perekacerita
promosi perodua murah

AKADEMI FANTASIA 2013


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita



AKADEMI FANTASIA 2013
PENGKRITIK : Edry Abdul Halim, Sharifah Amani dan Roslan Aziz
PENGACARA AF : Zizan Razak
INSPIRER : Dato’ Siti Nurhaliza , Melly Goeslaw dan Faizal Tahir

TOP 10 PESERTA PESERTA AKADEMI FANTASIA 2013

  1. Nur Nabila Razali (Nabila), 21, dari Kuala Lumpur,
  2. Nur Aisyah Aziz (Aisyah), 19, dari Singapura,
  3. Siti Ruhailah Hussein (Indah), 23, dari Johor
  4. Rasmawatie Mohd Thamrin (Nona), 18, dari Sabah.
  5. Chin Teik Meng (Darren), 21, dari Pulau Pinang,
  6. Muhammad Ikhtiman Che Ismail (Iman), 23, dari Kedah,
  7. Kamsani Jumahat (Sani), 23, dari Singapura
  8. Abdul Suhadah Unding (Suhada), 21, dari Sabah.
peserta duo
  1. Irsa Sahabuddin, 26, dan Irmiza Sahabuddin, 23, (Irmisa) (Sabah)
  2. Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, (Azhael) dari Kuala Lumpur.



"Satu harapan, satu tujuan, satu destinasi.
Mengubah impian menjadi realiti."




INFO DAN SINOPSIS AKADEMI FANTASIA 2013 AF2013
Akademi Fantasia atau lebih dikenali sebagai AF ialah sebuah rancangan realiti televisyen yang pertama di Malaysia yang mana peserta yang dipanggil pelajar akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dan berpeluang memulakan karier dalam industri hiburan.

Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang pada asalnya di Mexico. Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini. Ia kemudian diikuti oleh Indonesia dan Thailand, yang mana ia mendapat respon positif berbanding dengan siri Idol.

Program AF 2013 yang bakal bersiaran menerusi saluran rasmi Astro Ria di 104 bermula September kelak dengan bangganya memperkenalkan kombinasi wajah-wajah baru dan lama yang bakal menjadi titik tolak permulaan kejayaan bagi bakal bintang-bintang Akademi Fantasia yang kini sedang dalam proses dikenalpasti.


Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan program Akademi Fantasia, AF 2013 (#AF2013) bakal membawa masuk tiga orang penghibur popular yang cukup disegani iaitu Dato’ Siti Nurhaliza (#SitiNurhaliza), Melly Goeslaw (#MellyGoeslow) dan Faizal Tahir (#FaizalTahir) untuk menerajui barisan tenaga pengajar sebagai Inspirer (#Inspirer). Kehadiran ketiga-tiga ikon yang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan ini bukan sahaja untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman malah untuk memberi inspirasi kepada bintang-bintang AF dalam mempersiapkan mereka sebagai bintang masa depan.

Cukup sinonim dengan pembabitan beliau dalam keluarga AF untuk musim-musim sudah, Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi (#CikguShafi) turut dibawa masuk menyertai barisan tenaga pengajar untuk menggalas tanggungjawab sebagai Guru Vokal untuk AF 2013.


Di samping itu, AF 2013 juga menyaksikan tiga orang tenaga pengajar baru yang dibawa masuk ke dalam keluarga AF untuk sama-sama menjayakan musim terbaru ini. Dua orang pereka tari yang cukup berpengalaman dalam bidang tarian iaitu Alam Wakaka (#AlamWakaka) dan Suhaili (#Suhaili) telah dilantik sebagai Koreografer.

Manakala pelakon popular tanahair iaitu Fizz Fairuz (#FizzFairuz) pula akan menyertai AF 2013 sebagai Guru Seni Persembahan.

Selain Konsert Prelude AF (#KonsertPreludeAF), Diari AF (#DiariAF) dan Konsert Mingguan AF (#KonsertAF), tiga buah rangkaian program baru turut diperkenalkan bagi menghiasi sepanjang musim AF 2013 kelak iaitu Galaxy AF, AF Buzz (#AFBuzz) dan TGIAF - Terus Gempak….Inilah AF 2013 (#TGIAF).

AF 2013 juga masih lagi mengekalkan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI yang mana pelajar dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.

Istimewa lagi, buat pertama kali dalam sejarah penerbitan AF, para peminat kini boleh berinteraksi secara online menerusi perkhidmatan twitter, instagram dan facebook bersama bintang-bintang AF 2013.

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

Followers

My Ping in TotalPing.com Related Posts with Thumbnails

Dapatkan post updates terbaru via Facebook. Hanya Click LIKE Button dibawah

?

 
Copyright 2010 PEREKA CERITA