perekacerita
Premium Beauty Fariza
mydownload2u
PINJAMAN PERIBADI MBSB
teddyBearMini
promosi perodua myvi

Drama Jidin (TV3)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita


Salam... macam mana dengan drama arjuna?? best ker?? drama sebelum arjuna iaitu jidin tak berapa popular lak??? takde sebarang pemintaan untuk letak drama jidin dalam UMP SHARING aku?? maybe pasal aku tak pernah review cerita ni kat korang kot.. arini aku nak share sinopsis drama ni tapi aku takde la letak drama ni dalam sharing aku lg.. 1 hari nanti aku letak la kot..

SINOPSIS DRAMA JIDIN (utusan)
BERMULA 1 Mac ini, slot Aksi yang bersiaran setiap Isnin, pukul 9 malam, akan menayangkan sebuah lagi drama bersiri terbaru berjudul Jidin.

Mengambil genre fiksyen sains, Jidin dibintangi barisan artis lama dan baru antaranya Didie Alias, Fauzi Nawawi, Kazar, Bell Ngasri, Tam, Noorkhiriah, Zahiril, Amanda Misbun dan Shafie Naswip.

Memaparkan persahabatan antara makhluk asing bernama Jidin yang dilakonkan oleh Tam, dengan rakan barunya iaitu Fendi (Shafie). Jidin akan menggantikan Kapten Kit untuk slot berkenaan.

Jidin memulakan penceritaan seorang makhluk asing iaitu Jidin yang berselisih pendapat dengan Antar (Fauzi Nawawi) di Planet Cyrius B.

Akibat pertengkaran bersama Antar, Jidin mengambil keputusan meninggalkan planet berkenaan.

Namun, kapal angkasa yang dinaiki Jidin menghadapi masalah kerosakan lalu terdampar di bumi.

Berada di bumi, Jidin mula mengekori Fendi, seorang pelajar kolej yang sering kali menjadi mangsa buli rakan-rakan sekuliahnya.

Berkawan dengan Jidin, Fendi mula menampakkan perubahan. Mak Intan yang dilakonkan oleh Didie juga melihat akan perubahan yang berlaku terhadap anaknya itu apabila sering bercakap sendiri.

Kegembiraan persahabatan Jidin dan Fendi mula terganggu apabila Antar dan Dazur (Bell Ngasri) turun ke bumi untuk membawa pulang Jidin ke Planet Cyrius B.

Menurut Emi Suffian selaku pengarah Jidin, drama untuk slot Aksi itu menggunakan teknik 3D bagi menghidupkan jalan cerita Jidin.






Share/Bookmark

KLIK WAJIB TAHU - TUTORIAL CARA DOWNLOAD MOVIE DAN CANTUMKAN PART MOVIE !"

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA