perekacerita
promosi perodua murah

JANJI ADAM (1 - 20 TAMAT)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita




JANJI ADAM (TV3)
SLOT: Azalea
HARI: Setiap Isnin-Khamis
MASA: 4 Petang
MULA TAYANGAN: SEPTEMBER 2013
PELAKON : Elfaeza Ul Haq, Zoey Rahman, Zul Arifin, Zarina Zainordin dan ramai lagi
JUMLAH EPISODE:
MENGGANTIKAN DRAMA : Derhaka Seorang Madu (tv3)





DOWNLOAD JANJI ADAM
Janji Adam Episod 01 = DOWNLOAD
Janji Adam Episod 02 = DOWNLOAD
Janji Adam Episod 03 = DOWNLOAD
Janji Adam Episod 04 = DOWNLOAD
Janji Adam Episod 05 = DOWNLOAD
Janji Adam Episod 06 = DOWNLOAD 2/10
Janji Adam Episod 07 = DOWNLOAD 3/10
Janji Adam Episod 08 = DOWNLOAD-new 7/10
Janji Adam Episod 09 = DOWNLOAD 8/10
Janji Adam Episod 10 = DOWNLOAD 9/10
Janji Adam Episod 11 = DOWNLOAD 10/10
Janji Adam Episod 12 = DOWNLOAD
Janji Adam Episod 13 = DOWNLOAD
Janji Adam Episod 14 = DOWNLOAD 21/10
Janji Adam Episod 15 = DOWNLOAD 22/10
Janji Adam Episod 16 = DOWNLOAD 23/10
Janji Adam Episod 17 = DOWNLOAD 24/10
Janji Adam Episod 18 = DOWNLOAD 28/10
Janji Adam Episod 19 = DOWNLOAD 29/10
Janji Adam Episod 20 (TAMAT) = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar




SINOPSIS JANJI ADAM (TV3)

Dua puluh tahun yang lalu, ibu Adam terpaksa memberikan dua adik kepada jiran tetangga, Seorang perempuan dan seorang lelaki. Ini adalah kerana kemiskinan mereka dan kerana sejak kematian ayah mereka, mereka hidup melarat dalam kesusahan.

Semenjak dari hari itu,Adam hidup berdua dengan ibunya. Adam berjanji akan mencari kembali adik-adiknya pada suatu hari nanti dan akan menyatukan mereka kembali sebagai satu keluarga.

Dua puluh tahun kemudian, Adam kini memulakan misinya dalam mencari adik-adiknya hanya dengan maklumat yang terakhir yang ada dalam simpanannya. Mereka terputus hubungan selama bertahun-tahun lamanya....

Sewaktu Adam masih berumur 9 tahun, ayahnya, Zahari mati terbunuh kerana Jeff mengesyaki Zahari mempunyai hubungan sulit dengan teman wanitanya Laili yang juga merupakan pelanggan tetap teksinya.


Sebenarnya, sebagai seorang ayah, Zahari begitu tertib dalam mendidik anak-anaknya, terutama anak sulungnya, Adam. Zahari mahu memastikan Adam membesar sebagai seorang lelaki yang baik dan penuh dengan ciri-ciri tanggungjawab dalam dirinya supaya menjadi teladan baik kepada adik-adiknya, Asfar (7 tahun) dan Raihana (1 tahun).

Adam pula menjadikan ayahnya sebagai idola. Sebelum tragedi tersebut berlaku, Zahari sempat menitipkan satu amanat untuk menjaga ibu dan adik-adiknya sekiranya berlaku sesuatu kepadanya. Justeru, selepas ketiadaan Zahari sebagai tunggak keluarga, sebagai anak sulung, Adam sanggup mengharungi kesusahan bersama ibunya, terutama dalam menyelesaikan kemelut masalah arwah ayahnya. Asfar dan Raihana telah diserahkan kepada keluarga angkat. Adam juga berjanji dengan Zainab bahawa suatu hari nanti, dia akan membawa pulang Asfar dan Raihana.

Selepas 20 tahun, Adam telah bekerja sebagai seorang Illustrator dan tidak pernah melepaskan sebarang maklumat untuk menjejaki Asfar dan Raihana. Usaha Adam untuk mencari Raihana telah menemukannya dengan Asyhah, seorang penulis novel yang merupakan anak kepada pemilik syarikat penerbitan, Tuan Zaidi. Apa yang tidak dijangkakan ialah abang angkat kepada Ayshah, Asfar sebenarnya merupakan adik kandung Adam yang dicari-carikan selama ini. Asfar yang terasa terhutang budi kepada Tuan Zaidi dan Puan Yuhanis yang telah mendidiknya sejak kecil sehingga menjadi seorang yang berjaya tidak sampai hati melukakan hati keluarga angkatnya.

Ayshah tertarik dengan sikap lurus Adam dan kecekalannya yang tidak pernah berputus asa untuk mencari adik-adiknya. Justeru, Ayshah menawarkan bantuan untuk menolong Adam dan mereka sering berjumpa. Lama-kelamaan, Adam terharu dengan sokongan yang diberikan oleh Ayshah. Keletah Ayshah yang gemar mengusik sering membuatkannya terhibur. Mereka mula menyulam kasih menerusi pertukaran puisi. Namun, Adam masih belum bersedia untuk meluahkan perasaannya terhadap Ayshah kerana mahu fokus kepada pencarian adik-adiknya.

Pertemuan Adam dengan adik perempuannya Raihana menerima tamparan yang hebat apabila Raihana secara terang memberitahu dia tidak akan kembali kepada Zainab yang sanggup membuangnya pada waktu kecil. Adam hanya mampu pulang ke kampung dengan hampa kerana Zainab semakin tenat.
Ayshah mula meragui identiti sebenar Asfar namun ayahnya, Tuan Zaidi membidas persoalannya dan telah mengarahkannya supaya menjauhkan diri daripada Adam. Ayshah yang kecewa dengan sikap degil ayahnya telah melarikan diri ke kampung Adam. Di sana, Ayshah membuat keputusan yang mengejutkan untuk menyamar sebagai Raihana kerana melihat keadaan Zainab yang sedang tenat. Kebaikan Ayshah disalah ertikan oleh Zainab apabila Raihana balik ke kampung.

Namun, mereka tidak menyangka penantian selama 20 tahun ini menuntut sebuah pengorbanan yang besar. Apakah yang akan berlaku pada Adam dan keluarganya? Bagaimana pula dengan kisah selanjutnya bagi cinta Adam dan Ayshah?

Saksikan drama bersiri baru, Janji Adam menerusi slot Azalea di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang mulai 24 September 2013, semestinya di TV3!

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA