perekacerita
promosi perodua murah

LEMAK KAMPUNG SANTAN


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita

LEMAK KAMPUNG SANTAN
PENGARAH: Hans Isaac
BAHASA: Malay
DURASI : 90 min
GENRE: Romantik
MULA TAYANGAN: 8 Ogos 2013
PELAKON: Hans Isaac, Neelofa, Harun Salim Bachik, Awie, Khir Rahman, Natasha Hudson





SINOPSIS LEMAK KAMPUNG SANTAN
Lemak Kampung Santan mengisahkan tentang seorang pemuda bandar, Ridzuan (Hans Isaac), yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung yang bernama Tiqa.

Ridzuan merupakan seorang pereka binaan untuk sebuah syarikat pembangunan terkemuka di tanah air. Manakala Tiqa (Neelofa) pula seorang penjual nasi lemak di kampungnya, Kampung Santan. Pertemuan pertama mereka berlaku tanpa diduga di Kampung Santan.

Tanpa mereka sedari, mereka senang dengan diri masing-masing walaupun hanya pada pertemuan pertama biarpun pada dasarnya mereka adalah dua insan yang berbeza. Apa yang tidak diketahui Tiqa adalah Ridzuan merupakan ketua projek yang akan membina sebuah resort bertaraf antarabangsa di Kampung Santan dan memaksa semua penduduk Kampung Santan untuk berpindah.

Sepanjang perkenalan mereka Ridzuan cuba menyembunyikan kenyataan yang perit ini demi menjaga hati Tiqa dan penduduk lain kerana dia sudah mulai jatuh hati pada gadis itu. Tiqa juga tidak diberitahu tentang kewujudan Sofia (Natasha Hudson), kekasih Ridzuan di Bandar yang juga terlibat dalam projek pembangunan Kampung Santan.

Dalam projek ini, Sofia dibantu oleh Badrul (Khir Rahman). Tiqa, ayahnya Pak Wan (Harun Salim Bachik), Abu (Awie) dan penduduk lain menentang projek tersebut dengan bersungguh-sungguh. Mengapa?

Adakah hanya Ridzuan sahaja yang menyimpan rahsia dari Tiqa? Atau adakah Tiqa juga menyimpan rahsia tentang Kampung Santan dari Ridzuan? Persoalannya, siapa menipu siapa?

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA