perekacerita
promosi perodua murah




KUNG FU HUSTLE (TV3)
HARI: Isnin,
TARIKH: 31 Disember,
MASA: 10.00 malam
PELAKON: Stephen Chow, Xiaogang Feng, Wah Yuen, Zhi Hua Dong, Kwok-Kwan Chan, Chi Chung Lam, Siu-Lung Leung, Qiu Yuen.




SINOPSIS KUNG FU HUSTLE (TV3)
Keadaan menjadi kacau bilau di kota Shanghai, China pada tahun 1940an. Banyak kumpulan kongsi gelap bersaing untuk menakluki kota Shanghai, salah satunya kumpulan ‘Kapak Merah’ yang sangat ditakuti.

Oleh kerana tiada siapa yang berani menentang kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini, rakyat dari pelbagai latar belakang yang mahu hidup damai memilih untuk tinggal di kawasan miskin, contohnya, ‘Pig Sty Alley’.

Pada suatu hari, Sing dan Bone pergi ke kawasan tersebut untuk membuat kacau bagi menarik perhatian ketua kumpulan kongsi gelap. Apakah yang berlaku selepas itu?

ADY VALENTINO (TV3)
MASA: 10 Malam
TARIKH: 29 Disember
PELAKON: Hazama, Eina Azman, Bella Daly, Zachery Francis dan Taiyuddin Bakar.




DOWNLOAD ADY VALENTINO (TV3)
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


TONTON FULL MOVIE ONLINE TELEMOVIE = ADY VALENTINO (TV3)




SINOPSIS ADY VALENTINO (TV3)
Ady Valentino mengisahkan Ady (Hazama) seorang jejaka berusia awal 20an yang bekerja sebagai Mat Despatch di sebuah syarikat guaman di ibukota. Ady menyimpan perasaan terhadap seorang gadis di pejabatnya bernama Maya walaupun Maya sering kali hanya mempergunakan Ady untuk kepentingannya.




Selepas diperlekeh oleh teman sepejabat kerana berangan untuk memiliki Maya, Ady mengambil keputusan untuk melakukan kerja sambilan agar dia dapat membeli kereta mewah dan melamar Maya



suatu hari, Ady menghantar bunga ke sebuah stesen televisyen. Tiba di sana, Ady bertembung dengan seorang gadis jelita membuatkan dia terpukau. Dengan bantuan rakan serumahnya, Zack, Ady mula mengorak langkah untuk mengenali gadis bernama Eyza, pembaca berita di stesen televisyen tersebut. Berjaya Ady memikat Eyza?


KEEPING MUM (NTV7)
HARI: Ahad,
TARIKH: 30 Disember
MASA: 3.30 petang – 5.30 petang




SINOPSIS KEEPING MUM (NTV7)
Bagi mereka yang memerlukan filem yang mampu membuatkan mereka ketawa terbahak-bahak, keeping Mum ada segalanya yang diharapkan apatah lagi apabila dibintangi bintang terkenal dan lucu seperti Rowan Atkinson.

Filem komedi ini berkisar tentang keluarga vikar yang tidak habis-habis dihujani dengan masalah. Atkinson yang membawakan watak Reverend Walter Goodfellow merupakan seorang yang terkenal tetapi tidak berguna buat keluarganya sendiri serta dianggap bermasalah oleh masyarakat sekitarnya.

Apatah lagi isterinya kini mempunyai hubungan sulit dengan seorang instruktur golf dan memiliki anak perempuan yang memiliki ramai teman lelaki. Bukan itu sahaja, anak lelakinya yang pengecut sering terlibat dengan bermacam-macam masalah sehinggalah seorang penjaga rumah bernama Grace (Maggie Smith) merubah kehidupan mereka dengan kemahirannya yang paling hebat – ‘menjaga rahsia’.




CHORI CHORI CHUPKE CHUPKE (TV3)
TARIKH: 29 Disember
MASA:2 petang.
PELAKON: Preity Zinta, Salman Khan, Rani Mukerji, Amrish Puri dan Dalip Tahil.





SINOPSIS CHORI CHORI CHUPKE CHUPKE
Filem Chori Chori Chupke Chupke menceritakan Raj dan Priya Malhotra sudahpun berkahwin selama beberapa tahun dan hidup dalam keluarga yang kaya serta harmoni. Malangnya, mereka mempunyai satu masalah di mana Priya tidak boleh hamil.

Apabila usaha mengambil anak angkat gagal, Raj dan Priya menawarkan seorang pelacur iaitu Madhubala supaya menjadi 'ibu tumpang' bagi pasangan ini. Madhu bersetuju kerana pada waktu yang sama, dia sangat memerlukan wang.

Namun, keadaan menjadi rumit apabila Madhu jatuh cinta terhadap Raj. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?


 

LES MISERABLES
MULAI: 25 Dec 2012
PENGARAH :Tom Hooper
GENRE: Musikal
PELAKON:Anne Hathaway, Hugh Jackman and Helena Bonham Carter







SINOPSIS LES MISERABLES
filem “Les Miserables” ini bertumpukan kepada Jean Valjean (Hugh Jackman), seorang bekas banduan yang lari daripada parol dan semenjak dari itu menjadi buruan Javert (Russell Crowe), seorang pengawal penjara yang taat kepada undang-unadng.
 
Takdir memang sukar dijangka apabila Fantine (Anne Hathaway), seorang pekerja kilang yang terpaksa berpaling kepada pelacuran menemui ajal, meninggalkan anak perempuan bernama Cosette (Amanda Seyfried), yang kemudiannya berada di bawah jagaan Valjean.

SABRINA - FRIENDS FOREVER MOVIE (NTV7)
HARI: Sabtu,
TARIKH: 29 Disember
MASA: 11.30 pagi – 1.00 petang




SINOPSIS SABRINA - FRIENDS FOREVER MOVIE (NTV7)
Filem animasi Sabrina: Friends Forever Movie pastinya bakal menarik perhatian penonton-penonton muda dengan jalan ceritanya yang penuh magis dan mampu membuatkan anda tertawa. Dalam versi Drama ini, Sabriona yang menjangkau usia 13 tahun terpaksa menyertai Akademi Ahli Sihir seperti kebiasaan keluarganya. Namun Sabrina khuatir kerana dirinya yang merupakan separuh manusia dan separuh ahli sihir berbeza dengan rakan-rakannya di akademi. Sering dipandang rendah, Sabrina terpaksa membuktikan bahawa adakah dia ahli sihir yang benar-benar istimewa. Mampukah Sabrina si ahli sihir remaja ini membuktikannya?


EVOLUSI KL DRIFT (TV2)
MULAI: 4 Oktober 2012,
HARI: setiap Khamis,
MASA: 9.00 malam
EPISOD: 26 episod
PELAKON: Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana, Zain Saidin, Zach (X-Factor), Ridzuan Hashim dan Ammar Alfian Aziz, Aaron Aziz





DOWNLOAD EVOLUSI KL DRIFT
Evolusi KL Drift Episod 01 = DOWNLOAD
Evolusi KL Drift Episod 02 =DOWNLOAD
Evolusi KL Drift Episod 03 = DOWNLOAD
Evolusi KL Drift Episod 04 = DOWNLOAD
Evolusi KL Drift Episod 05 =DOWNLOAD
Evolusi KL Drift Episod 06 =DOWNLOAD
Evolusi KL Drift Episod 07 = DOWNLOAD
Evolusi KL Drift Episod 08 = Xde
Evolusi KL Drift Episod 09 = DOWNLOAD
Evolusi KL Drift Episod 10 = xde
Evolusi KL Drift Episod 11 =DOWNLOAD
Evolusi KL Drift Episod 12 = DOWNLOAD
Evolusi KL Drift Episod 13 = DOWNLOAD
Evolusi KL Drift Episod 14 =
Evolusi KL Drift Episod 15 =
Evolusi KL Drift Episod 16 =
Evolusi KL Drift Episod 17 =
Evolusi KL Drift Episod 18 =
Evolusi KL Drift Episod 19 =
Evolusi KL Drift Episod 20 =
Evolusi KL Drift Episod 21 =
Evolusi KL Drift Episod 22 =
Evolusi KL Drift Episod 23 =
Evolusi KL Drift Episod 24 =
Evolusi KL Drift Episod 25 =
Evolusi KL Drift Episod 26 (TAMAT) =




SINOPSIS EVOLUSI KL DRIFT
Evolusi KL Drift adalah paparan kehidupan remaja yang mencari hala tuju identiti membawa kepada asimilasi rasa yang berupaya menjerumuskan mereka ke dalam perubahan yang ketara diterajui dua watak utama Zack dan Sham, dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam bidang perlumbaan kereta drift.

Kelazimannya bidang perlumbaan kereta drift didominasi oleh golongan maskulin tetapi ianya tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopoli itu dan menjadikannya sebagai hobi yang dikira ‘daring’ dan agresif.

Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjerumuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat.

Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lagir cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun perasaan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack.

Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl rasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta drift ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya.

Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul antara Zack dan Joe mereka telah membuat keputusan untuk berlumba kereta yang dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing.

Kongsikan babak dan aksi-aksi menarik dan penuh mencabar ini hanya di TV2.


I AM LEGEND (TV3)
HARI: Jumaat,
TARIKH: 28 Disember,
MASA: 10.00 malam
PELAKON: Will Smith, Alice Braga, Charlie Tahan, Salli Richardson-Whitfield, Willow Smith dan Darrell Foster.






SINOPSIS I AM LEGEND (TV3)
Sebijak-bijak penyelidik perubatan tentera, Robert Neville tidak dapat menghalang virus buatan manusia daripada ganas merebak dan menghapuskan spesies manusia. Akhirnya, Robert yang entah bagaimana kebal daripada dijangkiti virus berkenaan menjadi manusia terakhir di New York!

Lantas, dalam tempoh tiga tahun, Robert dengan penuh kesabaran menghantar mesej melalui radio dan dalam terdesak mencari adakah manusia lain selain dirinya yang terselamat. Namun dia sebenarnya tidak keseorangan kerana mengekorinya adalah bayangan mangsa virus tersebut yang sudah bertukar menjadi pontianak ganas dan zombi.

Dari jauh mereka menjejaki untuk mencari mangsa yang terakhir. Demi menyelamatkan manusia di muka bumi, Robert berusaha melepasi jerat musuh tersebut dan menggunakan darahnya sebagai penawar untuk menghidupkan semula manusia.

 

SHREK THE HALLS (TV2)
TARIKH: 26 Disember 2012,
MASA: 9.00 pagi




SINOPSIS SHREK THE HALLS (TV2)
berlatarkan set dimana ketika itu Shrek masih di peringkat umur kanak-kanak dan pasangannnya Fiona, masih bayi. Ketika itu Shrek (Mike Myers) secara senyap-senyap hidup dalam paya dengan keluarganya apabila tiba musim Krismas. Atas desakan Donkey (Eddie Murphy), Shrek yang dalam keadaan terpaksa bersetuju untuk menjanjikan satu kejutan Krismas untuk Puteri Fiona (Cameron Diaz).


Begitu segalanya tidak mudah kerana Shrek tidak tahu menahu berkaitan Krismas. Dia kemudiannya ke kedai buku di Far Far Away untuk mencari hadiah Fiona. Mujur pekedai (Marissa Jaret Winokur) mahu membantunya berkongsi panduan meraikan cuti. Bersama teman-teman baiknya, Gingy, Donkey, dan Puss In Boots (Antonio Banderas), Shrek cuba memahami erti sebenar sambutan Krismas. Namun berjayakah dia memberi kejutan berharga buat kekasihnya itu?

MIMPI CINDERELLA (TV3)
SLOT: Lestary
HARI: setiap malam Selasa
MASA: 9 MALAM




DOWNLOAD MIMPI CINDERELLA (TV3)
Mimpi Cinderella Episod 01 = DOWNLOAD
Mimpi Cinderella Episod 02 = DOWNLOAD
Mimpi Cinderella Episod 03 = DOWNLOAD
Mimpi Cinderella Episod 04 = DOWNLOAD
Mimpi Cinderella Episod 05 =DOWNLOAD
Mimpi Cinderella Episod 06 =DOWNLOAD
Mimpi Cinderella Episod 07 =DOWNLOAD
Mimpi Cinderella Episod 08 = DOWNLOAD
Mimpi Cinderella Episod 09 = DOWNLOAD
Mimpi Cinderella Episod 10 = DOWNLOAD
Mimpi Cinderella Episod 11 = DOWNLOAD
Mimpi Cinderella Episod 12 = DOWNLOAD
Mimpi Cinderella Episod 13 (TAMAT) = DOWNLOAD
kredit: kepalabergetar


SINOPSIS MIMPI CINDERELLA (TV3)
Tamat pengajian, Saleha sukar mendapatkan pekerjaan. Ibu tiri , Karimah. sentiasa membebel menganggap Saleha menjadi beban dan tidak tahu membantu.Dituduh pemalas, dan menyusahkan keluarga,Saleha mahu lari dari keadaan yang dilalui. Hutang bapanya Basir bertimbun-bukan untuk membiayai pengajiannya sebaliknya memenuhi permintaan-permintaan pelik Karimah yang mahu hidup mewah.Karimah banyak mengumpul barang kemas dan duit pemberian Basir, tetapi kedekut untuk membelanjakannya. Kemewahan dilimpahkan kepada dua anak kandungnya Azira dengan Zarita. Kemanjaan berlebihan Karimah,membuat Azira dengan Zarita suka berpoya-poya.

Basir menegur sikap Karimah.Tetapi Karimah kalah dengan rayuan anak-anaknya. Saleha mendapat berita gembira mendapat pekerjaan sebagai pembantu peribadi. Majikannya Lorna, seorang anak hartawan yang memiliki beberapa jenis perniagaan.Lorna seorang gadis yang sangat kasar dan garang.Dengan sikap panas barannya, termasuk Saleha pembantunya sudah berjumlah sebelas orang.Saleha bukan dilayan sebagai pembantu peribadi,tetapi mengalahkan orang gaji.

Saleha bekerja di rumah dan juga di pejabat Lorna. Saleha menangis pada hari pertama bekerja kerana ditengking di depan kakitangan pejabat.Bagi pekerja Lorna,hal itu biasa dan menyanga Saleha tidak akan lama bekerja di sana. Mujur Saleha mempunyai sikap sabar yang tinggi. Dia terpaksa melayani kerenah Lorna yang dianggap sesetengah pekerja mengalami sakut mental.

Tetapi nenek Lorna,Hajah Ashidah sangat baik. Hajah Ashidah membesarkan Lorna sejak kematian ibu Lorna. Bapa Lorna, Sabri sering berulang alik ke luar Negara menguruskan perniagaan. Begitu juga adiknya Emir yang sedang menyambung pengajian di luar Negara. Bukan asing bagi Saleha apabila Lorna menunjukkan kemarahan kepada siapa sahaja, malah kepada tunangnya Haikal. Haikal sangat menyintai Lorna walaupun sikap Lorna yang panas baran itu.

Ada kalanya Haikal menerima kemarahan Lorna dengan senyuman sahaja.Saleha pelik kerana Haikal sepeti tidak mempunyai sifat pemarah. Dan sikapnya berlawanan sekali dengan Lorna.Dan Lorna sangat sayangkan Haikal dan sentiasa cemburu dengan sikap ramah Haikal kepada orang lain.

Melihat kebaikan Hajah Ashidah, Saleha setuju tinggal bersama di rumah Lorna. Hjah Ashida mula menganggap Saleha cucu sendiri.Tetapi Lorna tetap mahu ada batas antara mereka. Kerap Saleha menangis dimarah Lorna dan Haikal selalu ada memujuk dan menyabarkan Saleha.Sekalgus meminta maaf bagi pihak Lorna.Kebaikan Haikal membuatkan Saleha selalu berangan-angan mempunyai teman lelaki sebaik Haikal.

Haikal seorang yang bersifat terbuka. Dia melayan para pekerja seperti keluarga sendiri.Pada mulanya Lorna tidak pernah mencemburui Saleha kerana yakin cinta Haikal hanya untuknya. Bagaimanapun dia mulai menyedari apabila Haikal selalu minta Lorna mencontohi tingkah laku Saleha yang lemah lembut dan dapat bersabar.
Lorna sebaliknya menganggap Saleha bukan saingannya. Haikal juga mengangap Saleha adiknya sendiri dan selalu bergurau jika mereka berjumpa. Hajah Ashidah memberi amaran kepada Lorna supaya berubah, atau Haikal mungkin akan jatuh hati kepada Saleha. Lorna tidak hiraukan amaran Hajah Ashidah sebaliknya melayan Saleha seperti biasa.

Kepulangan Emir membuat suasana rumah lebih berubah.Jika sebelum ini hanya seorang yang memberi arahan, kini Saleha terpaksa melayan kerenah dua orang yang berperangai sama.Emir lebih ego dan panas baran berbanding Lorna. Sejak kecil memiliki jiwa pemberontak kerana Basir suka mengawal semua tindakannya. Dia diberi kemewahan tetapi bukan kasih sayang dan perhatian.

Hari pertama sampai di rumah, Emir menganggap Saleha orang gaji. Dia meminta Saleha menyediakan semua keperluannya, mengemas biliknya mengikut citarasanya dan menyediakan makanan mengikut seleranya. Lorna dengan Emir kerap bertengkar dan berebut khidmat Saleha. Hajah Ashidah mahu Emir lebih sopan dan menghormati bidang tugas Saleha yang lebih kepada melayan Lorna. Emir sanggup membayar gaji Saleha lebih tinggi daripada yang dibayar oleh Lorna.Lorna pula tidak akan melepaskan Saleha menjadi pembantu peribadi Emir.

Saleha jatuh cinta pandang pertama kepada Emir.Dia hairan,dengan sikap sombong Emir dia boleh jatuh cinta kepada pemuda itu.Lantas dia dengan senang hati mengikut apa sahaja arahan Emir walaupun dilarang Lorna dan Lorna kerap mengingatkannya.

Emir pula tetap memandang rendah kepada Saleha. Gadis kampong bukan citarasanya.Sikap naïf Saleha, membuatkan Emir menganggap Saleha boleh diperbodohkan. Namun sebagai gadis terpelajar, Emir selalu meminta pendapat Saleha untuk melaksanakan tugas disyarikat bapanya.Malah Saleha banyak menyelesaikan masalah Emir. Namun Emr tidak pernah menghargai apa yang dilakukan Saleha, sebaliknya menganggap ia kebijaksanaannya sendiri mencari jalan penyelesaian.

Hajah Ashidah memerhatikan keadaan Saleha.Hajah Ashidah tahu Saleha terseksa dengan karenah cucu-cucunya. Hajah Ashidah mencadangkan Saleha berhenti kerja memandangkan Lorna juga akan melangsungkan perkahwinannya dengan Haikal tak lama lagi. Saleha masih mampu bertahan kerana perasaan cintanya kepada Emir.
Beberapa minggu menjelang hari perkahwinan Lorna. Lorna menyedari kemesraan Haikal dengan Saleha. Lorna menyangka Haikal jatuh cinta kepada Saleha. Haikal menjelaskan yang cintanya hanya kepada Lorna dan menganggap Saleha seperti adik. Namun perasaan cemburu Lorna semakin meluap kepada Saleha. Lorna mengamuk dan membaling Saleha dengan kasut pengantinnya. Lorna memang tidak sukakan kasut itu dan mahu Saleha membuangnya.

Tetapi hatinya sedang sakit, Lorna ambik kesempatan membaling Salhea dengan kasut itu. Merasa sayang dengan kasut yang cantik itu, Saleha menyimpannya dan akan membaiki bahagian yang rosak.Saleha berangan-angan untuk memakai kasut itu pada hari perkahwinannya. Saleha menyimpan kasut itu di dalam biliknya.

Menjelang hari perkahwinannya ,Lorna tidak mahu Saleha bekerja dengannya lagi. Lorna memecat Saleha. Emir pula menawarkan Saleha untuk bekerja dengannya. Bagaimanapun Saleha menolak.Dia mahu melupakan Emir yang dianggapnya tidak akan jatuh cinta kepadanya. Ketika berkemas barangnya untuk balik ke kampong, Saleha tidak perasan sebelah kasutnya terjatuh ke bawah katil. Dia hanya memasukkan kotak yang berisi sebelah kasut ke dalam beg pakaian.

Saleha meninggalkan rumah Lorna membawa pelbagai kenangan. Rindu kepada kemesraan Hajah Ashidah dan kebaikan Haikal membuatkan dia sedih. Namun lebih menyeksa apabila berasa sangat rindukan Emir. Emir juga terasa ketiadaan Saleha. Dia berasa sunyi selepas Lorna berkahwin.Pembantu peribadi barunya tidak sesuai dengan jiwanya, lantas dia mengambil pembantu peribadi lelaki.

Kenangan dengan Saleha sentiasa amenjerat perasaan Emir. Bagaimanapun Emir cuba menafikan kerana gadis kampong itu memang tidak sesuai untuknya.Tetapi banyak pertanyaan kepada Hajah Ashidah tentang Saleha membuatkan Hjh Ashidah yakin Emir sudah jatuh cinta kepada Saleha.
Di kampung, Saleha terpaksa berdepan dengan kerenah dan maki hamun ibu tirinya. Amat mengejutkan apabila dia menyedari hanya membawa sebelah kasutnya sahaja.Adik-adik tirinya mengejak Saleha setiap kali Saleha merenung kasut tersebut. Zarita berkata Saleha berangan-angan hendak menjadi Cinderella dan sedang menunggu putera impian membawa sebelah kasutnya.

Karimah pula menghalau Saleha untuk mencari pekerjaan kerana sumber kewangannya sudah tiada.Selama ini Saleha memberinya banyak wang dan kemewahan. Bapanya pula sudah tidak berdaya untuk bekerja.

Akhirnya Saleha kembali ke Bandar untuk mencari pekerjaan. Dengan bantuan kawan-kawan yang dikenali,dia menghadiri beberapa interview. Ketika dibandar, dia ternampak Emir bertengkar dengan seorang gadis. Saleha kecewa kerana Emir sudah ada teman wanita. Bagaimanapun Saleha terkejut apabila teman wanita Emir cuba melanggar Emir dan Saleha bertindak menolak Emir ke tepi untuk mengelakkan kena langgar.


HOME ALONE 3 (TV2)
TARIKH: 25 Disember 2012,
MASA: 2.00 petang.
PELAKON: Alex D. Linz, Olek Krupa, Rya Kihlstedt, Lenny Von Dohlen dan David Thornton



SINOPSIS HOME ALONE 3 (TV2)
Filem ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang bijak menangkap penjenayah yang dikehendaki polis.

Kejadian berlaku ketika dia tinggal keseorangan di rumah. Pelbagai aksi menarik dan lucu sepanjang dia menumpaskan penjenayah-penjenayah tersebut.


12 DAYS OF CHRISTMAS EVE (TV2)
MASA: 2.00 petang
TARIKH: 24 Disember 2012
PELAKON: Steven Weber (Calvin Carter) dan Molly Shannon (Angie)





SINOPSIS 12 DAYS OF CHRISTMAS EVE (TV2)
Mengisahkan tentang Calvin Carter yang dimasukkan ke hospital akibat kemalangan. Setelah dia tersedar dari kemalangan itu, jururawat hanya memberitahu bahawa dia hanya mempunyai dua belas hari atau dua belas peluang bagi persediaan Krismas. Lalu bagimanakah Calvin berdepan dengan situasi tersebut?



BREAKING THE MAGICIANS CODE (NTV7)
HARI: Isnin,
TARIKH: 24 Disember
MASA: 10.00 pagi – 11.00 pagi)




SINOPSIS BREAKING THE MAGICIANS CODE (NTV7)
Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimanakan seorang ahli silap mata melakukan kepakaran ilusinya? Kini anda tidak akan termanggu-manggu lagi kerana ntv7 bakal mendedahkan rahsia mereka dengan rancangan Breaking The Magician’s Code yang bakal menyingkap segala rahsia sulit pakar-pakar ahli silap mata dengan pengacara misterinya yang bertopeng.




XTINCTION - PREDATOR X (NTV7)
HARI: Ahad,
TARIKH: 23 DECEMBER 2012,
MASA:11.00 malam – 1.00 pagi



SINOPSIS XTINCTION - PREDATOR X (NTV7)
Setelah mendapat khabatr berita bahawa ayahnya kini hilang, Laura LeCrois terpaksa pulang ke rumah setelah menyepikan diri selama 20 tahun. Namun Laura sememangnya tidak suka akan keputusan itu kerana selama ini dia sedar bahawa ayahnya sering terlibat dengan masalah hutang dengan bank.

Malah dia juga menghadapi masalah dengan bekas suaminya yang ingin mendapatkan kawan paya sungai di rumahnya. Laura kini bekerja keras untuk memajukan semula perniagaan bot persiaran milik keluarganya di mana dia telah menyaksikan makhluk mengerikan seekor Pilosaur yang merupakan klon dinosaur yang dikenali sebagai “Predator X”.

Kini Laura harus menyelamatkan kembara botnya daripada makhluk itu. Lakonan: Mark Sheppard, Elena Lyons, Paul Wall, dan Lochlyn Munro.


JODOH KITA (TV1)
SLOT: Tribute P.Ramlee
TARIKH: 23 Disember 2012,
MASA: 9.00 malam di TV1,
PELAKON: Fouziah Gous, Yatt Hamzah, Iqram Dinzly dan Zahiril Adzim.




SINOPSIS JODOH KITA (TV1)
Berkongsi kisah menarik bila seseorang itu terpaksa ‘menggantikan’ teman baik sendiri bila ditakdirkan teman baiknya itu pergi menghadap Ilahi Ia mengisahkan tekanan emosi Rohayu yang kehilangan suami, Zainal akibat kemalangan jalanraya setelah selesai majlis akad nikah. Sebelum menghembus nafas terakhir, Zainal sempat berpesan kepada Taufiq yang merupakan pengapit serta kawan baiknya. Akibat tekanan emosi, Rohayu turut kehilangan kariernya.

Setelah dua tahun Zainal meninggal dunia, atas usaha kawan baiknya, Nora, Rohayu bersetuju kembali ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai Eksekutif Kewangan di pejabat tempat Nora bekerja. Setiap hujung minggu, Rohayu akan pulang ke kampung untuk melawat pusara Zainal. Sikap Rohayu amat membimbangkan kedua-dua orang tuanya, Rahman dan Senah, serta Habsah (ibu arwah Zainal).

Naim, Penolong Pengurus Projek dan rakan sepejabat Rohayu terpikat dengan Rohayu, bagaimanapun kenangan silam menyebabkan Rohayu tidak dapat menerima Naim.

Manakala Taufiq yang turut mengalami cedera parah dalam kemalangan tersebut, terlantar di hospital selama beberapa bulan. Setelah keluar dari hospital, Taufiq dibawa ibunya, Mahani pulang ke kampung untuk menjalani rawatan selanjutnya. Setelah pulih, Taufiq berkhidmat di Munich, bagaimanapun akhirnya berhenti kerja dan membuka agensi pelancongan.

Dalam waktu yang sama, Taufiq diburu rasa bersalah kerana tidak dapat menunaikan permintaan terakhir Zainal kerana Mahani begitu kecewa dengan sikap keluarga Zainal serta Rohayu yang langsung tidak menjenguk Taufiq ketika dia terlantar di hospital.

Satu hari, Taufiq bertemu dengan kawan baik Rohayu, Nora. Taufiq bersimpati apabila Nora memberitahu keadaan Rohayu selepas kematian Zainal. Taufiq ingin merawat luka di hati Rohayu sekaligus menunaikan permintaan terakhir Zainal, namun Rohayu tidak dapat menerima Taufiq atas alasan ingatannya pada Zainal masih kental.

Emosi Rohayu makin terganggu apabila mengetahui permintaan terakhir Zainal. Bagaimanapun akhirnya Rohayu mula belajar untuk menerima Taufiq, malangnya Mahani menentang keras hasrat Taufiq untuk berkahwin dengan Rohayu kerana dia masih terasa hati dengan perbuatan keluarga gadis itu.

Berjaya atau tidak hasrat mereka sama-sama menunaikan amanah arwah Zainal tersebut? Kesudahannya akan anda sama-sama ketahui di penghujung telefilem terbitan Suhan Movies ini.

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA