perekacerita

BOLT (TV2)
TARIKH: 29 Jun 2012
HARI: Jumaat
MASA: 10.00 malam
PELAKON: John Travolta (Bolt) dan Miley Cyrus (Penny) selain Susie Essman (Mittens), Mark Walton (Rhino) dan Malcolm McDowell (Dr. Calico),



SINOPSIS BOLT (TV2)
mengangkat kisah seorang wanita bernama Penny dan anjing peliharaannya, Bolt sama-sama membintangi rancangan televisyen “Bolt” di mana Bolt kononnya ada kuasa untuk mengalahkan musuhnya, Dr. Calico. Oleh kerana Bolt hidup dalam dunia perfileman, dan percaya bahawa dia memiliki kuasa seperti yang dilakonkannya, maka dia tidak tahu macamana mahu hidup seperti anjing sebenar.

Setelah selesai menjalankan satu episod drama, Bolt percaya bahawa Penny diculik lantas meninggalkan set dramanya. Namun, Bolt tersilap apabila dia termasuk ke dalam kotak yang berisi Styrofoam dan dibawa ke dalam lori ke New York, 5000 kilometer jauh dari Hollywood, Los Angeles.

Setibanya di sana, Bolt bertemu Mittens, seekor kucing hitam bermata hijau. Oleh kerana Mittens bermata hijau dan kononnya dialah kucing kepada Dr Calico, maka Bolt meminta tolongnya untuk pulang ke Hollywood. Mereka pun memulakan perjalanan mereka merentasi Amerika Syarikat. Sedang di Hollywood, Penny sedih kerana ditinggalkan oleh Bolt. Namun pengarah drama itu menggantikan Bolt dengan yang serupa dengannya. Sepanjang perjalanan Bolt mendapati salakan terkuatnya tidak berfungsi.

Oleh kerana Bolt merasa lapar secara tiba-tiba, maka Bolt mencari makanan bersama Mittens yang banyak membantunya. Sampainya mereka di tapak perkhemahan, mereka menemui sahabat baru, Rhino (seekor hamster). Seterusnya, ketiga-tiga ekor bersahabat itu meneruskan perjalanannya. Mittens memberitahu bahawa salakan terkuat itu tidak benar, namun perbualannya terhenti apabila mereka berhenti di Pusat Kawalan Haiwan. Lantas Mittens dan Rhino ditangkap. Bolt cuba menyelamatkan Mittens, begitu juga dengan Rhino. Akibatnya, sebuah tong oksigen meletup, namun mereka selamat.

Mereka meneruskan perjalanan menyusuri negara Amerika Syarikat dan belajar kehidupan sebenar anjing. Namun, Mittens mahu berhenti hingga Las Vegas, Nevada (500km dari Hollywood). Mittens memberitahu Bolt bahawa kehidupannya dan cintanya dengan Penny itu tidak benar, namun Bolt mahu juga meneruskan perjalanannya 500km lagi. Mittens sedih, tapi Mittens masih mencari tempat berteduh untuk Bolt. Tapi, Bolt tidak mahu dan meneruskannya sendirian. Rhino pula memujuk Mittens dan mereka menyambung perjalanannya.

Akhirnya, Bolt kembali ke studio Sovereign Entertainment di Hollywood. Namun, Bolt sedih kerana wujud anjing lain berlakon di samping Penny. Namun, semasa lakonan Penny, anjing seakan Bolt takut dan menjatuhkan bara api yang mengakibatkan kebakaran. Apabila kebakaran, mereka masuk ke dalam studio. Bolt bertemu semula Penny dan menyelamatkan diri mereka. Apabila Bolt mengeluarkan salakan terkuat, mereka terselamat.

Adakah Bolt akan terus berada di samping Penny atau pun dia memilih menjalani kehidupan baru sebagai kucing biasa bersama teman-teman barunya Mittens dan Rhino? Saksikan kesudahan filem ini hanya di TV2.

HAPUSLAH AIR MATAMU
Pelakon: Datuk Sharifah Aini dan Broery Marantika
TARIKH: 29 Jun 2012,
MASA: 2.30 petang.



SINOPSIS HAPUSLAH AIR MATAMU (TV2)
Filem ini mengisahkan seorang penyanyi yang berasal dari kampung, Aini (Sharifah Aini) lupa daratan setelah terkenal sebagai artis rakaman. Aini seorang gadis kampung yang bersopan santun serta berbudi tinggi.

Atas galakan Adi (Latiff Ibrahim), kekasihnya yang sedang menuntut di universiti dia berjaya menjadi seorang penyanyi yang diminati ramai. Adi begitu menyokong cita-cita Aini dan sering membantunya dalam segala hal.

Sementara itu pengurus syarikat piring hitamnya memberi peluang Aini untuk berpadu suara dengan penyanyi terkenal Indonesia, Broery (Broery Marantika). Tanpa diduga, lagu yang menggabungkan mereka diterima ramai baik di Malaysia mahu pun di Indonesia. Sejak itulah bermula titik kejayaan dalam kerjayanya sebagai penyanyi yang menyebabkan namanya semakin terkenal dan menjadi rebutan syarikat piring hitam.

Ketika itu juga kelab-kelab malam telah menawarkannya membuat persembahan dengan bayaran yang tinggi. Semasa Aini dengan Broery di Indonesia, dia berubah menjadi angkuh dan sombong. Aini merasakan dirinya hebat dan hanya layak di damping oleh orang-orang kaya dan terkenal. Kemuncaknya dia melupai janji-janjinya yang lalu terutama kepada ibu dan kekasihnya.

Lebih menyedihkan apabila ibunya pergi ke kelab untuk menemuinya, dia memarahi serta menghina ibunya menyebabkan ibunya merajuk lalu jatuh sakit. Justeru masih adakah ruang buat Aini kembali ke pangkal jalan?

Imbas kembali drama menarik menyayat hati ini hanya di TV2.




MAEL LAMBUNG THE MOVIE
MULAI: 21 JUN 2012
PELAKON: Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Taiyudin Bakar ( Tai ), Shenty Feliziana dan ramai lagi.



SINOPSIS MAEL LAMBUNG THE MOVIE

Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.

Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.

Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.

Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang berlaku seterusnya?



MAEL LAMBUNG VS AH CHAI THE MOVIE (2012)

Sungguh hebat fenomena MAHARAJA LAWAK (MINGGU 1 - 13 TAMAT) di industri hiburan malaysia.. Berita terkini Maharaja lawak Jozan akan berlakon 1 filem arahan ahmad idham. Berita ini disahkan daripada tweet pengarah & pelakon Ahmad Idham (@Ahmad_Idham) menyatakan bahawa karakter Mael Lambung dan Ah Chai yang dibawa oleh Jozan bakal difilemkan dan akan diberi judul Mael Lambung vs Ah Chai The Movie. Semua ini atas desakan peminat-peminat Jozan sendiri kata beliau dalam tweetnya. Mungkin genre filem ini adalah aksi komedi dan proses penggambaran akan dimulakan pada bulan September ini. Jika benar, agak menarik juga apabila Ah Long bertarung dengan penarik kereta.




Pengambaran filem ini bermula bulan september ini.. Kami sangat bersetuju agak filem ini dibuat dengan segera hihihi... Kami juga harapkan agar peserta MAHARAJA LAWAK (MINGGU 1 - 13 TAMAT) seperti SEPAH, JAMBU, NABIL mempunyai filem komedi mereka tersendiri



MEMBERKU HAWA
HARI: Ahad di TV3
MULAI: 15 April
MASA: 7.30 malam.
PELAKON: Faezah Elai, Sharnaaz Ahmad, Nad Zainal, Lash Mokhtar, Dazrin Kamarudin dan Christina Suzanne.


DOWNLOAD MEMBERKU HAWA
Memberku Hawa Episod 01 = DOWNLOAD
Memberku Hawa Episod 02 = DOWNLOAD
Memberku Hawa Episod 03 = DOWNLOAD
Memberku Hawa Episod 04 = DOWNLOAD
Memberku Hawa Episod 05 = DOWNLOAD
Memberku Hawa Episod 06 = DOWNLOAD
Memberku Hawa Episod 07 = DOWNLOAD
Memberku Hawa Episod 08 = DOWNLOAD
Memberku Hawa Episod 09 = DOWNLOAD
Memberku Hawa Episod 10 = DOWNLOAD
Memberku Hawa Episod 11 =
Memberku Hawa Episod 12 =
Memberku Hawa Episod 13 =
Kredit: kepalabergetar, ohumedia.com



SINOPSIS MEMBERKU HAWA
Siri drama Memberku Hawa bakal membawa para penonton menyelami sebuah perjalanan yang mengusik jiwa lagi ekspresif melalui kehidupan dua protagonis dan berlatarbelakangkan gaya hidup masa kini yang pesat serta serba kompetitif.

mengisahkan dua sahabat baik Kay(Nad Zainal) dan Hawa (Faezah Elai) yang sedang mencari pekerjaan yang sesuai, salah seorang dari mereka telah mendapat peluang pekerjaan yang baik. Manakala seorang lagi masih berusaha lagi mencari yang terbaik.

Sini Motor
MULAI: 19 Jun lalu,
HARI: setiap Selasa,
MASA: 2.30 petang



SINOPSIS SINI MOTOR
program Sini Motor dikendalikan oleh Alif Satar, Sini Motor mengajak penonton ‘terjun’ mendalami dunia permotoran yang memaparkan pelbagai infomasi unik tentang motor berkuasa tinggi, teknik berlumba di litar, cara pemakaian semasa menunggang motor, motosikal klasik dan banyak lagi yang menarik.


ABRAHAM LINCOLN VAMPIRE HUNTER
Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Ngeri / Seram
Tarikh Tayangan: 21 Jun 2012
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Timur Bekmambetov
Pelakon: Benjamin Walker, Anthony Mackie, Dominic Cooper, Mary Elizabeth Winstead, Rufus Sewell



SINOPSIS ABRAHAM LINCOLN VAMPIRE HUNTER
Filem ini mengisahkan presiden Amerika Syarikat yang ke-16 Abraham Lincoln, semasa dia masih kecil, dia mendapati ibunya berada dalam keadaan kesakitan. Selepas beberapa tahun selepas kematian ibunya,

dia telah mendapat tahu kematiannya ibunya adalah disebabkan oleh puntianak. Dia yang mengenal pasti puntianak itu dan telah membunuh puntianak tersebut. Selepas daripada kejadian tersebut, dia nekad untuk menghapus puntianak-puntianak yang berada di Amerika.

HAPPY GO LUCKY
Tarikh siaran: 23 Jun 2012
Hari: Sabtu,
MASA: 8.30 malam



SINOPSIS HAPPY GO LUCKY (8TV)
Hock Lee Poh merupakan seorang kaki judi dan sangat percayakan Feng Shui. Malangnya tuah sentiasa tidak berpihak kepada Lee Poh. Donna yang merupakan anak perempuan Poh mengamalkan gaya hidup mewah dan banyak menghabiskan masa dan wang di kelab malam.

Berbeza dengan Fu Xin yang merupakan anak kedua Poh yang baik hati namun dikatakan pembawa malang dalam keluarga gara-gara lahir pada waktu yang kurang baik mengikut kalendar Cina. Namun Fu Xin sebenarnya merupakan ‘Lucky Star’ yang berkebolehan menukar kejadian buruk untuk menjadi lebih baik. Fu Xin banyak berkorban untuk keluarga dan suatu hari beliau secara tidak sengaja berjaya membantu Poh memenangi wang perjudian. Malangnya tuah tidak selalunya bersama Poh kerana Poh dan Donna kalah teruk dalam perjudian dan terperangkap di sebuah jalan di Cambodia. Apakah nasib mereka berdua di sana? Adakah Fu Xin akan datang menyelamatkan mereka?

FILEM: Janda-Jandaku Gangster
ARAHAN: Ahmad Rusli Khadri
PELAKON: Intan Ladyana, Diana Amir, Siti Chubby, Liana Rafiai, Nuremy Ramli dan Chloe Nicole
GENRE: Komedi aksi
TAYANGAN: 7 Jun 2012




DOWNLOAD X - JANDA JANDAKU GANGSTER
HOTFILE = DOWNLOAD


SINOPSIS X - JANDA JANDAKU GANGSTER
5 bekas isteri. 1 cinta sejati. Ada berani? Hafiz merupakan seorang lelaki yang percayakan cinta, tetapi malang dalam percintaannya. Di awal zaman remajanya dulu, dia telah ditangkap basah sehingga menyebabkan dia dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan yang berperwatakan tomboy. Sungguhpun tiada rasa cinta, persamaan yang ada pada mereka menjadikan hidup Hafiz gembira. Malangnya, selepas ibu Hafiz nampak bagaimana Hafiz dan ’isterinya’ sama-sama mengorat wanita lain, ’hubungan’ mereka itu akhirnya menjadi masalah.


Hafiz melepaskan isteri pertamanya, dan menyerahkan tugas mencari isteri kedua, kepada ibu bapanya. Ibu bapa Hafiz mencari pula seorang calon isteri yang taat dan patuh. Pada peringkat permulaannya, Hafiz memang suka sekali mendapat isteri yang suka melayannya, tetapi lama-kelamaan, dia rimas sekali dengan sikap isterinya yang semakin hari, semakin robotik tanpa sebarang perasaan. Jodoh mereka berakhir juga.


Calon isteri ketiga Hafiz merupakan seorang wanita kaya dan sombong bernama Sophie. Mereka berkenalan kerana minat yang sama dalam bidang permotoran, tetapi, selepas Sophie mendapat tahu tentang rahsia Hafiz yang pernah berkahwin lain, ditambah pula dengan sikap Hafiz yang suka mengikis wangnya, hubungan itu diputuskan pula oleh Sophie. Hafiz menemui isteri keempat di kawasan litar yang sama. Wanda seorang gadis litar yang seksi, dan suka berterus terang tentang statusnya yang merupakan seorang janda. Hafiz tidak kisah akan status itu, tetapi apa yang mengejutkannya ialah perangai Wanda yang amat pengotor dan selekeh - berlainan sekali dengan imej seksi dan bersih Wanda di luar. Hafiz bertambah terkejut lagi apabila mengetahui Wanda mempunyai 6 orang anak daripada 3 bekas suami dari bangsa, negara dan keturunan yang berbeza. Hafiz tak tahan dan terus angkat kaki.


Hafiz berkenalan pula dengan Ziana di dalam satu kemalangan jalanraya. Ziana seorang kerani akaun yang amat prihatin terhadap nasib binatang. Melihat betapa prihatin Ziana menjaga binatang peliharaan ini, Hafiz pasti bahawa Ziana mampu menjadi isterinya yang mithali. Namun selepas perkahwinan, masalah berlaku lagi. Ziana memang pandai menjaga, tetapi Hafiz tertekan dengan sikap mengongkong dan queen controlnya. Dalam diam, Hafiz berkenalan dengan Arisa, seorang model sambilan. Kali ini, Hafiz percaya dia sudah menemui cinta sejati buat kali terakhirnya. Setahun berlalu semenjak Hafiz menjatuhkan talak ke atas Ziana, Hafiz pun memberanikan diri untuk melamar Arisa. Namun, Sophie yang berada semasa Hafiz melamar Arrisa enggan berputus asa. Dia mengumpulkan semua bekas isteri Hafiz untuk membalas perbuatan Hafiz itu. Arisa terkejut selepas mendapat tahu sejarah hidup Hafiz bersama-sama bekas isterinya.

Dia enggan menerima Hafiz lagi, dan bersetuju untuk meneruskan perkahwinan terancang dengan lelaki pilihan keluarganya. Akibatnya, Hafiz jatuh ke gaung depresi. Bekas-bekas isterinya mula berbelah bahagi. Ada yang mahu membantu Hafiz mendapatkan Arisa sebagai isteri terbaru. Ada pula yang mahu memastikan Arisa tidak terus menjadi mangsa terbaru Hafiz. Siapakah yang berjaya? Siapakah yang layak mencintai siapa? Semuanya bakal terjawab dalam komedi romantik yang penuh bermesej ini.

Tears Of The Mum
Genre : Drama
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 14 Jun 2012
Durasi : 93 min
Audio : Stereo
Format : 35mm



SINOPSIS TEARS OF THE MUM
Ibu dan bapa Coco (Amber Chia) adalah pendatang yang tiba dari China. Mereka menetap di Tawau dan membina ladang kelapa sawit dan ladang koko. Terdapat pokok-rumah di hadapan rumahnya dimana kawan-kawan zaman kanak-kanak Coco berkumpul. Ia adalah sebuah tempat yang penuh dengan kegembiraan dan kesedihan. Sebaliknya, ibu (Anita Phang) watak utama, Ah Soon (Johnson Low) adalah seorang guru.

Dia menjadi penjual ikan selepas kematian mengejut suaminya demi untuk menyara keluarganya. Ah Soon remaja (Yap Chou Chuen) adalah seorang kanak-kanak yang taat. Dia merupakan seorang pemain badminton dalam pasukan sekolahnya. Selain membantu ibunya di pasar ikan setiap hari, beliau menghabiskan cuti dengan bekerja untuk jirannya Ah Xiong (Hero Tai) untuk mencari wang saku dan pergi menyelam bersama dengan Kimura (Kimura Takahiro) seorang penyelam dari Jepun. Semasa perjalanan, mereka telah didatangi lanun dan akhirnya mereka menjadi sahabat baik. 7 tahun kemudian, tahun 1997, rakan zaman kanak-kanak Ah Soon, Azlan (Azzaly B. Ismail) menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang pemain badminton negara. Mereka adalah remaja muda dan bercita-cita tinggi yang membesar bersama di kampung, akhirnya mereka membuat haluan hidup secara berasingan untuk memenuhi impian mereka. Coco pula menghadapi dilemma untuk memutuskan sama ada untuk mewarisi perniagaan keluarganya atau mengejar impiannya. Akhirnya dia memilih untuk menjadi supermodel.

Ah Soon yang datang dari keluarga miskin terpaksa menahan diskriminasi daripada orang lain, namun dengan hati yang tabah dan galakan daripada rakan-rakan dan ibunya, dia telah mengharumkan nama negara dalam sukan badminton dan bermain dengan baik sekali. Namun begitu, apabila dia tercedera dan ibunya mengalami penyakit mata dan kerana sikap dan nafsu terburu-buru itu telah membawa dia untuk membuat keputusan mengejutkan antara keluarga dan kasih sayang.



THE BRIDE WITH WHITE HAIR (TV2)
SLOT: Golden Dragon
HARI: Khamis,
MASA: 10.00 malam
TARIKH: 21 Jun 2012
PELAKON: Sunny Chan, Joey Meng, Christy Chung, Brigette Lin dan Leslie Cheung, Briggette Lin dan Leslie Cheung



SINOPSIS THE BRIDE WITH WHITE HAIR 2 (TV2)
0 tahun kemudiannya Yi-Hang telah berada di dalam Gunung Salji Shin Fung menunggu untuk bunga yang jarang diperolehi untuk mekar bagi mengubati isterinya. Secara perlahan-lahan dia membunuh semua anggota Lapan puak Big. Ketika itu rambut Yi-Hang telah bertukar putih rambut dan menyebabkannya menjadi tidak waras.

Anak saudara Yi-Hang, Kit telah berkahwin dengan Lyre setelah keduanya dilamun cinta. Pada malam perkahwinan mereka, Ni-Chang, pengantin perempuan dengan rambut putih telah menculik Lyre dan melarikannya.

Ketika itu juga Kit cuba untuk memimpin sebuah parti penyelamat tetapi terpaksa berdepan dengan pihak lawan yang menggerunkan. Adakah Yi-Hang datang dalam masa yang tepat masa bunga mekar untuk melembutkan hati Ni-Chang?

ANDAIKU TAHU (TV2)
EPISOD: 13 Episod
slot Selekta Prima
MULAI: 21 Jun 2012,
HARI: setiap Khamis,
MASA: 9.00 malam.
PELAKON: Julia Ziegler, Shahrolnizam, Lisdawati, Puteri Fateen Nasuha dan Norman Hakim,



SINOPSIS ANDAIKU TAHU (TV2)
Menggantikan drama bersiri Makbul, ia mengisahkan Rohim, seorang lelaki yang bergelar suami, ayah dan anak kepada seorang ibu tunggal. Rohim memiliki seorang adik perempuan yang langsung tidak memahami hati seorang wanita walaupun kehidupannya dikelilingi oleh golongan wanita. Dia merasakan dirinya telah cukup memahami keperluan wanita.

Rohim berasakan dirinya cukup sempurna dan berjaya jika dibandingkan dengan rakan seusianya. Pada usia yang muda, dia telah memiliki empayar perniagaan yang hebat atas usahanya sendiri, keluarga yang bahagia serta anak perempuan yang cemerlang dalam pelajarannya bernama Norita.

Merasakan dirinya cukup sempurna, Rohim menjalinkan hubungan dengan Bella, setiausaha peribadinya yang lebih urban berbanding isterinya, Intan yang dirasakan kekampungan. Demi menjaga hati keluarga, anak dan suami yang dicintainya, Intan melakukan pengorbanan besar meminang Bella untuk suaminya.

Sayangnya pengorbanan Intan itu tidak dihargai oleh Rohim. Setelah berkahwin dengan Bella, dia mula mengabaikan Intan dan keluarganya. Ketika itu juga, Norita menyalahkan ibunya kerana mengizinkan ayahnya berkahwin lain.

Intan mengharapkan ‘payung syurga’ tetapi sebaliknya Bella bukanlah wanita seperti yang disangkakannya. Bella mahu merebut sepenuhnya kasih sayang dan kebahagiaan daripada Rohim yang sebelum ini menjadi milik Intan dan Norita. Dia mahu Rohim menceraikan Intan.

Campur tangan keluarga Rohim yang sedar Intan dipergunakan sebaliknya menimbulkan rasa marah dalam diri lelaki itu. Dia memarahi Intan yang tidak tahu menahu rancangan keluarga Rohim mahu mengembalikan Rohim ke pangkal jalan.

Intan kemudiannya membawa diri mencari ketenangan. Norita juga menumpang tinggal di rumah kawannya. Sangkaan Rohim Bella akan terus setia kepadanya meleset. Satu hari rahsia Bella menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain terbongkar. Rohim mula terfikir kekurangan dirinya hingga membuatkan Bella sanggup bermain kayu tiga, rumah tangganya porak peranda dan hubungan dengan keluarganya makin renggang.

Dalam usaha mencari semula jawapan itu, Rohim bertemu Norisah, seorang isteri teraniaya, Ika, seorang anak yang terabai dan Rohani, seorang ibu yang dahagakan kasih sayang seorang anak. Setelah pertemuan dengan ketiga-tiga wanita itu, Rohim mula sedar tentang isi hati seorang wanita. Namun adakah semuanya telah terlambat?

PARUT ASHIKIN
PENGARAH:Sabri Yunus
SLOT: Blockbuster Ahad
SALURAN: Astro Citra (saluran 131), Mustika HD (saluran 134)
TARIKH: 17 Jun ini,
MASA: 10 malam.
PELAKON: Eman Manan, Erra Fazira, Haryanto, Along Ezendy, Bohari Ibrahim dan Liza Abdullah.




DOWNLOAD PARUT ASHIKIN
HOTFILE: DOWNLOAD
Kredit:
SINOPSIS PARUT ASHIKIN (ASTRO CITRA)
Parut Ashikin mengisahkan percintaan antara Muas lakonan Eman dan wanita muda bernama Ashikin (Erra). Tanpa pengetahuan Ashikin, Muas menyimpan satu rahsia besar yang sangat dikesalinya.

Ketika muda, Muas dan sahabat karibnya, Lazim (Bohari) bersembunyi dalam rumah bagi mengelakkan ditangkap penduduk kampung.

Mereka membunuh pemilik rumah itu dan ketika menguruskan mayat, ada wanita yang menunggu masa melahirkan bayi dalam kandungan menjerit di muka pintu. Wanita itu terkejut melihat kehadiran dua lelaki tidak dikenali menguruskan mayat suaminya.

Muas sedar sampai masa wanita itu bersalin dan membantu wanita itu biarpun ditegah Lazim. Muas memenuhi permintaan wanita itu supaya mengiqamatkan bayi yang dilahirkan.

Ketika itu Muas terdengar bisikan supaya melakukannya dengan ikhlas kerana bayi itu adalah jodohnya. Selesai memenuhi permintaan itu, dia terdengar lagi bisikan supaya menjaga anak itu dengan baik kerana kematiannya nanti berpunca daripada gigitan labah-labah hutan.

Muas tiba-tiba naik angin lalu mengambil kerambit dan mengelar bayi itu. Orang ramai yang mendengar jeritan menerpa ke rumah itu. Muas berjaya melepaskan diri, tetapi Lazim berjaya ditangkap.

Bila Papa Pakai Kebaya
TARIKH: 17 Jun
slot Panggung Ahad
PELAKON: Siti Fazurina, Zaibo, Maimon Mutalib, Yus Raja Lawak, Zarina AF dan Kismah Johar ini.



SINOPSIS BILA PAPA PAKAI KEBAYA (TV1)
Bila Papa Pakai Kebaya mengetengahkan watak Zaini yang menjadi penganggur setelah dibuang kerja oleh majikannya. Dia berusaha gigih mendapatkan pekerjaan namun nasib tidak menyebelahinya kerana tawaran kerja hanya terbuka luas kepada golongan hawa.

Satu hari dia mendengar cerita majikan isterinya memerlukan pekerja untuk menjadi penyambut tetamu dan telefon. Namun tawaran itu hanya untuk wanita. Ketika itu terlintas di fikirannya untuk menyamar sebagai wanita dengan mengenakan kebaya untuk ke tempat kerja. Pada masa yang sama dia dapat memantau pergerakkan isterinya yang seringkali pulang kerja lewat.

Zaini seronok dengan penyamarannya hingga satu hari ianya terbongkar. Lalu apakah yang terjadi seterusnya? Apakah rahsia yang disembunyikan Maria daripada pengetahuan Zaini apabila satu hari dirinya ditangkap curang dengan bekas teman lelakinya, Ashraf? Siapa pula Suhana yang muncul di pertengahan telemovie ini?

SEINDAH SAKURA (TV3)
MULAI: 7 Mei 2012
MASA: 7 Malam
HARI: Setiap isnin - khamis
EPISOD: 24 Episod
PELAKON: Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato' Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Mak Mah, Zul Huzaimy dan ramai lagi



DOWNLOAD DRAMA SEINDAH SAKURA (TV3)
Seindah Sakura Episod 01 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 02 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 03 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 04 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 05 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 06 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 07 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 08 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 09 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 10 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 11 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 12 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 13 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 14 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 15 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 16 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 17 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 18 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 19 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 20 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 21 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 22 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 23 = DOWNLOAD
Seindah Sakura Episod 24 (TAMAT) = DOWNLOAD
KREDIT: Kepalabergetar, jiwang



SINOPSIS DRAMA SEINDAH SAKURA (TV3)
Drama ini membuktikan hakikat sebuah kehidupan di dunia yang sementara ini sememangnya penuh dengan ranjau berduri. Kegagalan dan kekecewaan bagaikan sudah sebati dalam tubuh gadis yang bernama Shakira. Namun hatinya terus berpesan agar tidak terus kecundang dalam melayari perjalanan kehidupan yang singkat. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, Rohani namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah. Sesungguhnya Shakira amat merindui ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya terus hilang tanpa khabar berita.

Roda terus berputar dan tanpa disedari Shakira kini sudahpun menjangkau usia remaja dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dengan baju yang bertampal sana sini, kasut yang koyak rabak, rambut tidak terurus dengan penampilan yang selekeh, Shakira sering kali diejek oleh rakan-rakan sekelas yang lain. Kadang kala, Shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan Nek Kiah yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima kehadiran Airil, seorang cikgu baru yang tampan dan cukup berdedikasi demi mendidik para pelajar agar menjadi insan yang berguna.

Sikap Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas telah mendapat perhatian Airil. Tanpa soal selidik, Airil terus mendenda Shakira agar gadis itu sedar atas kesilapannya, namun Shakira langsung tidak mengendahkan teguran Airil kerana baginya orang seperti Airil tidak akan memahami situasi orang miskin sepertinya. Ini membuatkan guru baru itu bertambah geram dengan Shakira dan sering mencari kesalahan Shakira. Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil sendiri pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek Shakira yang telah dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering tidak hadir ke sekolah. Saat itu, perasaan bersalah bertalu-talu menghimpit diri Airil. Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman Shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.

Datuk Malik, bapa saudara kepada Airil merupakan seorang pengusaha yang kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah Shakira. Datuk Malik melayan Shakira seperti anaknya sendiri dan Shakira pula bersyukur dengan perhatian dan bantuan yang diberikan Datuk Malik. Shakira tidak pernah menunjukkan perasaan sukanya pada Airil tetapi dia sering dilihat seperti tertunggu dengan kedatangan cikgu yang ternyata berbeza dengan tanggapan pertamanya dulu. Sekarang Shakira dapat menumpukan perhatian pada pelajaran.

Baru beberapa hari dia mengecapi saat gembira bersama neneknya, Rosnah muncul di rumah mereka dalam keadaan yang berkudis di seluruh tubuhnya serta tak bermaya. Shakira begitu gembira dengan kepulangan Rosnah akan tetapi neneknya seperti tidak selesa dengan kepulangannya kerana merasakan Rosnah akan membebankan Shakira. Telahan nenek Kiah ternyata tepat. Keadaan Rosnah mengakibatkan Shakira kelam kabut untuk menjaga nenek dan ibunya. Apabila nak ke sekolah saja, Rosnah akan memanggil meminta pertolongan untuk membuang air. Malah ada juga beberapa kali Shakira tak sempat memapah Rosnah ke bilik air, dan najisnya tercicir di lantai. Shakira pada mulanya agak tertekan dengan situasi baru yang melanda dirinya tetapi nasihat Airil sentiasa menyejukkannya.

Orang kampung begitu membenci dengan kepulangan Rosnah yang membawa penyakit AIDS. Malah Shakira dan nenek Kiah juga terkena tempias menjadi mangsa kebencian penduduk kampung apabila mereka dipulaukan oleh penduduk kampung. Akhirnya penderitaan Rosnah berakhir setelah beliau meninggal dunia. Kemudian Datuk Malik telah mempelawa Shakira dan neneknya untuk berpindah di rumahnya. Jika sebelum ini Airil jarang ke rumah Datuk Malik tetapi kini dia sering balik setiap hujung minggu untuk menemui Shakira. Airil makin terpikat dengan sifat Shakira yang sopan, sabar, selamba. Akan tetapi Airil berasa terperangkap dengan janjinya bersama arwah isteri Datuk Malik untuk berkahwin dengan anak mereka iaitu Anida.

Sejak kehadiran Shakira di rumah Datuk Malik, Anida adalah orang yang paling tidak menyukainya kerana beranggapan Shakira gadis miskin dan kotor yang telah merampas perhatian ayah dan Airil daripada dirinya. Shakira selalu dikutuk dan dihina oleh Anida. Tiap kali Anida nampak Airil mesra dan bergurau senda dengan Shakira, setiap kali itu jugalah Anida akan membalas semula dengan perbuatan yang menyakitkan Shakira. Anida memainkan peranannya untuk mempengaruhi Airil tentang keburukan Shakira yang diciptanya sendiri. Suatu hari Ainida telah memfitnah Shakira dengan memerangkap Shakira di dalam bilik Airil. Airil yang terkejut melihat Shakira yang hanya memakai sehelai tuala terus percaya dengan fitnah Anida yang Shakira adalah gadis tak bermoral kerana sanggup menggodanya. Kejadian itu telah menyebabkan Airil menghantar Shakira ke rumah perlindungan gadis, Rumah Bakti Kasih tanpa berbincang dengan Datuk Malik yang ketika itu berada di luar daerah. Airil yang kecewa dengan apa telah terjadi, dengan hati yang berat dia telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Datuk Malik membawa Shakira pulang ke rumah. Shakira berasa hairan melihat Datuk Malik yang seperti resah dan punya masalah. Apabila ditanya, Datuk Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut dan tak menyangka Datuk Malik yang selama ini dianggap ikhlas rupanya punya niat lain dan mahukan balasan. Namun apakah akan terjadi seterusnya? Adakah Shakira akan memperjudikan nasibnya dengan berkahwin bersama Datuk Malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya itu? Ataupun Shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu Airil? Antara Airil dan Datuk Malik, siapakah menjadi pilihan Shakira? Siapakah pula Putera Haziq dalam hidup Shakira? Apakah tindakan jahat yang akan dilakukan oleh Anida untuk menyekat Shakira mengecapi kebahagian? Mampukah Shakira menikmati kebahagian tanpa pengorbanan?

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA