perekacerita
promosi perodua murah

DEBUNGA LALANG (1 - 20 TAMAT)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita


DEBUNGA LALANG (TV3)
EPISOD :20 episod
MULAI: 2 Januari 2013
SLOT: Azalea TV3
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis
MASA: 4.00 petang
PELAKON: Noorkhiriah, Zul Ariffin, Ku Fridah, Wan Sharmila, Tunku Hanis, Esliza Loy, Faralyna Idris, Ungku Ismail, Delimawati, Maizatul Rafika, Dzreena Delaila dan Hanafi Rahmat.



DOWNLOAD DRAMA DEBUNGA LALANG
Debunga Lalang Episod 01 = DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 02 = DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 03 = DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 04 = DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 05 = DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 06 = DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 07 = DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 08 = DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 09 = DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 10 =DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 11 =DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 12 =DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 13 = DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 14 = DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 15 = DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 16 =  DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 17 =  DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 18 =  DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 19 =  DOWNLOAD
Debunga Lalang Episod 20 (TAMAT) = DOWNLOAD
 Kredit: kepalabergetar

SINOPSIS DEBUNGA LALANG (TV3)

Saodah (Ku Fridah) merupakan seorang janda kaya yang tinggal di sebuah kampung. Dia mempunyai dua orang anak perempuan, hasil dari dua perkahwinan yang berbeza bernama Aishah (Noorkhiriah) dan Khatijah (Wan Sharmila). Aishah, seorang wanita berkeperibadian lembut dan ikhlas sudahpun mendirikan rumahtangga dengan Halim (Zul Ariffin), seorang lelaki kampung yang bertanggungjawab dan kuat berusaha. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan, Alia dan Arina. Mereka bahagia walaupun hidup serba sederhana. Tambahan pula Mak Munah, ibu Halim yang penyayang sentiasa berada di sisi mereka untuk memberikan sokongan.

Khatijah pula, seorang yang dominan dan amat keras hati. Setiap kehendaknya perlu dipenuhi. Khatijah menikahi Bakri (Ungku Ismail), seorang dekan di sebuah kolej tempatan, atas pilihan Saodah. Sayangnya, dia tidak dikurniakan cahaya mata walaupun telah lebih lima tahun melayari bahtera rumahtangga. Kasih Saodah sebagai seorang ibu diuji dalam bentuk yang berbeza.
Saodah tidak adil dalam membahagikan kasihnya kepada kedua-dua puterinya itu. Saodah melebihkan Khatijah dalam segala-galanya, termasuklan soal pelajaran. Aishah hanya diberikan pendidikan sehingga tamat sekolah sahaja, sedangkan Khatijah diberi peluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Ini menyebabkan kehidupan Khatijah jauh lebih baik dan berharta dari Aishah. Ketidakadilan Saodah ini sering membuatkan Aishah kecewa dan jauh hati. Tidak cukup dengan itu, Aishah dan keluarganya sering diperlekehkan oleh Saodah.

Suatu hari, Aishah disahkan hamil anak ketiga. Khatijah berasa sungguh cemburu dan meminta Saodah membuat perjanjian dengan Aishah. Seandainya anak di dalam kandungan Aishah ialah perempuan, maka dia harus diserahkan kepada Khatijah.

Impian Khatijah menjadi kenyataan apabila Aishah melahirkan anak perempuan. Khatijah dan Saodah memaksa Aisyah untuk memenuhi ‘janji’nya dengan menyerahkan bayi perempuan yang diberi nama Ayang Mastura itu kepada Katijah. Pelbagai helah telah dilakukan oleh Saodah, termasuklah mengupah seorang bomoh. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan bayi tersebut yang sering sakit sejak dilahirkan.
Demi menjaga perasaan Saodah, akhirnya Aishah dan suami terpaksa juga menyerahkan bayi mereka walaupun hati tidak merelakan. Tidak puas menyakiti Aishah, Khatijah nekad mahu memutuskan terus hubungan Ayang dengan keluarga kandungnya. Kesempatan baik diperolehinya apabila suaminya, Bakri, mendapat tawaran mengajar di luar negara. Ketika perkara itu diketahui Aishah, Khatijah bersama suami dan Ayang sudahpun berlepas ke luar negara.

Mulai hari itu, Aisyah hidup dalam kesedihan akibat kehilangan anak bongsunya itu. Suaminya, Halim, telah mengambil keputusan untuk membawa keluarganya berpindah dari kampung tersebut demi masa depan yang lebih baik. Dia mahu membuktikan pada Saodah bahawa anak kampung sepertinya juga mampu berjaya dan yang paling penting sekali, dia mahu menjauhkan Aishah dari ibunya yang terus-terusan menghina dan menekan hidup Aishah.

Setelah 10 tahun, Khatijah, Bakri dan Ayang Mastura kembali ke tanah air. Berita itu sampai ke pengetahuan Aishah. Dia dan Halim pergi ke rumah Saodah untuk menjenguk Ayang Mastura yang sudah berusia 10 tahun itu. Namun, Saodah mengusir mereka dari situ. Pelbagai kata-kata menyakitkan dilemparkan oleh Saodah. Aisyah berasa teramat sedih dan hina sekali dengan keadaan itu. Halim merasakan yang kali ini dia tidak boleh bersabar lagi. Dia telah membuat keputusan untuk menuntut hak penjagaan Ayang Mastura. Berjayakah Aishah dan Halim mendapatkan anak mereka? Apakah yang bakal dilakukan oleh Saodah dan Khatijah untuk menggagalkan usaha Aishah dan Halim?

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA