perekacerita
Promosi perodua myvi

BAITUL RAHMAT (TV1)
PELAKON: Yatt Hamzah, Azza Elite, Kismah Johar, Nor Albaniah dan Engku Fridah
HARI: sepanjang Ramadan ini setiap hari,
MASA: 7.30 malam



SINOPSIS BAITUL RAHMAT (TV1)
Kisahnya bermula apabila Hashim, Hanim dan Husna bergaduh besar untuk menentukan siapa yang patut menjaga ibu mereka, Maimunah yang sudah uzur. Hashim dan Hanim yang sudah berumahtangga memberi bermacam alasan hingga Husna akhirnya yang masih bujang akur menjaga Maimunah.

Namun Husna sebenarnya miliki niat jahat mahu membolot harta ibunya secara rahsia. Satu hari berlaku kejadian yang membuatkan Husna begitu marah terhadap ibunya. Dia kemudiannya menghantar Maimunah tinggal di rumah kebajikan Baitul Rahmat. Meskipun puas Maimunah memujuk namun anak kandungnya itu tetap dengan pendiriannya meninggalkan ibunya di situ.

Masa berlalu tidak pernah sekali pun Husna atau anak-anaknya yang lain datang melawat Maimunah. Walaupun sedih dia mula membiasakan diri tinggal bersama teman-teman senasib dengannya termasuklah Khalijah, Rahmah, Mak Cik Adibah, Hasnah dan juga Wan. Apatahlagi penyelia di situ menjaga kebajikan mereka dengan baik sekali.

Kepada merekalah dia meluahkan rasa sedihnya. Hampir tiap malam dia menangis, tetapi lama kelamaan dia boleh menerima yang anak-anaknya sudah pun melupakan dirinya. Cerita teman-temannya di situ lebih kurang sama dengannya. Anak-anak mereka boleh dikatakan berjaya dalam kehidupan masing masing, tapi apakan daya mereka menolak untuk menjaga orang tua sendiri.

Juriah,penyelia rumah orangtua tersebut cuba menceriakan hari hari di Baitul Rahmat dengan berbagai aktiviti menarik agar semua orang tua yang ada di sana tidak sedih. Mana taknya, Juriah dibesarkan di rumah anak yatim dan dia tidak pernah dapat merasa kasih sayang ibu bapa. Jadi kepada orangtua yang ada di sinilah Juriah menumpang kasih dan syukurlah, mereka semua hargai dan menerima Juriah dengan tangan terbuka.

Di situ Maimunah juga berkongsi kisah Hamidun yang ditinggalkan anak-anak di tepi jalan sebelum diterima tinggal di Baitul Rahmat. Nasib Hamidun lebih malang kerana hanya beberapa hari tinggal di situ, Hamidun meninggal dunia. Namun tiada seorang pun anaknya yang hadir menuntut mayatnya malah jenazah Hamidun dikebumikan di tanah perkuburan tanpa waris terletak berhampiran Baitul Rahmat.

Ramadan semakin berakhir. Ketika itu Maimunah mula jatuh sakit. Begitu pun tidak seorang daripada anak-anak yang datang melawat selain Husna yang memaksanya menukarkan nama terhadap harta yang dimilikinya. Malah Husna membohongnya untuk membawa dia pulang ke rumah.

Maimunah merana dengan tindakan anak-anaknya. Lalu bagaimanakah penyudah jalan hidupnya? Adakah dia senasib dengan Hamidun yang tidak dituntut mayatnya di Baitul Rahmat? Saksikan kesudahannya penghujung Ramadan ini di TV1.


FILEM: Ice Age 4: Continental Drift
ARAHAN: Steve Martino dan Mike Thurmeier
PELAKON: Ray Romano, Denis Leary dan John Leguizamo
GENRE: Animasi
TAYANGAN: 12 Julai 2012
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari



SINOPSIS ICE AGE 4 - CONTINENTAL DRIFT
Ice Age 4 Continental Drift kali ini mengisahkan Manny, Sid, Diego dan rakan rakan mereka yang terpaksa belayar di’lautan di’atas sebuah bongkah ais yang tidak sebesar mana.

Sepanjang pelayaran mereka, memang pelbagai cabaran lucu yang terpaksa mereka lalui dan di’tambah lagi beberapa watak yang menambah perisa jalan cerita.

Antara’nya adalah teman romantis Diego bernama Shira yang di’suarakan oleh Jennifer Lopez, nenda Sid (Wanda Sykes) yang sangat petah bercakap dan semestinya watak antagonis.


KELUARGA ISKANDAR
MULAI: 3 Julai 2012.
MASA: 9 pagi
EPISOD: 15 episod
PELAKON: Azhar Sulaiman, Susan Lancester, Anita Baharom, Zain Ruffedge, Hilal Azman, Kismah Johar dan ramai lagi



SINOPSIS KELUARGA ISKANDAR (ASTRO PRIMA)
Drama Keluarga Iskandar mengisahkan tentang seorang ibu yang tegas dan penyayang bernama Mak Jah yang berusaha sedapa upaya untuk menyatukan anak-anak, menantu dan cucu-cucunya yang dilanda perpecahan.

Ada tiga generasi dalam cerita Keluarga Iskandar dan menyentuh tentang isu masyarakat Malaysia di mana kita dapat lihat nenek dan datuk dalam filem ni sangat moden, dah pandai guna iPhone dan bijak menggunakan internet untuk mencari anaknya di Facebook.




INDERA JONED (TV3)
TARIKH: 21 Mei 2012,
HARI: setiap hari Isnin
MASA: 9.00 malam.
PELAKON: Aiman Hakim Redza, Anzalna Nasir, Puteri Sarah, Hairul Azreen, Syazwan Zulkifly, Qushairi Razali (Qi) dan ramai lagi.



DOWNLOAD INDERA JONED
Indera Joned Episod 01 = DOWNLOAD
Indera Joned Episod 02 = DOWNLOAD
Indera Joned Episod 03 = DOWNLOAD
Indera Joned Episod 04 = PART1, - PART2
Indera Joned Episod 05 = DOWNLOAD
Indera Joned Episod 06 = DOWNLOAD
Indera Joned Episod 07 = DOWNLOAD
Indera Joned Episod 08 =DOWNLOAD
Indera Joned Episod 09 = DOWNLOAD
Indera Joned Episod 10 = DOWNLOAD
Indera Joned Episod 11 = DOWNLOAD
Indera Joned Episod 12 =
Indera Joned Episod 13 =
Kredit: kepalabergetar


SINOPSIS INDERA JONED (TV3)
Berkonsepkan drama komedi, ‘Indera Joned’ mengisahkan Indera Joned yang dianggap sebagai seorang lagenda di Bukit Bunuh. Beliau amat dikenali sebagai pejuang yang sentiasa mempertahankan harta pusaka daripada dirampas oleh kumpulan Bintara Hitam.

Setelah bertahun lamanya, kini Bukit Bunuh terkenal dengan kewujudan pelbagai bahan artifak yang amat berharga. Sekumpulan anak muda bersama Prof. Dr. Azli telah tiba di Bukit Bunuh bagi melakukan aktiviti ekskavasi dengan bantuan pertolongan Epul. Namun pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa mereka tempuhi. Berjayakah mereka menjumpai artifak berharga? Apakah kaitan pengembaraan ini dengan mitos Indera Joned?

MENCARI RESIPI TEMURUN
HARI: Isnin & Selasa,
MASA: 6.30 petang



SINOPSIS MENCARI RESIPI TEMURUN (TV9)
Mencari Resipi Temurun yang memasuki musim kedua ini merupakan sebuah program majalah yang menampilkan resipi tradisi turun-temurun yang terdapat di seluruh Malaysia. Program yang mengandungi 8 episod ini dihoskan oleh chef selebriti Anis Nabilah Umaruddin. Beliau akan membawa penonton mencuba resipi-resipi tradisi tempatan tetapi terkenal di luar negara. Antara negara yang dijelajahi oleh beliau ialah Phuket, Makasar dan Cape Town.

Pastikan anda tidak lupa untuk menyaksikan rancangan ini dikaca tv anda kerana chef Anis akan menunjukkan kelainan juadah berbuka puasa untuk anda sekeluarga. Mencari Resipi Temurun tahun ini diterbitkan oleh Ezzah Aziz Fawzy.


RAMADAN BERSAMA NAIDA (TVi)
episod: 13 Episod
SALURAN: TVi (Saluran 180 Astro)
HARI: setiap Isnin,
MASA: 12.00 tengahari,
PENGACARA: Naida
MULAI: 30 Julai



SINOPSIS RAMADAN BERSAMA NAIDA (TVi)
mengajak penonton mempelajari perbezaan masakan, budaya dan cara hidup yang perlu diadaptasi oleh mereka untuk menyesuaikan diri hidup di negara kita. Ia sedikit sebanyak menyumbangkan info tentang negara Islam yang lainnya.

Episod pertama membawa penonton berkenalan dengan Ala Salih, pemilik restoren Sahara Tent di Bukit Bintang dan mengimbas kenangannya menyambut Ramadan bersama keluarga tersayang di Iraq. Penonton turut diperkenalkan kepada masakan dari Iraq ketika berbuka puasa dia restorennya. Ala Salih berkongsi pengalamannya sebagai warga Iraq yang pertama membuka restoren di sini dan bagaimana ini membuka peluang kepada banyak pelancong untuk datang ke Malaysia kerana adanya banyak pilihan makanan di sini. Encik Ala Salih juga berkongsi pendapat tentang persaman dan perbezaan budaya dan makanan di Iraq dan Malaysia.

Kemudiannya teruskan bersama Mounira adalah seorang pelajar di IIUM yang meminati bidang bisnes. Dia dilahirkan dia Arab dan berpindah ke Chad Afrika. Impiannya menjadi kenyataan apabila dia diterima belajar di universiti di Malaysia. Mounira sudah berkahwin dan dia mahu melanjutkan pelajarannye hingga ke peringkat Master di Malaysia. Dia berkongsi bagaimana keluarganya di Chas menyambut Ramadan dan Aidilfitri yang menjelang. Dia juga menunjukkan aktivitinya ketika Ramadan di kampus bersama kawan-kawan dari Malaysia dan Singapura yang banyak membantunya ketika dia masih belum fasih berbahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Kita juga akan dapat lihat Mounira dan kawan-kawan berbuka puasa ni Restoren Arab Naab dan melihat masakan Arab yang menjadi kegemaran Mounira. Mounira adalah salah satu wanita moden yang sanggup mengorbankan masa bersama keluarga tercinta di tanah air, demi mencapai cita-cita.

Kemudiannya program ini mendekati pemuda bernama Essam berasal dari Mesir yang mengikuti pengajian dari Australia. Dia telah berkahwin dengan seorang warga Malaysia dan dikurniakan dua cahaya mata. Bersama keluarganya dia menetap di Kuala Lumpur sejak berpindah dari Australia ke Malaysia. Essam berkongsi pengalamannya semasa menyambut zaman kanak-kanak dan 20 tahun terawal hidupnya di Mesir, kemudian menyambung pelajaran di Australia dia mana dia bertemu bakal isteri tercinta, dan akhirnya berpindah untuk menetap di tanah air isteri. Essam juga menyuarakan pendapatnya tentang perbezaan masa berpuasa, budaya dan makanan yang sangat ketara antara ketiga-tiga benua yang penah didudukinya.

Kenali juga Shiva yang berasal dari Iran merupakan anak bongsu perempuan di dalam keluarganya. Meskipun pada mulanya tidak pernah terlintas pun di hatinya untuk menetap di Malaysia namun segalanya berubah kemudiannya apabila perniagaan yang diusahakannya semakin menampakkan kemajuan. Shiva adalah wanita Islam yang moden, yang menjalankan perniagaannya sendiri di restoren Eastern Hut di mana dia akan menjamu berbuka puasa dengan makanan-makanan Iran yang asli dan pastinya sungguh lazat. Shiva juga menceritakan bagaimana dirinya menyesuaikan diri dengan persekitaran di Malaysia dan bagaimana dia dapat berdikari walaupun datang hanya seorang diri di sini.

Saksikan 13 episod Ramadan Bersama Naida hanya di TVi (Saluran 180 Astro).

MAAFKAN AKU (TV3) - CEREKARAMA RAMADAN
TARIKH: 28 Julai,
MASA: 10.00 mlm – 12.00 tghmlm
HARI: Sabtu
PELAKON: Syazwan Zulkifly, Zahiril Adzim, Datuk Rahim Razali, Rosnah Johari, Nora Danish, Hisham Ahmad Tajuddin, Maisarra Syahirah




"ORANG YANG GAGAH ADALAH ORANG YANG DAPAT MENGAWAL SIFAT AMARAHNYA, DAN ORANG YANG PENYABAR ADALAH ORANG YANG DAPAT MEMAAFKAN ORANG LAIN" - Marya Khuraisha

DOWNLOAD MAAFKAN AKU
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


SINOPSIS MAAFKAN AKU (TV3)
Seluruh warga Madrasah Murafah riuh rendah apabila Firdaus Hazadi ditangkap atas tuduhan menjadi pencuri. Walaupun ada kemungkinan Firdaus dianiayai rakan sebiliknya, Zarul, dia telah dihukum tanpa usul periksa. Pakaian Firdaus telah ditanggalkan, diikat dan dipukul dengan cemeti sebelum dibuang dari Madrasah Murafah.

Ahli keluarganya juga tidak mempercayainya kecuali adiknya, Amani. Kecewa dengan tindakan ahli keluarganya, Firdaus bertindak meninggalkan rumah untuk mencari ketenangan. Akibat tertekan, Firdaus terjebak dengan kegiatan mencuri dompet. Satu hari, Firdaus telah mencuri beg kepunyaan Marya. Alangkah terkejutnya apabila gambar sahabatnya, Zahrul ada dalam isi dompet tersebut.

Rupa-rupanya Marya Khuraisha merupakan teman wanita Zahrul sedangkan Zahrul sudah bertunang dengan Natasya. Dendamnya terhadap Zahrul belum terbalas. Akhirnya Firdaus nekad ke rumah Marya di Villa Amrila berdasarkan alamat yang terdapat dalam dompet yang dicurinya. Insiden silap nombor rumah telah membawa Firdaus berjumpa dengan Haji Habsyi yang sangkakan Firdaus ialah ustaz yang datang untuk mengajar cucunya. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

HUMAN TARGET MUSIM 2 (TV3)
HARI: setiap hari Ahad
MASA: 10.00 malam
MULAI: 8 Julai



SINOPSIS HUMAN TARGET MUSIM 2 (TV3)
Kesinambungan dari musim pertama, ia berkisar tentang perjalanan hidup seorang penyiasat peribadi yang sangat unik. Dibintangi oleh Mark Valley sebagai Christopher Chance, individu yang mempunyai pelbagai personaliti dan identiti berbeza selaku penyiasat peribadi. Selain itu, beliau juga mempunyai kemahiran sebagai seorang kontraktor dan pengawal peribadi bagi klien-kliennya.

Chance tidak bersendirian kerana dia turut disertai oleh rakan perniagaannya, Laverne Winston, bekas detektif polis San Francisco, Guerrero, bekas pembunuh upahan, Ilsa Pucci, salah seorang bekas klien Chance yang menyalurkan sumber kewangan dan Ames, bekas pencuri berpengalaman. Chance melalui masa lampau yang gelap dan misteri. Sehingga kini, ramai yang tidak mengetahui nama sebenar beliau dan asalnya beliau dilatih untuk menjadi pembunuh upahan.

Perancangan Chance dan Guerrero untuk menyelamatkan Winston menjadi pembukaan musim kedua Human Target. Enam bulan selepas itu, Chance mengambil keputusan untuk menenangkan diri di Nepal dan bertemu Ilsa Pucci, balu kepada jutawan Marshall Pucci yang meninggal dunia kerana nahas helikopter. Ilsa yakin kematian suaminya adalah konspirasi pembunuhan terancang dan mahu mengupah Chance untuk melindunginya. Chance membatalkan hasratnya untuk bersara bagi membantu Ilsa. Bagaimanapun, Ilsa diculik terlebih dahulu. Pada masa yang sama, Winston dan Guerrero berjaya menangkap seorang wanita yang dipercayai telah mencuri cincin Ilsa. Ames kemudian mengakui beliau telah diarahkan oleh penculik Ilsa iaitu peguam Ilsa sendiri. Chance, Winston dan Guerrero cuba menjejaki mereka sehingga ke sebuah bank di Geneva, Switzerland.

Misi menyelamat Ilsa membuka lembaran baru buat Chance dan rakan-rakannya. Namun, apakah sejarah lalu Chance akan kembali menghantui dirinya? Saksikan musim kedua Human Target yang turut menampilkan Chi McBride sebagai Laverne Winston, Jackie Earle Haley sebagai Guerrero, Indira Varma sebagai Ilsa Pucci dan Janet Montgomery sebagai Ames pada setiap hari Ahad jam 10.00 malam.

JOM BERBUKA (TV9)
HARI: Sabtu & Ahad,
MASA: 6.30 petang



SINOPSIS JOM BERBUKA (TV9)
Untuk kali ketiga Sharifah Shahirah telah dipilih untuk mengendalikan rancangan Jom Berbuka sebanyak 8 episod. Seperti tahun-tahun lalu, Sharifah Shahirah akan mengintai persiapan berbuka teman-teman artisnya. Kali ini, Sharifah Shahirah akan menerjah ke rumah Didie Alias, Tiga Suara (Ning, Shila dan Jac), Memey dan Norman Hakim, Yasmin Hani dan Najwa Latif. Bagaimanakah agaknya persiapan berbuka orang bujang dan yang telah berumahtangga? Adakah mereka masak, membeli makanan sahaja ataupun sekadar berbuka diluar? Jom Berbuka yang bersiaran setiap Sabtu dan Ahad dan diterbitkan oleh Hartina Ayu Harun ini bakal menyaksikan kecelotehan dan keriuhan Sharifah Shahirah dan rakan-rakannya sepanjang persiapan mereka untuk berbuka.

SOLUSI (TV3)
EPISOD: 4 episod
HARI: Setiap Sabtu,
MASA: 6.00 ptg – 6.30 ptg,
MASA: 21 Julai



SINOPSIS SOLUSI (TV3)
Program soal jawab mengenai persoalan ibadah dalam kehidupan seharian. Bersama Ustaz Ahmad Husni Dato’ Hj Abd Rahman yang akan menjawab kemusykilan penonton secara interaktif dan santai supaya persoalan dan kemusykilan mudah difahami dan diamalkan.

BAYAR TUNAI (TV3)
EPISOD: 4 episod
HARI: Setiap Jumaat,
MASA: 6.00 ptg – 6.30 ptg,
MULAI: 27 Julai



SINOPSIS BAYAR TUNAI (TV3)
Setiap perbuatan yang anda lakukan pasti ada balasannya. Kita harus sentiasa ingat bahawa musibah juga boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan balasan bukannya hanya di akhirat. Ikuti program majalah dokumentari ”Bayar Tunai” menampilkan kisah benar individu yang pernah menerima balasan akibat perbuatan dan tingkah laku mereka. Antara paparan episod yang menarik ialah ’Kaki Penipu’, ’Panas Baran’, ’Gadis Cyber’ dan ’Dalam Hati Ada Noda’.

TANYALAH USTAZ
EPISOD: 30 episod,
HARI: setiap hari, 7.00 pagi mulai 1 Ramadan)



SINOPSIS TANYALAH USTAZ RAMADAN
Sepanjang bulan Ramadan ini, Tanyalah Ustaz yang menyajikan pelbagai topik keagamaan menarik yang merangkumi aspek-aspek kehidupan seorang Muslim. Diterbitkan oleh Shamsimar Saidan Khaderi dan Siti Zainah Juahir, Tanyalah Ustaz akan disiarkan secara langsung dari jam 7.00 pagi bertempat di Masjid Negeri Shah Alam. Antara barisan ustaz yang terlibat di dalam program ini adalah seperti Ustaz Syed Nor Hisyam Tuan Padang, Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Al Hafez, Ustaz Firdaus Subhi, Ustaz Mohd. Erfino Johari, Ustaz Mohd. Salahuddin Mohamad, Ustaz Mohamad Abdullah, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani, Ustaz Dr. Danial Zainal Abidin, Ustaz Dr. Abdul Basit Abd. Rahman, Ustaz Mohd. Amri Abdullah, Ustaz Roslan Mohamed, Ustaz Haslin Baharim, Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim dan Ustaz Dr. Zahazan Mohamed.

INSAF (TV3)
EPISOD: 4 episod
HARI Setiap Khamis,
MASA: 5.30 ptg – 6.00 ptg,
MULAI: 26 Julai



SINOPSIS INSAF (TV3)
INSAF, rancangan temubual yang dihoskan oleh Ustaz Mohd Erfino Johari mengangkat kisah benar kehidupan masa lampau empat individu dimana hidup mereka jauh dari pegangan agama. Penonton akan mendengar, memahami dan mempelajari kisah hidup mereka dengan emosi yang menyentuh jiwa. Antara topik-topik yang dipaparkan ialah Pusher, Benih Beracun, Bunga Khayal dan Hero Tapi Hancur. Mereka mencari sesuatu yang hilang iaitu Agama dan Tuhan. Bagaimana kesemua mereka kembali insaf dan menemui titik perubahan dalam kehidupan?

Akutiska Ramadan
EPISOD: 4 episod
HARI: Setiap Selasa,
MASA: 11.00 mlm – 12.00 tghmlm,
MULAI: 24 Julai




‘Dengan Kesederhanaan”, “Dengan Kesyukuran”, “Dengan Keinsafan” dan “Dengan Pujian”

DOWNLOAD AKUTISKA RAMADAN
Akustika Ramadan Episod 01 = DOWNLOAD
Akustika Ramadan Episod 02 =
Akustika Ramadan Episod 03 =
Akustika Ramadan Episod 04 (TAMAT) =

SINOPSIS AKUTISKA RAMADAN (TV3)
Bersama hos Ustaz Zhafran Zainuldin, Akustika Ramadan menyajikan hiburan santai secara akustik lagu lagu popular tanah air serta lagu ketuhanan yang dibawakan khas oleh Hafiz, Hujan, Al-Mawlid, Rabbani, Hazama, Monoloque, Tomok dan Altimet.

Tidak lupa juga segmen ilmiah bersama dengan Ustaz Kazim Elias dan Prof. Izzi Hj. Ali membincangkan topik Ramadan. Gelak ketawa bersama Datuk Aziz Satar, Imuda & Sathia dan Kumpulan Osbon. Dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti tanah air Nur Fathia, Neelofa, Diana Amir serta kapten pasukan Harimau Malaya Safiq Rahim.

BEST IN THE WORLD 2
TARIKH SIARAN: 11 JULAI 2012
HARI: RABU
MASA: 9.30 MALAM
EPISOD: 13
BAHASA: BAHASA MELAYU & INGGERIS



SINOPSIS BEST IN THE WORLD 2 (8TV)
Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup unik yang terdiri dari berbilang bangsa, adat dan agama dan tidak hairan mempunyai pelbagai jenis masakan yang lazat. Dari masakan Melayu sehingga ke masakan India, setiap hidangan mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi bahan dan rempah-ratus yang digunakan. Tidak hairan salah satu sebab ramai pelancong gemar ke Malaysia kerana keenakan makanan pelbagai rasa di negara kita.

Pengacara yang dikenali dengan karakter ‘gila-gila’ Razif Hashim akan bersama-sama anda selama 13 episod ini. Razif akan membawa anda mengembara untuk merasai keenakan makanan-makanan di Malaysia. Razif juga banyak berinteraksi dengan orang ramai untuk berkongsi pendapat tentang makanan yang patut dicuba oleh penonton di rumah.

BEST IN THE WORLD musim ke-2 juga akan menghidangkan kepada anda tiga episod khas iaitu ‘World Flavours’, ‘People’s Choice’ dan ‘Raya Special’ yang pastinya memaparkan makanan yang cukup enak!

“Saya seorang yang gemarkan makanan dan program ini semestinya membuat saya berselera dan tidak sabar untuk mencuba makanan yang diketengahkan dalam program ini!” kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7.

Airin menambah “Beberapa paparan yang dimuatkan dalam BEST IN THE WORLD musim ke-2 ini banyak mengingatkan saya tentang makanan yang selalu saya makan ketika saya kecil dahulu. Jangan ketinggalan menyaksikan aksi dan gelagat spontan Razif dalam BEST IN THE WORLD musim ke-2!”

Bermula 11 Julai 2012, saksikan sebuah program yang pasti merangsang selera anda dengan makanan-makanan lazat di Malaysia dalam BEST IN THE WORLD musim ke-2 setiap Rabu jam 9.30 malam hanya di 8TV.

QARI JUNIOR (TV3)
MULAI: 23 Julai 2012,
HARI: hari Isnin hingga Jumaat
MASA: 9.00 pagi di TV3.



SINOPSIS QARI JUNIOR (TV3)
Qari Junior yang bersiaran selama 30 minit, menampilkan Ustaz Zhafran Zainuldin sebagai pengacara. Program ini akan mencungkil bakat kemahiran kanak-kanak berumur lingkungan 7 hingga 12 tahun dalam menghafaz ayat suci Al-Quran. Menariknya program 20 episod ini, ia bukan sahaja menyaksikan pertandingan di antara peserta semata-mata malah program ini mengajak penonton untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran.

hanya 12 peserta yang layak dan berbakat dipilih bertanding di dalam program Qari Junior. Di setiap penghujung episod program ini, terdapatnya sesi penyingkiran di kalangan peserta sehingga empat orang peserta sahaja yang akan layak mara ke pusingan akhir.

Bagi pusingan akhir Qari Junior, menyaksikan persaingan di antara peserta Abdul Hadi bin Haris (8 Tahun), Syakirah binti Shahfuddin (10 Tahun), Fatimah binti Ahmad Zahid (11 Tahun) dan Nur Najwa Madihah binti Abdul Jalil (9 Tahun). Cabaran akan diberikan kepada para peserta di mana mereka dikehendaki menghafaz surah yang diberikan seperti surah Al-Insan, surah Yaasin, dan Surah As-Sajdah, serta surah tambahan seperti surah As-Saff, surah Al-Waqiah, surah Al-Mulk, dan surah Ar-Rahman. Markah para peserta akan diambil kira dari sudut Hafazan, Tajwid, Fasohah beserta Suara dan Lagu.

Kemerduan alunan ayat suci Al-Quran yang dipersembahkan oleh setiap peserta akan diadili oleh juri yang berpengetahuan luas dalam bidang keagamaan iaitu Ustaz Zamri Zainuldin dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman.

Juara Qari Junior akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM10,000 beserta plak sumbangan TV3 dan pakej mengerjakan umrah tajaan Al-Fajr Travel, manakala saguhati akan menerima RM2000 setiap seorang beserta plak sumbangan TV3 dan pakej mengerjakan umrah tajaan Al-Fajr Travel.

MADRASAH (TV3)
EPISOD: 4 episod
HARI: Setiap Selasa,
MASA: 6.00 ptg – 6.30 ptg,
MULAI: 24 Julai



SINOPSIS MADRASAH (TV3)
Ikuti pengembaraan Ahmad Fedtri Yahya dalam mencungkil keunikan setiap Madrasah yang telah melahirkan bakat-bakat dan generasi baru yang berjasa. Madrasah di Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor menjadi pilihan untuk dipaparkan dalam empat episod. Penonton bakal mengenali kisah seorang paderi yang kini bergelar al hafiz, kisah warga China yang mengajar Quran di Putrajaya, kisah hartawan yang mendermakan begitu banyak harta untuk menguruskan madrasah serta pelbagai lagi kisah yang menyuntik inspirasi serta mampu memberi perspektif baru kepada institusi madrasah.

KALAMULLAH MUSIM 2 (TV3)
JADUAL: 30 min setiap hari, jam 6.00pg mulai 21 Julai
JADUAL 2: 5 minit setiap hari jam 8.55pg & Isnin – Khamis jam 2.55 ptg



SINOPSIS KALAMULLAH MUSIM 2 (TV3)
Bacaan surah berserta tafsirnya oleh wakil pelajar hafazan sekolah-sekolah Tahfiz dari serata Malaysia yang membaca dengan bertarannum. Setiap episod dengan bacaan surah terpilih membawa konsep ’kisah dan tauladan’ yang boleh dijadikan pengajaran.


Rancangan ini memaparkan bacaan surah beserta tafsirnya oleh Ustaz dan wakil pelajar hafazan sekolah-sekolah Tahfiz dari serata Malaysia yang membaca dengan bertarannum. Setiap episod dengan bacaan surah terpilih akan membawa konsep ’kisah dan tauladan’ yang boleh dijadikan pengajaran umum.

Rancangan ini akan bersiar setiap hari selama 30 minit pada jam 5.30 pagi di TV3 dan penonton boleh menikmati suara merdu tahfiz dari seluruh Malaysia selepas azan Subuh berkumandang. Versi 5 minit akan ditayangkan pada setiap hari jam 8.55pagi, Isnin – Khamis jam 2.55 petang dan Jumaat – Ahad, jam 4.50ptg. Jangan lepaskan peluang anda menikmati suara merdu daripada tahfiz muda berbakat dari seluruh Malaysia.

BATMAN THE DARK KNIGHT RISES
Tarikh Tayangan: 19 Julai 2012
Genre: Aksi
Durasi: 2 jam 44 minit
Pengarah: Christopher Nolan
Pelakon: Christian Bale, Anne Hathaway, Joseph Gordon-Levitt, Gary Oldman, Tom Hardy, Marion Cotillard, Morgan Freeman, Michael Caine, Josh Pence, Nestor Carbonell, Diego Klattenhoff



SINOPSIS BATMAN THE DARK KNIGHT RISES
Sudah lapan tahun Batman menghilangkan diri daripada larut malam dan menukarkan dirinya daripada seorang adiwira menjadi seorang rakyat biasa.

Setelah dipersalahkan menyebabkan kematian D.A Harvey Dent, Dark Knight mengorbankan segalanya untuk apa yang dia dan Commissioner Gordon demi mengharapkan yang terbaik.

Ketika waktu terus berlalu, aktiviti jenayah di Gotham City bermaharajalela dan hanya mampu diatasi oleh kumpulan antijenayah, Dent Act.

Namun, segalanya berubah setelah tibanya seorang pencuri licik berpakaian seolah-olah kucing bersama agenda misteri. Lebih berbahaya apabila munculnya seorang pengganas bertopeng bernama Bane yang memiliki rancangan untuk memaksa seluruh penduduk Gotham City mendesak Bruce menampilkan diri.



5 RENCAH 5 RASA RAMADAN
EPISOD: Episod
HARI: Setiap Isnin,
MASA: 11.30 pg– 12.00 tghr
MULAI: 23 Julai



‘Dengan Kesederhanaan”, “Dengan Kesyukuran”, “Dengan Keinsafan” dan “Dengan Pujian”



SINOPSIS 5 RENCAH 5 RASA RAMADAN

Kali ini, 5 Rencah 5 Rasa Ramadan bertemakan kesihatan akan berkongsi resipi sewaktu bersahur dan juga berbuka puasa.untuk golongan yang mengalami masalah kesihatan seperti diabetis, kolestrol tinggi, obesiti dan kanser. Menu dan resipinya juga mengamalkan diet seimbang dengan menggunakan rencah yang bersesuaian dengan penyakit tersebut. Dihoskan oleh Sherson.

FILEM: Brave
ARAHAN: Mark Andrews, Brenda Chapman
PELAKON: Kelly Macdonald, Billy Connolly dan Emma Thompson
GENRE: Animasi
TAYANGAN: 28 Jun 2012



SINOPSIS BRAVE
Filem ini mengisahkan Merida seorang pemanah yang handal dari DunBroch, sebuah wilayah di Scotland. Dia puteri kepada pasangan Raja Fergus dan Permaisuri Elinor. Merida sebenarnya bukanlah seorang puteri yang cantik, malah berperwatakan kasar.

Merida juga seorang yang berani, lasak, agresif, degil dan jarang mendengar kata. Sifat itu wujud sejak dia masih kecil, hasil didikan ayahandanya, Raja Fergus yang menjadi orang pertama mengajarnya memanah.


Pada ulang tahun hari jadinya, Fergus menghadiahkan Merida menghadiahkan busar dan anak panah. Ketika pergi berburu, keluarga Merida diserang oleh seekor beruang purba.

Dalam pergelutan itu, ayahnya, Fergus hilang kaki kanan apabila dibaham oleh beruang ganas itu.

Apabila dewasa ayahanda Merida mahu dia menjadi seorang anak perempuan yang berani, ibunya pula mahu dia menjadi puteri sejati yang tampak sempurna di depan putera raja. Pelbagai peraturan dikenakan kepada puteri sulungnya itu dan Elinor turut menentukan jodoh Merida.

Suatu hari, Lords Macintosh, MacGuffin dan Dingwall memperkenalkan anak mereka untuk lawan memanah dengan Merida. Siapa yang menang akan dijodohkan dengan Merida.

Dalam pertarungan itu, anak Lord Dingwall menang secara tidak sengaja.

Tidak bersetuju dengan keputusan itu, Merida nekad menentang hasrat Elinor sehingga berlaku perselisihan faham yang menyebabkan Elinor membakar panah pemberian Fergus.

Seterusnya Merida lari meninggalkan istana dan tanpa diduga tindakannya itu membawa masalah besar dalam keluarganya, sekali gus mengancam nyawa ibunya yang terkena sumpahan ahli sihir dek perbuatan Merida yang terlalu mengikut kata hati. Secara tidak sengaja, ibunya bertukar menjadi seekor beruang.

Fergus pula menyangka Elinor mati dibunuh.

Akibat sumpahan itu, Merida terpaksa menjaga ibunya dan hubungan mereka menjadi semakin rapat. Pada satu keadaan, dia terpaksa melindungi ibunya daripada dibunuh oleh Fergus yang tidak mempercayai beruang itu adalah isterinya, Elinor


BAZAAR RAMADAN
EPISOD:4 Episod
HARI: Setiap Ahad,
MASA:5.00 ptg – 5.30 ptg
MULAI: 22 Julai

‘Dengan Kesederhanaan”, “Dengan Kesyukuran”, “Dengan Keinsafan” dan “Dengan Pujian”




SINOPSIS BAZAAR RAMADAN
Sebuah program santai yang mencari juadah berbuka puasa di bazaar Ramadan. Bersama Fizo Omar untuk meninjau beberapa lokasi bazaar Ramadan di Pulau Pinang, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Kelantan untuk mengetahui keunikan dan juadah istimewa.

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA