perekacerita
Promosi perodua myvi

CINTA PANDANG KE-2 (1 - 13 TAMAT)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita



CINTA PANDANG KE-2
SLOT: Aurora di TV9.
HARI: Setiap Khamis,
MASA: 8.30 Malam
TARIKH: Akan Datang
PELAKON: Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour,



DOWNLOAD CINTA PANDANG KE 2
Cinta Pandang Ke 2 Episod 01  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 02  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 03  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 04  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 05  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 06  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 07  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 08  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 09  = DOWNLOAD - TONTONonline
Cinta Pandang Ke 2 Episod 10  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 11  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 12  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 13 (AKHIR)  = DOWNLOAD
Kredit: dfm2u, kepalabergetar, fmt, tonton, malaymoviemy, FB pereka cerita


mari ramai ramai like fanpage facebook perekacerita - http://www.facebook.com/likeperekacerita


SINOPSIS NOVEL CINTA PANDANG KE-2
"Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!" Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul "prince charming" sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu....

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

-----------------------------------------------------------------------------------------------





SINOPSIS DETAIL CINTA PANDANG KE-2

Di sini ZAIRUL HASMAT, seorang mat despatch mencari cinta dan harga diri yang telah hilang. Dia merantau hingga ke Tokyo untuk mengembalikan harga sebuah kepercayaan yang telah dikhianati. Namun kepulangannya tidak juga berjaya melupakan semua yang telah ditinggalkan.Bayangan kenakalan silam yang merobek hati seorang ayah bersama cinta pertama kepada gadis gemuk yang dilukakan hatinya telah menjadikan dia manusia yang hidup dalam bayang-bayang silam.

Sumpahan cinta pertama menghantui dirinya walau dikelilingi ramai wanita jelita.

Katanya "Lelaki kalau hendak memikat, modalnya air liur saja.”

Katanya lagi "Seorang playboy mesti patuh pada undang-undangnya sendiri." Lalu dia belajar untuk bahagia tanpa CINTA dan DIA.




Untuk mengembalikan maruahnya, dia berjanji akan dapat berdikari dan menimba pengalaman mengendalikan syarikat dengan caranya sendiri. Lalu dia mengambil keputusan menjadi seorang mat despatch di syarikat ayahnya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa. Banyak cabaran yang dihadapinya tetapi dia tetap mengentalkan semangat demi membuktikan yang dia juga boleh berjaya tanpa perlu duduk di kerusi empuk.

Di sana AINNUR AZLEEN, seorang gadis naif mencari cinta dan harga diri yang telah hilang. Kegagalan cinta pertama membuatkan dia serik untuk jatuh cinta lagi. Tetapi cinta itu tetap mengundang tanpa pamitan salam. Cinta kedua rupanya juga membawa kecundang. Ke Newcastle jauh dia membawa hati nan lara.


Katanya "Melihat si dia berbahagia, hatinya sudah berlagu ria."
Katanya lagi " DIA dan CINTA tidak akan ada titik pertemuannya. DIA dan CINTA tidak akan ada jodoh bersama." Lalu dia belajar untuk bahagia tanpa CINTA dan DIA.

Bukan senang hidup sendiri di perantauan untuk melupakan kenangan pahit dicabul oleh insan yang sangat dipercayai. Siapa menyangka, lelaki yang menjawat jawatan pensyarah telah merobek kepercayaan. Hanya kerana satu kesilapan, dia hampir hilang segala-galanya. Puas dia merayu supaya diperisterikan lelaki durjana itu, tetapi nyata jodohnya dengan lelaki itu tidak ada.

Forgive and forget. Dia belajar untuk memaafkan diri sendiri untuk melupakan kisah silam yang menyakitkan. Lalu anak tunggal yang patuh kepada ibunya ini berjanji akan menjadi anak yang taat. Dia menjadi bos Zairul di pejabat.

Seorang ke Tokyo dan seorang ke Newcastle. Masing-masing ada cerita sendiri.Masing-masing ada hidup sendiri. Selepas berbelas-belas tahun rupanya mereka bertemu kembali di bawah satu bumbung yang sama. Di situlah segala yang disimpan tersingkap perlahan-lahan. Zairul Hasmat bertemu kembali dengan Ainnur Azleen. Masing-masing cuba menyembunyikan identiti diri di zaman silam.Kedua-dunya sedar, mereka pernah bermusuh dan bersengketa. Ainnur bahagia dengan permainan yang sedang diaturnya. Namun Zairul terpaksa mengalah, bimbang cinta pertama yang pernah berputik hanya akan memakan dirinya sendiri.

Di Phuket satu kejadian tidak disangka telah menguji cinta sejati. Ainnur telah diperangkap oleh bekas pensyarahnya yang mahu membalas dendam kepada ibu Ainnur. Ainnur dipenjarakan di Phuket. Tatkala dilanda musibah, hanya Zairul yang ada untuk membantu. Tanpa disangka, Ainnur mengaku yang Zairul adalah suaminya. Zairul tiada pilihan selain dari meneruskan drama yang dicipta Ainnur. Dia berusaha untuk membebaskan Ainnur dari penjara dengan mengahwini gadis itu pada majlis akad jarak jauh.

Zairul berjaya membawa Ainnur pulang. Tetapi kepulangan mereka telah menyingkap segala. Rupanya mereka berdua memang telah lama saling menyinta. Hanya pada cinta pandang kedua segalanya menjadi nyata.
Kerana peristiwa itu, Zairul telah menemukan harga dirinya kembali. Dia pulang sebagai anak yang akan mewarisi Venture Holding. Mat despatch itu berjaya menyelesaikan semua kemelut di sana.

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA