perekacerita

Terminator Salvation


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita



Filem ni merupakan filem yang ke 4 selepas Terminator : Rise Of Machine. Kalau sebelum ni movie ni di bintangi oleh Arnold Susah Nak Eja (schwarzenegger) dengan zamannya yang datang dari masa depan tapi kali ni Pengarahnya McG membawa kelainan dalam filem ini dimana tahun 2018 John Conor (Christian Bale) mengetuai pasukan Resistance menentang robot Terminator ciptaan manusia sendiri (Skynet). Ramai dah tahu apa itu terminator (Robot Manusia) yang dicipta sebagai Senjata Pembunuh Berteknologi tinggi dan akhirnya berubah ingin menguasai dunia atas sikap manusia sendiri yang tidak bertanggungjawab.

2003 adalah detik permulaan Skynet iaitu syarikat yang bertanggungjawab membuat projek Terminator telah membuat penyelidikkan ke atas Marcus Wright(Sam Worthington), Marcus adalah Robot manusia pertama yang dihasilkan tapi tidak berjaya sehinggalah tahun 2018 beliau bangun dan mencari identiti sendiri dengan jantung yang berdegup, fizikal yang sempurna seperti manusia tetapi didalam badannya adalah besi (robot). Beliau membantu John Cornor bersama² menentang robot² Terminator untuk menyelamatkan Kyle Rise (Ayah kepada John Cornor) untuk masuk ke dalam Skynet, pelbagai dugaan yang harus di tempuh. Perghh…berputar belit filem ni susah nak terangkan, tapi kalau dah tengok filem² sebelumnya memang boleh tangkap. Aksi² menarik dan kecanggihan teknologi di dalam filem ni membuatkan ianya adalah yang terbaik berbanding filem-filem sebelumnya.

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA