membeli mesin hemodialisis. Malangnya, sebelum skrip tersebut disiapkan, Munira telah meninggal dunia akibat barah paru-paru.

Kematian Munira menguatkan lagi semangat Dino untuk menyiapkan skrip tersebut dan akhirnya diserahkan kepada Othman Hisham, seorang pengarah yang dikenalinya ketika menjalani penggambaran telefilem di kampungnya. Ketika itu Dino diminta membantu untuk mencari lokasi.

Othman Hisham berjaya memujuk Rio Darwan untuk melabur dalam filem berkenaan, bagaimanapun Rio meletakkan syarat Irama yang memegang watak utama. Jika tidak, dia akan menarik diri dari perojek berkenaan. Irama memang pelakon terkenal tetapi belum pernah berlakon filem. Dia gembira menerima tawaran tersebut, bagaimanapun apabila tahu Rio yang membiayai projek berkenaan, dia menolaknya.

Badrul, pengurus peribadi Irama dan Elfi, wartawan dan juga kawan baik Irama tidak mahu Irama mencampur adukkan hal peribadi dengan kerjaya. Ini kerana, Rio adalah bekas kekasih Irama. Mereka pernah dinobatkan sebagai pasangan paling bahagia tetapi kebahagiaan itu diragut apabila Rio ditangkap khalwat dengan artis baru. Sejak itu, Irama berjanji tidak akan melihatkan diri dalam sebarang projek Rio. Dino kecewa apabila Irama menolak tawaran tersebut kerana hasratnya untuk membeli mesin hemodialisis tidak akan kesampaian.

Bagaimanapun selepas berjumpa dengan Dino dan mengetahui tujuan Dino yang sebenarnya, Irama akhirnya terpanggil untuk membantu Dino. Sejak itu hubungan Irama dan Dino mula akrab tetapi cuba dihalang oleh Rio. Rio mahu Irama kembali ke pangkuannya.

Dalam diam, Dino sebenarnya turut jatuh cinta pada Irama, bagaimanapun perbezaaan status serta konflik yang berlaku di antara mereka dengan Rio, menyebabkan Dino menarik diri. Manakala Irama pula, walaupun didesak oleh Rio, pintu hatinya memang tertutup untuk Rio.

Dino akhirnya sedar tentang kesucian cinta Irama terhadapnya. Dia kembali mencari Irama untuk meminta maaf dengan apa yang berlaku dan menjelaskan kenapa dia menjauhkan diri daripada Dino angkara Rio yang mengugut akan menghalang karier Irama. Dino tidak mahu karier Irama musnah kerananya. Akhirnya hubungan mereka bertaut dan Rio pula sekali lagi ditangkap khalwat dengan Shasha, pelakon baru.

Dalam waktu yang sama, cinta Nadia dan Iskandar menghadapi dilema apabila Nadia disahkan menghidapi virus HIV. Stigma masyarakat terhadap pesakit HIV menyebabkan Iskandar keliru untuk meneruskan hasratnya untuk meminang Nadia walaupun dia amat menyintai Nadia. Nadia pula yang merasakan kehidupannya telah berakhir, telah berhenti kerja dan pulang ke rumah neneknya, Kalsom di kampung.

Sepanjang berada di kampung, Dino berjaya memberi semangat dan kekuatan kepada Nadia. Dino turut membuka minda Iskandar tentang penyakit HIV yang sebenarnya. Akhirnya Iskandar nekad untuk meneruskan hasratnya meminang Nadia, bagaimanapun sebelum impian itu terlaksana, satu kejadian berlaku yang menyebabkan Iskandar terpaksa melupakan hasrat untuk bersatu dengan Nadia selama-lamanya. Apakah yang berlaku sebenarnya? Bagaimana pula penyudah kepada hubungan Dino dan Irama?

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA