perekacerita
promosi perodua murah

SUAMI AKU USTAZ


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita

SUAMI AKU USTAZ
PELAKON: Adi Putra (Ustaz Muhamad Nur Hafiz), Nora Danish (Alisa), Izzue Islam (Johan)
TAYANGAN : Akan Datang



SINOPSIS NOVEL SUAMIKU USTAZ

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?


“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga.

Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian.

Kesian Alisa,kena kahwin dengan abang sepupu dia. Ustaz kat sekolah dia lagi.Mengajar pula subjek Pendidikan Islam. Atas alasan apa? Takde orang nak jaga dia bila mak ayahnya pergi ke tanah suci Mekah.

Lisa pula anggap sebagai suaminya sebagai abang,sedangkan Ustaz Hafiz memang dah lama sukakan Lisa-sejak kecik lagi.Perkahwinan mereka dirahsiakan dari teman-teman di sekolah. Gila nak bagitau! Bising la Johan Pa'an dan Wati nanti.

Disebabkan Alisa jatuh motor, barulah diorang tahu yang Ustaz Hafiz dan Alisa tinggal serumah.Bila Ustaz Hafiz bagitahu perkara sebenar, Patah la hati Johan dan Cikgu Liana-cikgu yang menaruh hati pada ustaz hafiz.

Johan mengamuk pada Alisa- BBF konon.Dia sebenarnya boleh terima,jika Lisa beritahu sendiri. Belum lagi Paan dan Wati tahu

Alisa pulak,bukan main marah dengan Ustaz Hafiz. Tapi ustaz Hafiz cool je. Sampailah dia berjaya masuk ke menara gading. Barulah rasa rindu muncul.Alisa cuba untuk mencintai suaminya.

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA