perekacerita
promosi perodua murah

UPSIDE DOWN


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita

UPSIDE DOWN
PENGARAH: Juan Diego Solanas
BAHASA: Bahasa Inggeris
GENRE: Drama, Romantik
MULA TAYANGAN: 27 Dis 2012



SINOPSIS UPSIDE DOWN

Filem yang berlatar belakang tahun 70-an dan 80-an itu mengisahkan dua dunia yang seperti terikat antara satu sama lain apabila terdapat satu dunia di atas dan satu lagi dunia di bawah dan ia mengikut graviti.



Terdapat satu dunia berada di atas, satu lagi di bawah, dunia di bahagian bawah adalah dunia yang miskin dan huru-hara dan satu lagi yang atas merupakan dunia yang kaya-raya dan maju.




Satu dunia itu wujud kerana memiliki bekalan kuasa elektrik, sementara yang satu lagi kaya dengan minyak disebabkan itulah, satu dunia lebih maju berbanding yang satu lagi dan kedua-dua industri ini diuruskan oleh sebuah syarikat digelar Transworld, yang pada dasarnya memerintah segala-galanya.


Cinta Dunia Atas, Bawah. kedua-dua dunia itu terpisah dan terdapat sebuah menara yang menghubungkan penduduk di situ. Penduduk dua dunia itu bekerja dalam bangunan yang sama tetapi terdapat batas dan undang-undang yang harus dipatuhi.

ia bermula ketika Eden kecil dan kemudian bertemu dengan seorang jejaka dari dunia bertentangan iaitu Sturgees yang memegang watak Adam. Ia merupakan sebuah filem cinta, bagaikan kisah Romeo dan Juliet yang mana kedua-duanya berasal daripada latar belakang yang berbeza dan keadaan memisahkan mereka, darjat mereka, asal-usul mereka, si gadis juga hilang ingatan akibat kemalangan ketika masih kecil dan dia lupa ingatan

seorang lelaki di dunia bawah ketika kecil yang gemar menaiki puncak pergunungan Sage yang merupakan puncak tertinggi bagi dunia bawah.

Tanpa disangka dia menemui gadis idamannya, Eden. Pertemuan itu berubah kepada satu perhubungan cinta dan mereka sering bertemu di situ.

Konflik dalam filem itu berlaku apabila, Adam ditangkap kerana menjalinkan hubungan terlarang dengan gadis dari dunia atas dan kemudian dipenjarakan selama sembilan tahun. Malangnya Eden mengalami kemalangan sehingga amnesia kerana terjatuh disebabkan pertembungan graviti.

Filem itu berlanjutan apabila Adam sedaya upaya untuk memenangi kembali hati gadis itu walaupun dia telah hilang ingatan.

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA