perekacerita
Promosi perodua myvi

DURI DI HATI (1 - 20 TAMAT)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita



DURI DI HATI (TV3)
TAJUK LAIN: Sujud Di Bawah Langit
SLOT: AZALEA
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis
MASA: 4.00 petang
PELAKON: Amar Asyraf,Marsha,Faralyna Idris
EPISOD: 20 episod




DOWNLOAD DURI DI HATI (TV3)
Duri Di Hati Episod 01 = DOWNLOAD
Duri Di Hati Episod 02 = DOWNLOAD 18/2
Duri Di Hati Episod 03 =DOWNLOAD 19/2
Duri Di Hati Episod 04 = DOWNLOAD 20/2
Duri Di Hati Episod 05 = DOWNLOAD 21/2
Duri Di Hati Episod 06 = DOWNLOAD
Duri Di Hati Episod 07 = DOWNLOAD
Duri Di Hati Episod 08 = DOWNLOAD 3/4
Duri Di Hati Episod 09 = DOWNLOAD
Duri Di Hati Episod 10 = DOWNLOAD 8/4
Duri Di Hati Episod 11 = DOWNLOAD 9/4
Duri Di Hati Episod 12 = DOWNLOAD 10/4
Duri Di Hati Episod 13 = DOWNLOAD 11/4
Duri Di Hati Episod 14 = DOWNLOAD 15/4
Duri Di Hati Episod 15 = DOWNLOAD 16/4
Duri Di Hati Episod 16 = DOWNLOAD 17/4
Duri Di Hati Episod 17 = DOWNLOAD 18/4
Duri Di Hati Episod 18 = DOWNLOAD 22/4
Duri Di Hati Episod 19 = DOWNLOAD 23/4
Duri Di Hati Episod 20 (TAMAT) = DOWNLOAD 24/4
kredit: kepalabergetar, FB pereka cerita,





SINOPSIS DURI DI HATI (TV3)
berkisar tentang seorang kanak-kanak bernama Alif (Amar Asyraf) yang menjalani kehidupan yang daif di lorong yang terkenal dengan aktiviti tidak bermoral bersama ibu dan abangnya, Rizal (Hairi Safwan). Meskipun Alif dan Rizal sering dipandang hina oleh masyarakat, ibu mereka sering memberi didikan sempurna buat kedua-dua anaknya.

Alif dan Rizal sentiasa mengasihi ibu mereka dan berjanji akan menjaganya hingga ke akhir hayat. Namun kebahagian mereka bertiga tidak berpanjangan apabila hubungan di antara anak dan ibu itu dirampas oleh si hati yang penuh dengan hasad dendam. Rashid (Adam Shah) yang ingin melanggan ibu Alif telah membelasah Alif tanpa belas kasihan dan kemudian mencampaknya ke dalam sungai. Apakah yang telah berlaku sebenarnya hingga menyebabkan Rashid bertindak sebegitu terhadap Alif?



Ajal dan maut sememangnya di tangan Tuhan. Alif telah diselamatkan oleh seorang pemandu bernama Jalal. Setelah Alif sembuh, Jalal dan isterinya cuba mencari keluarga Alif namun dek kerana berasa malu dengan latar belakangnya, Alif hanya menyatakan bahawa dia telah ditinggalkan oleh keluarganya dan hidup sebagai anak jalanan.
Sementara itu, majikan Jalal iaitu Dato’ Hamid (Dato’ Jalaluddin Hassan) dan Datin Suraya (Kuna) berasa sunyi dengan ketiadaan anak mereka yang pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Akhirnya Jalal menyarankan majikannya mengambil Alif sebagai anak angkat. Dato’ Hamid dan Datin Suraya yang tertarik dengan personaliti Alif terus membawa kanak-kanak itu pulang ke rumah mereka.


Ketika Alif memasuki rumah yang tersergam indah itu, alangkah terkejutnya dia apabila melihat gambar Rashid. Rupa-rupanya Rashid adalah anak lelaki kepada ibu bapa angkatnya itu. Ingatan Alif kembali mengimbau terhadap perbuatan kejam Rashid. Dendam Alif mula menyala terhadap Rashid meskipun dia dilayan dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapa angkatnya.

Masa terus berputar dan setelah sepuluh tahun berhijrah di negara orang kini Rashid kembali ke tanah air. Jadi inilah kali pertama Rashid bertemu Alif selepas kejadian suatu ketika dahulu. Ternyata rupa paras Alif yang sudah meningkat dewasa membuatkan Rashid tidak mengenali siapakah Alif dan ini memudahkan Alif untuk membalas dendam terhadap Rashid.


Hubungan Alif dan Rashid semakin akrab sehinggakan Rashid tidak sangsi untuk berkongsi rahsia dengan adik angkatnya itu. Termasuklah kegiatan haram yang dilakukannya semasa di luar negara. Tanpa Rashid sedari, segala yang dikongsikan bersama Alif sebenarnya memerangkap dirinya sendiri. Alif menyusun strategi dengan begitu baik sehingga Rashid jatuh di tangan pihak berkuasa.

Setelah strategi Alif mengenakan Rashid berjaya, Alif diberi kuasa untuk mengedalikan syarikat milik bapa angkatnya. Oleh kerana Alif masih mentah untuk mengendalikan perniagaan bapa angkatnya itu, dia dibantu oleh Rizal, salah seorang pekerja yang dipercayai oleh Dato’ Hamid. Hakikatnya Rizal adalah abang kandung Alif yang pernah ditinggalnya suatu ketika dahulu. Namun, Alif tidak menyedarinya kerana raut wajah abangnya itu sudah berubah.

Sementara itu, kehidupan Alif kini bukan sahaja dihadiri oleh abang kandungnya malah bekas kekasihnya Ana (Marsha Londoh) turut kembali ke dalam kehidupannya apabila Ana bekerja di syarikat Alif sebagai akauntan syarikat.

Sikap dan tarikan yang ada pada Ana membuatkan Alif jatuh hati padanya sekali lagi. Manakala ianya berbeza buat Ana apabila dia berusaha memastikan dirinya tidak akan terperangkap dengan cinta Alif. Di sebalik pertolongan yang dihulurkan oleh Rizal dan Ana sebenarnya mereka berdua mempunyai komplot untuk menjatuhkan Alif.

Mengapakah Rizal bertindak sedemikian sedangkan seorang abang seharusnya melindungi adiknya? Apakah yang telah Alif lakukan sebelum ini kepada Ana sehingga gadis itu menyimpan dendam terhadapnya? Adakah janji yang pernah dimungkiri oleh Alif terhadap ibu dan abangnya, Rizal kini memburunya untuk menuntut keadilan?





Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA