FACEBOOK --> http://www.facebook.com/likeperekacerita
BLOG KU --> http://www.perekacerita.com/
TWITTER KU --> https://twitter.com/#!/perekacerita
3 AM (2013)
GENRE: Seram
DURASI: 96 minit
TAYANGAN: 17 Januari 2013
PENGARAH: Patchanon Thammajira, Kirati Nakintanon, dan Isara Nadee
PELAKON: Apinya Sakuljaroensuk, Chakrit Yamnam, Focus Jirakul, Karnklao Duaysianklao, Ray Macdonald dan Tony Rakkan.
![]()
SINOPSIS 3 AM (2013)
tiga kisah yang berbeza yang berlaku pada jam tiga pagi. Kisah pertama diarahkan oleh Patchanon Thammajira, bertajuk The Wig berkisar mengenai kedai yang membekalkan rambut palsu kepada pesakit kanser. Kisah seram bermula anak pemilik kedai tersebut, Mint menerima rambut baru untuk dijadikan rambut palsu.

Namun, satu persatu perkara pelik mula berlaku sehinggalah jam menginjak pada pukul tiga pagi apabila satu persatu rakan kakaknya, May mula terbunuh.
Kemudian, beralih kepada kisah arahan Kirati Nakintanon, yang membawa penonton melayari kisah Tos yang ditugaskan menjaga mayat pasangan pengantin, Chery dan Mike yang mati penuh misteri.

Bagaimanapun, Tos yang melanggar arahan pemandi mayat supaya tidak memasuki bilik Chery dan Mike, mula mengalami kejadian pelik termasuk, jatuh cinta dengan mayat Chery.
Namun, segalanya berubah apabila pada jam tiga pagi, dia akhirnya melihat punca sebenar kematian Chery dan Mike, sehingga akhirnya mendatangkan malapetaka kepada dirinya semula.
Terakhir adalah kisah pekerja yang bekerja lebih masa arahan Isara Nadee. Ia berkisarkan mengenai empat sekawan yang gemar menakutkan orang lain yang kerja waktu lebih masa.
Pemilik syarikat berkenaan, Karan dan Tee saling berpakat untuk mengenakan dua pekerja yang bekerja lebih masa sehingga melibatkan perkara kematian.
Namun, tanpa disangka-sangka, kedua pekerja yang sedang dikenakan itu, sebenarnya sudah menemui ajal.

XOXO (TV9)
TARIKH: 30 Januari
MASA: 8.30 malam.
PELAKON: Tiz Zaqyah, Josiah Hogan dan Bonda Hajah Afida Es, Nadiya Nisaa, Remy Ishak

DOWNLOAD XOXO (TV9)
ZIPPYSHARE = PART1 - PART2 - PART3
UPLOADER = DOWNLOAD
Kredit: ddmf
SINOPSIS XOXO (TV9)
XOXO mengisahkan hubungan percintaan jarak jauh antara Haziq (Remy Ishak) yang jauh berada di London yang masih menuntut di salah sebuah universiti terkemuka di sana manakala, Aleesha (Tiz Zaqyah) teman wanitanya yang telah dikenali selama 2 tahun hanya melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.

Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergi ke London untuk membuat kejutan sekaligus bertemu Haziq buat pertama kali. Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia!

Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan. Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakan Aleesha.

Haziq pula menghadapi dilema apabila kepulangannya ke Malaysia hanyalah untuk dijodohkan oleh pilihan neneknya. Haziq menolak dan menyatakan dia akan membawa Aleesha untuk bertemu dengan neneknya. Haziq pergi ke rumah Aleesha tanpa mengetahui yang Aleesha sudahpun berada di London sebaliknya hanya menemui Dahnia (Nadiya Nisaa), rakan serumah Aleesha yang berpewatakan pelik dan berimej emo serta dingin terhadap lelaki.

Haziq tiada pilihan lain selain meminta pertolongan daripada Dahnia untuk menyamar sebagai Aleesha dan sanggup membayar upah yang tinggi asalkan Dahnia sudi untuk bertemu dengan neneknya.
THE IMPOSSIBLE (2013)
MULA TAYANGAN: 17 Jan 2013
GENRE:Drama / Thriller
PENGARAH:J. A. Bayona
PELAKON:Ewan McGregor, Naomi Watts

SINOPSIS THE IMPOSSIBLE (2013)
The Impossible menceritakan pengalaman sebenar Maria yang berkunjung ke Khao Lak, Thailand bersama suaminya, Henry lakonan Ewan McGregor dan tiga anak lelaki mereka sempena Krismas pada 2004.

Namun suka ketawa mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila bencana tsunami datang membunuh semuanya.
Mereka sekeluarga terpisah dibawa ombak kuat yang mana Maria sempat memaut anak sulungnya, Lucas. Maria cedera teruk namun nasibnya baik apabila Lucas berjaya membawanya ke tempat selamat dan mereka dibawa ke hospital oleh penduduk tempatan.

Suaminya juga terselamat bersama dua lagi anaknya namun keadaan kian meruncing apabila Henry terpaksa meninggalkan dua anaknya itu di pusat himpunan mangsa bagi meneruskan usahanya mencari isteri, Maria dan Lucas yang difikirkan hilang.

Henry mencari isterinya tanpa menyedari yang Maria makin parah akibat luka di kakinya itu. Bagaimanapun semua itu adalah takdir dan ketentuan yang mana akhirnya mereka bertemu juga.

JIWANG KARAT (TV1)
PELAKON: Jaszle Dan Christina Suzanne
EPISOD: 13 Episod
SLOT: Cindai
HARI: setiap Isnin hingga Khamis,
MASA: 2.05 petang

SINOPSIS JIWANG KARAT (TV1)
mengisahkan Shazlin anak tunggal Dato Amran dan Datin Kalsomyang bersikap keanak-anakkan dan lebih suka membuang masa serta membuat keputusan sendiri. Situasi ini amat merisaukan Dato Amran apatahlagi Shazlin yang degil enggan bekerja di syarikat Dato Amran sedangkan Dato Amran mengharapkan Shazlin untuk mengambil alih perniagaannya itu setelah Shazlin tamat belajar di luar negara.
Shazlin masih bersikap acuh tak acuh apabila papanya, Dato Amran mengugut untuk menyekat perbelanjaannya jika dia tidak ke pejabat. Shazlin tetap keluar dengan kawan baiknya Kamalia untuk berseronok dan membeli belah. Akibat marah dan kecewa, Dato Amran menyekat perbelanjaannya. Hal itu menyebabkan Shazlin tersekat di sebuah restoran kerana dia tidak mempunyai wang tunai untuk membayar makanannya apabila kredit kadnya di sekat.
Bermula dari situ, Shazlin telah berkenalan dengan Nor Aiman, jejaka kampung yang kebetulan sedang duduk makan di situ. Meskipun perkenalan mereka bermula agak dingin namun, Nor Aiman sudi membayar makanannya malah sanggup membayar wang denda kerana Shazlin meletakkan keretanya di petak OKU. Ketika itu, Kamalia iaitu sahabat baik Shazlin tidak mempedulikannya kerana sibuk berkenalan dengan Azril, senior di kolejnya yang sudah lama diminatinya.
Perkenalan sehari Shazlin dengan Nor Aiman cukup memberi kesan dalam hidup Shazlin. Sikap matang Nor Aiman dan nasihat Nor Aiman kepadanya membuatkan dia berubah dan mahu membantu papanya di syarikat. Dia baru sedar yang itu adalah tanggungjawabnya dan dia tak mahu hidup tanpa arah.
Shazlin ingin berjumpa Nor Aiman sekali lagi, tetapi Shazlin telah menghilangkan kad nama pemberian Nor Aiman dan menyebabkan Shazlin terputus hubungan dengan Nor Aiman malah hutang Nor Aiman juga tidak dapat dibayar Shazlin. Shazlin agak kecewa.
5 tahun telah berlalu, Shazlin benar-benar berubah. Dia kini menjadi anak yang cukup dibanggai Dato Amran dan Datin Kalsom. Shazlin mampu untuk mengendalikan syarikat dan tidak lagi dipandang rendah oleh pekerja syarikatnya. Shazlin menjadi ikon usahawanita muda yang berjaya.
Dalam pada itu, Datin Kalsom dan Dato Amran berikhtiar mencari jodoh untuk Shazlin. Shazlin naik rimas dengan pilihan dan desakan ibubapanya sehingga dia terpaksa menipu kononnya dia sudah mempunyai teman lelaki. Tanpa disedari Shazlin, penipuannya itu mendesak dia mencari teman lelaki dan takdir tuhan dia telah terjumpa kembali kad nama Nor Aiman yang sekian lama dicarinya.

Shazlin menghubungi Aiman menggunakan maklumat di kad. Ketika itu, Aiman (Nor Aiman) yang dicari tidak lagi bekerja di syarikat itu namun apabila dihubungi Shazlin, Aiman (Mohammad Aiman) yang bekerja di situ menjawab panggilan dan mengaku yang dia adalah Aiman yang dicarinya. Mereka berjanji untuk berjumpa kerana Shazlin mahu membayar hutang lapuknya 5 tahun dahulu. Shazlin teruja.
Shazlin cuba mengingat kembali wajah Aiman yang dikenalinya 5 tahun dahulu. Apabila dia berjumpa Muhammad Aiman ternyata Aiman yang datang berjumpanya lebih kacak dan bergaya. Shazlin jatuh hati pandang pertama. Namun, setelah lama dia berkenalan dengan Mohammad Aiman hatinya langsung tak terpikat dan mula rasa Muhammad Aiman langsung tidak serupa dengan Nor Aiman yang dikenalinya dari segi sikap. Namun, disebabkan sikap terburunya Muhammad Aiman telah diperkenalkan kepada Dato Amran dan Datin Kalsom sebagai teman lelakinya. Dari situ Muhammad Aiman yang tamakkan harta Shazlin mula memasang strategi jahat untuk mempergunakan Shazlin demi mendapat harta dan projek.
Shazlin masih lagi mahu mencari Aiman yang sebenar kononnya masih tidak tenang selagi tidak membayar hutang Aiman. Dengan bantuan sahabat baiknya Kamalia yang sudah pun berkahwin dengan Azril, dia telah berjaya menjejaki Aiman sebenar di Pulau Pinang.
Pelbagai insiden lucu berlaku apabila Kamalia yang mengaku bujang dan menyamar sebagai Shazlin atas permintaan Shazlin menjadi perkara besar apabila Azril naik angin dan mencari Kamalia. Dalam pada itu, Shazlin tak sangka Aiman yang selekeh dan tidak pandai bergaya 5 tahun dahulu kini cukup berbeza. Shazlin dalam diam menaruh hati pada Nor Aiman.

Shazlin cuba berterus terang kepada Nor Aiman akan perasaannya tetapi terhalang kerana Muhammad Aiman. Muhammad Aiman enggan melepaskan Shazlin malah dia dalam diam telah melakukan pelbgai penganayaian kepada Nor Aiman sehingga syarikat percetakannya muflis. Dalam pada itu, Muhammad Aiman telah menambat hati Dato Amran dan Datin Kalsom sehingga Shazlin dipaksa untuk berkahwin. Nor Aiman yang mengetahui Shazlin sudah bertunang amat kecewa dan memilih untuk kembali ke kampung meskipun pada awalnya dia baru hendak memulakan perniagaan baru di KL.
Kamalia dan Azril bertindak menyelamatkan keadaan dengan menceritakan perkara sebenar kepada Dato Amran dan Datin Kalsom dengan mengumpulkan segala bukti kejahatan Muhammad Aiman selama ini. Dari situ, Dato Amran tahu yang Muhammad aiman dalam diam cuba mengawal asetnya.

Shazlin gembira Dato Amran dan Datin Kalsom tidak lagi memaksanya berkahwin dan setuju dengan pilihan hatinya Nor Aiman. Dia segera mencari Nor Aiman di kampung.
Apabila tiba di rumah Nor Aiman, Shazlin terkejut melihat rumah Aiman sedang mengadakan kenduri kahwin. Tambah mengejutkan apabila melihat Aiman sedang bersanding.
Shazlin menangis dan mahu segera pulang ke KL. Namun langkahnya disekat Aiman. Shazlin terkejut melihat Aiman yang berbaju melayu bukan berbaju pengantin seperti yang dilihatnya. Rupanya, bukan Aiman yang bersanding tetapi adik kembarnya. Shazlin lega. Nor Aiman juga gembira melihat kedatangan Shazlin kerana dia sudah tahu segala apa yang berlaku. Kali itu, dia tak akan melepaskan Shazlin lagi.
THE TOWER
MULA TAYANGAN: 10 Jan 2013
GENRE:Thriller
PENGARAH:Kim Ji-hoon (김지훈)
ULASAN: Utusan
PELAKON:Sol Kyung-Gu, Kim Sang-Kyung, Son Ye-Jin

SINOPSIS THE TOWER
BANGUNAN pencakar langit merupakan impian terindah kelompok korporat dalam iklim ekonomi kapitalis masa kini. Bangunan dipandang tanda pembangunan dan kemajuan. Dalam filem ini lambang bangunan berkembar menanjak ke langit Korea bukan dipandang sebagai binaan konkrit dengan infrastruktur kejuruteraan seni bina semata-mata. Tetapi lambang kesombongan manusia!

Sesebuah karya yang baik bukanlah suatu peniruan bulat-bulat terhadap segala peristiwa sejarah dan situasi yang berlaku di dunia ini. Karya yang baik haruslah membawa bersama pemikiran pencetusnya sehingga memberi impak yang maksimum ke jiwa penghayatnya. Filem The Tower telah membuktikan peranannya.
Sebagai filem popular, pergerakan filem ini begitu tangkas dan cepat. Dari satu adegan ke satu adegan semuanya tidak dipersia-siakan. Tower Sky yang dijadikan lokasi menyambut perayaan Krismas itu menjadikan pemilik serta pemegang saham syarikat, ahli politik kongres, orang VVIP, golongan kaya berkumpul dan berpesta.

Golongan yang menghidupkan bangunan ini adalah orang biasa daripada pekerja hotel, tukang masak hingga tukang sapu sampah. Bahkan bangunan itu sendiri dengan kelengkapan mewahnya benda mati yang meraikan keseronokan dan kesombongan manusia. Dan alat pengesan habanya adalah seperti golongan pekerja yang sering dipandang remeh.

Apabila kelemahan telah dikesan dan alat pengesan haba gagal berfungsi lantaran air beku kerana suhu sejuk, tiada tindakan diambil. Apa yang dikejar adalah keseronokan untuk berparti dan bersuka-suka bersama salji buatan yang ditaburkan oleh helikopter di atas bangunan berkembar itu.

Bahaya sememangnya telah ada apabila angin lintang memutarkan alat pengesan kelajuan angin di puncak bangunan. Secekap mana pun manusia dan setinggi mana pun harapan diberikan terhadap kepakaran manusia mengawal mesin dan enjin namun dalam sejarahnya angin ciptaan Allah dapat memusnahkan tamadun manusia yang derhaka.

Inikan pula helikopter yang terbangnya pun dengan memanipulasikan tekanan angin. Mungkin sombong atau keyakinan yang tiada bertempat demi untuk berseronok dan berbangga-bangga, helikopter itu hilang kawalan hingga melanggar bangunan lalu terperosok ke bahagian dapur salah satu bangunan berkembar itu yang menempatkan gas lalu meletup dan terbakar.
Bermula dari situlah api merebak cepat dan selain berpunca daripada alat pengesan haba yang gagal bertindak. Semuanya telah terlambat apabila api merebak dan membakar, meleburkan sistem penyokong bangunan, meretakkan dan memusnahkan lantai dan dinding. Nampaknya api juga yang dapat mengajar kesombongan manusia.
Sebelum itu, telah berlaku keangkuhan salah seorang manusia bertaraf VVIP menghina seorang penyapu sampah. Juga kedegilan pengurus untuk mendengar pandangan orang bawahannya mengakibatkan kemalangan yang sangat dahsyat sekali.

Sejauh manakah tindakan manusia yang angkuh dan sombong apabila api mula memusnahkan bangunan. Apakah lagi nilai nyawa manusia yang tinggal di bangunan itu apabila helikopter sudah tidak dapat mendarat dan menyelamatkan mangsa apabila asap mula menutupi ruang udara? Apakah lagi nilainya nyawa yang menghidupkan batang jasad bertaraf VVIP apabila gondola pembersih cermin tingkap bangunan diayun-ayunkan ke cermin bangunan dan terputus jatuh ke bawah bersama jeritan mangsa yang tidak sempat diselamatkan.

Di manakah pengakhiran sifat sombong pengurus apabila jambatan kaca yang menghubungkan antara dua bangunan kebanggaan itu apabila bangunan mula condong dan memberikan tekanan dengan api dari bawah marak menyala memanggang jambatan kaca? Ke manakah nilai pertimbangan akal rasional menghadapi risiko bahaya mengancam nyawa apabila lif dinaiki ketika api marak berkuasa? Mereka semua terpanggang dan sebahagiannya hancur bersama lif terhempas di lantai bangunan melainkan segelintir yang terselamat.

Yang terselamat adalah pengharapan dan kekudusan kepada Tuhan. Nampaknya satu kelompok yang sengaja diciptakan dalam watak humor sangat menyanjung Tuhan apabila berdoa sebelum berparti dan terus berdoa dan berdoa ketika terkurung dalam satu bahagian bangunan.
Mereka berendam dalam air. Hampir terselamat apabila menuruni bangunan itu dengan lif. Cuma si pendoa yang setia kepada Tuhannya mati. Jikalaulah tiada doa dan pengharapan kepada Tuhan berkemungkinan sekalian manusia yang berada dalam bangunan kebanggaan lagi berkembar berjambatan kaca mati terbakar.
Jika tiadalah anggota bomba yang dirampas masa cutinya bertungkus-lumus memadamkan api sehingga mengorbankan ketua mereka selepas alat kawalan jauh bahan peletup untuk meletupkan tangki air pastilah bangunan itu akan luluh menimpa kembarnya dan pastilah pemilik bangunan akan melopong. Begitu tingginya nilai sebuah bangunan tinggi dan mewah hingga mengatasi nilai nyawa manusia

Filem ini memberikan tumbukan yang padu ketika semua negara berlumba-lumba mahu menghasilkan bangunan kapital tertinggi sehingga mengambil tanah-tanah milik pribumi. Filem ini wajarlah menjadi iktibar dan pengajaran kepada golongan korporat sebelum segala pelaburan musnah dan menjadi kuburan manusia yang tidak terlibat. Sementelahan pula filem ini hasil pengalaman pengarahnya Kim Ji-hoon melihat bangunan di Seoul terbakar. Beliau membayangkan bagaimana berasa terperangkap di dalam lautan api, tenggelam dalam asap serta bergelumang dengan pengharapan dan tindakan-tindakan terdesak seperti menggunakan tembok besi untuk mengadang api walaupun menjadikan manusia sebagai bahan bakarnya demi menyelamatkan sebuah kesombongan segelintir manusia.
THE LAST STAND (2013)
PENGARAH: Jee-woon Kim
GENRE: Jenayah, Aksi, Seram
DURASI: 107 min
MULA TAYANGAN: 17 Jan 2013
ULASAN : rotikaya.com

SINOPSIS THE LAST STAND (2013)
The Last Stand (2013) ialah sebuah filem aksi dark comedy yang menjadi filem Hollywood sulung arahan pengarah Kim Ji-woon dari Korea Selatan yang terkenal dengan arahan filem The Good, the Bad, the Weird (2008) dan I Saw the Devil (2010).

Filem ini juga merupakan comeback lakonan Arnold Schwarzenegger sebagai Sheriff Ray Owens, mengimbas semula aksi beliau yang ‘keras, kental, kematu dengan dialog yang bersahaja tetapi macho’.

Filem ini bermula dengan tenang di sebuah pekan kecil rekaan fiksyen untuk filem ini yang bernama Sommerton Junction, Arizona. Ia merupakan laluan terdekat ke Mexico yang dipisahkan oleh sebuah gaung dan jurang sahaja. Di situ, Owens iaitu bekas polis anti narkotik di Los Angeles, kini bertugas sebagai Sheriff yang menjaga keamanan asas penduduk tanpa masalah jenayah besar-besaran.

Owens dibantu oleh beberapa orang lagi polis yang muda remaja iaitu Deputy Jerry Bailey (Zach Gilford) dan Deputy Sarah Torrance (Jaimie Alexander) serta Deputy Mike Figuerola (Luis Guzmán) yang juga sudah polis veteran seperti Owens. Diperkenalkan juga watak-watak tambahan iaitu Lewis Dinkum (Johnny Knoxville) seorang pengumpul koleksi senjata api antik dan Frank Martinez (Rodrigo Santoro) bekas tentera yang kini menjadi pemabuk.

Penceritaan awal filem di pekan itu sangat santai dimana suntingan muzik latar sangat minima dengan hanya merakam bunyi persekitaran di lokasi yang damai dan tenteram. Kemudiannya filem ini memperkenalkan konflik yang bakal melanda Sommerton Junction iaitu seorang ketua pengedaran dadah, Gabriel Cortez (Eduardo Noriega) telah berjaya melepaskan diri dari tahanan FBI di Las Vegas. Lantas Cortez diburu oleh pasukan polis yang diketuai oleh Agent John Bannister (Forest Whitaker) sebelum dia berjaya menyeberang ke Mexico.- rotikaya.com
MY GIRL (TV3)
MULAI: 17 Januari 2013,
HARI: setiap hari Selasa hingga Khamis,
MASA: 10.00 pagi.
EPISOD: 35 episod
ADAPTASI: daripada drama popular Korea, ‘My Girl’
PELAKON: Kim Chiu (Jasmine), Gerald Anderson (Julian), Enchong Dee (Nico), Nina Jose (Anika), Regine Angeles (Shiela) dan ramai lagi.
SINOPSIS MY GIRL (TV3)
Mengisahkan tentang Julian, pemuda kacak graduan Universiti Harvard yang kini memikul tanggungjawab sebagai waris utama menguruskan empayar perhotelan datuknya, Greg. Julian bukan sahaja berpelajaran tinggi dan berperwatakan menarik, malah penuh karisma dan serius dalam kerjaya dan misi hidupnya. Namun, selepas mengetahui hajat datuknya yang tidak sihat, hanya satu perkara yang menjadi tumpuan utama beliau; menjejaki semula sepupu perempuannya, Hannah yang sudah lama hilang.

Oleh kerana terdesak dan kesuntukan masa, Julian tidak ada cara lain dan terpaksa mengupah Jasmine untuk menyamar menjadi Hannah. Jasmine merupakan calon yang sesuai kerana personalitinya yang riang dan pandai mengambil hati orang. Dikenali sebagai pemandu pelancong yang serba boleh, Jasmine juga seorang yang licik dan bijak menyelesaikan krisis situasi selain daripada fasih berbahasa Tagalog, English dan Mandarin.

Jasmine bersetuju dengan syarat yang dikenakan Julian kerana kesempitan wang dan ingin membantu menyelesaikan hutang piutang ayahnya, seorang kaki judi. Sejak diperkenalkan sebagai Hannah, Jasmine kini tinggal bersama keluarga Julian dan sering menghabiskan masa menemani datuknya yang kini semakin sihat dan ceria sejak kepulangan cucu yang dirindui. Hubungan Jasmine dan Julian juga semakin rapat dan ada keserasian di antara mereka walaupun sebenarnya latar belakang kehidupan mereka amat berbeza.

Namun, kegembiraan Jasmine tidak berpanjangan apabila bekas tunang Julian yang jelita, Anika, seorang model terkenal tiba-tiba muncul dan ingin memenangi hati Julian semula. Jasmine juga berpeluang berkenalan dengan teman baik Julian, Nico, yang suka mengusik dan secara diam-diam telah menaruh hati padanya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila rahsia Jasmine dan Julian hampir diketahui oleh datuknya dan Anika menggunakan peluang ini untuk mengugut Jasmine supaya mengudurkan diri dan meninggalkan Julian dan keluarganya buat selamanya.

Mampukah Jasmine melangkah pergi sedangkan hatinya sudah terpaut kepada Julian? Bagaimana pula nasib Julian jika rahsia Hannah yang sebenar terbongkar? Jangan ketinggalan untuk menonton drama bersiri Filipina, ‘My Girl’ pada setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.00 pagi bagi mengetahui jawapannya.
FIRE WITH FIRE (2013)
MULA TAYANGAN: 10 Jan 2013
GENRE:Action
PENGARAH:David Barrett
PELAKON:Josh Duhamel, Bruce Willis and Rosario Dawson

SINOPSIS FIRE WITH FIRE (2013)
Jeremy Coleman dan para ahli bomba yang lain menjalankan tugas harian mereka dengan memadamkan api dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam bangunan terbakar.

Jeremy yang berniat untuk menyambut kejayaannya bersama rakan sekerjanya dengan sebotol arak akhirnya terpaksa melalui perubahan hidup yang drastik apabila dirinya menjadi saksi kepada pembunuhan kejam yang dilakukan oleh David Hagan (Vincent D’Onofrio) yang bertatu swastika di kedai runcit.

Bukan hanya seorang pembunuh yang biasa semata-mata, Hagan merupakan seorang penjenayah yang terkenal dengan pelbagai kegiatan jahatnya. Sebagai cara menangkapnya, Jeremy dipilih oleh pihak polis untuk memasuki program perlindungan saksi yang mana hal ini bermaksud dia perlu meninggalkan kerjayanya dan identitinya terpaksa dipadamkan.

Dalam kesukaran tersebut, Jeremy mula mengenali dan jatuh cinta terhadap Talia Durham (Rosario Dawson), seorang Timbalan Marshal Amerika Syarikat yang ditugaskan untuk menjaga kes tersebut.


I MISS YOU (TV9)
SLOT: Chamsarang,(cinta sejati)
HARI: setiap Isnin dan Selasa,
MASA: 9.30 malam
MULAI: 28 Januari
EPISOD: 30 episod (Malaysia), 21 episod (korea)
PELAKON: Park Yoo-chun, Yoon Eun-hye, Yoo Seung-ho dan Jang Mi-in Ae,


SINOPSIS I MISS YOU (TV9)
‘I Miss You’, yang dipenuhi dengan konflik dendam, cinta dan kasih sayang ini menceritakan tentang kehidupan Lee Soo-yeon (Yoon Eun-hye), yang sering dipukul oleh bapanya yang kaki botol. Suatu hari, bapa Lee Soo-yeon telah ditangkap kerana membunuh.

Sejak itu, dia menjadi bahan ejekan dan diganggu oleh rakan-rakan sekolahnya. Lee Soo-yeon berasa amat tertekan dengan kehidupannya sehinggalah dia bertemu dengan Han Jung-woo (Park Yoo-chun) yang sentiasa menjadi penyelamatnya ketika diganggu. Sejak itu, mereka menjadi kawan baik dan jatuh cinta.

Han Jung-woo merupakan anak kepada seorang ketua kongsi gelap yang berpengaruh dan mempunyai ramai musuh. Suatu hari, Han Jung-woo dan Lee Soo-yeon telah diculik oleh ibu kepada Kang Hyung-joon. Penculikan itu adalah bermotifkan dendam. Ibu Hyung-joon merupakan perempuan simpanan kepada datuk Han Jung-woo.

Kematian datuk Han Jung-woo telah menyebabkan bapanya, Han Tae Joon (lakonan Han Jin Hee), berebutkan harta peninggalan mendiang. Namun kelicikan ibu Kang Hyung-joon, telah membuatkan dia berjaya memindahkan sebahagian besar wang kepada dalam akaun luar negara.
Ibu Hyung-joon merancang untuk meninggalkan Korea dan sebab itulah dia merancang menculik Han Jung-woo. Penculikan tersebut telah menyebabkan Han Jung-woo terpisah dengan Lee Soo-yeo dan Han Jung-woo menyangkakan kekasihnya telah mati.


14 tahun berlalu dan kini Han Jung-woo kini menjadi detektif siasatan jenayah. Hasrat Han Jung-woo hanyalah satu, iaitu mencari Lee Soo-yeon Dia yakin kekasihnya itu tidak mati. Firasatnya tepat kerana Lee Soo-yeon kini telah menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal.

Tanpa diduga, Lee Soo-yeon kini bercinta dengan Kang Hyung-joon. Semasa ke luar negara, Hyung-joon telah melanjutkan pelajaran hasil duit yang diambil oleh ibunya daripada keluarga Han Jung-woo. Kini, Hyung-joon merupakan seorang yang kaya dan berjaya dalam hidup.

Sekian lama berada di luar negara, akhirnya Kang Hyung-joon pulang ke tanahair. Namun, kepulangan Kang Hyung-joon hanyalah untuk membalas dendam terhadap keluarga Han Jung-woo kerana bapa Han Jung-woo telah membunuh ibunya akibat daripada perebutan harta. Untuk mengelak daripada dikesan, Hyung-joon telah menyamar sebagai Harry Borrison.

Berjayakan Hyung-joon dengan misinya? Dapatkah Han Jung-soo mencari kekasih hatinya Lee Soo-yeon? Semuanya akan terjawab di dalam Chamsarang ‘I Miss you’ yang bakal menemui anda semuapada setiap Isnin dan Selasa, 9.30 malam bermula 28 Januari ini.













