perekacerita
Promosi perodua myvi

EPILOG CINTA KHIRANA (1 - 16 TAMAT)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita

EPILOG CINTA KHIRANA (TV3)
SLOT: Samarinda
EPISOD: 16 episod
MULAI: 10/4/2013 (Telah ditunda ke bulan 5)
MASA: 10 Malam
HARI: hari selasa hingga khamis
PENGARAH: Azmi Hatta
NOVEL: Novel Mencari Jalan Ke Syurga
LAGU TEMA OST: Cinta Sesungguhnya (Sabhi Saddi)
PELAKON: Tasha Shilla (Dayang Khirana), Nazim Othman (Shahrul Azwan), Aliff Aziz (Sharqir Ikhwan), Fiza Halim (Zulaikha), Arash Mohamad (Dato’ Shamsul Ariffin),Raja Ilya (Eugene), Izati Abdullah (Rozana), Wan Shades (Pak Lang Daud), Raja Ema (Mak Lang Rabiah), Hairi Safwan (Luqman).



DOWNLOAD EPILOG CINTA KHIRANA (TV3)
Epilog Cinta Khirana Episod 01 = DOWNLOAD 22/5
Epilog Cinta Khirana Episod 02 = DOWNLOAD 23/5
Epilog Cinta Khirana Episod 03 = DOWNLOAD 28/5
Epilog Cinta Khirana Episod 04 = DOWNLOAD 29/5
Epilog Cinta Khirana Episod 05 = DOWNLOAD 30/5
Epilog Cinta Khirana Episod 06 = DOWNLOAD 4/6
Epilog Cinta Khirana Episod 07 = DOWNLOAD 5/6
Epilog Cinta Khirana Episod 08 = DOWNLOAD 6/6
Epilog Cinta Khirana Episod 09 = DOWNLOAD 11/6
Epilog Cinta Khirana Episod 10 = DOWNLOAD 12/6
Epilog Cinta Khirana Episod 11 = DOWNLOAD 13/6
Epilog Cinta Khirana Episod 12 = DOWNLOD 18/6
Epilog Cinta Khirana Episod 13 = DOWNLOAD 19/6 
Epilog Cinta Khirana Episod 14 = DOWNLOAD 20/6
Epilog Cinta Khirana Episod 15 = DOWNLOAD 24/6
Epilog Cinta Khirana Episod 16 (TAMAT) = DOWNLOAD 25/6
Kredit: kepalabergetar, FB pereka cerita

SINOPSIS EPILOG CINTA KHIRANA (AKHIR)
Khirana dikejarkan ke hospital dalam keadaan yang kritikal. Shahrul Azwan merasa menyesal kerana dia tidak sempat untuk mengakui cintanya pada Khirana kerana egonya yang tinggi. Dia juga takut akan kehilangan wanita itu buat selama-lamanya.





SINOPSIS EPILOG CINTA KHIRANA (TV3)
Pada 2 tahun lepas, sebuah kemalangan jalan raya telah meragut nyawa Dato’ Shamsul Ariffin. Khirana yang turut bersama dengannya cedera parah dan koma selama 2 tahun. Selepas dia sedar dari koma, dia telah hilang ingatannya. Kini, dia mulakan kehidupan baru dan bekerja di sebuah butik.

Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan, adik kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin terkejut apabila terserempak dengan Khirana yang terselamat daripada kemalangan maut itu. Shahrul Azwan telah mempergunakan Eugene untuk menyakiti hati Khirana. Shahrul Azwan yang memerhatikan tingkah laku Khirana berasa pelik dengan personaliti Khirana yang jauh berbeza dengan apa yang dia bayangkan. Dia menganggap bahawa Khirana hanya berpura-pura dan merahsiakan sikapnya yang sebenar.

Justeru, Shahrul Azwan telah memasang perangkap untuk membawa Khirana ke sebuah hotel. Di sana, dia cuba merogol Khirana tetapi hanya mahu menakutkannya. Shahrul Azwan tersentak dengan tindakan Khirana yang berdoa meminta pertolongan Tuhan. Malu dengan perbuatannya, dia bergegas keluar meninggalkan Khirana menangis sendirian di bilik hotel.
Pada masa yang sama, kesihatan isteri kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin, Zulaikha semakin merosot. Sebenarnya Zulaikha masih hidup dalam dunia khayalannya dan menganggap suaminya masih ada di sisinya. Dia berpura-pura untuk menjadi normal apabila bersama keluarga tetapi apabila dia bersendirian, dia mula menunjukkan gangguan emosi yang tidak menentu.

Suatu hari, Khirana telah menggunakan jalan pintas ke perhentian bas sewaktu pulang lewat dari kerja. Tanpa diduga, dia dihalang oleh tiga lelaki yang sedang menunggunya. Tiba-tiba, Shahrul Azwan muncul bersama motosikal berkuasa tingginya telah merempuh ketiga-tiga lelaki tersebut. Khirana mula keliru dengan niat sebenar lelaki itu. Kadang-kala dia muncul semata-mata untuk menyakiti hatinya dan hari ini pula dia telah menyelamatkan dia.

Khirana mula merasakan ada sesuatu tentang sejarah silamnya yang mengundang pelbagai persoalan. Dia mendesak Ros Azura dan Rozanna untuk menceritakan kisah silamnya dan apakah hubungannya dengan Datuk Shamsul Ariffin yang pernah disebut oleh Shahrul Azwan. Rozanna dengan tidak sengaja telah membuka kisah silam dirinya yang tidak seindah yang disangkakannya. Khirana merupakan bekas model yang sanggup melakukan apa saja demi wang, malah dia juga seorang pemabuk dan penggoda. Yang paling mengejutkannya, Dato’ Shamsul Ariffin terkorban dalam kemalangan dua tahun lepas. Sejauh mana hubungannya dengan Dato’ Shamsul masih menjadi rahsia.
Shahrul Azwan mempersoalkan adiknya, Sharqir Ikhwan tentang wang syarikat yang lesap dan menuduh adiknya yang bertanggungjawab. Sharqir Ikhwan tegas menafikannya. Malah Sharqir Ikhwan juga mengingatkan Shahrul Azwan agar tidak lupa pada dendamnya terhadap Khirana. Sharqir Ikhwan mengaku telah memulakan langkahnya untuk ke arah itu. Shahrul Azwan sudah mengesyaki kejadian Khirana diganggu tempoh hari adalah perbuatan adiknya sendiri.

Khirana bersemuka dengan Shahrul Azwan untuk menyelesaikan persoalan di antara mereka. Dia mengaku bahawa kemungkinan besar dia memang mengenali arwah abangnya namun dia sendiri tidak tahu sejauh mana hubungan tersebut selagi ingatannya tidak kembali. Shahrul Azwan ingin bersikap adil. Dia menawarkan dirinya untuk membantu Khirana merawat penyakitnya sehingga pulih. Khirana tidak ada pilihan lain selain menerima tawaran tersebut demi untuk membersihkan namanya. Apakah kebenaran akhirnya akan terbongkar?

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA