perekacerita
Promosi perodua myvi

IMAN NABILA (1 - 16 TAMAT)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita



IMAN NABILA (TV3)
MULAI: 10  Jun 2013
SLOT: Azalea TV3
HARI: setiap Isnin hingga Khamis
MASA: 4.00 petang
PELAKON : Elfaeza Ul Haq, Shahrizal Jaszle, Faiz Fadzil, Siti Elizad, Mahmud Ali Basha, Aida Khaleeda, Kuza, dan Fazlina Ahmad Daud.
MENGGANTIKAN DRAMA: Kalau bukan aku




DOWNLOAD IMAN NABILA 
Iman Nabila Episod 01 = DOWNLOAD
Iman Nabila Episod 02 = DOWNLOAD 11\6
Iman Nabila Episod 03 = DOWNLOAD 12\6
Iman Nabila Episod 04 = DOWNLOAD 13/6
Iman Nabila Episod 05 = DOWNLOAD 17/6
Iman Nabila Episod 06 = DOWNLOAD 18/6
Iman Nabila Episod 07 = DOWNLOAD 19/6
Iman Nabila Episod 08 = DOWNLOAD 20/6
Iman Nabila Episod 09 = DOWNLOAD 24/6
Iman Nabila Episod 10 = DOWNLOAD 25/6
Iman Nabila Episod 11 = DOWNLOAD
Iman Nabila Episod 12 = DOWNLOAD 27/6 
Iman Nabila Episod 13 = DOWNLOAD 1/7
Iman Nabila Episod 14 =  DOWNLOAD 2/7
Iman Nabila Episod 15 =  DOWNLOAD 3/7
Iman Nabila Episod 16 (TAMAT) =  DOWNLOAD
kredit: kepalabergetar



SINOPSIS IMAN NABILA (TV3)

DEMI masa depan anak dan cucu, seorang nenek sanggup membeli seorang bayi lelaki demi mewarisi kekayaan harta keluarga bapanya. Mardiah (Aida Khaleeda) sangat bimbang masa depan anaknya Salimah yang menjadi menantu kepada Tuan Arshad (Mahmud Ali Bashah) seorang usahawan kaya raya. Tuan Arshad selalu mengharapkan kelahiran cucu lelaki untuk mewarisi kekayaan yang dimilikinya.

Apabila Salimah mengandung anak kedua, Tuan Arshad berharap Salimah melahirkan cucu lelaki, atau dia meminta anaknya Haris suami Salimah berkahwin lain. Mardiah tidak menyesal kerana Salimah melahirkan anak perempuan, tetapi mengingatkan ugutan Tuan Arshad Mardiah berasa sakit hati, lalu bertindak membeli seorang bayi lelaki untuk dijadikan cucu yang bakal mewarisi harta Tuan Arshad.

Salimah mengalami komplikasi ketika melahirkan anak sehingga dia kehilangan darah yang banyak. Akibatnya dia tidak sedarkan diri selama dua hari. Mardiah menyerahkan anak perempuan Salimah, Nabila kepada adik angkatnya, Khatijah untuk dibesarkan. Setiap bulan Mardiah memasukkan duit ke dalam akaun Khatijah. Kerana masalah kesihatan Salimah, dia tidak mampu menyusukan Iman walaupun mencuba. Mardiah juga tidak menggalakkan Salimah menyusukan Iman.

Haris langsung tidak sayangkan Iman Hakimi dan seolah-olah membenci anak tersebut. Salimah sedih dengan sikap Haris terhadap Iman. Malah Haris tidak pernah menunjukkan perubahan sikap walaupun Tuan Arshad masih mahu memberi peluang Haris berubah menjadi baik. Walaupun sudah ada bakal pewaris hartanya Tuan Arshad masih mahu menyerahkan hartanya kepada Haris jika Haris menunjukkan perubahan. Haris tidak mengendahkan kata-kata Tuan Arshad. Iman membesar dalam kebencian bapanya. Haris seolah-olah tidak menyayangi Iman sama sekali. Sebaliknya Iman dianggap sebagai perampas haknya. Bagaimanapun Tuan Arshad memberi kemanjaan kepada Iman dan melimpahinya dengan kemewahan.

Di saat Iman hidup dalam kemewahan dan kemanjaan, Nabila pula hidup dalam seksaan ibu angkatnya Khatijah. Tinggal di kampung, ternyata Khatijah seorang mata duitan dan sambil lewa membesarkan Nabila. Nabila terpaksa mendengar cemuhan yang dilemparkan kepada Khatijah yang tidak pernah berkahwin. Khatijah dituduh melahirkan Nabila tanpa suami dan sebagainya. Setiap kali tertekan dengan cemuhan, Khatijah akan memukul Nabila untuk melepaskan perasaan. Tetapi kerana janjinya dengan Mardiah, dan wang yang diterimanya dia tidak dapat mengelak janjinya. Namun Nabila sentiasa berdikari dalam apa juga perkara. Dia memiliki otak yang cerdas dan cemerlang dalam pelajarannya. Walaupun selalu dimarahi Khatijah, Nabila sangat sayangkan Khatijah dan tidak pernah membantah apa sahaja kata-kata Khatijah. Sepanjang Nabila membesar, Mardiah tidak pernah melihat cucunya, hanya mendapat berita daripada Khatijah sahaja…

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA