FACEBOOK --> http://www.facebook.com/likeperekacerita
BLOG KU --> http://www.perekacerita.com/
TWITTER KU --> https://twitter.com/#!/perekacerita
PERAHU KERTAS
MULA TAYANGAN: 29 November
PELAKON: Maudy Ayunda, Adipati Dolken dan Reza Rahadian. Maudy Ayunda dan Adipati Dolken

SINOPSIS PERAHU KERTAS
Perahu Kertas mengisahkan pasang surut hubungan persahabatan antara Kugy (Maudy Ayunda) dan Keenan (Adipati Dolken), bersama-sama rakan sahabat mereka yang lain. Kugy bercita-cita ingin menjadi seorang penulis dongeng. Keenan seorang pelukis muda berbakat. Perasaan mereka yang saling mengagumi tapi berbagai hal menghalang mereka untuk saling mengungkapkan perasaan.

Dalam suasana hati yang gundah, kreatifitas melukis Keenan buntu tapi semangat Keenan berhasil dikembalikan oleh Luhde (Elyzia Mulachela), keponakan Pak Wayan. Seorang pengumpul langganan galeri Wayan bernama Remi (Reza Rahadian) menjadi pembeli pertama.

Kugy bekerja di biro iklan milik teman kakaknya, iaitu Remi. Prestasi kerja Kugy cemerlang, dan menarik perhatian Remi. Remi mulai jatuh hati dan ketulusan Remi meluluhkan hati Kugy. Keenan terpaksa kembali ke Jakarta untuk menjalankan perusahaan keluarganya kerana bapaknya sakit.

Seperti perahu kertas yang hanyut mengikuti arus, Kugy dan Keenan menjalani tuntutan hidup dan cita-cita sampai pertemuan yang tidak dapat dielakkan dan hati mereka kembali diuji.
Saksikan filem Perahu Kertas yang akan berlayar di pawagam pada 29 November 2012.

WRECK-IT RALPH
ARAHAN: Rich Moore
PELAKON: John C. Reilly, Jack McBrayer, Jane Lynch
GENRE: Animasi
TAYANGAN: 29 November 2012
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (Harian metro)

SINOPSIS WRECK-IT RALPH
Filem ini mengisahkan Ralph (suara oleh John C Reilly) yang dijadikan jahat dalam permainan arked Fix-it Felix, kini mahu menjadi hero.

Ralph bosan hanya menjadi jahat dan dia mula terjun ke permainan video arked lain untuk belajar menjadi watak hero dan baik pula. Malah Ralph berkawan dengan karakter Vanellope van Schweetz (suara Sarah Silverman) daripada permainan video Sugar Rush.

Hanya selepas dia tidak sengaja membawa masuk virus ke dalam permainan video itu, barulah Ralph jadi penyelamat dan dipanggil hero.
AJANABEE (TV2)
TARIKH: 28 November 2012
HARI: setiap Rabu,
MASA:10.00 malam.

SINOPSIS AJANABEE (TV2)
berkisar tentang pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, Raj (Bobby Deol) dan Priya (Kareena Kapoor) yang berpindah ke Switzerland. Perpindahan mereka ke Switzerland adalah kerana cita – cita Raj yang ingin menjadi pemain polo professional.

Di sana Raj dan Priya bertemu dengan satu lagi pasangan muda yang juga berasal dari India Vicky (Akshay Kumar) dan Sonia (Bipasha Basu). Persahabatan yang erat terjalin itu bagaimanapun tergugat apabila Vicky mencadangkan agar dia dan Raj bertukar pasangan.

Raj amat berang dengan cadangan Vicky yang tidak masuk akal itu. Namun, pada hari ulangtahun kelahiran Vicky, mereka berseronok sehingga Raj dan Vicky mabuk dan Vicky membangkitkan semula ideanya itu.

Akhirnya Raj pulang ke rumah Sonia sementara Vicky mengetuk pintu rumah Priya. Satu tragedi telah berlaku apabila keesokan paginya apabila Raj bangun dari tidurnya, dia mendapati Sonia telah mati dibunuh. Raj menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan Sonia.

Benarkah Raj membunuh Sonia? Apakah yang terjadi sebenarnya pada malam di saat Raj bersama Sonia dan Vicky bersama Priya?
MARIAM KAMPUNG PUTAT
MASA: 10 Malam
PELAKON: Aiman Hakim, Hanis Zalikha, Azhar Sulaiman, Betty Banafe, Bea Rameshan.

DOWNLOAD MARIAM KAMPUNG PUTAT (TV3)
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar
TONTON FULL MOVIE ONLINE - MARIAM KAMPUNG PUTAT
SINOPSIS MARIAM KAMPUNG PUTAT
Mariam Kampung Putat mengisahkan suatu hari ketika majlis kenduri kesyukuran diadakan di Kampung Putat, Mariam secara tidak sengaja telanggar Danial yang menyebabkan dulang berisi kari terkena Danial.

Selesai majlis tersebut, Mariam dimarahi dan dipukul oleh ibu tirinya, Cik Gayah Gelang Labuh dan Gaga Gebu. Sejak Peristiwa itu, Mariam takut untuk keluarga rumah kerana khatir akan berjumpa dengan Danial.

Sementara itu, Danial pula ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Mariam. Tiada seorang pun yang mengetahui tentang wanita tersebut. Danial cuba bertanya kepada Cik Gayah namum Cik Gayah menjawab tidak kenal kerana terlalu ramai pekerjanya. Dalam masa yang sama juga Cik Gayah memperkenalkan Gaga Gebu kepada Danial untuk dijadikan calon isteri tetapi Danial tidak menyukainya.

Encik Hisham pula semakin mendesak Danial untuk mencari teman hidup. Danial meminta tempoh selama tiga minggu. Siapakah yang akan di pilih oleh Danial? Saksikan malam ini jam 10 malam di TV3, saluran 103.
AJIBOY
PENGARAH: Ismail Bob Hashim
PENERBIT : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
GENRE: Komedi
MULA TAYANGAN : 08 Nov 2012
DURASI: 82 min

DOWNLOAD AJIBOY
RAPIDSHARE = PART1, - PART2
ZIPPYSHARE = PART1, - PART2
Kredit: ddmf
TONTON FULL MOVIE ONLINE AJIBOY
SINOPSIS AJIBOY
Dia kecil! Dia genius! Dia IRFAN! Seorang kanak kanak yang genius dan petah bercakap yang diamanahkan oleh ayahnya EN FAUZAN untuk menjaga dan menguruskan Taman Tema Air Melaka buat sementara waktu. Oleh kerana dirinya yang masih kecil, kemampuannya di ragui oleh ALONG dan BOB.

Along dan Bob merupakan dua orang Head Supervisor di Taman Tema tersebut yang sentiasa mengambil kesempatan atas jawatan yang mereka seperti memberikan barang barang percuma untuk menarik perhatian pengunjung wanita. Kehadiran Irfan dalam menggantikan jawatan En Fauzan dipandang remeh oleh mereka sehinggalah Irfan mengenakan tindakan terhadap mereka.

Along dan Bob diturunkan pangkat dan sering diarahkan melakukan kerja kerja pembersihan di sekitar Taman Tema tersebut. Hal tersebut telah menyebabkan mereka tekad untuk melakukan satu pengkhianatan. Irfan, meskipun masih kecil mempunyai satu lagi amanah yang amat besar yang harus ditunaikannya. Arwah ibu Irfan telah meminta Irfan untuk mencarikan isteri untuk En Fauzan supaya mereka tidak akan merasa sunyi tanpanya.

Irfan yang berkenan pada CIK NISA telah cuba untuk menyatukan mereka namun setelah mengetahui bahawa Cik Nisa sudah mempunyai anak, Irfan pantas beranggapan yang Cik Nisa sudah mempunyai keluarganya sendiri.

Mampukah Irfan mencari calon isteri untuk En Fauzan? Adakah Along dan Bob akan teruskan niat mereka untuk mengkhianati En Fauzan? Dapatkah Irfan menyelamatkan Taman Tema tersebut?
APA CELOP TOQQ
PENGARAH: Ahmad Idham, Ajes
PENERBIT : Excellent Pictures Sdn. Bhd.
GENRE: Aksi, Komedi, Drama
MULA TAYANGAN : 25 Oktober 2012
PELAKON: Azad Jasmin , Taiyuddin Bakar, Intan Ladyana juga Elly Feliziana. Hazama Azmi

DOWNLOAD APA CELOP TOQQ DVDRIP MKV
RAPIDSHARE = PART1, - PART2
ZIPPYSHARE = PART1, - PART2
Kredit : ddmf
TONTON FULL MOVIE ONLINE APA CELOP TOQQ
SINOPSIS APA CELOP TOQQ
Hazama seorang anak muda yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, melalui liku kehidupan bersama teman baiknya, TAPAI. HAZAMA bekerja di bengkel membaiki motorsikal, sering bersama menghadapi karenah TAPAI yang berhutang dengan samseng, BLACK, yang sering menganggu mereka, sehingga terlibat dalam pergaduhan.

Pada masa yang sama, LAILA, seorang wartawan, telah ditukarkan ke bahagian hiburan apabila telah melakukan kesilapan ketika operasi yang melibatkan anggota polis tidak lama dulu.

Selepas itu, kehidupan HAZAMA berubah apabila bertemu dengan PAK SAMAD, seorang lelaki yang hidup keseorangan. Pada awal pertemuan, HAZAMA merasakan lelaki itu hidup dengan penuh keegoan. Pada masa yang sama, TAPAI meminta bantuan teman wanitanya, JUITA, dalam membantu melunaskan hutang kepada BLACK.

Masa berlalu, apabila HAZAMA mula menghabiskan masa dengan PAK SAMAD, sehinggalah dia jatuh sakit pada suatu hari. Bila dimasukkan ke wad, HAZAMA terkejut apabila mengetahui penyakit yang dihadapi oleh PAK SAMAD. TAPAI, meminta pertolongan HAZAMA, apabila JUITA mengajakkan bertemu dengan kakaknya, LAILA.

Mengenangkan persahabatan di antara mereka berdua, HAZAMA menurut kehendaknya. HAZAMA merakamkan lagu, atas sokongan TAPAI, JUITA dan AFIQ. Tanpa disangka, lagu nyanyian HAZAMA mendapat sambutan cukup luar biasa, namun disebalik kejayaan itu, terdapat kisah sedihnya.

Apa yang berlaku kepada PAK SAMAD. Bagaimana pula hubungan TAPAI dan JUITA, dan bagaimana pula kisah di antara LAILA dan HAZAMA. Dapatkah HAZAMA mengejar cita dan cintanya. Nantikan CINTA ATAS TAR di pawagam tidak lama lagi.

MERLIN MUSIM 5 (TV3)
HARI: setiap Isnin,
MASA: 10 malam
MULAI: 19 November 2012
MERLIN MUSIM 3 = KLIK
MERLIN MUSIM 4 = KLIK
SINOPSIS MERLIN MUSIM 5 (TV3)
Kali ini, ia mengisahkan keadaan Camelot selepas tiga tahun, Camelot berada dalam zaman kegemilangannya di bawah pemerintahan Raja Arthur yang baru mewarisi takhta selama empat tahun. Arthur sudah semakin matang dan menjalankan tugasnya sebagai seorang raja berwibawa di sisi Pemaisuri Guinevere, barisan satria yang setia dan juga Merlin yang juga kawan karibnya.

Morgana, nama ditakuti rakyat Cemelot sudah tidak kedengaran selama tiga tahun. Namun, ia tidak bermaksud Raja Arthur boleh menarik nafas lega kerana kejadian misteri mula berlaku di sempadan utara. Semua satria ditugaskan ke sana telah hilang. Justeru, Arthur berangkat ke sana untuk menyiasat apa yang berlaku sebenarnya.

Bersama Merlin dan rakan-rakan seperjuangannya (knights of the round table), Arthur menuju ke destinasi yang penuh cabaran dan tipu muslihat. Kuasa Morgana semakin kuat dan bijak mengaturkan rancangannya untuk menghancurkan Arthur dan Merlin. Kemunculan Modred, seorang ahli sihir muda yang kesetiaannya tidak diketahui sama ada kepada Arthur ataupun Morgana mampu membawa maut kepada Arthur.

Apabila Arthur bertemu seorang yang tidak dikenali dan diberikan kuasa untuk menyeru semula si mati, dia tidak dapat mengatasi godaan itu untuk menggunakan kuasa berkenaan. Arthur teringin untuk menyeru semula Raja Uther, ayahandanya yang amat dirinduinya. Namun, dunia si mati ialah tempat yang amat gelap dan bahaya. Arthur tidak sangka hasratnya bertemu kembali ayahnya mampu menghancurkan masa depan Camelot.

Mampukah Merlin menghalang malapetaka yang akan menimpa Camelot kerana maut sudah semakin hampir? Apakah takdir yang tertulis buat Camelot? Mampukah Merlin mengatasi kuasa gelap yang semakin meluas di Camelot?
TUM MILO TOH SAHI (TV2)
TARIKH: 21 November 2012
MASA: 10 Malam

SINOPSIS TUM MILO TOH SAHI
Tum Milo Toh Sahi pula tentang kehidupan orang biasa yang menjadi luar biasa dengan kekuatan cinta. Sebuah filem tentang cinta pada umur yang berbeza. Pertemuan hati, pertemuan minda dan juga pertemuan jiwa.

Filem ini bukan kisah komedi romantis yang biasa tetapi tiga cerita romantis yang unik di dalam satu filem. Ia menyusuri kehidupan tiga pasangan, Nana Patekar dan Dimple Kapadia, Suniel Shetty dan Vidya Malavade juga Rehan Khan dan Anjana Sukhani yang berkaitan antara satu sama lain melalui detik – detik menyentuh perasaan dan kelakar.

DENDAM PENCINTA (TV9)
HARI: Setiap Isnin dan selasa
MASA: 8.30 Malam
MULAI: 2october

DOWNLOAD DENDAM PENCINTA
Dendam Pencinta Episod 01 = DOWNLOAD
Dendam Pencinta Episod 02 = DOWNLOAD
Dendam Pencinta Episod 03 = DOWNLOAD
Dendam Pencinta Episod 04 = DOWNLOAD
Dendam Pencinta Episod 05 = DOWNLOAD
Dendam Pencinta Episod 06 =DOWNLOAD
Dendam Pencinta Episod 07 = DOWNLOAD
Dendam Pencinta Episod 08 = DOWNLOAD
Dendam Pencinta Episod 09 = DOWNLOAD
Dendam Pencinta Episod 10 = DOWNLOAD
Dendam Pencinta Episod 11 = DOWNLOAD
Dendam Pencinta Episod 12= DOWNLOAD
Dendam Pencinta Episod 13 = DOWNLOAD
Dendam Pencinta Episod 14 (TAMAT) = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar

SINOPSIS DENDAM PENCINTA
mengisahkan Zul (Shah Iskandar) yang suka mengurat Syiela (Nadia) pada zaman kolej. Namun begitu, selepas beberapa tahun, Zul berkahwin dengan orang lain iaitu Mimi (Hanez). Setelah Zul berkahwin dengan Mimi,
Syiela kembali di dalam kehidupan Zul dan menuntut cinta Zul kepadanya. Bermulalah konflik drama ini.

Ombak Rindu
Pengarah : Osman Ali
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Drama, Romantik
Tarikh Tayangan : 01 Disember 2011
Format : 35mm

DOWNLOAD FILEM OMBAK RINDU
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: Kepalabergetar, jiwang, teamgempak
TENGOK FULL MOVIE ONLINE - OMBAK RINDU
SINOPSIS OMBAK RINDU
filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah.

Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.
Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
MIANG BULUH KELADI BIRAH (TV2)
PENGARAH: Bade Hj Azmi.
SLOT : Tribute P. Ramlee
TARIKH: 18 November
MASA: 9.00 malam

SINOPSIS MIANG BULUH KELADI BIRAH (TV1)
mengisahkan Anisah lakonan Wan Nor Azlin, seorang penulis skrip kematian suami sejak tujuh tahun lalu, mula berasa bosan tinggal di bandar dan berhasrat mahu kembali ke kampung halamannya. Anisah dapat merasakan situasi di perkampungan nelayan itu lebih tenang buatnya untuk menghasilkan skrip bermutu. Lalu perkara itu diluahkan kepada anak tunggalnya, Daniel (Hanis Kamal Bakar). Daniel menyokong penuh hasratnya mahu berhijrah pulang ke kampung. Apatahlagi kepulangan Anisah ke kampung dapat menjaga tanah dan rumah pusaka keluarganya yang lama ditinggalkan.
Di kampung, Anisah tinggal berjiran dengan Jalal, seorang duda yang memiliki anak gadis bernama Fara. Setelah beberapa bulan di sana, Anisah dan Jalal mula menjalin hubungan mesra hingga satu hari Jalal meluahkan hasrat mahu memperisterikan Anisah.

Bagaimanapun niat mereka untuk berkahwin ditentang hebat oleh anak masing-masing, Daniel dan Fara. Sejak awal Anisah dan Daniel sampai ke kampung lagi Fara sudah menganggap Daniel seperti musuh. Apatahlagi sebagai pelajar dari Kuala Lumpur, Daniel mudah menjadi perhatian ramai terutama pelajar perempuan termasuklah Mariam, teman sekolah Fara.
Sebenarnya Fara cemburukan Daniel kerana sejak kehadiran lelaki itu, dirinya mula diabaikan guru-guru di sekolah yang sebelum ini menganggap Fara adalah pelajar harapan untuk mengharumkan nama sekolah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sebaliknya mereka mula menamakan Daniel sebagai palajar harapan.

Dalam pada itu, Daniel pula menyimpan hasrat mahu bersahabat dengan Fara. Oleh kerana Fara kurang senang dengan Daniel, Mariam mengusik Fara sukakan Daniel. Kurang senang dengan usikkan itu, Fara mendesak Daniel supaya menafikan khabar angin tersebut. Sebaliknya Daniel hanya membalasnya dengan senyuman.
Satu hari keadaan menjadi kecoh apabila Mariam memberitahu dia melihat Jalal dan Anisah begitu mesra. Fara yang malu terus menyerang Daniel dengan mendakwa yang Anisah sengaja menggoda Jalal kerana Fara kenal siapa ayahnya yang sejak kematian ibunya enggan berkahwin lain kerana sayangkan Fara.

Tidak puas hati dengan cerita Mariam, masing-masing meminta kepastian daripada Jalal dan Anisah. Apabila Jalal dan Anisah mengaku yang mereka saling menyayangi, hubungan Daniel dan Fara semakin meruncing. Fara menuduh Anisah macam keladi birah – gatal. Manakala Daniel yang geram Fara menghina ibunya turut menuduh yang Jalal miang macam rebung buluh.

Lalu bagaimanakah kesudahannya bila satu hari Jalal dilanggar motorsikal dan mengalami kecederaan. Ketika itu dia amat memerlukan perhatian daripada seorang wanita untuk menguruskan pergerakan sehariannya. Mampukah Fara berkorban perasaan untuk melepaskan ayahnya untuk berkahwin dengan Anisah?











