perekacerita

ROMI CINTA JULIA (DOWNLOAD)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita




ROMI CINTA JULIA (TV3)
JUMLAH EPISOD : episod
SLOT: Lestary TV3
MULAI: 27 Februari 2014
MASA: 9.00 malam
HARI: Setiap selasa
LAGU TEMA OST:
MENGGANTIKAN DRAMA: Ku Cinta Kau Seorang
PELAKON: Aisya Hasnaa dan Syarul Rizwan. Aidil Aziz, Aida Aris



DOWNLOAD ROMI CINTA JULIA
Romi Cinta Julia Episod 01 = DOWNLOAD
Romi Cinta Julia Episod 02 = DOWNLOAD 7/3
Romi Cinta Julia Episod 03 =  DOWNLOAD
Romi Cinta Julia Episod 04 = DOWNLOAD 18/3
Romi Cinta Julia Episod 05 = DOWNLOAD 25/3
Romi Cinta Julia Episod 06 = DOWNLOAD
Romi Cinta Julia Episod 07 = DOWNLOAD 8/4
Romi Cinta Julia Episod 08 = DOWNLOAD 15/4
Romi Cinta Julia Episod 09 = DOWNLOAD 22/4
Romi Cinta Julia Episod 10 = DOWNLOAD 5/1
Romi Cinta Julia Episod 11 = DOWNLOAD
Romi Cinta Julia Episod 12 =
Romi Cinta Julia Episod 13 (TAMAT) =

SINOPSIS ROMI CINTA JULIA (TV3)


Kisah bermula apabila hubungan Julia (Aisya Hasnaa) dengan kekasihnya, Jeff (Aidil Aziz) tidak direstui oleh keluarga. Hubungan tersebut mendapat tentangan dari bapa Julia, Malik (Esma Daniel) yang bersungguh ingin memutuskan hubungan anak bongsunya dengan Jeff. Namun, tindakan Malik hanya membuatkan Jeff semakin galak ingin memiliki Julia.

Suatu hari, Jeff telah memungkiri janjinya untuk bertemu dengan Julia di sebuah pusat membeli belah. Lantas, ia membawa kepada pertemuan secara tidak sengaja antara Julia dengan Romi (Syarul Ridzwan). Tidak lama kemudian, hubungan Julia dan Jeff berlanjutan sehingga ke satu peringkat yang menyakitkan hati Malik. Julia telah ditahan pihak berkuasa kerana mengikut Jeff menyertai aktiviti sosial.


Sementara itu, Malik telah berkenalan dengan Romi di sebuah kedai buku. Keperibadian Romi begitu menarik hatinya. Pada waktu yang sama, Malik begitu marah terhadap Jeff dan membuat keputusan drastik untuk memisahkan Julia dengan Jeff. Dia tidak membenarkan Julia keluar rumah dan berhenti dari kolej tersebut.

Romi tidak mengetahui bahawa kepulangan ayahnya ke Malaysia kerana satu urusan lain yang lebih penting mengenai masa depannya. Bapa Romi, Mohamad membuka perjanjian antara beliau dengan Malik 20 tahun dahulu untuk menjodohkan Romi dengan Julia. Malik menganggap itu adalah kesempatan terbaik untuk memisahkan Julia dari Jeff sekaligus melupakan kekasihnya itu.

Julia yang nekad kerana merasakan Jeff adalah cinta sejatinya telah mengikut usul gila Jeff untuk melarikan diri dari apartment kakaknya menggunakan satu kain yang diikat bersambung-sambung. Namun, sambungan kain terputus dan Julia terjatuh. Jeff panik dan beredar, meninggalkan Julia kesakitan di situ. Julia cedera parah pada tulang belakangnya dan mungkin lumpuh untuk satu jangka masa yang tidak pasti.

Akhirnya, Romi dan Julia pun dinikahkan. Sejak menjadi suami isteri, Romi melayani Julia umpama puteri. Romi yang menyuap makanan ke mulut Julia, mendukungnya ketika perlu, malahan menyarungkan stokin ke kaki Julia. Julia yang agak dingin pada suaminya, hanya menurut tanpa punya rasa. Romi merancang untuk membawa Julia bercuti bagi meredakan tekanan pada dirinya. Namun, malapetaka melanda dalam perjalanan mereka. Romi terlelap ketika memandu menyebabkan mereka kemalangan. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Saksikan drama siri Romi Cinta Julia di slot Lestary menampilkan Syarul Ridzwan, Aisya Hasnaa dan Aidil Aziz mulai 27 Februari 2014 pada setiap hari Khamis jam 9.00 malam di TV3! ‘Romi Cinta Julia’ juga boleh disaksikan menerusi portal video Tonton. Pendaftaran di Tonton adalah percuma dan kandungan video boleh ditonton di komputer, tablet atau telefon pintar anda!




Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA