perekacerita
promosi perodua murah

BIDADARI DARI RAUDAH (TV1)


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita

BIDADARI DARI RAUDAH (TV1)
Tarikh: 18 Februari 2011,
Masa Tayanga: 10.30 pagi
Pelakon: Ady Putra, Elly Mazlein, Dato Jalaluddin Hassan, Roy Azman, Othman Basri dan Ezany Nizariff
Sumber: budiey.com

RANCANGAN TV
SINOPSIS BIDADARI DARI RAUDAH (TV1)

Dilahirkan di kalangan orang berada membuatkan Khir menjadi manusia kaya yang sombong. Malah dia sanggup menghalalkan apa saja yang haram, menganggap dosa bagaikan pahala. Memang ramai yang sudah menjadi mangsa Khir, maka tidak hairanlah dia dibenci dan cemuh seisi kampung.

Suatu hari ketika memandu Khir diserang sakit jantung. Untuk pertama kali dalam hidupnya Khir merasakan kesakitan yang sebegitu. Selama 40 tahun hayatnya, Khir jarang sakit. Tapi kali ini kesakitannya lain benar dan Khir dapat merasakan bagaikan nyawanya sudah hampir dicabut Tuhan. Khir memandang sekeliling kalau ada sesiapa yang dapat membantunya. Malangnya rumah besar yang tersergam mewah begitu kosong. Khir sedar dia tidak boleh mengharapkan bantuan sesiapa di situ kecuali seorang isteri bernama Raudhah yang banyak berbakti kepada dirinya.

Kemudiannya diteruskan pada babak dalam keadaan separuh sedar, tiba-tiba Khir terlihat sesusuk tubuh datang menghampirinya. Khir bertanya pada dirinya sendiri apakah itu malaikat maut? Namun yang menghampirinya adalah sesusuk tubuh yang tinggi lampai, berbaju kurung polos beralun ditiup angin, tudung putih menutup labuh melepasi dada dengan wajah lembut dan ayu merenungnya. Khir memerhati dia hairan, masakan bidadari yang diutus untuk mencabut nyawanya sedang dia arif siapa dirinya yang sebenar. Orang yang kaya dengan dosa seperti dirinya tidak layak dilayani bidadari. Selayaknya malaikat maut merentap nyawanya dengan bengis dan kasar. Dalam kehairan, Khir terus semakin lemah dan lemah.. dan akhirnya tiada apa lagi yang dapat dilihatnya..semuanya bertukar gelap gelita.

Bidadari yang disangka oleh Khir sebenarnya ialah seorang ibu tunggal yang hidup bersama ayahnya yang cacat penglihatan setelah ditinggalkan suami. Tatkala dia cuba menghulurkan bantuan pada Khir yang terbaring lesu sendirian dalam kereta, ramai yang melarangnya. Semua mahu membiarkan Khir mati sendirian di situ. Wanita itu punca kemarahan orang kampung terhadap Khir.

Lima tahun dahulu Khir pernah berbakti kepadanya. Baktinya pula bukan kecil, sebaliknya telah menyelamatkan nyawa satu-satunya anak tunggal kesayangan Raudhah. Kerana itu, walau sejahat mana Khir dimata orang lain, dimatanya, Khir tetap dilihat penyelamat nyawa anaknya.

Khir terlantar di hospital hampir 3 bulan. Sepanjang dia di situ, tiada siapa yang sudi melawatnya kecuali wanita itu. Khir tidak kisah kerana dia tahu yang dia sememangnya dibenci selama ini. Namun yang menghairankannya, kenapa wanita itu terlalu baik hati untuk datang melawatnya setiap hari. Masakan dia tidak tahu siapa Khir, syaitan bertopengkan manusia yang tidak wajar dilayan dengan rasa hormat.

Lantas Khir membuat kesimpulan mungkin wanita itu berbuat baik padanya atas dasar harta, Khir tak kisah dalam keadaan dia yang tidak berdaya, Khir sememangnya memerlukan seseorang. Khir nekad akan membayar segala susah payah wanita itu yang telah sudi menjaganya selama hampir 3 bulan.

Apa yang lebih mengejutkan Khir juga orang-orang kampung apabila wanita itu telah mencadangkan supaya Khir mengahwininya. Alasannya supaya lebih mudah dia menjaga dan merawat Khir dengan sentuhan yang halal. Sekali lagi Khir bagaikan terpaku dan bersetuju dengan cadangan itu. Mereka akhirnya dinikahkan. Khir masih beranggapan wanita itu melakukan semua itu hanya wang. Malah dia ingin terus menjadi isteri Khir.

Sebaik pulih, Khir cuba kembali pada perangai syaitannya namun kehadiran wanita itu sedikit membataskan pergerakkannya. Kata kata nasihat yang keluar dari bibir isterinya membuatkan Khir merasa segan. Hati Khir cair juga setiap kali melihat isterinya begitu tekun menyempurnakan ibadah, lunak suaranya mengalunkan bacaan Al Quran setiap hari bagaikan memberi terapi pada hatinya yang selama ini terlalu hitam disaluti dosa. Setiap hari, dengan nada suara yang lembut, isterinya terus berusaha memujuk suaminya agar kembali menjadi manusia.

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA