perekacerita

Nongkrong
Pengarah : Ismail Bob Hashim
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi, Ngeri
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 10 Mei 2012
Durasi : 89 min





DOWNLOAD FILEM NONGKRONG
HOTFILE = DOWNLOAD
KREDIT: ??
SINOPSIS NONGKRONG
Mengisahkan tiga orang pemuda, Aman (Angah Raja Lawak), Bada (Shaheizy Sam) dan Cumi (Epy Raja Lawak) yang cuba mencari kekayaan dengan menggunakan jalan tidak sepatutnya iaitu meminta nombor ekor. Cumi yang terdesak ingin meminang kekasihnya, Lin (Nuremy Ramli) manakal Bada dan Aman yang mahu mengubah nasib keluarga tekad menemui bomoh bagi melaksanakan hasrat mereka.

Segala-galanya bermula apabila seorang bomoh handal menjalankan upacara memanggil Puteri Laut (Mon Ryanti) untuk membantu mereka. Puteri bersetuju dengan syarat, salah seorang dari mereka perlu berkahwin dengannya. Melihatkan kejelitaan Puteri, Bada tanpa bertangguh terus bersetuju. Usai sahaja upacara perkhawinan, Puteri bertukar rupa menjadi hantu yang menakutkan menyebabkan kesemua mereka terus lari lintang pukang. Bomoh pula telah dibunuh oleh hantu Puteri.

Hidup mereka berubah apabila hantu Puteri terus mengejar dan menghantu kehidupan mereka termasuklah menggangu Zura, isteri Aman yang sedang hamil dan Haryani, anak perempuan Bada yang masih kecil.

Pelbagai peristiwa yang ngeri campur lucu berlaku sehinggalah mereka mendapatkan bantuan daripada Azan iaitu abang kepada Aman. Azan yang bijak pandai, terus nampak dengan jelas apa yang diinginkan oleh hantu Puteri tersebut dan membuat keputusan untuk membantu mereka.

Dapatkan Azan menyelamatkan mereka ? Adakah akhirnya mereka akan sedar kesalahan sendiri dan berubah ? Semuanya akan terjawab dalam filem seram komedi terhebat ini, Nongkrong.

DRAMA MAHABBAH (TV3)
MULAI: 27 Mac 2012
MENGGANTIKAN: Pelangi Kasih.
HARI: Setiap Selasa dan Rabu 10.30 malam @ Khamis jam 9.30 malam.
PELAKON:Nur Fathia, Azlee Khairi, Dato Jalaluddin Hasan, Aida Aris, Fazlina Ahmad Daud dan Aiman Hakim Redza
SLOT: Samarinda TV3




SINOPSIS DRAMA MAHABBAH (TV3)
Mahabbah membuktikan setiap insan mempunyai persepsi tersendiri mengenai cinta. Tan Sri Sabri (Dato’ Jalaludin Hassan) menganggap sebuah perkahwinan itu tidak seharusnya berlandaskan cinta semata-mata, malah harus berlandaskan legasi perniagaan. Tan Sri Sabri menganggap Sabila (Nur Fathia Latiff) tidak layak untuk menjadi menantunya, malah merasakan Sabila adalah pesaingnya yang akan mempengaruhi hidup Iskandar. Dia merasakan hubungan itu perlu dihalang dan memaksa Iskandar (Azlee Khairi) untuk membuat pilihan, samada keluarga atau Sabila.

Walau apapun rintangan yang datang menguji, cinta Iskandar terhadap Sabila melebihi dari segalanya. Iskandar tetap dengan pendiriannya untuk berkawin dengan Sabila. Sesungguhnya, takdir menyebelahi Iskandar dan hajat untuk berumahtangga bersama Sabila menjadi kenyataan. Selepas berkahwin, mereka dianugerahkan cahaya mata yang bernama Asyraf. Meskipun kehidupan Iskandar bahagia di samping keluarga tersayang, namun di sebalik kebahagian itu dia terpaksa menanggung derita akibat daripada penyakit kanser yang dihadapinya.

Iskandar cuba menyembunyikan penyakit kanser yang dialaminya dari pengetahuan Sabila. Namun begitu penyakitnya itu bertambah teruk sehingga menyebabkan dia pengsan. Iskandar dikehendaki untuk menjalani pembedahan dan ini memaksa meminta pertolongan dari bapa mertuanya. Tan Sri Sabri bersetuju untuk menghulurkan bantuan tetapi mengenakan syarat supaya Sabila meninggalkan Iskandar dan Asyraf.

Sabila bersetuju untuk menuruti syarat bapa mertuanya itu dan meninggalkan Iskandar sejurus pembedahan dilakukan. Berbulan lamanya Iskandar menanti kepulangan Sabila. Namun penantian itu berakhir dengan kehadiran surat cerai daripada Sabila. Sabila terpaksa menipu dengan memberi alasan bahawa dia ingin kembali ke pangkuan bekas kekasihnya. Tan Sri Sabri berusaha untuk menjodohkan Iskandar dengan pilahannya, Kartina (Anzalna Nasir). Selepas beberapa tahun, Iskandar menjumpai Sabila menerusi majalah sebagai pereka fasyen yang berjaya.

Asyraf disahkan mempunyai masalah lemah jantung dan memerlukan penderma. Sejurus Sabila mengetahui mengenai penyakit yang dialami oleh Asyraf, dia terus datang untuk menghulurkan bantuan. Pada masa yang sama, Iskandar ingin mengetahui kebenaran daripada Sabila. Berjayakah Iskandar mendapat kebenaran yang bertahun lamanya disembunyi oleh Sabila? Adakah kepulangan Sabila akan mengubah segala-galanya? Berjayakah Iskandar dan Sabila mengecapi kebahagian yang pernah punah sebelum ini? Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya?

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Mahabbah menerusi slot Samarinda, setiap hari Selasa dan Rabu jam 10.30 malam manakala pada hari Khamis jam 9.30 malam di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikannya boleh menonton melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini mengenai drama MAHABBAH.



DOWNLOAD DRAMA MAHABBAH (TV3)
Mahabbah Episod 01 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 02 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 03 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 04 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 05 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 06 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 07 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 08 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 09 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 10 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 11 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 12 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 13 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 14 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 15 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 16 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 17 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 18 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 19 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 20 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 21 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 22 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 23 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 24 = DOWNLOAD
Mahabbah Episod 25 (TAMAT) = DOWNLOAD
KREDIT: Kepalabergetar

Puteri Pulau Tuba
TARIKH: 29 Mei 2012
SLOT: Citra,
HARI: Selasa,
MASA: 10.00 malam
PELAKON: Juliana Evans, Amin Abu Bakar, Faizal Husein, Enka Farhana, Ruminah Sidek dan Finie Don.



SINOPSIS PUTERI PULAU TUBA (TV2)
Puteri Pulau Tuba pula mengisahkan enam orang sahabat yang menyertai aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh sekolah ketika musim cuti persekolahan. Perkhemahan ini diadakan di Pulau Tuba.

Mereka sememangnya menyimpan impian untuk ke Pulau tersebut yang kaya dengan sejarah dan keindahannya. Tetapi berlaku kejadian yang tidak diingini apabila Ari tiba-tiba hilang. Apakah yang berlaku pada Ari? Adakah impian untuk bertemu Puteri Pulau Tuba menjadi kenyataan? Drama ini lakonan Juliana Evans, Amin Abu Bakar, Faizal Husein, Enka Farhana, Ruminah Sidek dan Finie Don.


EDISI KHAS MUSIM 2 (TV3)
Mulai: 7 Jun 2011,
Hari: Selasa
Masa:10.00malam.
Pelakon: Johan, Saiful Apek, Almy Nadia, Ropie Cecupak, Along Champ, Sharifah Shahira, Azlee Senario dan Achong

DOWNLOAD EDISI KHAS MUSIM 2
Edisi Khas Episode 1 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 2 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 3 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 4 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 5 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 6 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 7 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 8 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 9 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 10 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 11 = DOWNLOAD
Edisi Khas Episode 12 =
Edisi Khas Episode 13 =
Edisi Khas Episode 14 =
Edisi Khas Episode 15 =
Edisi Khas Episode 16 =
Edisi Khas Episode 17 =
Edisi Khas Episode 18 =
Edisi Khas Episode 19 =
Edisi Khas Episode 20 =
Edisi Khas Episode 21 =
Edisi Khas Episode 22 =
Edisi Khas Episode 23 =
Edisi Khas Episode 24 =
KREDIT: JIWANG, KEPALABERGETAR



EDISI KHAS MUSIM 2(TV3)
Edisi Khas telah mencuri perhatian para penonton dengan genre ‘spoof news’ di mana Johan, Saiful Apek, Almy Nadia, Ropie Cecupak, Along Champ, Sharifah Shahira, Azlee Senario dan Achong akan ‘membincangkan’ isu semasa dengan penuh drama. Episod pertama telah ditayangkan pada 7 Jun 2011, hari Selasa jam 10.00malam.

Johan memainkan peranan sebagai pengacara yang bergelar “Fifi Fairuz Fuyoo” yang akan memperkenalkan 3 segmen lakonan dalam setiap episod. Antara topik yang akan dipersembahkan melalui sketsa yang mencuit hati termasuk isu kad kredit di mana dua pasangan kekasih yang berbelanja sakan dengan kad kredit semata-mata untuk mengambil hati kekasihnya; Along pula berlakon sebagai individu yang melarikan diri daripada along (lintah darah) dan juga isu ‘kenapa wanita tempatan lebih tertarik kepada lelaki warga asing’. Selain itu, isu-isu yang dipaparkan dalam Edisi Khas termasuk “rasuah”, “peminta sedekah” , “mat rempit”, “pengurus wanita yang bersikap bossy”, ‘haruan makan anak” , “kepercayaan tahyul”, “sikap pentingkan diri di kalangan jiran”, “tak puasa dalam bulan Ramadan”, “remaja suka menjadi artis” dan lain-lain.

Aku Ada Kau Ada
Pengarah : Laila Rahila
Syarikat Penerbit : Pensil Pictures Sdn. Bhd. , Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi, Cinta
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 24 Mei 2012
Durasi : 90 min


SINOPSIS AKU ADA KAU ADA?
Nordin Ahmad (20) adalah pelajar tahun kedua yang teringin untuk dipandang “cool”. Masalahnya, setiap kali Nordin menjadi tumpuan, dia akan panik, mula batuk dan akhirnya muntah. Aziz pula, seorang pelajar poyo yang perasan popular, selalu menyakat Nordin. Aziz sangat sakit hati bila Nordin mendapat perhatian dari pelajar perempuan.

Tina (20) adalah pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin untuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas baran yang ditawarkan oleh Dr. Zida, kaunselor kolej. Tina tidak merasakan dia bermasalah walaupun dia sebenarnya adalah seorang panas baran tahap kronik. Namun bila mereka bertemu semula setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan sakit marah Tina menjadi makin menjadi.

Masalah menjadi lebih besar bila mereka disatukan dalam persembahan berkumpulan untuk kelas teater. Yang jelas, mereka saling membenci. Aziz suka Tina kerana dia melihat sendiri kebencian Tina pada Nordin. Makin lama mereka bertengkar, Tina tersedar yang dia sukakan Nordin, seperti 15 tahun dulu. Tina rasa dengan luahkan perasaan pada Nordin, dia akan dapat mengatasi sikap panas barannya tapi hanya jika Nordin menerima cintanya. Nordin pula kurang pasti jika dia betul-betul sukakan Tina jadi sebelum sempat Tina luahkan perasaannya pada Nordin, Nordin laksanakan “teknik istimewa”nya ke atas Tina.

Melalui “teknik istimewa”nya, Nordin yakin dia sukakan Tina tapi malangnya, teknik Nordin itu buat Tina yakin Nordin bencikan dia. Tina buat keputusan keluar dari kumpulan. Namun Nordin sedar yang ianya masih tidak dapat menyelesaikan masalahnya selagi dia tidak berterus terang dengan Tina.

Namum pada hari persembahan, kumpulan Nordin mengalami masalah bila apa yang dirancang tidak menjadi. Bila keadaan mula terdesak, Tina muncul dan buat persembahan bersama Nordin. Mereka pamerkan sebuah persembahan yang mantap.

FILEM: Hoore-Hoore!
GENRE: Muzikal
ARAHAN: Saw Teong Hin
PELAKON: Kilafairy, Akim AF, Nurfarah Nazirah, Harun Salim Bachik, Adibah Noor dan Fauziah Nawi
TAYANGAN: 24 Mei 2012.



SINOPSIS HOORE HOORE
Filem ini mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah.

Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman.

Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah.

Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu.

Arah Lain Ke Syurga
TARIKH: 22 Mei 20128 Mei 201
SLOT: Citra,
HARI: Selasa,
MASA: 10.00 malam
PELAKON: Wan Sharmila, Aznah Hamid, Norman Hakim, Kenchana Dewi dan Tan Mei



SINOPSIS ARAH LAIN KE SYURGA (TV2)

berlatarkan cerita Qaseh yang melarikan diri untuk berkahwin dengan Haikal. Namun sebenarnya Haikal memiliki niat jahat dan telah merogolnya.

Qaseh diselamatkan oleh sepasang suami isteri berbangsa India bersama anaknya yang masih kecil. Berlaku kejadian yang tidak diingini apabila mereka terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan suami isteri itu meninggal di tempat kejadian. Bayi mereka terselamat dan Qaseh menjaga anak itu dengan penuh kasih sayang. Anak itu diberi nama Soraya. Setelah beberapa tahun berlalu, Soraya dijejaki oleh neneknya, Prema.



Ghost Buddies
Bahasa : Mandarin
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 10 Mei 2012
Durasi : 96 min



SINOPSIS GHOST BUDDIES

Filem ini adalah sebuah komedi yang mengisahkan Hui, seorang jurumekap di sebuah rumah mayat. Hui seorang yang tekun dan baik hati yang sentiasa menjalankan tanggungjawabya dengan sepenuh hati. Tetiba suatu hari, dia dengan tidak sengaja boleh melihat roh orang yang telah meninggal dunia dan dapat bercakap dengan si "dia".

Semenjak itu, Hui telah berkawan dengan roh-roh yang berkeliaran di rumah mayat itu. Kisah lucu mulalah menimpa ke atas Hui dan kawan-kawan barunya apabila dia menolong mereka menunaikan hajat yang tidak dapat dilaksanakan setelah meninggal

LARA HATI (TV9)
Slot Ratu
MULAI: 1 Mei 2012,
HARI: setiap Isnin dan Selasa,
MASA:8.30 malam.
PELAKON: Noorkhiriah dan Rusdi Ramli
EPISOD: 14 episod



DOWNLOAD LARA HATI
Lara Hati Episod 01 = DOWNLOAD
Lara Hati Episod 02 = DOWNLOAD
Lara Hati Episod 03 = DOWNLOAD
Lara Hati Episod 04 = DOWNLOAD
Lara Hati Episod 05 = DOWNLOAD
Lara Hati Episod 06 = DOWNLOAD
Lara Hati Episod 07 = 22 MEI
Lara Hati Episod 08 = 28 MEI
Lara Hati Episod 09 = 29 MEI
Lara Hati Episod 10 =
Lara Hati Episod 11 =
Lara Hati Episod 12 =
Lara Hati Episod 13 =
Lara Hati Episod 14 (TAMAT) =
KREDIT: Kepalabergetar



SINOPSIS LARA HATI (TV9)
mengisahkan tentang Roseida (Noorkhiriah) yang menjadi kegilaan ramai lelaki sejak di bangku sekolah lagi tetapi fokusnya hanya untuk belajar dan mengubah nasib keluarganya. Keharmonian keluarganya mula terganggu apabila ibunya (Lydiawati) mengahwini Mat Isa. Roseida berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan menjalinkan hubungan dengan Hadeef lakonan Rusdi Ramli. Kehidupannya mula berubah apabila bapa tirinya meninggal dunia dan memberi kesan pada kedudukan kewangan keluarganya. Untuk menampung perbelanjaan Roseida di universiti, ibunya memaksa dia berkahwin dengan seorang pegawai pemasaran, Roslin (Faizal Hussein). Tidak lama selepas perkahwinan mengejut itu Roseida disahkan mengandung dan Roseida tidak lagi mahu meneruskan pengajiannya di universiti.

Sepuluh tahun kemudian, semasa Roseida ke hospital untuk melawat suaminya yang koma akibat ditimpa kemalangan, dia terserempak dengan cinta pertamanya Hadeef. Setelah Roslin pulih daripada koma, dia diceraikan.

Tidak ingin terus dihimpit kesedihan, Roseida nekad untuk memulakan hidup baru. Roseida berbaik semula dengan Hadeef namun terpaksa memendam perasaan apabila mendapat tahu bahawa Hadeef adalah teman lelaki adiknya Roseliza (Sharifah Sakinah). Haruskah Roseida mengalah demi kebahagiaan adiknya atau terus mengejar kebahagiaan yang telah lama diimpikannya?

CINTA BERKALUNG DURI (TV2)
EPISOD: 26 episod
MULAI: 29 April lalu,
HARI: setiap Ahad,
MASA: 9.00 malam di TV2.
PELAKON: Dato’ Rahim Razali, Dato’ Jalaluddin Hassan, Janet khoo, Zulhuzaimi, Rizal Ayub, Anne Abdullah, Almy Nadia dan Aida Khaleda



SINOPSIS CINTA BERKALUNG DURI (TV2)
Segalanya bermula apabila Shira yang disahkan mengidap sakit barah hati mula mencari calon isteri yang sesuai untuk suaminya, Arman. Dia dapat merasakan dirinya tidak dapat bertahan lama lalu dia berharap agar dapat menjodohkan Arman dengan wanita yang baik sekaligus menjadi ibu kepada anaknya yang masih kecil, Fifi.

Permintaan Shira amat berat untuk dilakukan oleh Wani namun dia kemudiannya menurut amanat terakhir wanita yang banyak membantunya itu. Sejak berada di rumah anak yatim lagi, Shira rajin melawat dan memberi perhatian terhadapnya.

Kepulangan Rustam dari luar negara mengundang konflik dalam keluarganya. Dia dihantar ke luar negara bukan untuk melanjutkan pelajaran sebaliknya dihantar berubat kerana dirinya yang hiper aktif sejak kecil. Keluarga Arman bertegas menghantar Rustam kononnya untuk memulihkan sikap Rustam seperti orang lain. Sebenarnya mereka kurang senang dengan kehadiran cucu mereka itu dalam rumah besar mereka. Shira yang tidak punyai pilihan lain hanya menurut walau pun berat hati.

Dalam keadaan sakit, Shira gembira bila Rustam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Seisi keluarga begitu yakin yang Rustam sudah pulih dan sudah melupakan segala kenangan pahit yang dia lalui ketika putus cinta bersama kekasihnya dahulu. Tanpa diketahui, Rustam masih sakit dan masih menderita dalam diam.

Impian Rustam ingin memilki Wani akhirnya hancur berderai apabila Shira meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat yang mahu Wani mengahwini Arman. Fifi yang telahpun rapat dan manja dengan Wani gembira apabila Arman dan Wani akhirnya bersetuju untuk mendirikan rumahtangga.

Rustam menyimpan kekecewaan dan dendam dlam diam. Perkahwinan Wani dan Arman sedikitpun tidak melenyapkan rasa cintanya terhadap Wani walaupun kini Wani bakal menjadi ibu tirinya. Namun kebahagiaan tidak berpihak pada Wani apabila menjelang hari pernikahan Arman terlibat dalam kemalangan jalanraya dan disahkan lumpur separuh badannya.

Nasib malang yang menimpa Arman ditangisi oleh seisi keluarga kecuali Rustam yang melihat keadan Arman mampu memberinya peluang untuk kembali merebut Wani dari Arman. Dia menyangkakan Wani pasti akan meninggalkan Arman yang sudah hilang upaya. Sangkaan Rustam meleset sama sekali apabila melihat Wani terus setia menjaga Arman dan akhirnya selamat menjadi isteri Arman yang sah.

Dia begitu sabar dan setia menjaga dan melayani Arman. Kesetiaan Wani membuatkan Rustam semakin menganguminya. Cintanya terhadap Wani terus membuak buak hingga akhirnya menganggu kewarasan dia berfikir dan bertindak. Akibatnya Rustam sanggup menabur fitnah dan mengupah Jelita demi untuk memburukkan imej Arman di mata Wani.

Namun, desakan cinta telah menjadikan Rustam buta hati dan perasaan, dia lupa bahawa batasan agama menghalang dia dari memiliki Wani sekalipun Amran sudah tiada di dunia. Bisikan syaitan menjadikan Rustam hilang pertimbangan. Apakah yang berlaku terhadap mereka kemudiannya?

ANTARA KITA (TVi)
MULAI: 13 Mei
TV: TVi (Saluran 180 Astro).
HARI: setiap Ahad,
MASA: 9.00 malam,
PELAKON: Zaibo, Bell Ngasri dan Fara Fauzana



SINOPSIS ANTARA KITA (TVi)
mengisahkan tentang kehidupan Pak Adman yang membuka sebuah syarikat agensi papan pengiklanan secara kecil-kecilan.Pak Adman telah lama menduda setelah kematian isterinya. Dia kemudiannya tinggal bersama anak kembar perempuannya, Ain dan Nurul. Ain dan Nurul kini menuntut di pusat pengajian tinggi. Pak Adman terlalu sayangkan anak-anaknya dan pada masa yang sama juga risaukan anak-anaknya kerana mereka kini sudah dewasa dan mudah terdedah kepada dunia luar.

Situasi itu menyebabkan adakalanya dia dilihat seperti mengongkong anak-anaknya. Dia akan mengambil tahu apa saja yang dilakukan oleh kedua-dua anaknya. Dia akan menjadi lebih risau jika ada lelaki ingin mengganggu atau memikat anak-anak-anaknya. Begitu juga sekiranya mereka tidak menjawab telefon kerana anak-anaknya masih muda dan belum bersedia berdepan cabaran hidup.

Satu perkara yang Pak Adman lupa ialah anak-anaknya kini telah remaja dan dalam usia yang begini berbagai-bagai dugaan yang terpaksa mereka tempuhi. Apatahlagi Nurul dan Ain merupakan dua orang gadis yang cantik. Pasti ada sahaja lelaki yang cuba memikat mereka. Inilah perkara paling utama yang merisaukan Pak Adman kerana baginya lelaki cuma ingin mengambil kesempatan ke atas diri anak-anaknya.

Ain dan Nurul mempunyai perwatakan yang berbeza walaupun mereka kembar tak seiras. Ain yang sulong walaupun bersikap happy go lucky tetapi lebih bertanggungjawab. Nurul pula seorang gadis yang sentiasa ceria dan bersikap agak sambil lewa dalam segala hal. Adakalanya mereka akan merasa bosan jika ayah mereka terlalu mengongkong.

Pergerakan mereka sentiasa dipantau oleh Pak Adman menerusi dua orang pekerjanya, Jay dan Airil. Mereka diupah supaya mengintip pergerakan mereka dan mengorek rahsia anak-anaknya. Tambahan pula Ain dan Nurul tahu ayah mereka tidak suka mereka mempunyai teman lelaki.

Jay dan Airil masing-masing berusia awal 20-an. Jay dan Airil walaupun bersahabat tetapi mempunyai perangai dan sikap yang berbeza. Jay lebih ceria setiap masa dan seperti tidak pernah ada masalah. Tidak pernah serius dalam segala hal. Manakala Airil walaupun bekerja tetapi masih bercita-cita tinggi ingin menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Maka Pak Adman akan selalu memberikan tanggungjawab lebih kepada Airil.

Setiap hari jika tiada kelas, Ain dan Nurul sering menghabiskan masa mereka di tempat kerja ayah mereka. Ain akan menolong ayahnya dan Nurul lebih suka mengacau mereka. Airil pula dalam diam sukakan Ain tetapi malu untuk menyatakannya dan Ain juga dalam diam sukakan Airil tetapi malu untuk menyatakannya.

Mampukah cinta mereka bersatu? Atau ianya tersekar di tengah jalan bila Pak Adman mengetahui hal yang sebenar?

PROSA CINTA EMBUN (TVi)
PELAKON: Zoey Rahman, Faralyna Idris, Shenthy Feliziana, Eric Fuzi dan Nad Zainal.
EPISOD: 13 episod
MULAI: 11 Mei 2012,
HARI: setiap Jumaat,
MASA: 9.00 malam



SINOPSIS PROSA CINTA EMBUN
berkongsi kisah apabila pembentangan tugasan tentang budaya dan tradisi kaum Dayak ditertawakan oleh teman sekuliah dan pensyarahnya, empat sekawan, Azlan, Ben, Ally dan Dawn memutuskan pergi sendiri ke kawasan pendalaman – Kg. Sg. Dayak di Sarawak.

Sejak perjalanan sampai ke kampung itu, Azlan bermimpikan gadis bernama Embun yang merupakan anak kepada Tuai Rumah, Pak Sampit. Sebaik tiba di sana Azlan bertelagah dengan Ben kerana mereka masing-masing menyukai Embun.

Lalu Pak Sampit memberikan 3 syarat untuk dipatuhi oleh kedua-duanya. Mereka mesti melepasi ujian kemahiran dalam 3 perkara iaitu berburu, menangkap ikan dan minda mesti kuat. Pak Sampit mengajar mereka dengan bersungguh-sungguh. Mereka juga tekun menerima ilmu daripada Pak Sampit.

Muncul watak Mat Juih, seorang penduduk kampung yang hidup senang dan moden setelah pulang dari merantau. Mat Juih terpikat dengan Embun dan bersemuka dengan Pak Sampit memberitahu hajatnya untuk meminang Embun tetapi Pak Sampit menolaknya dengan lembut.

Mat Juih tidak puas hati dengan penolakan Pak Sampit lalu cuba menggunakan ilmu sihir mengenakan Pak Sampit. Pak Sampit jatuh sakit dan dia mula hilang ingatan sehinggakan Azlan dan Ben pun sudah tidak dikenalinya lagi.

Ketika itu hanya seorang pawang yang tinggal nun jauh di tengah hutan bernama Tok Tok yang mampu mengubat santau dan racun dalam tubuh Pak Sampit yang terlalu kuat. Azlan dan Ben melarang Embun yang berkeras mahu ke hutan mencari penawar ayahnya. Lalu mereka pun masuk ke hutan. Pelbagai dugaan dihadapi mereka hingga mengakibatkan mereka putus asa.

Sementara itu Mat Juih semakin berleluasa menambah pengaruhnya mengajak penduduk kampung menjual tanah mereka. Akhirnya mereka putus asa kerana Azlan dan Ben masih tidak kunjung tiba membawa penawar buat Pak Sampit yang tinggal ‘nyawa-nyawa ikan’.

Pada saat genting itulah Tok Tok muncul menyelamatkan keadaan. Namun mampukah mereka mencari penawar seperti yang diperlukan? Siapa pula yang menjadi pilihan Embun untuk dijadikan teman hidup?

Saksikan kesudahannya hanya di TVi (Saluran 180 Astro).

PUAKA BUNGA TANJUNG (TV9)
HARI: Setiap Rabu
MASA: 10.30 Malam
PELAKON: Nelydia Senrose, Faizal Hussein, Namron dan Fizz Fairuz.



DOWNLOAD PUAKA BUNGA TANJUNG (TV9)
Puaka Bunga Tanjung Episod 01 = DOWNLOAD
Puaka Bunga Tanjung Episod 02 = DOWNLOAD
Puaka Bunga Tanjung Episod 03 = DOWNLOAD
Puaka Bunga Tanjung Episod 04 = DOWNLOAD
Puaka Bunga Tanjung Episod 05 = DOWNLOAD
Puaka Bunga Tanjung Episod 06 =
Puaka Bunga Tanjung Episod 07 =
Puaka Bunga Tanjung Episod 08 (TAMAT) =
KREDIT: Kepalabergetar


SINOPSIS PUAKA BUNGA TANJUNG (TV9)
Puaka Bunga Tanjung mengisahkan mengisahkan kisah silam dua generasi yang datang semula kepada sebuah keluarga akibat balas dendam selepas 30 tahun. Drama Puaka Bunga Tanjung berlatarkan zaman 1960-an dan moden yang menyelitkan hubungan cinta dua generasi yang melalui kitaran hidup berbeza melalui zaman perubahan sepanjang permusuhan Pak Malik dan Fansuri yang hadir dalam bentuk baru. Permusuhan Pak Malik dan Andaman memang sudah lama diketahui sejak berada dalam seni perguruan silat kira-kira 30 tahun lalu. Fansuri tidak tahu Mayang adalah anak dara sunti Pak Malik yang tidak mahu anaknya itu berkawan dengannya.

Mayang Bidari, gadis desa yang cantik tapi sering kesunyian sangat menyukai bunga tanjung sejak kecil. Bila umurnya 21 tahun, Mayang mula membuat karangan bunga tanjung dan di hanyutkan ke sungai pada setiap malam bulan mengambang sebagai mencari pasangan hidupnya sekiranya bunga itu di sambut oleh seseorang jejaka lain yang tahu menilai erti karangan bunganya itu.

Sikap pelik Mayang itu dan suka memakai bunga tanjung di tepi telinga atau di sanggulnya sering di marahi bapanya Pak Malik yang benci perihal bunga tanjung tetapi di sokong oleh ibunya Mak Diah yang mengamalkan amalan itu yang di warisi nenek moyang mereka.

Pelakon Nelydia memegang dua watak dalam drama iaitu sebagai Mayang dan Sanur yang agak pelik dan suka keluar pada waktu senja.

Banyak perkara terungkai dalam drama ini, apatah lagi Mayang seorang yang suka perkara berkaitan mistik seperti bunga tanjung, bulan, malam dan alam semula jadi.

Apa cuba ditonjolkan adalah mengenai dunia lain termasuk pendekatan perubatan Islam untuk menghindari gangguan halus.

CINTA LUAR BIASA (TV1)
EPISOD: 13 episod
MULAI: 1 Mei 2012,
HARI: setiap Isnin hingga Khamis,
MASA: 11.30 pagi di TV1.
PELAKON: Natasha Hudson dan Eizlan Yusof, Zachery F, Zain Saidin, Rozita Che Wan dan Tia Fatihah



SINOPSIS CINTA LUAR BIASA (TV1)
Lina Rahman, penyanyi terkenal dan mempunyai ramai peminat, dan salah seorang peminat setianya Datuk Sharul Lamin. Mereka mula mesra ketika kereta Lina rosak dan kebetulan Datuk Sharul yang selalu mengunakan jalan itu terserempak dengan Lina dan menolongnya.

Perhubungan Lina dan Datuk Sharul dapat dihidu oleh wartawan tetapi Lina selalu menafikan kerana bimbang isteri Datuk Sharul mengetahui cerita yang sebenarnya. Namun hakikatnya cinta Datuk Sharul hanya bertepuk sebelah tangan kerana Lina sebenarnya hanya menganggap Datuk Sharul sebagai teman rapatnya.

Rumah tangga Datuk Sharul mula bergolak dan perkara itu berlaku bukan disebabkan kehadiran Lina sebaliknya Datin Mona yang mula berubah sikap terhadap suaminya. Datuk Sharul cuba menyelamatkan rumahtangganya tetapi tidak berjaya. Akhirnya mereka bercerai dengan talak satu. Setelah bercerai, Datuk Sharul melamar Lina untuk menjadi isterinya tetapi Lina meminta tempoh kerana dia baru saja hendak mengembangkan sayapnya untuk menjadi seorang pelakon setelah berjaya menjadi penyanyi. Datuk Sharul terus mendesak, sehingga hubungan mereka juga mula retak.

Konflik berkembang apabila Lina mula menjalinkan hubungan Romzi Zahid, artis lelaki terkenal setelah mereka sama-sama membintangi sebuah filem. Lina jatuh cinta pada Romzi dan begitu juga sebaliknya.

Cerita itu sampai ke pengetahuan Datuk Sharul yang kemudiannya cuba untuk memutuskan hubungan keduanya. Datuk Sharul menyiasat latar belakang Romzi dan mendapat tahu yang Romzi telah berkahwin tetapi dia merahsiakan perkahwinannya kerana takut peminatnya akan lari apabila tahu dia telah berkahwin. Lina sedih dengan apa yang berlaku dan telah memutuskan hubungannya dengan Romzi. Cubaan Datuk Romzi memujuk Lina masih gagal dan membuatkannya kecewa dan cuba melupakan Lina.

Datin Mona telah menubuhkan syarikat rakaman dan meminta Lina menjadi penyanyi syarikatnya yang pertama. Lina menerima tawaran daripada Datin Mona dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat. Datuk Sharul pula tidak dapat menganggu Lina lagi kerana bekas isterinya selalu bersama dengan Lina.

Namun Lina terperanjat apabila Datin Mona memperkenalkan Romzi sebagai kekasihnya. Sebenarnya Romzi hanya inginkan duit Datin Mona. Apabila Lina mengetahui tujuan Romzi, dia menceritakan semuanya namun Datin Mona tidak mempercayai dan menuduh Lina dengan bermacam-macam tuduhan yang tidak berasas dan mula memusuhi Lina.

Sejak itu kehidupan Lina mula suram. Tawaran menyanyi dan berlakon mulai berkurangan kerana Datin Mona telah memburuk-burukkan nama Lina kepada semua wartawan malah ramai penerbit takut hendak mengambil Lina untuk mengambil bahagian di dalam pertunjukan pentas dan juga di dalam drama mereka.

Datuk Sharul bersimpati dengan keadaan hidup Lina lalu cuba membantunya dengan menggunakan orang lain, Zaidi Hussin untuk dipertanggungjawabkan bagi membantu menaikan nama Lina semula. Zaidi telah berusaha dengan sedaya upaya dengan bantuan Datuk Sharul sehinggalah nama Lina kembali terkenal. Segalanya atas usaha Datuk Sharul yang sememangnya mencintai Lina.

Saksikan kesudahan drama menarik mengisi slot Bidadari hiburan pagi hari anda ini hanya di TV1.

CAMAR PUTIH (TV1)
MULAI:9 Mei
EPISOD: 13 episod
SLOT: Cindai
HARI: setiap Isnin hingga Khamis,
MASA: 3.05 petang di TV1.
PELAKON: Juhara Ayob, Zack Kool, Hairie Othman, Z.Zamrie, Shukri Awang, Othman Zaharuddin, Myza Aryqa, Lan Siro, Asmira, Alias Ismail dan Maimon Mutalib,



SINOPSIS CAMAR PUTIH (TV1)
Camar Putih mengajak penonton berkongsi aksi di gelanggang kumpulan persilatan, Camar Putih di sebuah kampung di Terengganu. Watak utamanya Pak Da lakonan Zack Kool bergandingan dengan Bibah (Juhara Ayob) mengajar ilmu persilatan kepada anak-anak buahnya ‘bunga’ silat yang sangat kemas dan tangkas pergerakannya.

Satu hari Pak Da bertarung dengan Wangkulan yang suka menindas nelayan di kampung mereka. Pak Da berjaya menewaskan Wangkulan menyebabkan tanah milik Wangkulan terpaksa diserahkan kepada Pak Da sebagai memenuhi tawaran Wangkulan sendiri.

Bibah seringkali lewat sampai ke tempat latihan menyebabkan Pak Da menyedari Bibah terlibat dengan kumpulan Rodat. Dia menasihati Bibah agar meninggalkan Rodat yang kemudiannya membuatkan Bibah berada dalam dilema.

Sobri, ahli kumpulan Rodat mengajak Bibah menyertainya membuat persembahan ke seluruh Terengganu. Lama berfikir akhirnya dia bersetuju. Namun sebenarnya Pratchai, ketua kumpulan Rodat yang menyuruh Sobri memujuk Bibah menyertai mereka. Pratchai mempunyai niat yang tidak baik terhadap Bibah. Sobri cuba menyelamatkan Bibah dan tanpa diduga kemudiannya mereka kahwin lari di negara jiran dan terus berhijrah ke sana. Begitu pun setelah beberapa bulan berkahwin, Bibah meninggalkan Sobri dan kembali ke Terengganu dalam keadaan dirinya yang sedang sarat mengandung.

15 tahun berlalu, Bibah berhasrat membawa anaknya, Alia bertemu Pak Da untuk mempelajari ilmu silat. Alia tidak berminat kerana baginya silat sudah tidak relevan pada kehidupan hari ini. Puas Bibah cuba meyakinkan Alia silat dapat membantunya mempertahankan diri namun Alia tetap dengan pendiriannya.

Begitu pun kejadian pembunuhan yang berlaku terhadap Bibah mengubah pendirian Alia. Dia bersama teman baiknya, Isma nekad memujuk Pak Da untuk mempelajari seni silat. Dia mahu membalas dendam terhadap pembunuh ibunya.

Pada mulanya Pak Da berkeras enggan mengajar Alia tetapi bila terbongkar rahsia Alia anak kepada Bibah dan atas dasar apa Alia mahu belajar, Pak Da mula lembut hati mahu menjadikan Alia anak muridnya dan mengajar Alia mengatur gerak dan langkah teknik-teknik ilmu persilatan Camar Putih seperti yang diperturunkan kepada Bibah dulu.

Sementara itu Sobri cuba menjejak Alia. Namun mampukah dia menyembunyikan kenyataan yang kematian isterinya Bibah memang ada kaitan dengannya? Dapatkah Alia menuntut bela atas kematian ibunya? Bagaimana pula bila gerak silat Pak Da bertarung dengan permainan Mua Thai oleh Pratchai atas dasar dendam lama?

Kongsikan babak-babak seni persilatan yang penuh mencabar ini hanya di TV1.

APA CELOP (TV3)
slot: Aksi TV3
Mulai: 20 Februari 2012,
HARI: setiap hari Isnin
MASA: 9.00 malam.
EPISOD: 13 episod
PELAKON: Kamal Adli, Taiyuddin Bakar, Wan Sharmila, Amanda Misbun, Ika Nabella, Azad Jasmin, Fendi Balas, Zed Zaidi, Shenthy Feliziana, Anne Abdullah, Den Wahab, Rahim Omar, Dian P.Ramlee dan Kuna.




DOWNLOAD DRAMA APA CELOP (1 - 13 TAMAT)
Apa Celop Episod 01 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 02 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 03 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 04 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 05 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 06 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 07 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 08 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 09 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 10 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 11 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 12 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 13 (TAMAT) = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar. jiwang



SINOPSIS APA CELOP (TV3)
APA CELOP memaparkan pelbagai dilema dan masalah pelumba-pelumba haram yang menjalani kehidupan mereka di kota metropolitan Kuala Lumpur.Padat dengan aksi yang memukau mata, APA CELOP turut menyelitkan elemen-elemen komedi dan kisah cinta yang romantis. Mengisahkan tentang Aman (Kamal Adli) dan Sawi (Taiyuddin Bakar) bercadang untuk berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasih mereka, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella). Namun, niat baik mereka sering terhalang dek pelbagai masalah yang timbul selepas itu.

Aman telah berlumba dengan Mako (Azad Jasmin), seorang Raja Rempit yang juga ketua samseng dimana seorang gadis kampung, Marsha (Wan Sharmila) dijadikan habuan kepada pemenang. Bagi menyelamatkan Marsha daripada menjadi habuan, Aman bertekad untuk menang perlumbaan tersebut. Kemenangan Aman telah mencalar maruah Mako yang tidak pernah kalah.

Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Marsha telah hilang ingatan selepas kemalangan jalanraya yang turut melibatkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti.

Kebaikan Marsha telah menyebabkan Aman menganggapnya sebagai adik angkat. Sebenarnya, Marsha sangat berdendam dengan Aman yang menjadi punca kematian tunangnya di dalam satu perlumbaan haram yang lepas dan telah berpakat dengan Mako untuk memusnahkan hidup Aman. Pada waktu yang sama, Mako mempunyai perasaan terhadap adik perempuan Aman, Sofia (Shenthy Feliziana).

Hubungan Aman dan Julia serta Sawi dan Munirah dilanda konflik selepas mengetahui kehadiran Marsha. Julia mula rapat dengan seorang ahli perniagaan, Zahid (Zed Zaidi) untuk menyakitkan hati Aman. Zahid yang dibebani hutang sanggup menjual Julia. Bagi menyelamatkan Julia, akhirnya Aman bersetuju untuk berlumba dengan Mako. Satu perlumbaan yang akan menentukan nasib Aman dan Julia terletak dalam genggaman tangan Mako. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA