perekacerita
promosi perodua murah

DOKUMENTARI KHURAFAT (TV9)
EPISOD: 13 episod
PENGACARA: Ahmad Fedtri Yahya
HARI: setiap Selasa,
MASA: 9.30 malam,
MULAI: 17 Januari .



DOWNLOAD DOKUMENTARI KHURAFAT
Khurafat Minggu 01 = DOWNLOAD
Khurafat Minggu 02 = DOWNLOAD
Khurafat Minggu 03 = DOWNLOAD
Khurafat Minggu 04 =
Khurafat Minggu 05 =
Khurafat Minggu 06 =
Khurafat Minggu 07 =
Khurafat Minggu 08 =
Khurafat Minggu 09 =
Khurafat Minggu 10 =
Kredit: kepalabergetar



SINOPSIS DOKUMENTARI KHURAFAT
Antara kepercayaan khurafat yang boleh menjurus kepada kufur serta syirik di kalangan umat Islam ialah menilik nasib, memuja kubur untuk meraih rezeki, sihir, amalan nasi kangkang dan pemakaian tangkal adalah . Namun, pada zaman yang sudah moden ini, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang tidak henti-henti mengamalkan perkara-perkara khurafat ini. Itulah yang ingin ditampilkan menerusi rancangan majalah terbaru TV9, Khurafat yang memaparkan kisah-kisah benar amalan khurafat yang masih dipraktikkan sehingga masa kini.

Khurafat membuka tirai dengan episod pertama, Pemujaan Kubur menceritakan bagaimana tiga lelaki memakai jubah dan serban, merintih menangis kerana tidak dapat menemui jalan keluar dari makam Tok Pulau Manis, Kuala Terengganu selepas dipercayai memuja nombor ekor di kubur ulama Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah yang turut dikenali sebagai Tok Pulau Manis.

Dalam episod kedua pada 24 Januari ini, Khurafat mendedahkan perubatan tradisional di Kelantan yang menggunakan telur untuk dijampi sebelum digunakan bagi beberapa tujuan seperti tapak membina rumah baru, merawat demam dan menghalau gangguan makhluk halus.

Adakah anda percaya pada patung lambaian puteri dari Siam yang digunakan untuk kelihatan cantik dan menundukkan seseorang dengan amalan menjijikkan? Ikuti kisah Patung Lambaian Puteri yang akan disiarkan dalam episod ketiga Khurafat pada 31 Januari.

Beranikah anda berjumpa dengan seseorang yang bertapa dalam gua untuk mendapatkan nombor ekor dan memohon hajat? Episod keempat merungkai kisah pemujaan gua pada 7 Februari ini dan banyak lagi dalam Khurafat yang bakal menemui anda setiap Selasa.



PILIH KASIH 3 (TV2)
Hari: Setiap hari Ahad,
Mulai: 5 Februari
Masa: 9 malam
Juri Penilai : Umie Aida, Erra Fazira, Fauziah Nawi, Que Haidar, Norish Karman, Lisdawati, Amyza Aznan, Hamzah Tahir, Nanu Baharudin, Erma Fatima dan Dr Abu Hassan
Penasihat: Erra Fazira dan Umie Aida



SINOPSIS PILIH KASIH 3 (TV2)
Pilih Kasih tampil lebih segar dengan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih yang menjejaki semula perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam dua musim sebelum ini. Bersama personaliti Eisya Toh selaku pengacara, program sebanyak 12 episod ini akan mula bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April depan, pada setiap Sabtu pukul 9 hingga 10 malam di TV2.

Sementara itu Kisah Pilih Kasih yang memaparkan diari dan aktiviti pembelajaran dan tugasan peserta akan mula disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis bermula 25 Januari hingga 12 April depan sebanyak 24 episod. Pada kali ini, pengacara dan penyampai radio Nasional FM, Muaz Mohamed diberi kepercayaan untuk mengacarakan Kisah Pilih Kasih.

Jika pada dua musim terdahulu, Rosyam sebagai ikon Pilih Kasih mempunyai kuasa mutlak dalam memutuskan penyingkiran peserta pada setiap minggu. Namun keadaan itu sedikit berbeza pada kali ini apabila Erra Fazira dan Umie Aida turut mempunyai kuasa dalam menilai prestasi semasa peserta dan mempengaruhi keputusan Rosyam sebelum sebarang penyingkiran berlaku.

Kesemua 16 peserta Pilih Kasih ini akan mendapat bimbingan secara berterusan mengenai selok-belok dunia lakonan daripada dua bintang besar ini menerusi sesi pembelajaran pada setiap minggu. Selain itu, peserta musim juga akan mendapat tunjuk ajar daripada pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima yang akan membimbing dari aspek lakonan drama mingguan dan pementasan teater dan aktivis teater Hamzah Tahir pula mengawasi seni lakon kesemua 16 bintang PK secara terperinci.







Anugerah Juara Lagu ke-26 (TV3)
Tarikh : 29 Januari 2012
Tempat : Stadium Putra Bukit Jalil
Masa: 9 malam
Saluran : TV3
Acara Blue Carpet = 7.30 malam
Pengacara: Faizal Ismail dan Cheryl Samad


TONTON MALAM KEMUNCAK AJL26 LIVE ONLINE = WATCH



Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu 26

  1. Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
  2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
  3. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  4. Sedetik Lebih oleh Jaclyn Victor (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  5. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  6. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
  7. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
  8. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
  9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)9
  10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
  11. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
  12. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)



KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH JUARA LAGU 26 (AJL26)
  • Juara AJL26 : Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
  • Naib Juara AJL26 : Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah
  • Tempat Ketiga AJL26 : Karma oleh Faizal Tahir (Faizal Tahir/Audi Mok)
  • Vokal Terbaik : Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
  • Persembahan Terbaik : Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)


HADIAH PARA PEMENANG AJL 26 (2012)
  1. Juara Rm35,000 -> Hafiz(AWAN NANO)
  2. Naib Juara RM 15,000 -> Tiga Suara(BERIBU SESALAN)
  3. Tempat ketiga RM12,000 -> Faizal Tahir(KARMA)
  4. Persembahan terbaik RM10,000 -> Alyah(KISAH HATI)
  5. Persembahan Vokal terbaik RM10,000 -> Hafiz(AWAN NANO)


DOWNLOAD ANUGERAH JUARA LAGU 26 (AJL 26)
HOTFILE =
DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


VIDEO ONLINE YOUTUBE ANUGERAH JUARA LAGU 26 (AJL26)

  1. Persembahan Pembukaan AJL26 - Jamal, Awie, Sheila Majid = KLIK
  2. Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque (Final AJL26) = KLIK
  3. Sedetik Lebih - Jaclyn Victor (Final AJL26) = KLIK
  4. Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol (Final AJL26) = KLIK
  5. Kalau Berpacaran - Shohaimi, Ana Raffali Altimet (Final AJL26) = KLIK
  6. Gadis Semasa - Yuna (Final AJL26) = KLIK
  7. Cinta Muka Buku - Najwa Latif (Final AJL26) = KLIK
  8. Karma - Faizal Tahir (Final AJL26) = KLIK
  9. Kisah Hati - Alyah (Final AJL26) = KLIK
  10. Sungai Lui - Aizat (Final AJL26) = KLIK
  11. Penakut - Yuna (Final AJL26) = KLIK
  12. Beribu Sesalan - Ning, Jaclyn, Shila (Final AJL26) = KLIK
  13. Persembahan Tribute Black, Hazama, Azlan (Final AJL26) = KLIK
  14. Awan Nano - Hafiz (Final AJL26) = KLIK
  15. Pengumuman Keputusan AJL26 = KLIK




AKU MAHU TERBANG (TV3)
Cerekarama Sabtu
TARIKH: 28 januari 2012
MASA: 10.00malam

.

DOWNLOAD AKU MAHU TERBANG (TV3)
HOTFILE =
PART1, - PART2
Kredit: jiwang

SINOPSIS AKU MAHU TERBANG (TV3)

Aku Mahu Terbang mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Rezki yang mengejar impian dan cita-citanya ingin menjadi seorang juruterbang. Rezki, 12 tahun, dibesarkan dalam keluarga penoreh getah yang serba kekurangan dan hanya bergantung harap kepada ibu serta abangnya iaitu Mak Hanun dan Syukur.

Suatu hari, sebuah syarikat penerbangan swasta menganjurkan Karnival Kerjaya untuk tujuan mendedahkan kerjaya juruterbang kepada penduduk Felda. Rezki berjanji akan membawa ibu dan abangnya melihat tempat dia belajar. Malangnya sebelum peperiksaan bermula, dia menerima berita mengejutkan mengenai ibu dan abangnya yang meninggal dunia akibat kebakaran. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?



TELEMOVIE BINTANG (TV2)
HARI:Sabtu,
MASA: 10.00 pagi,
TARIKH: 28 Januari
PELAKON: Siti Fazurina, Farahdhiya, Mandy Chong, Jason Chong, Hung Shen dan Shashitaran.
SUMBER: BUDIEY.COM



SINOPSIS BINTANG (TV2)
Kehadiran Yasmin kurang disenangi Zara, salah seorang pekerja syarikat sama yang seringkali diangkat sebagai pekerja terbaik setiap bulan hingga diberikan ‘bintang’penghargaan. Namun sikapnya itu hanyalah pura-pura kerana dia sebenarnya tidak jujur dalam kerja dan suka bermuka-muka dengan Datin Jenny.

Takdir menentukan Datin Jenny jatuh sakit. Sejak itu Yasmin hadir untuk membantu menguruskan syarikat tersebut bersama Siva. Namun tugas mereka bukanlah mudah apabila Zara mula menunjukkan belangnya dan sentiasa cuba menabur fitnah termasuklah menuduh Yasmin dan Siva bercinta kerana bertugas hingga tengah malam di pejabat.

Konflik sampai di kemuncaknya apabila Zara cuba meracuni fikiran rakan kongsi Datin Jenny dengan hasrat dia dapat menjatuhkan majikannya itu sekaligus mengambil alih tugas menguruskan syarikat tersebut. Mujur ketika itu muncul Henry, anak tunggal Datin Jenny yang sanggup mengetepikan pengajiannya dan berhasrat mengambil alih syarikat ibunya itu.

Dengan bantuan Yasmin dan Siva, Henry mula mengusahakan perniagaan ibunya itu. Zara pula cuba sedaya upaya untuk menggoda Henry demi mencapai hasratnya mendapat tempat dalam syarikat itu.

Saksikan slot Kasih yang menyajikan telemovie-telemovie terbaik hanya di TV2.



BAJU KEBAYA TERAKHIR (TV9)
HARI: Rabu
TARIKH: 25 Januari
MASA: 8.30PM
SLOT: Skrin di 9




DOWNLOAD BAJU KEBAYA TERAKHIR
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit; kepalabergetar


SINOPSIS BAJU KEBAYA TERAKHIR (TV9)
Telemovie Baju Kebaya Terakhir Bapak yang sedih ini mengisahkan dilema yang dihadapi oleh seorang duda bernama Samsudin yang merupakan seorang tukang jahit pakaian wanita yang terkenal di kampungnya. Dia mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Salmah dan Latifah. Semenjak anak-anaknya Salmah dan Latifah sudah berjawatan, mereka kian meminggirkan Samsudin di kampung dengan alasan sudah mulai hidup baru di Kuala Lumpur. Mereka malu dengan cara hidup orang kampung dan nekad hendak mengikis segala ”kekampungan” yang ada pada diri mereka.

Salmah telah menjadi seorang CEO berjaya di firma guaman manakala Latifah pula seorang GRO. Latifah membenci Samsudin kerana selalu memuji Salmah pandai hingga menyebabkan dia lari ke Kuala Lumpur dan menipu kononnya sudah bekerja tinggi. Suatu hari, Samsudin kemalangan dilanggar oleh seorang penunggang motosikal iaitu Anoi. Disebabkan Samsudin seorang yang lembut,

Anoi membuat fitnah kepada Salmah bahawa Samsudin menyimpan lelaki kaya dan ada hubungan sulit dengan lelaki. Salmah pulang ke kampung dan memarahi ayahnya. Orang kampung juga turut membenci, memukul dan mengurung Samsudin di sebuah pondok. Samsudin menderita akibat fitnah dan tidak diselamatkan walaupun oleh anak-anak kandungnya sendiri.



WINDOW 8
Window 8 sedang dibangunkan oleh pihak microsoft. Dijangkakan akan di keluarkan pada awal tahun 2012. Pastinya ramai pengguna komputer dan laptop menantikan window 8 ini dengan penuh sabar. Jika window 8 ini keluar automatik harga laptop dan komputer akan jatuh menjunam dan pastinya juga akan keluar banyak model laptop yang khusus untuk pengguna window 8



KELEBIHAN MICROSOFT WINDOW 8
Window 8 akan memberi kelebihan jaringan kepada system-on-a-chip (SoC) and mobile ARM processors. Namun dikhabarkan window 8 nanti akan mengunggulkan sensor yang lebih beragam. Mulai dari Global Positioning System (GPS), posisi yang berasakan kepada menara BTS, sensor kedekatan, accelerometer, dan kamera web. Window 8 juga memberikan kelebihan visual dan kredit kepada hubungan aplikasi 3D video, AVC HD, H.264, MPEG2, MPEG4, MJPEG dan WMV. Namun dijangka Window 8 seperti biasa adalah pembaikan dari window sebelum ini iaitu window vista dan window 7. Adakah semua ini benar kita akan menunggu sehingga window 8 dilancarkan.



WINDOW 8 LAIN DARI YANG LAIN
KALI terakhir sistem operasi (OS) Windows bertukar wajah secara drastik ketika peralihan Windows 3.1 kepada Windows 95 yang menghasilkan penampilan berbeza antara kedua-duanya.

Sejak itu, versi OS berikutnya nampak sama walaupun mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Jika program Windows 3.1 dikumpulkan dalam kotak yang kemudiannya bertukar kepada Windows 95, butang ‘Start’ antara ciri baru diperkenalkan ketika menyenaraikan program dalam komputer di bawah satu senarai mudah lihat diletakkan di ruang bawah kiri antaramuka komputer peribadi (PC).

Selepas seabad, Microsoft sekali lagi mengambil langkah untuk menukar penampilan sistem operasi terbarunya, Windows 8, yang pada amnya memang berbeza daripada versi Windows sebelumnya.



CIRI CIRI WINDOW 8
Pertama, lagi banyak maklumat dapat dilihat dalam Lock Screen seperti jumlah e-mel baru, tarikh dan masa serta data lain tanpa perlu login dan memasuki skrin utama Windows 8.

Sebagai bandingan, Windows 7 hanya menunjukkan kata nama, gambar kecil dan ruang untuk menaip kata laluan saja.

Microsoft juga menambah kaedah pengguna boleh sebaik ia membuka kunci (unlock) Windows 8. Kini, sekeping gambar boleh dipaparkan dan pengguna hanya perlu menyentuh beberapa titik dalam gambar terbabit sebagai kata laluan sebelum membuka telefon terbabit.

Selepas memasuki Windows, apa yang akan dilihat pada skrin permulaan adalah beberapa kotak atau “tiles” yang mewakili aplikasi tertentu atau kandungan yang penting seperti ditetapkan pengguna terbabit. Kotak terbabit boleh jadi aplikasi pintasan kepada ciri kegemaran dalam antaramula seperti laman web atau album gambar.

Skrin permulaan ini direka sebagai titik permulaan dalam pengalaman menggunakan Windows dan kotak di skrin dapat menunjukkan maklumat terkini tanpa keperluan membuka program terbabit.

“Tidak kira berapa besar skrin anda, apa yang diperlukan akan dipaparkan,” kata Reller.

Dalam OS Windows 8, seluruh skrin digunakan untuk aplikasi dan menu bar disorok dan hanya dapat dilihat apabila pengguna menyentuh (swipe) bahagian tepi skrin.

Jika pengguna menyentuh bahagian kanan skrin, ciri yang dipanggil Charms akan terpapar. Ciri ini membolehkan pengguna memilih jalan pintas untuk cetak, salin dan sebagainya.

Contohnya, kemudahan Share Charm memperuntukkan satu lokasi untuk berkongsi gambar dengan aplikasi tertentu yang menyokongnya.

“Charm menghubungkan satu aplikasi kepada aplikasi atau peranti yang lain,” kata Feller.

Microsoft juga mencipta ciri lebih senang untuk bertukar antara satu aplikasi dengan yang lain. Pengguna hanya perlu menyentuh skrin dan meleretkan jari dari kanan ke kiri atau kiri ke kanan untuk membuka aplikasi berikutnya.

Papan kekunci sentuhan (touch keyboard).

Untuk tablet, papan kekunci sentuhan akan ditunjukkan seperti biasa tetapi ia juga boleh dibahagi dua untuk mereka yang suka menaip menggunakan ibu jari sambil memegang tablet.


Cara menutup aplikasi

Untuk menutup program atau aplikasi, ia hanya perlu leretkan jari ke bahagian bawah skrin. Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh menutup aplikasi secara tradisional, iaitu menekan butang Alt-F4 sekali gus.


Task Manager yang baru

Aplikasi yang tidak diguna akan ditangguh (suspend) dan tidak akan menggunakan kuasa unit pemprosesan komputer (CPU). Ia bermakna ciri terbabit tidak akan memberi kesan kepada kuasa bateri. Sekali gus, ia bermakna aplikasi tidak perlu ditutup jika tidak digunakan.

Reller juga memberitahu Windows 8 boleh digunakan dengan peranti yang menggunakan prosesor x86 dan ARM.

“Ia membolehkan lebih ba�nyak PC dan tablet disediakan dan memberi pilihan luas dan fleksibel kepada pembeli,” katanya.

Menurut Reller, isu paling penting dalam perubahan kepada teknologi baru ini ialah kesediaan komputer yang menggunakan Windows 7 berubah kepada Windows 8 tidak lama lagi.

Bagi Pengarah Pemasaran Dunia, Kumpulan Produk Lenovo, Michael Littler, Windows 8 dikhabarkan mengujakan pengeluar apabila ia menjadi perisian yang sempurna dan dapat memberi satu pengalaman hebat kepada penggunanya.

“Ia akan memberi peluang kepada pengilang komputer untuk menawarkan pelbagai jenis komputer seperti desktop, notebook dan ultrabook serta tablet dan komputer hibrid atau laptop yang boleh digunakan sebagai tablet,” katanya.

Microsoft Windows 8 kini masih di peringkat versi Developer Preview tapi versi Beta akan disediakan pada akhir Februari nanti.


Keramat
Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Ngeri
Tarikh Tayangan : 12 Januari 2012
Durasi : 82 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
Pelakon: Zul 'Handy Black' Suphiaan, Mon Ryanti, Rabecca Nur Al Islam, Adey Syafrien, Hairul Azreen dan Putri Mardiana





DOWNLOAD FILEM KERAMAT
HOTFILE = DOWNLOAD


SINOPSIS KERAMAT
Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.

Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit.

Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?

Painted Skin
TARIKH: 24 Januari,
MASA: 9.00 malam
PELAKON: Kwong, Donnie Yen, Xun Zhou dan Kun Chen



SINOPSIS PAINTED SKIN (TV2)
zaman era pemerintahan Chin dan Han, Komander Wang Sheng telah mengetuai pasukan tenteranya untuk menyerang penyamun di padang pasir dan pada masa yang sama dia telah menyelamatkan seorang wanita cantik dan membawanya pulang bersama.

Namun, dia langsung tidak mengetahui bahawa perempuan itu, Xiao Wei sebenarnya adalah roh seekor musang yang menjelma sebagai manusia. Xiao Wei sentiasa memerlukan bekalan hati manusia untuk mengekalkan dirinya seperti seorang manusia dan tugas itu diserahkan kepada pembantunya Xiao Yi – seekor sumpah-sumpah padang pasir yang juga menjelma sebagai manusia dan mempunyai kebolehan untuk menghilangkan diri di dalam persekitarannya.

Demi membuktikan cinta dan kesetiaannya kepada Xiao Wei, dia melakukan banyak pembunuhan demi membekalkan hati manusia kepadanya, lalu menyebabkan seluruh bandar berada di dalam ketakutan. Pada masa yang sama, Xiao Wei telah jatuh hati pada Wang Sheng, setelah melihat keberanian Wang Sheng ketika cuba menyelamatkannya.

Sejak daripada itu, Xiao Wei sentiasa cuba untuk menggoda Wang demi merampasnya daripada isteri Wang, Pei Rong menyedari perasaan Xiao Wei terhadap suaminya, dan dia juga mendapat tahu bahawa Xiao Wei sebenarnya bukanlah seorang manusia. Jadi dia pergi meminta bantuan Pang Rong, seorang pakar seni mempertahankan diri dan juga Xia Bing, seorang bomoh penangkap hantu.

Saksikan kesudahan kisah menarik ini hanya di TV2.

SUPER LAWAK FC (2011)
SALURAN: Astro Warna
MULAI: 28 NOVEMBER
MASA: 6:30 pm
DURASI: 30 minutes
GENRE: COMEDY



SINOPSIS SUPER LAWAK FC
Mengisahkan aksi komedi permainan bola sepak jalanan, diterajui oleh Johan. Ianya bermula setelah Johan dibuang daripada pasukan Daya Bumi, angkara hasad dengki Omara.




DOWNLOAD SUPER LAWAK FC
Super Lawak FC Episode 01 = DOWNLOAD
Super Lawak FC Episode 02 = DOWNLOAD
Super Lawak FC Episode 03 = DOWNLOAD
Super Lawak FC Episode 04 = DOWNLOAD
Super Lawak FC Episode 05 = DOWNLOAD
Super Lawak FC Episode 06 = DOWNLOAD
Super Lawak FC Episode 07 = DOWNLOAD
Super Lawak FC Episode 08 = DOWNLOAD
Super Lawak FC Episode 09 = DOWNLOAD
Super Lawak FC Episode 10 =
Super Lawak FC Episode 11 =
Kredit: jiwang.org

Nora Danish

Panah Asmara
TARIKH: 24 Januari,
MASA: 9.00 malam
PELAKON: Jehan Miskin dan Nora Danish

Nora Danish

SINOPSIS PANAH ASMARA (TV1)

Panah Asmara di mana watak Adilla yang terperangkap dalam hutan bertemu dengan Mak Cik Angsana. Adilla di bawa ke kampung Mak Cik Angsana.
Nora Danish

Di sana Adilla telah diperkenalkan dengan Putera. Putera menyintai Adilla namun Adilla tidak menyukai Putera dan cuba mencari jalan keluar dari kampung Mak Cik Angsana.


Nora Danish

BIBIK (TV1)
HARI: setiap Isnin,
MASA: 2.05 petang,
PELAKON: Daniel Syazriq, Amira Ayuni, Norman Hakim, Nonny Nadirah, Jessie Lim, Kathy Fauziah dan Kalpana Devi
MULAI: 16 Januari
EPISOD: 13 Episod



SINOPSIS BIBIK (TV1)
kisah Bibik bermula apabila pembantu rumah Hisham yang keenam melarikan diri dan keadaan menjadi kelam-kabut. Meskipun menyedari segalanya berpunca daripada karenah yang ditimbulkan oleh anak-anak dan ibunya, Rogayah namun dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Ketika itu, Rogayah menerima panggilan yang memintanya pulang ke kampung segera. Dia lalu menawarkan pekerjaan kepada seorang pekerja Spa dengan memberi dua kali ganda dari gajinya sekarang. Sheila dengan berat hati terpaksa menerima kerana tawaran lumayan yang berikan Rogayah.

Pada mulanya anak-anak Hisham membuli Sheila kerana mereka inginkannya berhenti kerja. Tetapi kerana Sheila perlukan duit, dia terpaksa bersabar. Sementara pemandu peribadi Hisham, Calvin juga tertarik dengan kecantikkan Sheila.

Setelah pulang dari kampung, Rogayah terkejut apabila dia mendapat tahu
Sheila tidak pandai masak dan mengemas rumah. Dia tidak boleh membuat apa-apa kerana mereka terpaksa menunggu beberapa bulan untuk mendapat pembantu rumah. Rogayah terpaksa mengajar Sheila bagaimana menguruskan rumahnya.

Lama kelamaan Sheila dapat menyesuaikan diri dengan keluarga Hisham walau pun terpaksa menghadapi kerenah anak-anak Hisham iaitu Amelia dan juga Aqil yang nakal. Sementara itu Hisham yang kematian isteri itu selalu dipaksa oleh Rogayah supaya segera berkahwin lagi kerana telah lama menduda. Namun Hisham selalu memberi alasan yang dia belum bertemu lagi jodoh yang sesuai.

Walau pun anak-anak Hisham pada mulanya tidak dapat menerima akan kehadiran pembantu rumah yang baru, tetapi dengan kesabaran dan juga kebaikan yang dimiliki oleh Sheila lama kelamaan Amelia dan Aqil merasa selesa dengan kehadiran Sheila kerana cara dia menasihat dan menekankan disiplin kepada mereka.

Sementara itu Hisham pula sedikit demi sedikit ada menaruh hati terhadap pembantu rumahnya, Shiela. Namun bagaimanakah kesudahannya? Saksikan 13 episod drama bersiri Bibik ini hanya di TV1.



Papa I Love You
Pengarah : Hashim Rejab
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi, Drama
Tarikh Tayangan : 29 Disember 2011
Durasi : 85 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
PELAKON: Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Zalif Sidek




DOWNLOAD PAPA I LOVE YOU
HOTFILE = DOWNLOAD



SINOPSIS PAPA I LOVE YOU

Mengisahkan seorang ayah, BAHA yang berusaha untuk membesarkan anak tunggalnya, MIA dengan sempurna di dalam kehidupannya yang penuh dengan kesempitan sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Baha bertemu dengan ELLY, seorang wanita yang sering membantu menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja. Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap.

DATUK KUDIN seorang ayah yang semasa mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjayanya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya, Elly. Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang. Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan. Melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri, Datuk Kudin.


PETALING STREET WARRIOR (PSW)
MULAI : 1 DECEMBER 2011
PELAKON: Yeo Yann Yann, Namewee, Mark Lee
BAHASA : MANDARIN




DOWNLOAD FILEM PAHLAWAN JALAN PETALING
HOTFILE = DOWNLOAD
Download subtitle = DOWNLOAD
nama subtitle mesti sama dengan nama movie


SINOPSIS PETALING STREET WARRIOR (PSW)
Berlatarkan situasi di Jalan Petaling (Petaling Street) pada tahun 1908, filem ini mengisahkan Shi Duyao (dilakonkan oleh Mark Lee), seorang penjual mee Hokkien di sebuah warung di Jalan Petaling. Beliau tidak mengetahui yang dia sebenarnya adalah pewaris Kerajaan Jianwen dari Dinasti Ming yang telah melarikan diri ke Asia Tenggara beratus tahun dahulu.

Isterinya, Zhung Li Chun (Yeo Yann Yann), secara rahsia cuba melindungi Shi Duyao dengan bantuan sepupunya Liu Kun (Namewee). Sering diganggu oleh penyangak/penjahat yang mencari peta harta karun, Shi Duyao harus memahirkan diri dengan seni mempertahanan diri, “Kungfu Dara” (Virgin Kungfu Skills) secepat yang mungkin bagi menentang penjahat-penjahat tersebut.



TENGOK FULL MOVIE ONLINE PETALING STREET WARRIOR



FILEM: Ah Beng the Movie: Three Wishes
ARAHAN: Silver
PELAKON: Jack Lim, Royce Tan, Bernard Hiew, Chen Keat Yoke, Gan Mei Yan dan Gan Jiang Han
Genre: Komedi
TAYANGAN: 19 Januari 2012
ULASAN: Hellinie Sina (Harian metro)



SINOPSIS AH BENG THE MOVIE - THREE WISHES
FILEM Ah Beng The Movie: Three Wishes yang dihasilkan sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi, bukan hanya menyuntik elemen persahabatan dan kekeluargaan tetapi juga isu semasa di persekitaran kita seperti merokok, menderma organ, buli dan kepelbagaian kaum di Malaysia.

Menyelitkan unsur magik seperti hanya diberikan peluang untuk membuat tiga hajat, ia menggabungkan elemen itu dengan memaparkan sambutan Tahun Baru Cina sekitar 1975. , sekali gus memberikan gambaran bagaimana masyakarat Cina menyambut perayaan itu.

Pada awal cerita, penonton mungkin sesekali akan ketawa dengan gelagat mencuit hati pelakon dan menganggap ia akan berterusan seperti itu.

Namun, tidak dijangkakan pada pertengahan cerita, ia mengusik emosi penonton apabila seorang rakan mereka, Salted Fish Lian (Chen Keat Yoke) disahkan menghidap penyakit leukemia dan memerlukan RM100,000 untuk kos perubatan.


Bersama-sama ayah Ah Beng yang mengembara ke masa depan kerana hajat pertamanya untuk melihat kehidupan Ah Beng ketika dewasa. Ah Beng, Rain dan Bobby menyertai satu pertandingan untuk memenangi RM100,000. Keikhlasan dan pengorbanan mereka dalam persahabatan mampu meruntuhkan tembok airmata.


Namun, masih ada beberapa kecacatan yang seharusnya tidak terjadi. Ketika babak menunjukkan empat lelaki merancang sesuatu dipaparkan pada skrin layar, sukar mengaitkan hubungan mereka dengan Ah Beng.

Begitu juga babak penting akhir apabila Ah Beng memangku mayat bapanya yang mati ditembak, dia membuat hajat ketiga memohon bapanya hidup lama dan perubahan dari masa depan ke masa lalu dan sekali lagi memaparkan masa depan itu sedikit menimbulkan kekeliruan.

Babak rompakan dan kejar mengejar dengan aksi ‘drift’ juga perlu dipanjangkan sedikit bagi menimbulkan kesan dramatik. Jika aksi ‘drift’ itu dibuang juga tidak mencacatkan plot cerita kerana babak itu tidak memberikan apa-apa kelebihan.

Rasanya lebih afdal jika babak kekeluargaan diselitkan supaya anak muda pada zaman ini lebih menghargai masa dengan keluarga, terutama pada hari perayaan.

Bagaimanapun, penulis memuji lakonan Wan Wai Fun dan Gan Jiang Han melakonkan watak ibu bapa Ah Beng. Wai Fun dengan bersahaja membawakan watak kurang siuman manakala Jiang Han membawakan watak seorang bapa kerana kasih sayang itu terpancar pada wajahnya, terutama ketika mengusap kepala Ah Beng.

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA