perekacerita

Takut Bini Sayang Suami (TV9)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita

Takut Bini Sayang Suami
Tarikh Tayangan : 4 November 2010,
Hari Tayangan : Khamis dan Jumaat
Masa Tayangan : 9.30 malam
Episode : 18 episod
Pelakon: Zul Yahya, Putri Mardiana, Alex Yanz, Farisya Fatin, Sasqia dan Tasha
Sumber : Budiey.com

Takut Bini Sayang Suami
Sinopsis Takut Bini Sayang Suami

Drama komedi 18 episod ini bukan sahaja semata-mata hiburan namun ia turut menyelitkan mesej penting yang menekankan tentang sikap keikhlasan dan ketulusan yang perlu ada di dalam sesebuah keluarga bagi menjamin kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga.

Walaupun mereka datang daripada latarbelakang yang berbeza, namaun perlu diingat bahawasanya setiap insan di muka bumi ini mempunyai keistimewaan masing-masing.

Drama ini bermula apabila Kassim (lakonan Zul Yahya) bertemu dengan Maria yang ketika itu menjalani latihan praktikal di sebuah hotel. Kassim yang berperwatakan lucu dan sikap suka membantu orang memuatkan Maria jatuh hati kepadanya walaupun Kassim hanya bekerja sebagai pemandu. Mereka saling jatuh cinta, namun hubungan mereka dihalang oleh kedua belah pihak. Walaupun begitu, mereka tetap meneruskan perkahwinan mereka sehinggalah diberikan dua orang zuriat iaitu Aisyah dan Danial.
Takut Bini Sayang Suami
Setelah beberapa tahun menjalani kehidupan bahagia, tiba-tiba keluarga mereka menjadi tegang, apatah lagi apabila Maria dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar dan Kassim pula kekal sebagai pemandu. Perbezaan jawatan itulah membuatkan mereka sering bertengkar kerana masing-masing ingin menunjukkan ego masing-masing. Jurang perbezaan di antara mereka ini menyebabkan perbezaan pendapat dan banyak masalah yang berlaku.

Maria sememangnya terkenal dengan sikap tegas dan garangnya. Di mata orang luar, Kassim bagaikan dibuli oleh isterinya. Sungguhpun Kassim tahu bahawa isterinya menyayanginya, ego lelaki kadang-kala membuatkan dirinya memberontak. Namun, semakin dia memberontak, semakin teruk pula Maria akan ’menghukumnya’.
Takut Bini Sayang Suami
Pada masa yang sama, Kassim berkawan baik dengan Senu seorang lelaki berhidung belang, yang juga merupakan jirannya. Senu mempunyai dua isteri yang taat, mendengar kata, yang hidup sebelah menyebelah. Kassim kagum dengan kebolehan Senu untuk mengawal kedua orang isterinya. Dia sentiasa mendengar nasihat Senu. Namun sesungguhnya Kassim tidak tahu bahawa dihadapan orang Senu sering berpura-pura dan hakikatnya kehidupan Senu dan dua isterinya tunggang-langgang.

Kassim juga selalu mengikut Senu ke sebuah salon rambut dan berkenalan dengan Lizawati yang bekerja di situ. Maria mendapat tahu dan ini membuatkan Maria menjadi semakin tegas dan cemburu.

Ibu Maria iaitu Monalisa yang sememangnya tidak berkenan dengan Kassim dan memandang rendah keupayaan Kassim, menambahkan lagi kerunsingan Maria. Namun sikap itu berubah apabila Kassim berjaya menyelesaikan masalah Monalisa yang telah ditipu oleh seorang ’rakan siber’. Akhirnya, Monalisa terharu dengan jasa baik Kassim itu dan menerimanya seadanya.
Takut Bini Sayang Suami
Tidak kurang juga ahli keluarga Kassim sendiri iaitu Pak Ndak, bapa Kassim dan Rozie, adik perempuan Kassim yang datang menetap di rumah untuk seketika kerana Rozie bakal belajar sebuah kolej di Kuala Lumpur.

Bapa Kassim agak kecewa selepas melihat anaknya sendiri yang mengemaskan rumah dan menjaga makan minum keluarga. Dia menyalahkan Maria akan semua hal itu, tetapi akhirnya menyedari betapa trampil menantunya itu apabila berjaya menyelesaikan masalah Rozie di kolej dengan menggunakan ketegasannya.

Semua pengalaman yang dilalui pasangan Kassim dan Maria ini, akhirnya menyedarkan mereka bahawa ketidaksempurnaan mereka itu, sebenarnya, merupakan asas untuk memperbaiki kelemahan diri dalam mencapai kesempurnaan dalam kehidupan bekeluarga.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa saksikan episod-episod menarik ’Takut Bini Sayang Suami’ pada setiap hari Khamis dan Jumaat, jam 9.30 malam bermula 4 November ini.

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA