perekacerita
promosi perodua murah




THE RELATION OF FACE MIND AND LOVE (TV9)
TARIKH: 30 September 2012
HARI: Ahad,
MASA: 10 malam



SINOPSIS THE RELATION OF FACE MIND AND LOVE (TV9)
Jika anda mahukan cerita lucu, The Relation of Face, Mind and Love lakonan Kan Ji-Hwan, Li Ji-A dan Huang Jun-Eum pasti mengundang tawa dan membuatkan anda berangan seketika.


Akibat kemalangan, Tae Pung Kang mengalami masalah penglihatan dan fikiran. Selama beberapa hari Tae Pung menjalani hidup berbeza kerana apa dilihatnya berbeza dengan keadaan sebenar. Jika seseorang itu cantik, pada pandangan Tae Pung orang itu kelihatan hodoh. Dan di saat itulah dia bertemu So Jung Wang yang memiliki rupa paras hodoh tapi pada mata Tae Pung, kecantikan So Jung bagaikan bidadari.


Tae Pung merasakan So Jung ialah wanita yang selama ini dinantikan untuk menggantikan tempat kekasihnya yang meninggal dunia.


Adakah Tae Pung dapat menerima kekurangan So Jung setelah dia kembali pulih? Sama-sama kita saksikan kesudahan kisah cinta mereka pada 30 September ini, hanya di Saranghae, TV9!

BORDERTOWN
SLOT: English Blockbuster
TARIKH: 28 September 2012
HARI: Jumaat),
MASA: 10.00 malam
PELAKON: Maya Zapata, Irineo Alvarez, Rene Rivera, Martin Sheen dan Karolinah Villarreal




SINOPSIS BORDERTOWN (TV2)
kisah apabila seorang wartawan menyiasat satu siri pembunuhan berhampiran kilang milik Amerika di sempadan Juarez dan El Paso. Lauren Adrian (Jennifer Lopez), wartawan berita Amerika yang begitu komited mahu membuat liputan tentang “Sentinel Chicago”, tugasan yang menuntutnya berada di barisan hadapan untuk melaporkan tentang perang di Iraq. Sebaliknya, George Morgan editor beliau (Martin Sheen) mahukan dia untuk menyiasat satu siri pembunuhan yang melibatkan wanita muda pekerja kilang di Bordertown Mexico.

Kisahnya berlatarkan watak Woker Eva (Maya Zapata), berasal dari negeri selatan Mexico Oaxaca, menaiki bas untuk pulang ke rumahnya terletak di pinggir bandar selepas waktu kerja. Dia menjadi penumpang yang terakhir dalam bas ketika itu. Tanpa menyimpan sebarang prasangka buruk, Eva kemudiannya bersetuju apabila pemandu bas member alasan mahu singgah ke stesen minyak. Namun sebaliknya Eva dibawa ke tempat yang sunyi dan dirogol beramai-ramai oleh pemandu bas bersama kawan-kawannya. Mereka kemudiannya mencekik Eva dan menanamnya ‘hidup-hidup’. Sangkaan mereka bahawa Eva telah mati sebaliknya Eva yang pura-pura mati dengan sekuat tenaga yang ada cuba mendapatkan bantuan.

Adrian menjadi ketua misi ke Ciudad Juárez, Chihuahua, di sempadan AS-Mexico untuk menyiasat pembunuhan dengan harapan bahawa jika dia tidak menunjukkan prestasi yang baik, dia akan ditugaskan ke Iraq oleh Morgan. Di Juárez, dia bertemu dengan Diaz (Antonio Banderas), yang telah bekerja dengan enam tahun sebelum ini, dan yang merupakan editor akhbar tempatan El Sol de Juárez. Di situ dia juga bertemu dengan Eva.

Mereka bertiga cuba untuk mencari kedua-dua pembunuh dan mereka didakwa. Untuk mencapai matlamat menyelesaikan kes tersebut, Adrian menyamar menjadi pekerja kilang untuk bertindak sebagai umpan kepada pemandu bas.

Misi mereka berjaya bila pemandu kejam itu mula masuk perangkap dan cuba menyerang Adrian dengan cara yang sama dia melakukan Eva. Walaupun bantuan polis telah diatur, mereka berada di tempat yang salah. Adrian terpaksa berjuang sendiri untuk melarikan diri penyerangnya. Pada masa sama Diaz telah ditembak dan terbunuh dalam satu kejadian tembak menembak bersama pemandu bas itu.

Di penghujung cerita Eva berubah fikiran dan tidak mahu untuk memberi keterangan sebenar kerana masih trauma dengan kejadian yang berlaku. Dia cuba untuk melarikan diri ke Amerika Syarikat. Namun dia berjaya ditangkap dan dihantar pulang. Adrian cuba menyakinkannya untuk memberi keterangan selepas itu.

Namun berjayakah dia meyakinkan Eva untuk menuntut keadilan bagi wanita yang ditindas sepertinya? Saksikan kesudahannya hanya di TV2.



PEMBENTANGAN BAJET 2013 (TV3)
HARI: Jumat
MASA" 3 Petang
TARIKH: 28 September 2012



SINOPSIS PEMBENTANGAN BAJET 2013 (TV3)

Fokus 1: Mengarang Aktiviti Pelaburan
PELAKSANAAN 12 NKEA | BUDGET 2013
1.Pelaksanaan projek permulaan (EPP) NKEA dengan peruntukan RM3 bilion:
- Penanaman semula kelapa sawit berkualiti tinggi, pengeluaran produk herba bernilai tinggi serta pengeluaran padi berskala besar;
-Pengindahan Sungai Klang (River of Life); dan
-Penggantian Rangkaian Paip dan Baik pulih Pembetungan
MENGGALAK PELABURAN DOMESTIK  | BUDGET 2013
2.Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik, RM1 bilion – MIDA
3.Insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan
MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA  | BUDGET 2013
4. Pembangunan PKS
-Skim Pembangunan PKS – RM1 Bilion (SME Bank)
- Pelan Induk PKS (2012-­?2020) – RM 30 juta bagi tahun 2013
-Dana Industri Halal – RM200 juta bagi pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran produk halal
5. Penjaja dan peniaga kecil
-Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil (perlindungan maksimum sehingga 5,000 ringgit)
-Kemudahan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil (RM25,000 bagi licensee dan RM500,000 kepada licensor)
SEKTOR PELANCONGAN  | BUDGET 2013
6. Merancak Sektor Pelancongan
- Program Tahun Melawat Malaysia 2013 / 2014 dengan sasaran 26.8 juta pelancong
- Pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun bagi pengusaha pelancongan yang
mengendalikan 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan
HAB DAGANGAN MINYAK DAN GAS  | BUDGET 2013
7. Insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum:
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 10 tahun
-Pengecualian cukai pegangan
-Pengecualian duti setem
8. Projek pelaburan minyak dan gas:
-Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid)
-Terminal minyak dan gas – Johor dan Sipitang, Sabah
- Loji Regasifikasi di Melaka
9.Insentif cukai ke atas Program Global Incentive for Trading (GIFT) sebagai menjadikan Malaysia Hab dagangan komoditi antarabangsa :
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 3 tahun pertama operasi syarikat dagangan LNG
-Memperluas dagangan komoditi di bawah program GIFT seperti pertanian, bahan mentah bertapis, logam asas dan kimia.
PENEKANAN KEPADA SEKTOR PERTANIAN  | BUDGET 2013
10. Mencergas sektor pertanian & perladangan
-Pembangunan program pertanian melalui aplikasi teknologi terkini – RM 30 juta
-Meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan – RM75 juta
- Program penanaman semula pokok kelapa sawit – RM432 juta
- Pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi – RM127 juta
- Memperkasa Projek Azam Tani – RM 41 juta (manfaat hampir 6,700 peserta)
11. Menambah 4 kawasan jelapang padi baru – keluasan 19 ribu hektar
-Kota Belud, Batang Lupar, Rompin & Pekan
- Jangkaan menghasilkan 104 ribu tan metrik & penyertaan 12,237 pesawah
INSENTIF UNTUK NELAYAN  | BUDGET 2013
12. Elaun bantuan sara hidup RM 200 sebulan – manfaat 55 ribu nelayan
13. Insentif 10 hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan
14. Skim perlindungan insurans nelayan – perlindungan hingga RM100,000
MENINGKAT AKTIVITI PERTANIAN  | BUDGET 2013
15. Penerusan subsidi dan insentif pertanian – RM2.4 bilion
- Pemberian Subsidi Harga Padi -­? 480 juta ringgit
- Pemberian Subsidi Baja Padi -­? 465 juta ringgit
- Insentif Peningkatan Hasil Padi -­? 80 juta ringgit
- Insentif Pengeluaran Padi -­? 563 juta ringgit
- Subsidi Harga Beras -­? 528 juta ringgit
- Subsidi Benih Padi Sah -­? 85 juta ringgit
16. Skim Perlindungan Takaful Pertanian
- Jumlah pampasan sehingga RM13,000
- Manfaat kepada 172 ribu pesawah
MENCERGASKAN PASARAN MODAL DAN KEWANGAN  | BUDGET 2013
17. Pasaran Modal
- Menerajui terbitan sukuk – RM171 bil. @ 71% drpd jumlah terbitan sukuk global
-Terbitan sukuk tunggal terbesar dunia dengan nilaian RM30.6 bil. – PLUS Berhad
-Penubuhan Pusat Promosi Pasaran Modal di Suruhanjaya Sekuriti
-Program Graduate Representative – melatih 1,000 graduan dalam pasaran modal
18. Tawaran Awam Awal (IPO)
-Terbitan dua daripada tiga IPO terbesar di dunia – FELDA Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) dan IHH Healthcare Berhad (RM6.3 bilion)
19. Pasaran Bon dan Sukuk
- Rangka kerja terbitan bon dan sukuk runcit – Suruhanjaya Sekuriti
- Pegangan bon dan sukuk runcit oleh individu
- Potongan cukai dua kali bagi menerbitkan bon dan sukuk runcit
- Pengecualian duti setem ke atas surat cara dalam urus niaga bon dan sukuk runcit
- Potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun bagi terbitan AgroSukuk
MENGGALAKKAN AMANAH PERNIAGAAN  | BUDGET 2013
20. Pengendalian perniagaan melalui Amanah Perniagaan
-Layanan cukai sama seperti syarikat
-Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta tanah
21. Tambahan peruntukan modal Danajamin -­? RM400 juta; 2 tahun
-Merancak penerbitan bon dan sukuk oleh syarikat
22. Penubuhan Yayasan Pasaran Modal -­? RM 100 juta
- Pembangunan modal insan bagi industri sekuriti
23. Tun Razak Exchange (TRX)
- TRX dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa dan menawakan 40 ribu peluang pekerjaan
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX)
- Pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee
- Pengecualian cukai bagi pemaju hartanah
24. Pembangunan Wakaf Korporat
-Merangka Pelan Induk Wakaf Korporat – JAWHAR bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri
PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA  | BUDGET 2013
25. Projek MRT -­? sebanyak RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera
26. Penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera, SME Bank -­? RM 1 bilion
27. Galakan insentif bagi syarikat Bumiputera di bawah Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK)
-Melanjutkan tempoh kemudahan Skim sehingga 31 Disember 2013
-Memperluas kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)
-Meningkatkan kelayakan pemegang syarikat sehingga RM20 juta
28. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil & sederhana
-Peruntukan 2013: RM350 juta , termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India
Fokus 2: Memperkasa Pendidikan & Latihan
MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN  | BUDGET 2013
29. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 -­? 2025
- Peruntukan sektor pendidikan -­? RM38.7 bil. @ 15% dari keseluruhan peruntukan
- Peningkatan kemahiran guru (subjek: Bahasa Kebangsaan, BI, Matematik & Sains)
- Mewujudkan Unit Pelaksanaan Pendidikan (EDU)
30. Pembangunan Sektor Pendidikan
-Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah(RM1 Bilion)
31. Memperkukuh Peranan Taska Dan Prasekolah
-Pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN – RM1.2 bilion
- Geran pelancaran (RM10,000) kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak?kanak swasta
- Potongan cukai dua kali ke atas majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan Taska dan pusat jagaan kanak?kanak
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 % setahun diberi kepada pengusaha Taska, pusat jagaan kanak?kanak dan prasekolah swasta
32. Projek perintis bagi melaksanakan TASKA OKU – 6 kategori OKU
-OKU down syndrome, autisme, OKU penglihatan, OKU pekak dan bisu, OKU fizikal dan OKU masalah pembelajaran
LATIHAN & KEMAHIRAN  | BUDGET 2013
33. Peruntukan dalam latihan teknikal dan vokasional – RM3.7 bilion
- Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran – RM440 juta
- Peralatan ILP & IKBN – RM366 juta
- Program latihan berstrategik tinggi – melatih 5,000 orang
- Program RAPID di Pengerang – melatih 300 belia dalam bidang minyak & gas
- Program latihan kemahiran dibawah ILP & skim SLDN -­? melatih 3,200 pelajar India
34. Penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) – memperkukuh kebolehpasaran graduan & bidang kerjaya
35. Skim Latihan 1M’sia – potongan cukai 2 kali ke atas perbelanjaan syarikat
36. Pemeriksaan percuma sebanyak 2 kali kepada 1.4 juta ahli PERKESO
Fokus 3: Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti
MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA  | BUDGET 2013
37. Pembangunan PKS
-Harta intelek dijadikan cagaran untuk peroleh pembiayaan
-Penyediaan Dana Pembiayaan Harta Intelek -­? RM200 juta (Kerajaan menanggung 2% kadar faedah dan CGC menjamin 50%)
-Program latihan penilai harta intelek – RM19 juta
MEMPERGIAT AKTIVITI R&D  | BUDGET 2013
38. Peruntukan R&D kepada 5 Universiti Penyelidikan – RM600 juta
- Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi
- Bidang strategik: nano teknologi, automatif, bio-teknologi & aero-angkasa
39. Insentif cukai kepada syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti R&D
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan
-Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatan
40. Mengarusperdanakan program kreativiti dan inovasi
-Program Inovasi Inklusif – kerjasama agensi Kerajaan & NGO
PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU  | BUDGET 2013
41. Menambahbaik Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
-Tambahan peruntukan bagi SPTH RM2 bilion
-Pelanjutan tempoh permohonan sehingga 31 Disember 2015
Fokus 4: Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam
PENGUKUHAN KONSOLIDASI FISKAL  | BUDGET 2013
42. Memastikan defisit fiskal terus berkurangan dan mencapai bajet berimbang – 3% menjelang 2015
43. Memperkukuh sistem percukaian negara
-Peralihan daripada sistem cukai berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih menyeluruh serta saksama
44. Perolehan Kerajaan dan pembelian berdasarkan prinsip value for money
MENGUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM  | BUDGET 2013
45. Meningkat kecekapan Perkhidmatan Awam
-Penekanan kepada amalan kerja secara cepat, tepat dan berintegriti
-Perkhidmatan yang lebih efisyen, efektif dan responsif
46. Pesara Kerajaan
-Menyelaras mininum pencen yang berkhidmat sekurang­kurangnya 25 tahun: daripada RM720 kepada RM820
-Manfaat kepada 50,371 pesara (termasuk penerima pencen terbitan)
47. Warga Emas
- Diskaun 50% bayaran pemprosesan pasport (tempoh 5 tahun:RM300 ke RM150 dan tempoh 2 tahun:RM100 ke RM80)
-Berkuatkuasa Januari 2013
48. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan ATM
- Menambah baik kelayakan masuk (Ijazah – pegawai; Diploma – askar Laskar)
- Kenaikan pangkat secara time-based (8 tahun: Prebet ke Lans Koperal & Lans Koperal ke Koperal)
- Bayaran insentif khas RM200 sebulan (manfaat: 125,708 anggota ATM)
- Menaikkan elaun khidmat tugas anggota Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut & Udara (dari RM4.00 sejam ~ RM7.80 sejam)
49. Pesara Tentera tidak Berpencen (berkhidmat kurang 21 tahun)
- Bantuan tunai one-off, RM1,000 – manfaat 224 ribu bekas tentera
INSURANS BERKELOMPOK TENTERA DAN POLIS  | BUDGET 2013
50. Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota Tentera & Polis
- Had perlindungan maksimum: RM15,000
- Manfaat kepada hampir 242,000 anggota
PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM  | BUDGET 2013
51. Bahagian Pinjaman Perumahan (MOF) akan disusun semula
-Bank komersial sebagai panel bak yang menguruskan pinjaman
-Manfaat dan bantuan sedia ada kekal (kadar peratus 4%)
52. Wang proses permohonan pinjaman perumahan
- Mengurangkan caj wang proses (dari RM1 setiap RM1,000 pinjaman kepada RM100 falt rate)
PELATIH PRA PERKHIDMATAN  | BUDGET 2013
53. Pelarasan elaun Pra­Perkhidmatan
- Menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan
- Manfaat kepada 13 skim dengan anggaran 31,135 pelatih
Fokus 5: Mensejahterakan Rakyat
INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA – PFI 2  | BUDGET 2013
54. Menyediakan peruntukan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat.
MENGURANGKAN KADAR JENAYAH  | BUDGET 2013
55. Inisiatif mengurangkan kelakuan jenayah
-Tambahan perjawatan baru polis
-Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal – rondaan 1,000 motosikal di kawasan perumahan
-Tambahan 10,000 bilangan ahli Pasukan Sukarelwan Polis
- Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
56. Penglibatan pihak swasta dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran selamat dan aman
-Aktiviti rondaan di kawasan kejiranan – geran RM10,000 kepada persatuan penduduk
-Mempertingkat peranan rukun tetangga (KRT) – 6,500 KRT menjelang 2013
-Penyediaan pakaian seragam kepada hampir 300,000 anggota RELA aktif
-Galakan Elaun Modal Dipercepatkan kepada syarikat yang membelanjakan pemasangan peralatan keselamatan
MENAMBAHBAIK LALUAN KERJAYA WARGA PDRM  | BUDGET 2013
57. Kajian secara komprehensif sedang dijalankan oleh pihak JPA
MENAMBAHBAIK SPRM  | BUDGET 2013
58. Tambahan 150 perjawatan sehingga 5,000 anggota
59. Memperbaiki kedudukan Kerajaan dalam Indeks Persepsi Rasuah
YAYASAN BANTUAN GUAMAN  | BUDGET 2013
60. Tambahan peruntukan RM20 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman
MEMACU TRANSFORMASI KOMUNITI  | BUDGET 2013
61. Penubuhan National Strategic Coordination Unit
- merancang dan menyelaras program menyeluruh UTP dan RTP
62. Perluasan 6 UTC di seluruh negara
- Alor Star, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu & Kuching
- Menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan & swasta dalam 1 bangunan
63. Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara
- Melaka, Johor, Pahang, Sabah & Sarawak
- Menyediakan perkhidmatan komuniti & hasil pertanian di 1 pusat integrasi
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN MASYARAKAT ORANG ASLI  | BUDGET 2013
 64. Projek pembangunan infrastruktur luar bandar
-Bina 441 km jalan luar bandar & jalan perhubungan desa – manfaat 220,000 penduduk
-Projek bekalan air – manfaat 24,000 rumah
-Projek penyambungan bekalan elektrik – manfaat 19,000 rumah
-Program Desa Lestari – melibatkan 29 kampung dan manfaat 38,000 penduduk
-Program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli – RM88 juta
-Membekalkan 40,000 tangki air di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak
KESIHATAN ASAS KESEJAHTERAAN  | BUDGET 2013
 65. Projek pembangunan perkhidmatan kesihatan
-Peruntukan RM19.3 bilion bagi perkhidmatan kesihatan
-Membaik pulih 350 buah klinik Kerajaan – peruntukan RM100 juta
-Tambahan 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan seluruh negara
66. Klinik 1Malaysia
- Tambahan 70 Klinik Rakyat 1Malaysia (keseluruhan 240 klinik di seluruh negara)
- Menyediakan perkhidmatan ujian darah, ujian kolesterol & glukosa serta ujian urin
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT  | BUDGET 2013
 67. Program pembangunan wanita dan masyarakat
- Program Pengarah Wanita ? melatih 500 wanita sebagai Ahli Lembaga Syarikat
- Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I?KIT)
-Program Get Malaysian Business Online (GMBO) – geran RM1,000 kepada 50,000 usahawan kecil untuk membangunkan website
-Pemeriksaan percuma ujian Mamogram – manfaat 100 ribu wanita
- Program KAR1SMA – manfaat RM1.2 bilion
-Program 1AZAM – manfaat 58,330 peserta
68. Tambahan 6 Anjung Singgah dan 5 Anjung Kasih di seluruh Negara
BELIA DAN SUKAN  | BUDGET 2013
 69. Program pembangunan Atlet dan Sukan
- Penyediaan atlet ke kejohanan sukan antarabangsa – Sukan SEA, Sukan Para ASEAN, Sukan Komanwel dan program Road to Rio
- Pembinaan Akademi Badminton di Bukit Kiara
- Pembinaan kompleks Velodrom tertutup di Seremban
70. Program pembangunan belia
- Program Y-Creative – penglibatan persatuan belia seluruh negara
- Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF) – usahawan muda menceburi bidang ICT
- Penubuhan Young Enterpreneur Fund – pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)
- Program 1M4U – menggalakkan aktiviti sukarelawan belia
71. Rebat RM200 kepada belia 21?30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G – manfaat 1.5 juta pengguna
GOLONGAN SENIMAN & KARYAWAN  | BUDGET 2013
 72. Bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan berdaftar
MEMPERLUAS JARINGAN PENGANGKUTAN AWAM BANDAR  | BUDGET 2013
73. Penubuhan perkhidmatan bas RapidKuantan pada 1 Disember 2012
74. Diskaun 50% kadar tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan – RM3,000
PERUMAHAN UNTUK RAKYAT  | BUDGET 2013
75. Pembinaan hampir 123,000 unit rumah – RM1.9 bilion
76. Menambah baik Skim Rumah Pertamaku:
- Had pendapatan pinjaman Individu dari RM3,000 kepada RM5,000
- Had pendapatan pinjaman bersama suami-­?isteri kepada RM10,000
- Nilai maksimum hartanah RM400,000
- Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem sebanyak 50% sehingga 31 Dis. 2014
77. Kajian Semula Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT)
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan tidak melebihi 2 tahun: RPGT 15%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 2 hingga 5 tahun : RPGT 10%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 5 tahun: RPGT tidak dikenakan
78. Insentif cukai pemulihan perumahan terbengkalai:
-Institusi perbankan diberi pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima daripada kontraktor penyelamat;
- Kontraktor penyelamat diberi potongan cukai 2 kali ke atas bayaran faedah dan semua kos langsung dalam mendapatkan pinjaman;
- Kontraktor penyelamat diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan pindah milik tanah atau rumah dan surat cara pinjaman bagi membiayai kos pemulihan; dan
- Pembeli asal rumah terbengkalai diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan mendapat pembiayaan tambahan dan pindah milik rumah.
BANTUAN DAN SUBSIDI  | BUDGET 2013
79. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)
-Bantuan tunai RM500 – isirumah berpendapatan ? RM3,000
-Bantuan tunai RM250 – individu bujang berumur 21 tahun ke atas ? RM2,000
80. Pengurangan subsidi gula 20 sen (Kerajaan masih menanggung 34 sen
dengan perbelanjaan RM278 juta)
81. Subsidi minyak masak (penstabilan harga) – RM 1.5 bilion
82. Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
-Subsidi kos pengangkutan (LPG 14kg setong: asal RM70; harga subsidi RM26.60)
- Tambahan 57 KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan
83. Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri Sarawak-­?Labuan-­?Sabah
84. Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barangan Sarawak?Labuan-Sabah
BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM  | BUDGET 2013
85. Pemberian 1 bulan setengah bonus
MEMPERMUDAH IBADAH HAJI  | BUDGET 2013
86. Membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran RM3,000
KAJIAN SEMULA CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN KOPERASI  | BUDGET 2013
87. Individu: kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan – RM2,500 ringgit ~ RM50 ribu
88. Koperasi: kadar cukai pendapatan dikurangkan antara 1 ~ 7 mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai
MERINGANKAN BEBAN PENGUSAHA BAS  | BUDGET 2013
89. Bantuan kepada pengusaha bas sekolah :
-Pemberian rebat RM10,000 dan subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman membeli bas baru untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun dengan kapasiti 12 hingga 18 tempat duduk
-Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah (had perlindungan sehingga RM100 ribu)
MENGURANGKAN KOS PEMBELAJARAN PELAJAR  | BUDGET 2013
90. Program kebajikan kepada pelajar sekolah ? RM2.6 bilion
-Merangkumi bantuan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, bantuan buku teks
91. Program bantuan persekolahan – RM100 kepada pelajar sekolah
-Manfaat 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5
92. Program Baucar Buku 1Malaysia – RM250 kepada pelajar universiti
-Manfaat 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan 6
93. Menaikkan pelepasan cukai SSPN daripada RM3,000 kepada RM6,000
PINJAMAN PTPTN & SKIM SSPN  | BUDGET 2013
94. Diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus (sehingga 30 September 2013)
95. Diskaun 10% setahun kepada yang membayar pinjaman secara konsisten
AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)  | BUDGET 2013
97. Pihak GLC menyokong usaha CSR
-FELDA: Membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan FELDA, membaiki rumah-­?rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran
- Yayasan 1MDB: pemberian geran pendidikan, Klinik Bergerak 1Malaysia & program membaikpulih rumah – RM300 juta
-Syarikat GLIC dan GLC (RM500 juta) dalam pembangunan komuniti, biasiswa



USTAZAH DARI UK
SLOT: Nurani
TARIKH: 28 September 2012,
MASA: 10.30 pagi
PELAKON: Nisha Dirr, Arash Muhammad, Liza Abdullah, Didie AF dan Arin Raja Lawak.



SINOPSIS USTAZAH DARI UK
Sinopsis Drama Ustazah Dari UK. Kisah bermula apabila Mariah kecewa selepas permohonannya untuk ke Universiti Al Azhar gagal lalu dia meneruskan juga pengajian didalam “Ilmu Sirah” di salah sebuah Universiti di United Kindom. Pengajiannya pula ditukar tanpa pengetahuan keluargaanya yang pada asal mahukannya meneruskan dalam bidang perniagaan. Niat Mariah adalah untuk mengubah tabiat dan sikap keluarganya yang terlalu jahil pada pendangan mata kasarnya. Pada fikirannya hanya berbekalkan ilmu agama adalah senjata untuknya mengubah sikap jahil keluarganya sehinggakan dia terlalu taksub.

3 tahun kemudian, kepulangan Mariah disambut meriah keluarganya dengan mengadakan parti sosial yang sememangnya bertentangan dengan agama. Keluarganya terkejut melihat perubahan diri Mariah yang kini bertudung. Pada mulanya kedua Ibu dan bapa Mariah bersyukur pada perubahan Mariah, tetapi seorang adik lelakinya dan seorang adik perempuannya tidak begitu menyenangi imej kakak mereka sekarang yang terlalu mengongkong kegiatan sosial mereka. Tidak lama kemudian kedua ibu dan bapanya juga merasa tercabar sebagai orang tua, dimana Mariah seolah-olah seperti mengajar mereka pula. Mariah juga seperti terlalu taksub dan bermegah-megah dengan perubahannya.

Kini Mariah diterima menjadi seorang guru sandaran dimana kebanyakkan para pelajarnya terdiri daripada golongan-golongan anak elit dan mengamalkan cara hidup urban. Mariah tidak menjadi guru tetap sebaliknya dia menjadi guru sandaran kerana merasakan dirinya penuh ilmu di dada. Dari hari kehari Mariah, berjaya memperluaskan pengaruhnya di sekolah walaupun ada beberapa puak yang menentangnya. Mariah yang lembut berbicara dan pandai berkata-kata dan berhujah membuatkan seorang lelaki berbangsa asing terpikat kepadanya. John, yang mula tertarik dengan Agama Islam mula memperlajari agama Islam. John adalah juga seorang guru di sekolah yang sama. Mariah berbangga kerana segala usahanya selama ini berjaya untuk berjihat mengembangkan ilmu yang telah dipelajarinya. John menaruh hati kepada Mariah tetapi Mariah tidak mengetahuinya.

Walaupun John menyukai caranya, tetapi para guru yang lain dan murid-murid tak menyukainya kerana cara pengajarannya tentang agama seperti memaksa dan menakutkan mereka pula. Pengajaran Mariah seperti tak relevan dengan zaman moden, cara pengajarannya seperti ketinggalan zaman.

Keadaan di rumah semakin hari semakin dikongkong oleh Mariah termasuk kegiatan harian adik lelakinya, Mazlan yang seharian leka menonton TV dan bermain video games. Begitu juga dengan adik perempuannya, Mazni, pelajar bidang rekaan fesyen sering diceramah oleh Mariah. Mazni pada mulanya akur dengan kehendak Mariah sehingga dia mereka fashion bertudung dan dia sendiri juga bertudung, tetapi kesabarannya diuji apabila teman lelakinya, Helmi tidak menggemari imej terbarunya. Dia berada dalam dilema untuk mengikut kehendak teman lelakinya atau kakaknya.

Tindakan Mariah membuatkan orang di sekeliling termasuk keluarganya kurang menyenanginya. Ibunya, Datin Maimon seringkali dipersendakan teman-temannya dan menyatakan Mariah kini telah tersesat dari landasan Islam yang sebenarnya. Mereka hairan seorang Ustazah dilahirkan di United Kindom (UK) dan bukannya di Mesir.

Dato’ Razali yang kebetulan bertugas di sebuah pendalaman kampong bagi merasmikan satu projek pembangunan Desa, berkenalan dengan seorang lelaki bernama Naim, Naim seorang yang berpendidikan Agama pondok dan berjaya melanjutkan pendidiknya di Universiti tempatan, tetapi Naim lebih berminat untuk kembali mengajar di sekolah kampung yang berjaya membuatkannya sampai ke menara gading. Naim adalah seorang ustaz sekolah kampung yang berfikiran terbuka dan dapat menerima arus kemodenan.

Dalam diam Dato’ Razali berniat mahu menjodohkan Naim dengan Mariah dan berharap anak muda itu dapat mengubah tingkah anaknya yang angkuh dengan ilmu dimilikinya. Impiannya itu menjadi nyata bila suatu hari, sekolah Naim dan sekolah Mariah dijemput untuk menyertai kem bina semangat untuk para pelajar masing-masing. Dari sinilah Mariah dan Naim bertemu.

Mereka berdua pada mulanya tidak sebulu, ada sahaja yang nak diperdebatkan. Mariah yang merasakan dia cukup hebat, maklumlah berkelulusan universiti luar negara merasakan dia sudah cukup hebat. Pelbagai isu mereka perdebatkan, terutamanya kaedah pengajaran Mariah yang terlalu memaksa anak-anak muridnya, berbeza dengan pendekatan Naim yang lebih berlembut tetapi tegas. Perdebatan mereka berterusan sehinggalah Mariah termalu bila isu kemodenan di kaitkan, tambahan pula anak-anak muridnya menyebelahi Naim.

Lama-kelamaan Mariah mula merasakan sesuatu didalam dirinya masih ada kekurangan, kerana dia nak mengajar orang tetapi keluarganya sendiri dia tak mampu nak mengubah, akhirnya dia mula tertarik kepada Naim yang terlalu sabar dan menjadi pendengar yang baik, walaupun mereka sering berdebat mengenai Ajaran Islam. Walaupun Naim asalnya dari kampung dan berkelulusan dari Universiti tempatan, dia masih dapat menerima kemodenan berbanding Mariah yang hidup dalam serba moden tetapi ingin menjalani kehidupan seperti di zaman Nabi Muhammad. Hujah mengenai kemodenan inilah yang membuka mata Mariah untuk kembali kelandasan yang betul.

Semakin hari semakin Mariah menyayangi Naim tetapi John pula yang kini telah menganut Islam membuatkan Mariah keliru memilih yang mana satu. Naim mengatakan yang John perlu bimbingan daripada Mariah. Mazni, mempunyai masalah dalam pelajarannya, dia tertekan mengenai kehendak kakaknya dan kehendak teman lelakinya Helmi. Masalah tekanan mental Mazni dipulihkan oleh Naim. Mazni akhirnya menjadi kekasih kepada Naim dan bertunang dengan Naim. Mampukah mereka menerima jodoh yang telah ditakdirkan untuk mereka?




FILEM: Hantu Air
ARAHAN: Murali Abdullah
PELAKON: Saiful Apek, Hairi Safwan dan Nisha Dir
GENRE: Komedi seram
TAYANGAN: 6 September 2012




DOWNLOAD FILEM HANTU AIR SDTVRIP
HOTFILE = PART1, - PART2, - PART3
Kredit: jiwang


SINOPSIS HANTU AIR

Hantu Air mengisahkan kerana kecuaian, botol berisi semangat jahat terjatuh ke dalam tasik sebuah resort. Selepas itu, berlaku beberapa aktiviti paranormal di resort yang diurus Mawar. Lebih teruk, beberapa penghuni resort mempunyai latar belakang hitam sendiri.

Fauzi yang baru kehilangan anak dan isteri bertemu Mawar dan mula berkawan rapat. Manakala Ramli dan Ros yang menginap di situ bersama anak mereka kecewa dengan pengurusan resort. Dua rakan baik, Jennifer dan Alicia pula berada di situ kerana sukakan aktiviti lasak yang disediakan.





THE RAID REDEMPTION
PENGARAH: Gareth Evans
TAYANGAN: 20 September 2012
PELAKON: Iko Uwais, Yayan Ruhian, Joe Taslim, Doni Alamsyah, Ray Sahetapy, More



SINOPSIS THE RAID REDEMPTION
Filem ini berkisarkan tentang kumpulan SWAT yang menyerbu sebuah apartment tinggal yang menjadi lokasi operasi dan tempat tinggal raja dadah bernama Tama. Selain Tama, konco-konco beliau yang juga terlibat dalam jenayahnya turut tinggal dilokasi yang sama.

Lokasi Tama tinggal ini dikatakan tempat yang sangat digeruni oleh sesiapa pun. Mana-mana pihak berkuasa pun tidak berani menyerbu tempat ini. Namun sekumpulan SWAT mengambil risiko dan kumpulan yang menjalankan operasi menyerbu ini tersekat di Tingkat 6 tanpa sebarang komunikasi dan mula diserang. Apakah yang akan terjadi pada mereka? Mereka perlu berikhtiar untuk terus hidup dan menghabiskan misi.

Wonderful World
MULA TAYANGAN: 21st September 2012
MASA: 89 mins
Genre: Drama
PENGARAH: Joshua Goldin
PELAKON: Matthew Broderick, Sanaa Lathan, Jodelle Ferland, Michael Kenneth Williams
Local Distributor: Gsc Movies



SINOPSIS WONDERFUL WORLD



Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki, Ben Singer (Matthew Broderick), yang selalu mengalami masalah dalam hidupnya. Dia juga selalu berfikiran negatif dan pemikirannya itu telah menyebabkan hidupnya kucar-kacir.

Namun begitu, Ben tetap mempunyai seorang kawan bernama Ibou. Pada suatu hari, Ibou terpaksa dimasukkan ke hospital kerana sakit dan tidak semena-mena Ben telah mengenali seorang wanita yang akhirnya telah mengubah pandangannya terhadap hidup. Apakah yang akan terjadi pada Ben?






MARA CLARA
HARI: setiap hari Isnin – Khamis
MASA: 3.00 petang di TV3.






DOWNLOAD MARA CLARA

Mara Clara Episod 01 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 02 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 03 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 04 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 05 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 06 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 07 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 08 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 09 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 10 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 11 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 12 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 13 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 14 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 15 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 16 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 17 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 18 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 19 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 20 = DOWNLOAD
Mara Clara Episod 21 - 60 TAMAT = DOWNLOAD
Pss: tiada sambutan download.. sila direct download di kepalabergetar




SINOPSIS MARA CLARA
"Mara Clara" yang mengisahkan tentang dua orang gadis yang telah tertukar setelah dilahirkan dalam sebuah rumah sakit yang sama.

budak miskin bernama Mara dan budak kaya bernama Clara. Clara dulu dia tidak mahu berkawan dengan Mara. dulu Clara berkawan rapat dengan Desiree,Abbie dan kaye .

selepas itu Clara benci Desiree,Abbie dan kaye kerana Clara mahu kawan dengan Mara.sekarang Clara dah berkawan dengan Mara. sekarang Abbie dan kaye tak kawan dengan Desiree.nama mak Mara ialah Susan nama ayah Mara ialah Gary David nama bapa saudara Mara ialah Karlo dan nama ayah angkat Mara ialahCg. nama bapa Clara ialah Amante nama ibu Clara ialah Alvira.

Mara dan Clara berkawan baik. selain kawan Mara iaitu Clara Mara juga ada dua kawan iaitu Butch dan Jin-Jin.masa undi presiden Mara menang tetapi Clara mula benci akan Mara kerana Clara tak menang.

apakah kesudahan cerita ini dan Apakah Mara dan Clara akan mendapat tahu siapa diri mereka yang sebenar?




LEMBAM JAHITAN TERAKHIR (TV9)
TARIKH: 24 Oktober 2012,
MASA: 8.30 malam
SLOT: Skrin TV9.
PELAKON: Azma Aizal Yusoof, Eja, Illya, Zamarul dan ramai lagi






SINOPSIS LEMBAM JAHITAN TERAKHIR (TV9)
Jahitan Terakhir. Sebuah kisah benar penuh tragis tentang seorang lelaki yang bernama Wan. Wan berumur 25 tahun namun umurnya hanya pada dasarnya kerana Wan (Lembam) ialah seorang lelaki yang tidak tahu apa-apa akibat kecacatan yang dialami sejak daripada lahir lagi.
 
Secara kasarnya Wan boleh dikatakan terencat akal dan oleh kerana itu dia sering dipersenda,dihina,dan dikeji oleh seluruh masyarakat kampung. Hanya ibu dan abang tempatnya menumpang kasih dan sayang sekalipun tempat bermanja.















Pada satu hari Lembam bertanyakan pada ibunya "Mak kita nak kahwin..."



MY GIRL AND I (TV9)
TARIKH: 23 September 2012
HARI: Ahad,
MASA: 10 malam



SINOPSIS MY GIRL AND I (TV9)
Kisah percintaan antara Su Ho dengan Su Eun dalam My Girl and I akan merancakkan lagi slot Saranghae. Su Eun pernah menyelamatkan Su Ho daripada mati lemas di laut, tetapi Su Ho tidak tahu perkara itu kerana Su Eun tidak menceritakan perkara itu padanya.


Kerana menyelamatkan Su Ho, Su Eun kehilangan pagernya. Su Eun cuba mendekati Su Ho dan akhirnya mereka menjadi semakin rapat sehingga dicemburui jejaka lain yang turut meminati Su Ho.


Yang pasti, cerita ini perlu ditonton kerana pengakhiran kisah cinta mereka yang sungguh menyayat hati.




DI TELAPAK KAKI BONDA
TARIKH: 23 September 2012,
MASA: 9.00malam
Pelakon: Diana Daniel, Hansen Lee, Hairie Othman, Sherry Merlis, Nelly, Angelina Tan, Adam Shah, Munif Isa, Izreen Azminda, Shukri Yahya




DOWNLOAD DI TELAPAK KAKI BONDA
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


SINOPSIS DI TELAPAK KAKI BONDA
Faizura, seorang pembuat sepatu manik berkelulusan doktor mewarisi kemahiran kaum Peranakan yang unik tersebut daripada ibu teman lelakinya yang merupakan seorang Nyonya, Bibik Lim. Bibik Lim menyayangi Faizura sebagai anak kandung dan telah menurunkan ilmunya tentang cara menyulam manik atas sepatu nyonya kepadanya.

Namun, Faizura tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibunya sejak meninggalkan kampung untuk menyambung pelajaran di bandar kerana tidak direstui oleh ibunya, Umi Kalsom. Faizura pada zaman mudanya seorang gadis yang keras kepala dan sangat memberontak.

Kini, Faizura telah berubah menjadi seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan nilai-nilai murni. Harapan Faizura untuk memperbaiki hubungannya dengan Umi Kalsom tersimpan dalam sebelah sepatu manik yang disulam ‘Umi’. Apakah doanya akan dimakbulkan?




DREDD
Tarikh tayangan: 20 September 2012
Genre: Aksi, sains fiksyen
Durasi: 1 jam 30 minit
Pengarah: Pete Travis
Pelakon: Karl Urban, Olivia Thirlby, Lena Headey



SINOPSIS DREDD

Filem ini menceritakan kota futuristik yang mendapat ancaman daripada pengganas.

Dalam kisah yang diadaptasi daripada cerita komik, Hakim Joseph Dredd bertindak sebagai penegak hukuman di kota masa depan.

Sekumpulan pasukan latihan khas pula sedang berhempas-pulas menumpaskan kumpulan penyeludup dadah, Slo-Mo.

CINTA DALAM HATI
MASA: 7.00 malam,
HARI: setiap Sabtu dan Ahad
PELAKON: Fazreen Rafi, Azhan Rani, Fikhree Bakar, Tunku Norhanis, Azza Suhaimi, Kismah Johar dan Azlan Ayob. Remy Ishak dan Dira Abu Zahar
MULAI: 15 September
EPISOD: 13 episod



SINOPSIS CINTA DALAM HATI
Dino, seorang graduan lulusan Persembahan Kreatif dari UiTM telah menjalin hubungan cinta dengan Munira, gadis sekampung dengannya. Ibu Munira, Mariam menghidap penyakit buah pinggang. Tinggal jauh di pedalaman nyata menyukarkan Mariam dan penduduk setempat untuk menjalani hemodialisis. Lalu Dino dan Munira berhasrat untuk membeli mesin tersebut dengan bantuan Doktor Roslan.

Dalam merealisasikan hasrat tersebut, Dino berusaha menyiapkan skrip Filem Cinta Dalam Hati yang mengisahkan percintaan mereka berdua dan hasil bayaran skrip tersebut akan digunakan untuk membeli mesin hemodialisis. Malangnya, sebelum skrip tersebut disiapkan, Munira telah meninggal dunia akibat barah paru-paru.

Kematian Munira menguatkan lagi semangat Dino untuk menyiapkan skrip tersebut dan akhirnya diserahkan kepada Othman Hisham, seorang pengarah yang dikenalinya ketika menjalani penggambaran telefilem di kampungnya. Ketika itu Dino diminta membantu untuk mencari lokasi.

Othman Hisham berjaya memujuk Rio Darwan untuk melabur dalam filem berkenaan, bagaimanapun Rio meletakkan syarat Irama yang memegang watak utama. Jika tidak, dia akan menarik diri dari perojek berkenaan. Irama memang pelakon terkenal tetapi belum pernah berlakon filem. Dia gembira menerima tawaran tersebut, bagaimanapun apabila tahu Rio yang membiayai projek berkenaan, dia menolaknya.

Badrul, pengurus peribadi Irama dan Elfi, wartawan dan juga kawan baik Irama tidak mahu Irama mencampur adukkan hal peribadi dengan kerjaya. Ini kerana, Rio adalah bekas kekasih Irama. Mereka pernah dinobatkan sebagai pasangan paling bahagia tetapi kebahagiaan itu diragut apabila Rio ditangkap khalwat dengan artis baru. Sejak itu, Irama berjanji tidak akan melihatkan diri dalam sebarang projek Rio. Dino kecewa apabila Irama menolak tawaran tersebut kerana hasratnya untuk membeli mesin hemodialisis tidak akan kesampaian.

Bagaimanapun selepas berjumpa dengan Dino dan mengetahui tujuan Dino yang sebenarnya, Irama akhirnya terpanggil untuk membantu Dino. Sejak itu hubungan Irama dan Dino mula akrab tetapi cuba dihalang oleh Rio. Rio mahu Irama kembali ke pangkuannya.

Dalam diam, Dino sebenarnya turut jatuh cinta pada Irama, bagaimanapun perbezaaan status serta konflik yang berlaku di antara mereka dengan Rio, menyebabkan Dino menarik diri. Manakala Irama pula, walaupun didesak oleh Rio, pintu hatinya memang tertutup untuk Rio.

Dino akhirnya sedar tentang kesucian cinta Irama terhadapnya. Dia kembali mencari Irama untuk meminta maaf dengan apa yang berlaku dan menjelaskan kenapa dia menjauhkan diri daripada Dino angkara Rio yang mengugut akan menghalang karier Irama. Dino tidak mahu karier Irama musnah kerananya. Akhirnya hubungan mereka bertaut dan Rio pula sekali lagi ditangkap khalwat dengan Shasha, pelakon baru.

Dalam waktu yang sama, cinta Nadia dan Iskandar menghadapi dilema apabila Nadia disahkan menghidapi virus HIV. Stigma masyarakat terhadap pesakit HIV menyebabkan Iskandar keliru untuk meneruskan hasratnya untuk meminang Nadia walaupun dia amat menyintai Nadia. Nadia pula yang merasakan kehidupannya telah berakhir, telah berhenti kerja dan pulang ke rumah neneknya, Kalsom di kampung.

Sepanjang berada di kampung, Dino berjaya memberi semangat dan kekuatan kepada Nadia. Dino turut membuka minda Iskandar tentang penyakit HIV yang sebenarnya. Akhirnya Iskandar nekad untuk meneruskan hasratnya meminang Nadia, bagaimanapun sebelum impian itu terlaksana, satu kejadian berlaku yang menyebabkan Iskandar terpaksa melupakan hasrat untuk bersatu dengan Nadia selama-lamanya. Apakah yang berlaku sebenarnya? Bagaimana pula penyudah kepada hubungan Dino dan Irama?


X FACTOR (8TV)
MULA SIARAN: 14 September
HARI: Setiap Jumaat & Sabtu
MASA: 10.00 malam & 10.30 malam
BAHASA: Inggeris



SINOPSIS X FACTOR MUSIM 2 (8TV)

Rancangan realiti nyanyian terhangat kini kembali! Menawarkan hadiah utama berupa sebuah kontrak rakaman bernilai USD $5 juta, rancangan realiti pertandingan nyanyian terhangat “X-Factor” kembali untuk musim ke-2!

X-Factor merupakan pertandingan nyanyian untuk mencari bakat baru yang lengkap dengan pakej yang sempurna – memiliki suara yang lunak dan merdu, rupa paras yang menarik, personaliti yang memukau, kebolehan untuk bergerak diatas pentas dan juga menghafal gerak tarian dengan mudah, memiliki aura diatas pentas dan sebagainya.

Para peserta dibahagikan kepada 4 kategori dalam rancangan terbaru yang dijamin akan menggamatkan suasana sesiapa yang menontonnya. Kategori tersebut adalah perempuan di bawah umur 12 hingga 20 tahun, peserta lelaki 12 hingga 29 tahun, individu melebihi umur 30 tahun dan kategori kumpulan.

Rancangan X-Factor membariskan 4 juri yang prolifik serta terkenal dengan bakat masing-masing. Antara juri-juri tersebut adalah seorang bekas juri American Idol, Simon Cowell yang terkenal kerana sikapnya yang suka melemparkan kritikan pedas dan penerbit muzik terkenal L.A Reid. Musim baru ini juga menyaksikan kemunculan dua jelitawan yang duduk di kerusi juri menggantikan Paula Abdul dan Nicole Scherzinger. Mereka adalah penyanyi pop terkenal Britney Spears dan gadis Disney Demi Lovato.

Kemunculan pelbagai program realiti yang disiarkan di televisyen, program realit X-Factor boleh disifatkan sebagai suatu program yang segar kerana konsep dan format yang diketengahkan cukup asli. Rancangan ini yang akan disiarkan secara langsung akan mempamerkan aksi-aksi para peserta ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran dan keperitan dalam mengejar impian mereka. Turut serta untuk menyerikan program yang padat dengan hiburan ini adalah dengan kehadiran pengacara Steve Jones yang kacak serta memiliki personaliti menarik yang pasti mencuit hati anda.

Pastikan anda bersedia di hadapan kaca televisyen masing-masing untuk Tayangan Perdana di Malaysia selama dua malam berturut-turut pada 14 September 2012 (Jumaat) jam 10.00 malam dan pada 15 September 2012 (Sabtu) jam 10.30 malam. Rancangan reality ini akan menemui penonton setiap Jumaat dan Sabtu jam 10.00 malam dan 10.30 malam eksklusif di saluran hip 8TV.

WARIS (TV3)
SLOT: SERAM
HARI: SETIAP KHAMIS,
MASA: 9:30 PM
PELAKON: Umie Aida (Mas Suri), Emelda Rosmila (Marisa), Fizz Fairuz (Rashad), Hairi Othman (Waris) dan Kuza (Mas Ayu), drama 13 episod terbitan Filmscape turut menampilkan Liza Shadan (Aida), Mozalfa Faisa (Fariz), Syamiem Alnisa (Sarah) dan Fadzrin Danial (Amar).



DOWNLOAD WARIS (1 - 13 TAMAT)
Waris Episod 01 = DOWNLOAD
Waris Episod 02 = DOWNLOAD
Waris Episod 03 = DOWNLOAD
Waris Episod 04 = DOWNLOAD
Waris Episod 05 = DOWNLOAD
Waris Episod 06 = DOWNLOAD
Waris Episod 07 = DOWNLOAD
Waris Episod 08 = DOWNLOAD
Waris Episod 09 = DOWNLOAD
Waris Episod 10 = DOWNLOAD
Waris Episod 11 = DOWNLOAD
Waris Episod 12 = DOWNLOAD
Waris Episod 13 (TAMAT) = DOWNLOAD



SINOPSIS WARIS
aris menjadi igauan ngeri bagi Marisa pada suatu ketika dulu kerana dia merupakan mangsa kepada Waris yang memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan

Mengisahkan kehidupan Rashad dan Marisa selepas 10 tahun yang tenang bersama anak lelaki mereka Amar. Waris menjadi igauan ngeri bagi Marisa pada suatu ketika dulu kerana dia merupakan mangsa kepada Waris yang memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan.

Marisa bersyukur kerana dapat memulakan kehidupan baru bersama suami tersayang dan anak lelakinya yang sangat ceria dan aktif. Kadang-kala dia akan berasa sedih apabila terkenangkan anak kembarnya yang sudah meninggal dunia pada hari kelahiran.

Rashad dan Marisa telah membawa Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh secara kejam dan meninggalkan anak perempuannya yang masih kecil, Sarah.

Marisa menjadi panik apabila Amar hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan. Namun, doktor mengesahkan keadaan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu, Amar berubah menjadi murung dan cepat marah. Buntu melihat perubahan anak mereka, Rashad dan Marisa telah membawanya pulang berjumpa dengan Mas Suri, Ibu kepada Marisa.

Mas Suri mula berasa bimbang jika masalah yang sering membelenggu fikirannya selama ini telah menjadi nyata. Dia risau jika Waris telah bangkit semula. Mas Suri terpaksa membuka rahsia yang anak kembar perempuan Marisa masih hidup dan berada di bawah jagaan Rokiah. Mas Suri terpaksa memisahkannya daripada Marisa kerana dia tahu Waris akan kembali memburu anak perempuan keturunan mereka. Rokiah yang dipertanggungjawabkan menjaga anak perempuan itu telah menyerahkan anak tersebut kepada sepupunya kerana menganggapnya sebagai beban.

Marisa seakan tidak percaya mendengar pengakuan Mas Suri. Tergamak Mas Suri melakukan perkara yang sama dia pernah lakukan pada Marisa. Mas Suri memohon maaf daripada Marisa kerana dia tiada pilihan lain bagi melindungi cucu perempuannya daripada ancaman Waris. Selama ini, Mas Suri sedar bahawa Mas Ayu tidak akan berputus asa dan dia akan menyeru semula Waris.

Amar menjadi sasaran baru Waris yang terdesak untuk mencari Tuan baru kerana keadaan Mas Ayu yang terlalu lemah dan sedang nazak. Waris perlukan badan baru untuk berkuasa semula. Walaupun masih marah terhadap ibunya, Marisa perlukan bantuan Mas Suri untuk menjejaki anak perempuannya, Sarah yang kini dijaga oleh Aida dan suaminya, Fariz.

Sarah membesar dalam keadaan yang daif tanpa belaian kasih sayang. Selepas ibu angkatnya meninggal dunia, Aida telah mempelawa Sarah untuk tinggal bersama. Tanpa disedari, Aida telah mengundang bahaya dalam kehidupannya. Sarah yang dipengaruhi oleh kuasa jahat telah memberi ancaman nyawa kepada ahli keluarga barunya.

Sempatkah Mas Suri dan Marisa menjejaki Sarah sebelum Waris? Apakah muslihat Waris akan berjaya pada kali ini? Berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya daripada ancaman Waris buat selama-lamanya?



KAU YANG TERINDAH (TV3)
MULAI: 6 Ogos 2012,
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis
MASA: 7.00 malam.



DOWNLOAD DRAMA KAU YANG TERINDAH (TV3)

Kau Yang Terindah Episod 01 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 02 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 03 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 04 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 05 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 06 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 07 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 08 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 09 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 10 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 11 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 12 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 13 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 14 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 15 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 16 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 17 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 18 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 19 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 20 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 21 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 22 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 23 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 24 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 25 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 26 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 27 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 28 (TAMAT) = DOWNLOAD
KREDIT: Kepalabergetar



SINOPSIS KAU YANG TERINDAH (TV3)

Kau Yang Terindah ini mengisahkan Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa).

Firman juga bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya.

Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman).

Kapten Syamiel amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah. Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah seterusnya,

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA