perekacerita
Promosi perodua myvi

GENG BAS SEKOLAH (ASTRO CERIA)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita

GENG BAS SEKOLAH (ASTRO CERIA)
HARI: setiap Sabtu,
MASA: 11.00 pagi
MULAI: 9 Mac 2013
SALURAN: Astro Ceria 611.
JUMLAH EPISOD: 13 episod
PELAKON: Harris Alif yang memegang watak Jay, Jasmine Jessica Cross sebagai Chempaka, Brendan Gabriel Lai sebagai Bobby, Muhammad Shahzuan Aiman sebagai DJ.Azrul Zaidi yang mendukung watak Abang Reza





SINOPSIS GENG BAS SEKOLAH (ASTRO CERIA)
Geng Bas Sekolah mengisarkan tentang pengembaraan yang dilalui oleh Jay (lakonan Harris Alif), Chempaka (lakonan Jasmine Jessica Cross), Bobby (lakonan Brendan Gabriel Lai), DJ (lakonan Muhammad Shahzuan Aiman) dan Orked (lakonan Mia Sara Nasuha). Jay yang berusia 12 tahun merupakan seorang yang berkeyakinan tinggi dan bijak mengatur kata-kata serta berhujah. Orked pula berusia 7 tahun dan berpewatakan sangat aktif. Manakala kakaknya, Chempaka merupakan seorang gadis yang cantik tetapi handal di dalam seni mempertahankan diri. Bobby adalah seorang yang bijak dan digelar kamus bergerak oleh kawan-kawannya. Sahabatnya DJ pula adalah seorang pakar IT dan bijak berfesyen semasa.

Persahabatan mereka terjalin apabila Jay bertembung dengan Chempaka dan hampir menyebabkan pergaduhan. Namun, mujurlah dengan kehadiran DJ, pertelingkahan itu dapat diselesaikan malah mereka berkawan baik. Semenjak daripada peristiwa itu Jay, Chempaka, Orked, Bobby dan DJ semakin rapat dan mereka telah bekerjasama dalam melakukan penyiasatan kes-kes yang berlaku di sekolah dan kawasan kejiranan mereka.


Semasa membuat siasatan, Bobby menyedari akan persamaan yang mereka miliki dengan sebuah pasukan penyiasatan sekolah yang dikenali dengan nama GBS. Kemudian mereka berlima bercadang untuk meneruskan legasi kumpulan GBS ini dan tertubuhlah satu pasukan GBS baru yang segar dan lebih hebat daripada sebelumnya. Pelbagai pengalaman dan pengembaraan yang menyeronokkan menanti mereka di dalam setiap episod.

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA