perekacerita
promosi perodua murah





Berani Punya Budak
Pengarah : Afdlin Shauki
Syarikat Penerbit : Vision Works (M) Sdn Bhd
Genre : Aksi, Komedi
Tarikh Tayangan : 26 April 2012
PELAKON: Afdlin Shauki, Awie, Sharifah Sofea



SINOPSIS BERANI PUNYA BUDAK
Shuhami Abdullah/Tong (Afdlin Shauki) baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.

Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan. Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia.

Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi ini, dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?

7 Petala Cinta
Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Genre : Cinta
Tarikh Tayangan : 15 Mac 2012
PELAKON: Aeril Zafrel, Diana Amir, Fizo Omar



DOWNLOAD 7 PETALA CINTA
HOTFILE = DOWNLOAD


SINOPSIS 7 PETALA CINTA

Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA.

ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.

Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.

Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar.

Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?



PISTACHIO DAYANA
Mula Tayangan: 8 MARCH 2011
Hari Tayangan: Khamis,
Masa Tayangan: 8.30 malam
MENGGANTIKAN DRAMA :AISHITERU (1 - 13 TAMAT)

DOWNLOAD PISTACHIO DAYANA
Pistachio dayana episod 01 = DOWNLOAD
Pistachio dayana episod 02 = DOWNLOADPistachio dayana episod 03 = DOWNLOADPistachio dayana episod 04 = DOWNLOAD
Pistachio dayana episod 05 =  DOWNLOADPistachio dayana episod 06 (TAMAT) = DOWNLOAD
KREDIT: Kepalabergetar



SINOPSIS PISTACHIO DAYANA
Dayana mempunyai seorang abang bernama Faris namun hubungan mereka tidak rapat semenjak ayah mereka berkahwin dengan setiausaha syarikatnya. Selepas kedatangan ibu tirinya, Dayana selalu menghabiskan masa di bilik dan sering melayari laman sosial ‘Facebook’ dan menggunakan “Pistachio Dayana” sebagai nama samarannya.

Dayana berkenalan dengan Ikhwan di dalam laman facebook, namun di dalam realiti mereka tidak ubah seperti anjing dan kucing. Dayana tidak tahu bahawa Kiwan Peas yang selalu chatting dengannya adalah Ikhwan. Lakonan pelakon-pelakon baru, Nuremy Ramli, Adey Safren, Shima Anuar.

PULAU (TV9)
HARI: Rabu
MASA: 10.30
PELAKON: Sharifah Amani, Bront Palarae, Amyza Aznan, Fazlina, Natasha Hudson



DOWNLOAD DRAMA PULAU (TV9)
Pulau Episode 01 = DOWNLOAD
Pulau Episode 02 = DOWNLOADPulau Episode 03 = DOWNLOADPulau Episode 04 = DOWNLOADPulau Episode 05= DOWNLOADPulau Episode 06 = DOWNLOAD
Pulau Episode 07 = DOWNLOAD
Pulau Episode 08(TAMAT) = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar




SINOPSIS DRAMA PULAU (TV9)
Pulau mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang telah memenangi pakej pelancongan ke Pulau Sanggar. Pelbagai cerita misteri tentang pulau ini telah didengari, namun adakah ia cuma khabar angin… atau adakah ia benar? Antara mereka yang mengikuti pelancongan ini adalah Yana (Sharifah Amani), seorang blogger terkenal yang sering mengupas tentang isu-isu semasa, Azri (Bront Palarae), seorang usahawan muda, Aqilah (Natasha Hudson), seorang pramugari, Noni (Amyza Aznan), Pali (Chomatt Samad) dan Pian Komando (Sufian Mohamed), krew bot dan Madam Zara (Fazlina Dato’ Haji Ahmad Daud), pemilik agensi pelancongan tersebut.

Dalam perjalanan ke Pulau Sanggar, mereka menemui kemalangan yang menyebabkan bot mereka rosak lalu terdampar di pulau itu tanpa sebarang keperluan asas. Setelah mereka sedar, bot mereka tidak kelihatan lagi dan lebih mengerikan apabila mereka menemuimayat salah seorang daripada pelancong itu.

Mereka mula belajar cara hidup di hutan, menyedari hakikat yang mereka tidak boleh berhubung dengan dunia luar serta tiada makanan dan punca air yang bersih.. Lebih mengerikan ialah apabila seorang demi seorang daripada mereka mati dibunuh kejam tanpa mengetahui siapa pembunuh sebenar di antara mereka. Misteri pulau ini dan setiap kematian di situ makin lama makin terungkai apabila masing-masing yang masih hidup nampak signifikasi setiap kejadian yang berlaku.

Singkap misteri yang menyelubungi pulau ini di dalam drama Pulau menerusi slot 9X pada setiap hari Rabu jam 10.30 malam dan juga siaran ulangannya pada hari Ahad jam 10.30 malam.

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA